16 December 2010

UNIC-Sebuah Pertemuan

Assamualaikum..
Apa khabar?Sihat.Harap-harap sihat lah kan. Hari nie tertiba rasa rindu sangat kat kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu-dulu. Rindu sangat-sangat.Saya suka lagu nie jadi lagu nie untuk korang wahai sahabatku yang amat aku sayangi. This is for you.  


Album : See You D IPT
Munsyid : Unic


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

12 December 2010

Devotees-Sahabatku.



Assalamualaikum,

This song i addressed for my best friends for ever and ever. Noor Rashidah Binti Ahmad Jaffri, Nurul Aini Binti Zahid and the last one but not least, Nor Aida Alia Binti Mohd Budin.

You guys make my world cheerful, happy and make me always to be strong in the face off all challenges while I getting tired to be a someone. I love you guys so very much.

Even though, you guys away from me because we must face the reality that life must be continue with the change that we have, of course further ours studies but you guys always be the best person that I have found. Without you guys, I am one person with nothing.

Love and Love and Love from me to you.... friends.



Artis : Devotees
Tajuk : Sahabatku 

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi 
Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
 Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita 
Menggapai redha yang ESA
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir
 Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


p/s: Saya sayang korang semua di dunia dan akhirat. Semoga ukhuwah kita berkekalan dan diredhai oleh Allah S.W.T.Amin. For my best friend Shidah, Aini and Aida. I really miss you guys. Harap suatu hari nanti kita dapat berkumpul lagi macam dulu-dulu (kat bawah pokok).

30 November 2010

Budu ke Berudu

Assalamualaikum,

Hari ni pula nak kongsi tentang khasiat budu.Tak ada kena mengena dengan berudu pun sebenarnya. Anda semua makan budu tak? Saya? Saya ya..makan ke tak ya? Makan, of course makan, sebab?Entah..Tak paksa pun saya makan juga. Saya rasa tak ramai yang makan budu ni sebabnya? tanyalah dia orang sendiri.T__T. Respon yang saya terima jika, saya tanya:(Maaf kepada sesiapa yang terasa)

"Awak makan budu ke?"
Jawapannya :


Please fill in the blank

Saya_________________budu.

Hahaha..sumpah merepek.



Sebelum tu, tahu kan budu tu apa? Bukan berudu tau. [Entri yang panjang, sediakan nafas yang panjang sebelum baca]

budu
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.
Khasiatnya :

1. Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


2. Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi(tapi janganlah makan sampai habis satu botol sehari).


3.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.


4.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).


5.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.


6.Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Ok. cukup lah membebel. Nanti semput pulak (saya) nak baca.Saya tak paksa anda untuk makan tapi tak kenal maka tak cinta. Nanti nak cerita pasal cencaluk lah pulak..hehe.. Renung-renungkan dan selamat beramal. Bye-bye.

Sumber

29 November 2010

[Tutorial] Cara nak Centerkan Post Title dan Sidebar


Assalamualaikum..
  Rasa hari nie nak buat tutorial lah. Jadi siapa nak tahu cara nak centerkan post title dan sidebar dekat blog, boleh lah cuba cara saya nie ye. khas untuk template classic

1. Log in > Dashboard > Design > Edit html
2. Then , tekan ctrl + F dan cari kod nie

Bahagian Sidebar

h2 { 
Kod nie ada dekat .sidebar .widget

 Bahagian Post Title

.post h3 {

kalau tak jumpa cuba cari kod nie

h3.post-title {

kalau tak jumpa jugak cari kod nie pulak
h4 {

3.Ok. Kalau dah jumpa kod tu copy and paste kan kod dekat bawah nie di bawah kod yang anda cari tadi :

text-align:center;

4. Dah siap semua, preview dulu. Kalau tak ada error boleh lah save. 

Semua dah selesai, boleh lah tengok sidebar dan post title blog anda tu, jadi ke tak. InsyaAllah jadi. Apa-apa hal, komen lah ye.

Oklah, bye-bye..wassalam.

 

25 November 2010

[Tutorial] Cara nak tambah 3 kolum di bawah footer.

Assalamualaikum

Hari gatal-gatal tangan nak buat tutorial macam mana nak tambah kolum baru kat footer. Suka tak? Try and error je lah kan, sebab kalau nak pandai kena lah buat salah dulu. Betul tak? sebab dari situ kita belajar, belajar dari kesilapan.
Ok, nie lah contoh kolum yang ditambah dibawah footer blog. Ala yang kat bawah sekali tu.
clip_image002

Fungsi:
Footer (3 kolum) digunakan untuk membuat ruang yang baru di dalam blog yang agak luas di bahagian bawah supaya sidebar di tepi tidak terlalu panjang dan sesak(macam blog saya nie ke?)
Untuk menambahnya anda semua boleh ikut cara-cara kat bawah nie ye. Sebelum tu, jangan lupa backup template dulu. Sebarang masalah yang berlaku pada template anda bukan dibawah tanggungjawab saya (kejam-kejam)Devil.

1. Login akaun blogspot,
2. Klik Design >> Edit HTML >> Klik Expand Templates Widget,
3. Dan cari kod berikut:

]]></b:skin>
4. Tambahkan kod yang berwarna merah(kat bawah tu) diatas atau sebelum kod 
]]></b:skin>
/* bottom
---------------------------- */ #bottom {
width: 900px;
position: relative;
clear:both;
margin: 0 auto;
color:#fff;
float: left;
background: transparan;
padding: 15px 0 15px 0;
}
#bottom h2 {
text-align:center;
padding: 5px 0 2px 0;
margin: 0 0 10px 0;
color:#AEB404;
font-size: 24px;
letter-spacing: -1px;
border-bottom: 0px solid #fff;
}
#bottom ul {
padding: 0;
margin: 0;
}
#bottom ul li {
line-height: 26px;
list-style-type: none;
border-bottom: 1px dashed #AEB404;
}
#bottom ul li a {
display: block;
padding: 0 10px;
color:#0701FD;
text-decoration: none;
}
#bottom ul li a:hover {
background: transparan;
}
#left-bottom { /* kod kolum footer kiri */
width: 32%;
float: left;
padding-left:10px;
}
#center-bottom { /* kod kolum footer tengah */
width: 32%;
float: left;
padding-left:10px;
}
#right-bottom { /* kod kolum footer kanan */
width: 32%;
float: left;
padding: 0 5px 0 10px;
}
5. Teruskan dengan mencari kod berikut:
<div id='footer-wrapper'>
atau

<div id='footer'>
(biasanya ada kat atas kod </body>)
6. Dan tambahkan kod warna ungu ini (kat bawah tu) dekat atas atau sebelum </body>
<div id='bottom'> <b:section class='bottom' id='left-bottom'/>
<b:section class='bottom' id='center-bottom'/>
<b:section class='bottom' id='right-bottom'/>
</div>
7. Lepas tu Save Templates (lihat perubahan pada bahagian Page Element).

Note:
Yang di Bold kan dengan warna merah tu boleh ditukar mengikut kesuaian blog anda.
Selamat mencuba. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi cuba lagi, sampai jadi..Hehe. Saya dah cuba di blog saya. Kalau tak jadi sampai ke sudah tak tahulah saya. Oklah, sebarang pertanyaan silalah kemukan ye kat ruangan komen. Bye-bye. Wassalam.

P/s :  Saya tulis entry nie guna Windows Live Writer. Open-mouthed smile

24 November 2010

[SOFTWARE] Windows Live Essentials 2011

Assalamualaikum..
Straight to the point..Nak citer pasal software nie. Saya budak pemalas. Lagi-lagi malam-malam nie. Jadi keje saya tulis pendek-pendek supaya keje saya senang dan anda semua pun tak payah baca beria-ria. tak penat..hehehe..

Windows Live Essentials (previously Windows Live Installer) is a suite of freeware applications by Microsoft which aims to offer integrated and bundled e-mail, instant messaging, photo-sharing, blog publishing, security services and other Windows Live entities. Essentials programs are designed to integrate well with each other, with the Windows operating system, and with other Windows Live web-based services such as Windows Live Photos and Windows Live Hotmail, so that they operate as a “seamless whole”. Windows Live Essentials will be integrated with Windows 7 (but not "bundled" with Windows 7) and available to be downloaded from Windows Live Downloads.

 Ok..dah habis baca..Download je lah..Nak baca panjang-panjang, atau untuk lebih mengetahui maklumat lanjutnya sila baca dekat sini ye.



Dalam Windows Live Essentials 2011 nie ada :

  *Messenger
  *Photo Gallery
  *Movie Maker
  *Windows Live Mesh
  *Writer

Windows Live Writer, developed by Microsoft, is a desktop blog-publishing application that is part of the Windows Live range of products. It features WYSIWYG authoring, photo-publishing and map-publishing functionality, and is currently compatible with Windows Live Spaces, SharePoint blogs, Blogger, LiveJournal, TypePad, WordPress, Telligent Community, PBlogs.gr, JournalHome, the MetaWeblog API, the Movable Type API, Blogengine, Square space and all blogs that support RSD (Really Simple Discoverability).
Windows Live Writer introduces the Provider Customization API that enables both rich customization of Windows Live Writer's behavior as well as the opportunity to add new functionality to the product. Currently Windows Live Spaces, WordPress, and TypePad have all taken advantage of this API to expose additional service-specific features within Windows Live Writer.Windows Live Writer is currently available in 48 different languages.

 
 
*Family Safety
  *Mail
  *Messenger Companion
  *Bing Bar
  *Outlook Connector Pack 
  *Microsoft Silverlight



p/s : Pendek dan 'padat' (ye ke)..Malas nak tulis..T__T

20 November 2010

Jom Belajar Bahasa Korea #1


Assalamualaikum,

Hari nie kita belajar bahasa korea nak tak? Tak nak? Tak nak sudah. Entry  nie ditulis kerana ramai betul orang Malaysia suka tengok citer korea.Terutama drama korea atau korea drama. Antara citer korea yang pernah saya tengoklahkan(yang terkenal je lah-kalau tak kenal, buat-buat kenal) :

  1. All About Eve
  2. Autumn in My Heart (Autumn Tale) (Citer yang sangat sedih)
  3. Winter Sonata (Citer nie terkenal dan sangat meletup tapi aku tak berapa berkenan)
  4. My Lovely Samson (rasa macam salah eja)
  5. My Girl
  6. Boy Over Flower
  7. dan banyak lagi T__T
  Mana taknya pelakonnya hensem-hensem dan cantik-cantik belaka. MasyaAllah, itulah bukti keagungan Tuhan yang mencipta rupa dan bentuk sesuatu ciptaannya. Oleh sebab itulah kita tak boleh menghina wajah-wajah atau muka-muka atau face face yang dimiliki oleh manusia atau segala ciptaanNya (muhasabah untuk diri sendiri)  kerana Allah yang menciptanya. Kalau kita menghina, bererti kita menghina Penciptanya. Betul tak? Kalau tak percaya lagi hayati ayat nie :
           
         Maksudnya :  Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Surah At-Tin : Ayat 4)

"...Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut Yang dikehendaki-Nya);..."  (Surah Al-Hasyr : Ayat 22-24)

Percayakan..Ok kita teruskan pembelajaran (mana mula lagi). Berbalik kepada korea tadi, saya pun adalah salah seorang yang terjebak dalam meminati korea. Bukan saja drama nya, ke lagunya dan terus jatuh ke orangnya..hehehe..Saya minat siapa ye? Ala Kim Hyun Joong tu, yang berlakon citer Boy Over Flower and then Playful Kiss tu. Tulah si dia yang saya minat.

                          p/s : Saya mengaku dia sebagai buah hati saya..T__T

Citer Boy Over Flower tahu tak? Citer tu dah ada berberapa version. Oklah kalau nak tahu pasal BOF nie, nantilah saya tulis entry baru. Sekarang nie kita fokus, dah lari tajuk nie (asyik membebel je bila nak start nie).

Pembelajaran Pertama

 Perkataan yang simple dulu ok.


yeh
Yes.

ah-ni-o
No.

kwen-chah-nah-yo
It's okay. That's alright.

ahn-nyong-ha-se-yo
How are you? How do you do? [also in reply]

ahn-nyong-i kah-se-yo
Good bye.

kahm-sa-hahm-ni-da/ Gamsahamnida
Thank you. [formal]

koh-mahp-soom-ni-da/ Kompta
Thank you. [less formal]

che-sohng-hahm-ni-da
I am sorry. [intense]

mi-ahn-hahm-ni-da/Mi-an-na-da
I am sorry. [less intense]


Baiklah, sampai di sinilah pembelajaran kita. Nanti kita sambung lagi .

p/s : Jika terdapat kesalahan ejaan. Sila abaikan. T__T

19 November 2010

Tips dan Panduan Temuduga Ke IPTA

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak kongsi apa tu temuduga. Bukan temuduga kerja tapi temuduga ke IPTA (IPTS pun samalah jugak). Saya akan kongsikan pengetahuan saya tentang temuduga dan ini akan membantu adik-adik(yang baru nak ambil SPM tahun nie. Good Luck to junior-junior akak dekat SMKS), kakak-kakak, abang-abang (kepada Kak ikin yang nak ambil STPM tahun nie.I wish you good Luck. 4 flat ok.) dan yang sebagainya bagi menghadiri temuduga untuk masuk ke Universiti.

Bukan senang nak pergi temuduga nie. Kena ada persedian terlebih dahulu, tak boleh nak hentam kormo(betul ke aku eja nie) je. Dengan tips-tips yang saya sediakan ini, saya harap saya dapat membantu anda semua dalam memudahkan lagi dan menyediakan diri untuk menghadiri temuduga. Tapi tips nie lebih kepada pelajar Pelajar Lepasan SPM kerana al maklumlah saya pun baru habis SPM tahun lepas.

Lagi satu, maklumat ini saya perolehi daripada satu program yang saya ikuti dan maklumat ini sememangnya boleh dipercayai 110%. Jangan risau, InsyaAllah jika anda menggunakan tips-tips yang saya berikan anda pasti akan berjaya dalam temuduga yang bakal anda hadiri nanti kerana saya jugak pernah menghadiri temuduga dan Alhamdulillah, saya berjaya dengan izin Allah jugak(banyak pulak aku merepek). Baiklah disini saya akan berikan tipsnya (Rujuk Gambar) :

Senarai Semak Peribadi 










      Contoh Borang Penilaian Temuduga


Itu sahaja, semoga berjaya ye.


27 October 2010

[Review Novel] Bicara Hati Oleh Damya Hanna

Assalamualaikum..

Novel, novel, novel dan novel..Jadi nak cerita sikit pasal novel yang ditulis oleh Damya Hanna yang bertajuk Bicara Hati. Apa yang cakap novel nie best sangat-sangat, sampai saya katam novel nie tak terkira oleh jari jemari. Tahniah Damya Hanna..Novel beliau memang sangat best.

Bayangkan saya beli novel nie tahun 2010 dah 18 kali cetak dah. Novel nie memang terbaiklah. Kena dengan watak dan jalan ceritanya. Macam-macam genre yang ada dalam novel nie sedih, suka, duka, cinta, persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya lah. Siapa yang dah baca pasti akan tahu betapa bestnya novel nie..hehe..berapa banyak best dahhhh..

Bila baca novel nie, rasa macam jatuh cinta dengan Tengkun Syahran pun ada. Romantik, tapi bila datang baran dia..habis semuanya..Alia pulak baik sangat-sangat. Lemah lembut, sopan santun, dan yang paling penting watak dalam novel khayalannya adalah heroinnya cantik dan heronya mestilah kacak, segak, bergaya dan sebagainya.

Ini lah dunia  pembaca novel..yang penuh dengan imaginasi yang amat lah tinggi sampai puncak gunung Everest, kalau boleh nak ke bulan, bintang atau seluruh carekawala nie..Hehe..itu saya je kot.

Jadi saya syor kan anda membeli novel nie, kalau tak mampu, pinjam, kalau tak nak pinjam, jangan mencuri.. Ok, untuk novel nie saya bagi 5 bintang daripada 5 bintang. Yeaaaaaaaa..Selamat Membaca

Sinopsis :  

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya. Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.






24 October 2010

Surat daripada seorang lelaki kepada 'FUTURE WIFE'

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
                                               
                                                  Salam bakal pertemuan dari bakal suami mu

09 September 2010

[Tutorial] Cara nak tukar background blog

Assalamualaikum, hai readers..

Tutorial kali ini ialah cara nak letak atau tukar background pada blog khas untuk blog yang menggunakan classic template(template blog yang lama). Template designer atau template baru berbeza kodnya, jadi mungkin tak boleh ikut tutorial ini. Kecuali dah pandai coding. Baiklah kita mulakan tutorial.

1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2. Cari kod ini:
  body {


3. Scroll ke bawah sehingga jumpa kod ini :


background:$bgcolor;
4. Kemudian gantikan kod di atas dengan kod ini :

background:#0000;
5. Warna hijau tu untuk kod warna apa yang kita nak untuk background blog. Kod warna boleh tengok dekat sini. Sudah siap semuanya. kod anda akan kelihatan seperti ini :
  body {
  background: #EACDDC;
  margin:0;
  color:$textcolor;
  font:x-small Georgia Serif;
  font-size/* */:/**/small;
  font-size: /**/small;
  text-align: center;
  }


Background Bergambar.

1. Untuk letak background yang bergambar cuma gantikan kod yang kat atas tu dengan kod nie:

background: url('URL GAMBAR')repeat;

Contoh:


  body {
  background: url('https://lh3.googleusercontent.com/-    1Hs7atUjSJ0/TPTIOvooQ_I/AAAAAAAABAM/FAWDA-xy4Vo/s128/46.gif')repeat;
  margin:0;
  color:$textcolor;
  font:x-small Georgia Serif;
  font-size/* */:/**/small;
  font-size: /**/small;
  text-align: center;
  }

6. Jangan lupa yang warna purple tu gantikan dengan URL IMAGE anda.

Oklah sampai disini saja, selamat mencuba, kalau tak faham, boleh lah komen, nanti saya tolong.

p/s : tutorial ini ada dalam draft. baru nak post.


UPDATE : DI INGATKAN TEMPLATE BLOG BARU KEMUNGKINAN TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN TUTORIAL INI LAGI. TUTORIAL INI LEBIH SESUAI UNTUK TEMPLATE DENIM DAN JUGA MINIMA. TEMPLATE DESIGNER MUNGKIN SUDAH BERBEZA. HARAP MAKLUM.

28 August 2010

Korean Drama-Full House Ost


OST Full Album

  1. Full House (Instrumental)
  2. WHY - 운명 (Oon myung; Fate)
  3. Forever (Instrumental)
  4. Byul - I Think I Love You
  5. 시 (Instrumental)
  6. Noel - 친구란 말 (chingu ran mal)
  7. 운명 (Full Slow Instrumental)
  8. Blue Hills (Instrumental)
  9. Why - 운명 (Slow Version) (Oon myung)
  10. I Think I Love You(Guitar Instrumental)
  11. G-soul - 늦게 핀 사랑 (Too Late) (neut geh pin sarang)
  12. WHY - Forever
  13. 운명 (Semi Slow Instrumental)
  14. Love At The Gate (Instrumental)
  15. 고마워할게요
  16. 늦게 핀 사랑 (Too Late) (Violin Instrumental)
  17. Amazing Love (Instrumental)
  18. Paradiso (Instrumental)
  19. 운명 (Instrumental)
  20. Lee Bo Ram- Geu Deh Ji Geum
 

20 June 2010

Cara Mengenali orang yang sombong dan bongkak..

           SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.


Allah berfirman yang bermaksud:


        “Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.


Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)


Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.


Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :


• Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


• Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.


• Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.


• Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.


• Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.


• Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.


• Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:


“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.

Wassalam..

Tentang Kawan

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....





 
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
 
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....
 
kata sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
  
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
 

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....
 
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......




kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

Mengapa Kita Harus Mengeluh??


Jalan-jalan dan terus berjalan dan "menyelongkar" artikel demi artikel kat iluvislam nie..Dan terjumpalah artikel nie..Best sangat..Macam ada sangkut paut dengan diri je..Jadi saya nak share lah..Baca jangan tak baca
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)


Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.
              Artikel: IluvIslam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome