22 June 2014

Kesempitan Hidup Punca Mengurung Anak OKU?

Assalamualaikum...

Antara petikan akhbar Harian Metro Online :

“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. 
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Remaja OKU Dikurung


Saya faham, memang susah nak jaga anak OKU lagi-lagi orang susah...tapi...kenapa ibunya sanggup letakkan anak OKU ini di dalam sebuah bilik yang kotor, berlantaikan tanah. SubhanaAllah..tak tergambar rasanya, duduk di dalam tempat yang kotor macam tu. Macam pelihara kucing, sedangkan kucing diberi tempat tinggal yang lebih bersih. Kalau tengok, keadaan rumahnya, tak lah sekotor, bilik yang adik ini duduk kan.

Bila dilihat keadaan adik ini, rasanya berapa lama dia duduk di dalam bilik itu? Dengan bajunya koyak rabak. Kenapa?? Tak ada baju lain, walaupun sehelai ke untuk dipakai pada adik ini? Baju adik lelakinya yang berumur 7 tahun itu, elok pula. Cantik dan bersih je. Ibunya pun apa kurangnya sempurna juga pakaiannya. Sekurang-kurangnya, berikan dia pakaian yang bersih. Dia sakit, makin sakit bila duduk tempat kotor macam itu kan....

Mungkin akan ada yang menganggap bila saya tulis macam ini, saya ikut sedap mulut je. Dan tak kesian mahupun bersimpat dekat ibu adik ini kan. Tapi terus terang saya katakan bahawa kenyataan, ibu kepada adik Firdaus ini seolah-olah, alasan yang dicipta untuk tutup kesalahan sendiri dan melepaskan diri. Anak OKU pun manusia bukan. Tapi bila lihat keadaan adik Firdaus, sangat kejam rasanya apabila diperlakukan sedemikian, seolah-olah dia binatang. Faham, hidup susah. Tapi kesempitan hidup bukanlah alasan untuk memperlakukan anak OKU sebegini rupa.

Bukan nak menilai baik buruk ibunya tapi rasa kesal bila ibunya sanggup tinggalkan anaknya dalam bilik yang kotok, berbaju compang-camping dan diberi makan dalam bilik yang kotor dipenuhi najis dan air kencing..Sedih....

Kesempitan Hidup Punca Mengurung Anak OKU?


Rata-rata yang memberi komen dilaman sosial juga turut menyelar perbuatan ibu kepada adik Firdaus ini.



6 comments

June 22, 2014 at 3:39 PM

Sy x pecaya langsung kt2 mak cik ni... sgt2 bercanggah dgn keadaan... tgk laa nnt dia berbohong dgn media, akn ada org lain tampil n menjelaskn perkara sbnr...

June 22, 2014 at 3:45 PM

sedih jugk tgk video wktu diorg mula2 jmpa adik ni..dia mcm blur2 org amik gmbar dia..pstu mngesot kluar bilik..sedih sgt..

June 22, 2014 at 4:00 PM

menyedihkan.. kesian budak tu

June 22, 2014 at 4:50 PM

sedih tengok oku tu . kejamnya manusia ni ..

June 22, 2014 at 5:14 PM

susah nak percaya..baju koyak rabak bkn sbb miskin..tp sbb terbiar..

June 22, 2014 at 5:26 PM

kejam ibu budak OKU tu!!!!
x patut laa dia buat macam tu kalau dia x nak bela budak tu sklipun.. sekurang-kurangnya minum pakaian dia jagalah elok2 dan terurus walaupun dia terpaksa cari duit untuk sara hidup.

lagipun ibu2 kat luar sana ada yg lebih susah.. xde suami.. anak orang OKu, tapi boleh pula cari duit.. jaga elok2 anak OKU dia tu.. memang zalim betul! takpelah.. biar je urusan dia dengan Allah je. kita jangan nak byk kutuk kat mak cik tu sbb nanti menambah dosa kita pulak adalah kan? huhu

~fuhh pjg~geram nieyhh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome