Rata-rata sesiapa sahaja yang bergelar pemiutang aka pemberi hutang pasti akan rasa "saat dan detik terindah" ini dalam hidup kan. Saat dan detik terindah itu adalah saat untuk mengutip hutang. Ehem..saat terindah lah sangat kan. Tak kena gaya, macam kita pula pengemis. Terhegeh-hegeh nak kutip hutang. Saat terindah lah sangat, bila kita pula dimaki hamun ibarat "anjing kurap tepi jalan".
Bila baca printscreen ini rasa mengelegak je, saluran darah pun sudah berkembang sebanyak 200%. Paling tak tahan, bila si penghutang itu tak tahu malu. Muka selamba dan macam tak ada perasaan je, yang dia itu yang berhutang dengan kita. Buat-buat lupa. Muka memang tak boleh bla. Rasanya kita pula yang jadi malu nak kutip hutang kan. Malu yang amat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari" (Riwayat al-Baihaqi)
Hutang ini satu bebanan yang merantai kaki dan menjerut leher kita sendiri, sampai kadang-kadang kita tak boleh nak bernafas. Lagi-lagi hutang yang berpuluh ribu ringgit. PTPTN lah terutamanya. Bila difikirkan bila ditenung sampai dah terkeluar biji mata pun, hutang tetap kena bayar. Kalau tidak, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi pun tak basah.
Yang paling teruk, bimbang pula, bila tiba saat kita pergi menghadap Illahi, disulitkan pula kematian kita. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Takut. Sebab itu kalau boleh, nak elakkan diri daripada berhutang. Kalau ada hutang, selalu ingat dalam kepala otak. Cepat je nak bayar. Walaupun 1 ringgit tetap kena bayar. Tak suka berhutang. Tapi itulah, kalau PTPTN itu, nak, tak nak, terpaksa lah juga.
Hutang oh hutang kenapa engkau berhutang!! Macam mana aku tak hutang, duit aku tak ada, duit aku tak ada. T___T tapi sebagai seorang PENGHUTANG!!, kita memang perlu ada rasa tanggunjawab nak bayar balik hutang kita itu. Mungkin dunia kita terlepas, tapi akhirat tak kan. Dunia pun mungkin kita akan kena kifarahnya.
Sama-samalah kita amalkan doa ini ya :
Doa dijauhkan dari kesedihan, sifat malas dan bebanan hutang.
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat bacul (penakut) dan kikir (kedekut). Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang." [al-Bukhari]
p/s: Dah lama tak menulis entri panjang-panjang. Hari ini ambil hang!! Panjang berjela-jela.
9 comments
hmm...didiey baca pun hangen gak. rm1800 bukan sikit. masa pinjam kemain manis janji, tp akhirnya? dimaki hamun kawan yg dah berjasa kat dia. ayat2 yg dia gunakan pun dah cukup utk menggambarkan akhlak empunya diri.
ptptn,selalu didiey dengar "ala kalau byr bulan2 pun bukan akan habis. byk charge tersembunyi" tp bg didiey, xpelah. bayar tetap bayar. yg penting usaha tu ada.
dah lah berhutang..boleh pulak maki2 orang yang tolong dia..aduhaiii manusia..sabar jelah...
@cik didiey Itulah..bila nak pinjam, sikit punya manis ayat. Bila nak bayar liat. Tahan liat daripada yang atas tu kan. Siap maki hamun. Sedih betul.
Setuju, PTPTN itu memang dah tak boleh buat apa. Adat peminjam. Dah jadi tanggungjawab kita. Bayar je lah kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Sudahlah tak hormat kawan yg memberi hutang, tak takut lagi dgn hukum dan balasan Allah. Memang nasib tak baiklah kalau memberi hutang manusia begini..
Kakak rasa di dunia pun dia tak akan senang..
dah baca jugak kt fb
mcm2 kisah manusia ni
biarlah dia. urusan ni biarlah dia dengan Allah je. Dosa kecil/besar biar dia tanggung sendiri
Ya Allah zalimnya.. rm1800 tu jumlah yg banyak tau.. dahlah hutang banyak2 pastu cara dia bercakap mcm tak buat salah lak. mengucap je saya baca. taktaulah apa azab dia kelak..nauzubillah mintak kita dijauhkan dri sifat suka berhutang mcmni..
assalamualaikum aini..
akk pun tak suka dgn orang mcm ni.. if kita berhutang, beringat la.. bukan blh bawa mati.. nti diri sendiri juga yang merana kat sana kalau hutang dunia tak diselesaikan..
bab hutang dok baik kalau dok bayor...mcm ini pun ada haha -_-