20 June 2014

Tarikh lihat anak bulan Ramadan

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun hampir ke penghujung bulan Jun untuk tahun ini. InsyaAllah, juga kita bakal menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Kalau kecil-kecil dulu sangat excited bila dengar ketibaan bulan Ramadan, salah satu sebabnya makanan pun banyak, ibadah pun boleh buat banyak-banyak, pahala pun insyaAllah berlipat kali ganda.

Haaa...Bukan sebab dapat duit raya lebih kerana puasa penuh ya. Kalau anda dapat macam itu. Lagi best ya. hehe. Tapi arwah ayah saya tak pernah ajar macam itu mungkin sebab ayah pun bukan dari golongan orang yang senang kan, jadi tak di didik sedemikian. Puasa setengah hari itu adalah..hehehe.


Tarikh lihat anak bulan Ramadan


Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban. 
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). 
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen. (Sumber)

InsyaAllah, 27 Jun ini dah tengok anak bulan. Rasa tak sabar je, nak sambut ramadan ini kan. Semoga kita sama-sama beroleh kebaikan dan manfaat dari bulan Ramadan yang bakal tiba ini. InsyaAllah.


p/s: Tahun ini dah masuk tahun ke-3, puasa tanpa arwah ayah dan sudah 10 tahun puasa tanpa arwah abang. Rindu dekat dua orang insan yang cukup istimewa ini.

1 comment

June 20, 2014 at 3:10 PM

seronoknya rasa bila ramadhan bakal menjelma...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome