Pelik, unik dan luar biasa sungguh, lembu dari Bern, Switzerland ini kan. Sampai atas bumbung pun, dia nak duduk. Mungkin sebab dia pun dah puas hidup atas tanah yang dipenuhi padang rumput, jadi dia nak tukar angin duduk atas bumbung pula..hehehe.
Ia dikatakan naik ke atas bumbung dan terperangkap kerana tidak boleh turun.Pada awalnya, haiwan itu dipercayai sedang meragut rumput terletak di belakang rumah tersebut. Selepas beberapa ketika, ia mula berpindah ke kawasan lain lalu memanjat rumah itu. Pemiliknya, Dieter Mueller berkata, lembu berkenaan adalah salah seekor lembu peliharaannya yang sering mendatangkan masalah.
"Ia selalu buat hal dan buat saya marah," katanya kepada Mirror Daily.
Sementara itu, jiran Rolf Steiner berkata, dia seperti tidak percaya apabila melihat seekor lembu di atas bumbung dan menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa. (Sumber)
1 comment
pelik pulak lembu ni. haha