23 June 2014

Mungkin Ibunya ada masalah "mental"

Assalamualaikum...

Ibunya itu merujuk kepada ibu kepada seorang remaja yang ditemui terkurang disebuah bilik oleh Penguatkuasa  Imigresen. Baca tajuk, nampak kurang ajar sahaja kan. Ya lah sedap-sedap mulut cakap orang mental. Bila difikir dengan tenang. Tak sewajarnya juga, saya sendiri seolah-olah menghukum ibunya 100%. Kalau ikut logik akal dan hati yang tengah geram dan marah. Perkara pertama yang ada dalam fikiran, adalah ibunya kejam...sampai hati buat anak dia macam tu kan.

Tapi..bila lihat dari sisi yang berbeza mungkin ibunya mempunyai masalah "mental" ke?. Masalah mental disini merujuk kepada GANGGUAN FIKIRAN atau TEKANAN PERASAAN..bukan nak cakap ibunya gila dan sebagainya. Kita sendiri pun tak tahu masalah SEBENAR yang dia alami kan. Bila emosi tak stabil, serabut, banyak benda nak fikir, gangguan fikiran dengan orang sekeliling, mungkin telah mendorong sehingga kepada perbuatan mengurung anaknya di dalam bilik. Kalau tengok, facebook ibu Firdaus ini, dahulunya Firdaus ini dijaga dengan baik, nampak terurus. Sihat..Tapi sekarang..dah lain kan..

Remaja OKU dijumpai terkurung dalam bilik.

Remaja OKU dijumpai terkurung dalam bilik.

Ibunya yang bergaya dan cantik, tak semestinya menunjukkan bahawa ibunya itu, tiada masalah mental kan. Bila banyak tekanan, diluar nampak normal tapi di dalamnya kita tak tahukan. Emosi ibunya terganggu kerana orang sekeliling misalnya jiran-jiran, saudara mara. Menjadi Isteri ke-2....mungkin..Kemudian sebelum ini, ibunya  telah bercerai, ditinggalkan suami yang hilang entah kemana. Kesusahannya..Terpaksa menjaga anak seorang diri. Ke mana perginya  bapa kepada adik ini. Mungkin dan mungkin..dan mungkin. Ada anak OKU bukannya mudah, sebab bukan semua masyarakat yang boleh terima OKU. Itu realitinya, sebab bila nampak OKU saja, mesti pandang pelik. Kutuk mengutuk tak terlepas dah. Tak percaya, sila lihat dan tanya pendapat ibu bapa yang ada anak OKU. Memang sampai ada, sesetengah ibu bapa tak nak bawa anak OKU keluar rumah kerana pandangan masyarakat sekeliling.

Memanglah  itu bukan alasan untuk menganiya seorang anak OKU tapi bila terlalu banyak tekanan, akhirnya ibu ini ambil keputusan dengan mengurung anak OKU ini. Bukan nak membela si ibu, saya pun pada mulanya sangat-sangat geram..dan sangat sedih bila lihat adik Firdaus ini diperlakukan sedemikian..tapi itulah kita pun tak tahu nasib kita di masa depan. Sebagai manusia, pandangan dan akal kita juga terhad untuk memikirkan rahsia-rahsia yang tersembunyi.

Saya lupa...bahawa kita tak boleh dengan mudahnya hendak menghukum orang. Sedangkan kita tak berada ditempat mereka. Kita tak tahu apa yang mereka rasa. Walau apa pun kita serahkan kepada pihak berwajib dan kepada Allah untuk segala-galanya. Allah Maha Mengetahui yang batil dan tersembunyi. Tak apalah kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan adik Firdaus. Cepat sihat. Untuk ibunya pula kita doakan semoga diberikan hidayah dan petunjuk. Manusia, manusia yang lemah. Kita doa juga untuk diri kita juga, moga dijauhkan dari segala sikap mazmumah. Ingatan untuk diri saya sendiri. Yang mana bila marah dan geram..dengan mudah melabel-labelkan orang. Istighfar dan muhasabah diri. Moga ianya menjadi iktibar buat diri kita.


p/s : Ini hanyalah pendapat saya.

6 comments

June 23, 2014 at 8:06 AM

salam,
ada pembetulan sikit di situ... bukan penguatkuasa kastam tetapi penguatkuasa imigresen... ^_^

June 23, 2014 at 9:32 AM

Betul. Kesian tengok budak tu kan. Rasa mcm sedih pulak sebab dah teruk sangat - sangat. Masa mula2 kita tengok iklan berita tu, kita ingatkan dekat luar negara.

June 23, 2014 at 10:56 AM

@skuterlady Wassalam..a'ah lah salah tulis..hehe..terima kasih beritahu. Dah betulkan. ^___^

June 23, 2014 at 10:58 AM

@Syida Rasyidah Kan..sedih sangat. Tadi tengok MHI, nampak bila dia dah bersih..comel budaknya. hmmm....

June 23, 2014 at 1:13 PM

kesian sangat dan tersentuh sangat, tak sampai hati nak tengok, bergenang2 air mata ni...

June 24, 2014 at 11:44 AM

lumrah kehidupan. manusia mmg terlalu mudah menghukum sedangkan kita perlu ketahui punca sebenar apa yg terjadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome