Bulan lepas menonton, TV3 rancangan Al-Kuliyah..ada slot ilmu kan di dalam rancangan ini. Jadi dapatlah ilmu mengenai cara minum ikut sunnah Rasulullah. Jangan pelik kenapa bulan lepas tengok, hari ini baru nak publish. Entri ini dalam draft. Tulis dah lama tapi tak publish-publish. Tulis point-point yang penting je, kemudian pemalas nak hurai..Jadi duduklah entri ini dalam draft berbulan-bulan.
Ramai tak, yang tahu bahawa bernafas ketika minum menyebabkan air yang kita minum itu berasid. Sebab apa? Sebab apabila kita bernafas, kita melepaskan karbon diaoksida, yang boleh menyebabkan air yang kita minum itu berasid. Jadi jangan kita bernafas ketika minum. Ayoyoooo...macam manalah, tak bernafas ketika minum ini??? Ini dia perkongsian untuk anda.
Cara Minum Dengan Betul Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W :
- Minum tiga kali tegukan.
- Elakkan bernafas ke dalam bekas minuman.
- Diantara 3 kali tegukan, ucapkan Alhamdulillah.
- Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain. Jangan lepaskan nafas kita ke dalam bekas minuman tersebut.
Disini saya sertakan sekali hadis-hadisnya ya :
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Diriwayatkan dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum, “Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum.” (HR. Muttafaq ‘alaih).
Anas bin Malik r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.” Dan Baginda SAW bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
4 comments
nice info dear :)
nice info dear :)
kena minum sekali nafas jelah kan... alhamdulilah..nice info
betoi tu...setiap apa nabi buat semua tak sia-siap walaupun ketika minum :D