20 November 2014

Tempahan Edit Blog - Min's Health & Beauty

Assalamualaikum...

tempahan edit blog murah


Blog design dah lama siap, baru ada masa dan mood nak update..hehe. Tempahan ini adalah untuk Min's Health & Beauty blog. Nak tema, bunga sakura dan hijau rumput dan ala-ala warna hijau blog saya ini. Maka terhasillah blog ini dengan design berikut. 

Min's Health & Beauty merupakan SID produk Shaklee. Jadi kalau anda berminat nak dapatkan produk-produk Shaklee dengan harga yang berpatutan boleh lah terus singgah ke blog ini ya : Min's Health & Beauty. Sambil-sambil itu bolehlah blogwalking dan follow terus ya. Terima kasih pada akak Min, kerana sudi menempah dengan saya. ^___^


------------------------------------------------


Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"

Terima kasih. ^___^

Kempen #SaveAlQuds | Masjid Al-Aqsa dalam bahaya!

Assalamualaikum...

Masihkah kita tidur dengan lena? Adakah kita tahu, Masjid Al-Aqsa kini dalam bahaya? Adakah kita sedar, Zionis Israel makin giat aktif dengan menyerang satu demi satu hak dan nyawa-nyawa orang Islam seterusnya menyerang dan ingin menakluki Masjid milik umat Islam, milik kita bersama...iaitu Masjid Al-Aqsa. Zionis masih tidak berhenti..perang masih diteruskan.


Info Masjid Al-Aqsa yang perlu anda ketahui.

Sejarah Masjid Al-Aqsa
[ Garisan Merah didalam petak tersebut menunjukkan KESELURUHAN MASJIDIL AL-AQSA yang berkeluasan 144,000 meter persegi bersamaan 35 Ekar ( 1/6 Keseluruhan Kawasan tersebut ).]

Kini Masjid Al-Aqsa didalam keadaan BAHAYA...
Bangunlah Wahai Umat Islam, Seruan Al-Aqsa memanggil Mu untuk bersama-sama membelanya...

Mari sama-sama kita sertai kempen ini. Anda boleh menunjukkan solidariti anda dengan menukar gambar profile di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya kepada gambar dibawah.

Sejarah Masjid Al-Aqsa


Selain itu, mari kita sama-sama kongsikan maklumat ini dengan menekan butang share di Facebook mahupun di Twitter anda. Semoga info ini memberi manfaat, mana-mana yang keliru selama ini mengenai Masjid Al-Aqsa, ini jawapannya. Dengan adanya ilmu juga kita BERJIHAD menentang musuh-musuh Allah ini. Iringkan doa untuk mereka saudara kita, iringkan doa untuk kebebasan Masjid, kiblat pertama kita. Iringkan doa untuk kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Doakan untuk AGAMA KITA. Ayuh bersama-sama membebaskan hak kita dari dibelenggu oleh zionis laknatullah ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini anda boleh melayari laman rasmi Facebook Aman Palestin. Like dan follow page Aman Palestin di link berikut : Facebook Aman Palestin Official


#Fight4AlAqsa
#SolidarityWithAlQuds
 #SaveAlQuds


06 November 2014

Mampukah kita tidur dengan tenang?

Assalamualaikum...

Zionis Israel Bangsat



Aman Palestin

Para ahli Parlimen, rabi dan rakyat negara haram Israel telah mengumumkan akan memasuki Masjid Al Aqsa secara beramai-ramai.

Mereka akan memakai topeng 'Yehuda Glick' sebagai tanda solidariti kepadanya sebagai seorang aktivis berbangsa Yahudi yang konsisten memperjuangkan hak Yahudi untuk memiliki Masjid Al Aqsa.

Anda mampu tidur dengan tenang pada malam ini?



02 November 2014

Amalan sunat pada Hari Asyura

Assalamualaikum...

Lip lap lampu berkelip..sedar tak sedar dah masuk bulan 11 dah pun dan sudah hampir menjengah masuk pintu 10 Muharram 1436. Fuhhh..pantas sungguh masa ini kan. InsyaAllah, kalau panjang umur jumpalah kita esok, Hari Asyura.

Kalau dulu-dulu yang seronok waktu hari asyura ini dapat makan bubur Asyura..hehe..seronok. Gotong royong buat bubur ini. Ada macam-macam perisa. Ada yang letak daging..tapi tak suka. Suka yang letak jagung banyak-banyak. Yummy! Dah lama tak makan. Rindulah.

Amalan sunat pada Hari Asyura


Selain daripada, gotong royong membuat bubur Asyura, ada beberapa amalan yang kita boleh lakukan pada hari tersebut. Bukan semata-mata nak makan bubur je ya. hehe..dulu-dulu waktu kecil tak tahu pun Hari Asyura ini apa,sebab tahu Hari Asyura dapat makan bubur Asyura je. Dah "cerdik sikit", barulah tahu banyak sejarah penting bagi Islam pada 10 Muharram ini.

Kelebihan Hari Asyura
  • Sebenarnya tak ada amalan yang lebih utama pada hari Asyura, kecuali berpuasa. Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
  • Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yg utama selepas puasa bulan Ramadhan :
“Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)
  • Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari2 biasa.. atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaAllah, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :
“Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)
(Sumber)

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Asyura :
  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
  4. Menunjukkan orang sesat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  6. Memelihara kehormatan diri - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  7. Mandi Sunat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
  8. Bercelak - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  9. Membaca Surat Al-Ikhlas (Qulhuwallah) hingga akhir seribu kali - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  10. Sembahyang sunat empat rakaat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  11. Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  12. Puasa - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Lafaz niat Puasa Sunat Asyura 
"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"


Selamat berpuasa.Tak terlambat lagi nak puasa, hari ini niat esok puasa lah pada 10 Muharram dan diikut dengan 11 Muharram. Untuk lebih lanjut mengenai Cara atau Kaedah Puasa pada Hari Asyura boleh rujuk blog Ustaz Love. ^___^


Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur pada Allah. Terima kasih Allah. First time, tengok bola sampai menangis-menangis. Allah..hehe..Seronok. Hampir-hampir putus harapan, tapi rezeki dari Allah untuk Pahang, kami MENANG!. Yeahhhhhh, seronoknya. Emotional sikit time acara gaduh-gaduh itu. Alahai.

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


Berdebar je setiap masa waktu tengok perlawanan, rasa macam nak je turun padang itu..konon macam pandai sangat je kan main bola kan. Tak tergambar dengan kata-kata seronok betul malam ini..hehehe. Dekat rumah ini pun kedengaran bunyi bunga api bertebaran di langit sebagai tanda meraikan kemenangan Pahang.

Pahang meraih kemenangan menerusi sepakan penaliti dengan jaringan 5-3 selepas seri 2-2 menentang JDT. Tahniah Pahang ku sayang. #HogohPahangHogoh kerana permainan yang hebat dan mantap meskipun disaat-saat akhir. ^___^

Harap kita penyokong Pahang, jadi seperti peribahasa "Ibarat resmi padi, semakin tinggi semakin tunduk." Menang tak bermegah, kalah takkan rebah. Tahniah sekali lagi buat Pahang dan juga JDT kerana berjaya mara ke peringkat akhir.

#HogohPahangHogoh #PahangJuaraPialaMalaysia2014


29 October 2014

CPUV - LAN BERAMBEH 2014 | Digi - Devices Campaign

Assalamualaikum...

CPUV - LAN BERAMBEH 2014 |  Digi - Devices Campaign

Rasa seronok pula tengok Nuffnang bagi CPUV banyak-banyak. hehe. Walaupun dapat earning sikit pun tak apalah, asalkan ada. Syukur Alhamdulillah..(kununlah kan hari itu merungut..hehehe

Ada 3 CPUV baru masuk untuk hari ini iaitu 1 CPUV - LAN BERAMBEH 2014 dan juga 2 CPUV Digi - Devices Campaign. Agak-agaknya iklan apa ya LAN BERAMBEH 2014, namanya pun dah unik. Google google rupanya ianya merupakan satu Karnival Anak Sarawak, untuk mengenali budaya, makanan dan macam-macam lagi mengenai Sarawak. Bestnya! Bertuah jadi anak Sarawak..hehe. Eh..orang semenajung boleh hadir tau. Untuk keterangan lanjut, boleh lah klik iklan LAN BERAMBEH 2014 itu ya.


Lihat juga :
Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang
Update Survey - Cara mudah dapat CPUV





p/s: Update entri mengenai CPUV ini bukanlah bertujuan nak menunjuk atau riak ke apa. Tak lah, cuma sekadar perkongsian untuk tatap diri sendiri, di masa akan datang. hehe. Ramai kan rakan blogger yang dapat CPUV yang sama. Tahniah semua. ^___^


27 October 2014

7 CPUV baru dari Nuffnang

Assalamualaikum...

7 CPUV baru dari Nuffnang

Nuffnang oh Nuffnang memang encik Nuffnang baik hati tahun ini..hehe. Berderet-deret CPUV baru masuk. Untuk beberapa hari sahaja...dah ada 7 CPUV baru masuk, menjadikan keseluruhan CPUV sedang On-Going sebanyak 23 ekor CPUV. Ekor je..badan hilang. Itu yang earning pun dapat ciput je tu. Ish...Aini ini tak bersyukur kan. Ehh..Alhamdulillah. Ciput ke Siput ke, janji ada. 30 ke 50 sen, janji itu rezeki kita, sikit-sikit lama-lama jadi bukti kan.

Ramai kan rakan blogger dapat CPUV ini kan..banyak pula itu kan. Tahniah! ^___^



Lihat juga :
Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang
Update Survey - Cara mudah dapat CPUV



Tempahan Edit Blog - Aziah Adzemi

Assalamualaikum...

Tempahan Edit Blog - Aziah Adzemi


Tempahan kali ini datangnya dari Aziah Adzemi atau Azi untuk blog personalnya. Senang berurusan dengan azi..hehe..Tak kisah nak design macam mana katanya asalkan comel. Maka terhasil lah blog ini. Jemputlah rakan-rakan blogger ke blog Aziah Adzemi ya, sambil-sambil blogwalking itu boleh lah follow sekali, boleh tambah kenalan di dunia maya kan.

Terima kasih Azi ku sayang kerana sudi menempah dengan saya. ^___^

------------------------------------------------


Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :


Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"




Terima kasih. ^___^

25 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Assalamualaikum...


Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11

Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 

Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .


24 October 2014

Pahang tewaskan Kedah 5-0 di separuh akhir kedua

Assalamualaikum...

Malam ini Pahang bangkit dengan amukan tok gajah. Alhamdulillah..Tok Gajah menang dengan agregat  6-3. Alhamdulillah..Rezeki Pahang malam ini.
 Piala Malaysia 2014
Memang sengit pelawanan malam ini. Cheq pun sayang Kedah tapi cheq lagi sayang Pahang. Tahniah Pahang dan tahniah juga Kedah kerana Kedah pun main cukup power malam ini. Cuma rezeki untuk ke final lebih memihak kepada Tok Gajah. Tak apalah, kalah menang adat pertandingan. Bola-bola, saudara tetap saudara. 


p/s: Abe Gopi banyak hensem ini hari..hehe. Terbaik! Abe Conti pun hensem tapi comel lagi Abe Gopi. Laju gila Abe Gopi lari. hihi.

#HogohPahangHogoh

22 October 2014

Resepi | Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...


Semalam kita cerita pasal musim mempelam aka mangga kan, kononnya ada mission lah nak cuba buat Jeruk Mangga Asam Boi yang famous itu. Nak rasa sedap sangat ke?

Mempelam

Yeah! Mission accomplished. Dah buat dah..hehe. Ternyata memang sedap. Unik! Biasanya buat jeruk nak hilangkan rasa masam mangga ini, rendam dengan air garam semalaman ke, kemudian baru letak gula. Tapi bila buat jeruk mangga cari ini, tak sampai beberapa jam je dah boleh makan. Mangga yang masam pun dah tak masam menggila. Masam-masam manis. Sedap!

Cubalah buat! Seriously sedap. Umi pun suka makan. Siap puj lagi siapalah yang mereka resepi ini..hehe. Unik! Kredit pada pencipta resepi jeruk ini. Siapa ya? Kalau nak cuba buat, bolehlah ambil resepinya dibawah, mudah je.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi


Resepi Jeruk Mangga Asam Boi


Kalau rasa tak sabar nak makan, lepas buat itu simpan sekejap je dalam peti sejuk, dah boleh makan dah. Tak perlu tunggu sehingga 4-5 jam pun tak apa sebab jeruk ini cepat keluar air. Air daripada buah mangga dan gula itu tadi. Dah boleh makan, dan rasa sedap dah. Mudah, sekejap dan sedap! 

Selamat mencuba. ^___^


CPUV - MGIA Parent Campaign

Assalamualaikum...

CPUV - MGIA Parent Campaign


Dapat lagi 3 CPUV yang sama bertengek-tengek. Kali ini CPUV berkaitan dengan MGIA Parent Campaign. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah anda klik iklan tersebut, itupun kalau waktu itu, iklan itu muncul. (Okay, Aini sengal..tak ada mood, hari ini nak menulis.hehehe.)



Lihat juga :
Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang
Update Survey - Cara mudah dapat CPUV

21 October 2014

Musim mempelam

Assalamualaikum...

Bahasa kampungnya orang sebut Mempelam, bahasa bandornya orang sebut Mangga. Tapi rasanya mangga ini untuk kategori buah yang bersaiz agak besar. Ya lah, mempelam ini kecil-kecil saiznya. (Yo lah Aini..suka-suki dia je nak mengkategori mana betul mana salah.)

Lagi-lagi "riuh" di Facebook, mahupun blog mengenai Jeruk Mangga Asam Boi kan. hehe..Kemain seronok, kebetulan pula memang sekarang musim dia, mudahlah nak dapat dan senang lah nak buat. Kalau tak meleleh-leleh air liur. Kecur air liur. hehe.


Jeruk Mangga Asam Boi

Dekat rumah ada 2 batang pokok mempelam, alhamdulillah, dua-dua berbuah lebat. Selalunya sebatang pokok je yang berbuah, tapi kali ini rezeki, pokok yang duduk betul-betul tepi rumah itu turut sama memberi rezeki kepada si hantu mempelam ini. Mahu tak gila. Okay, Aini tak betul.

Jeruk Mangga Asam Boi
Tak ada kerja lain sampai, sekali dua letak gambar mempelam. T___T

Mission hari ini nak cuba buat Jeruk Mangga Asam Boi. Dah orang kata sedap, nak cuba juga, ye ke dok sedapnya. 


20 October 2014

Haram ke pegang Anjing?

Assalamualaikum...

Saya kongsikan pendapat DrMaza berserta video Ustaz Azhar Idrus mengenai persoalan haram ke orang Islam pegang Anjing?. Saya selitkan juga link dari laman web Suhaibwebb.com yang menyentuh soal "Man's Best Friend". The Islamic view on dogs. Semoga bermanfaat.


Haram ke pegang Anjing?










17 October 2014

CPUV - Mondelez (Chipsmore)

Assalamualaikum...


Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


Lagi CPUV baru masuk. Pun sama siap 3 CPUV yang sama masuk. Memang Nuffnang aneh sejak dua menjak ini kan. hehe. Memang kena hantar ticket dekat Nuffnang nak tanya tentang hal ini. Ragu-ragu dan ianya juga memberi effect pada earning kita.




Lihat juga :
Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang
Update Survey - Cara mudah dapat CPUV


16 October 2014

CPUV - Musee Platinum Tokyo

Assalamualaikum...


Musee Platinum Tokyo


Haa..sampai 3 CPUV yang sama masuk. Tapi yang tak okaynya bila dapat banyak CPUV yang sama, earning tak masuk. Rugilah kan. Rasa pelik dengan Nuffnang sejak dua menjak ini. Nak kena hantar ticket pada Nuffnang ini. 

14 October 2014

Cara Menghilangkan Kurap Kucing

Assalamualaikum...

Paling tension bila bela kucing ini, bila munculnya kurap. Stress! hehe. Siapa yang suka bela kucing ini, mesti selalu menghadapi masalah ini kan. Ya lah, kucing ini, mudah sangat dijangkit kurap walaupun dah selalu mandi, jarang keluar rumah pun, tapi bila ada kucing luar masuk rumah, alahai berjangkit lah pula.

Cara Menghilangkan Kurap Kucing


Selain daripada guna ubat kurap manusia atau ubat klink haiwan ada satu ubat yang berkesan untuk hilangkan kurap kucing. Kalau nak bawa klinik haiwan, kos lain pula kan. Lagi-lagi bila kucing yang dipelihara kita bukan 1 atau 2 ekor tapi berpuluh-puluh ekor, agak pening kan. Dekat kawasan saya ini pula pun susah nak cari klink haiwan. Ish serabutnya..hehe. Saya suka peluk-peluk kucing, bila kucing ada kurap, masalah besar ini. hehe.

Google punya google, banyak caranya. Agak ragu-ragu, sesetengah cara itu macam boleh membahayakan kesihatan kucing je. Itu yang tak nak cuba. Ada yang cakap boleh guna minyak hitam terpakailah. hehe. Tak nak ambil risiko, tak nak lah cuba.

Ubat apa berkesan untuk hilangkan kurap kucing?


Cara Menghilangkan Kurap Kucing


  • Guna lebihan minyak masak goreng ikan. Lepas dah goreng ikan itu, kita asingkan minyak kemudian biarkan minyak itu sejuk kemudian bolehlah kita sapukan pada bahagian badan kucing yang berkurap itu tadi. Cara ini berkesan. Walaupun agak leceh, sebab kena buat banyak kali tapi berkesan, dalam masa 1-2 minggu dah nampak perubahan, kurap kucing dah hilang. Nak lebih berkesan, sapu 1 hari 1 kali pun okay. Bukan suruh lumur satu badan dengan minyak tau, sapukan bahagian kurap sahaja. hehe.

Haa..kenapa guna minyak? Minyak ini berfungsi untuk lembutkan kerak kurap dan melemaskan hama (mites)yang menyebabkan kurap pada haiwan peliharaan kita itu. Mudahkan? Jimat kos dan kalau kucing kita jilat pun tak ada masalah. Tak risau. Kalau guna ubat sapuan lain, alamak! kena letakkan plastik/piring kertas pada leher kucing itu lah apa lah..macam-macam lah supaya dia tak jilat badan dia yang kita sapu ubat itu tadi.

Jadi pemilik-pemilik kucing, gunakan cara ini sekiranya haiwan kesayangan anda mempunyai masalah kurap. InsyaAllah berkesan. Bulu kucing pun makin gebu dan lembut..hehe. Ini berdasarkan pengalaman sayalah.

Selamat mencuba. ^__^


p/s: Nanti nak pergi latihan macam manalah nak tinggal si gebu dan gebas dekat rumah, mesti rindu dekat mereka ini.

Tempahan edit blog - Manjejue Beauty Shop

Assalamualaikum...

Tempahan edit blog murah

Blog

Tempahan edit blog murah - watermark

Watermark


Tempahan edit blog murah - banner

Banner



Tempahan blog kali ini adalah untuk Manjejue Beauty Shop. Tema pilihan, warna merah jambu berlatar belakangkan produk kesihatan dan kecantikan serta produk kosmetik yang asli dan original. Macam-macam produk yang dijual di Manjejue Beauty Shop ini termasuklah produk Radiance Signature, Ephyra, Jus Permata Idaman, K Colly dan macam-macam lagi produk di bawah satu bumbung. hehe. Murah, jimat dan mudah.

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah blogwalking ke Manjejue Beauty Shop ini ya. Sambil-sambil itu boleh lah follow dan membeli belah sekali kan atau anda semua boleh terus ke page Manjejue Beauty Shop ini untuk maklumat lanjut.

Sangat mudah berurusan dengan sis Manjejue ini, sekali proceed dah approve. Terima kasih pada sis Manjejue kerana sudi menempah dengan saya.


------------------------------------------------


Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :


Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"




Terima kasih. ^___^

11 October 2014

CPUV - Zurich Insurance Contest

Assalamualaikum...


CPUV - Zurich Insurance Contest


Banyak tak dapat CPUV yang sama sekaligus? Mungkin betul ada blogger kata Nuffnang ada masalah teknikal. CPUV yang sama ini sebenarnya bawa kebaikan dan keburukannya yang tersendiri, ada untung ada rugi. Kadang tengok banyak je dapat CPUV tapi iklannya jarang muncul di blog, yang keluar kebanyakkannya iklan ChurpChurp kan.

Tapi tak apalah, Alhamdulillah, ada juga rezeki kita walapun kadang-kadang satu iklan yang sama cuma dapat beberapa sen sahaja. Kalau betul, masalah teknikal, harap pihak Nuffnang cepat-cepatlah betulkan. Seronok itu memang seronok dapat CPUV banyak tapi dalam masa sama aneh dan takut, termakan duit yang bukan hak kita nanti bahaya juga kan. Kalau tak, tak apalah. Kot-kot nuffnang baik hati nak bagi banyak-banyak, itu memanglah dialu-alukan. heee. ^__^


Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


Ringkasan Bajet 2015

Assalamualaikum...

Ringkasan Bajet 2015

Ringkasan Bajet 2015

Ringkasan Bajet 2015

Ringkasan Bajet 2015

Ringkasan Bajet 2015

Ringkasan Bajet 2015

10 October 2014

CPUV - LAMIDO Digital Campaign

Assalamualaikum...

CPUV - LAMIDO Digital Campaign

Semakin dahsyat Nuffnang sekarang, kalau beri cpuv sekali bagi sampai 3 CPUV yang sama iaitu LAMIDO Digital Campaign. Hehe. Bukan tak suka, suka ini. Berlonggok-longgok CPUV, harap-harap berlonggok-longgok juga earning nya kan. Cuba check akaun nuffnang masing-masing mesti ada juga CPUV baru masuk. ^___^



Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

09 October 2014

Emoticon "Alhamdulillah" di Facebook

Assalamualaikum...

Terkejut pun ado..ehh..Mark Zuckerberg dah buat perubahan lah pada emoticon pada bahagian komen di Facebook iaitu emoticon "How are you feeling?" dah ada perkataan "Alhamdulillah". Tak pasti sama ada, hanya untuk Malaysia atau negara-negara lain juga.


Emoticon "Alhamdulillah" di Facebook


Pendapat anda pula macam mana? Menarik tak? Err..saya memang jarang sangat nak update status, kalau ada hal penting je up status kalau tak memang berhabuklah kotak status itu. hehehe. 



08 October 2014

Akhirnya! Check Nuffnang dah sampai

Assalamualaikum...

Akhirnya! Check Nuffnang dah sampai

Yeah, Alhamdulillah, akhirnya sampai juga check Nuffnang yang ku tunggu-tunggu ini. Hee.. Alhamdulillah, lepas juga target tahun ini nak cash out 2 kali setahun. Next target, nak cash out lagi untuk kali ke-3 dalam tahun ini. Tak tahulah lepas atau tidak. Hehe. Berusaha! Chaiyok-chaiyok! ^___^

CPUV Nuffnang sesat ke?

Assalamualaikum...

CPUV Nuffnang sesat ke?


Ramai kan blogger dapat CPUV "mabuk dan sesat" ini kan..hehe.. Mana taknya, mabuk apa Nuffnang tiba-tiba muncul CPUV yang tarikhnya dah lama tapi baru wujud dekat box CPUV itu kan.

Pelik bin ajaib je Nuffnang ini. Bukan tak seronok melompat-lompat ke apa, tapi ragu-ragu. hehe. Bab duit ini kan bahaya sikit, tersalah ambil kang! Errmm..Syukur! Alhamdulillah lah rezeki. Banyak complain pula kan. Syukurlah ada daripada tak ada, boleh cash out untuk kali ke-3 untuk tahun ini.

Ada 2 CPUV baru iaitu SME Micro Finance, haa yang itu yang betul-betul baru. Moga-moga bertahan lah ianya lebih lama..hehehe. Anda semua dapatkan? Tahniah-tahniah! ^____^



Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

03 October 2014

CPUV - Kasi App Campaign

Assalamualaikum...

Baru nak check Nuffnang sebab nak tengok payment dah paid atau belum, tertengok sekali CPUV, wah Nuffnang bagi satu lagi CPUV baru lah. Kasi App Campaign. Cuba check akaun Nuffnang masing-masing, kot-kot berderet-deret CPUV anda dapat. hehehe.

CPUV - Kasi App Campaign


Nak tahu apa itu Kasi App?
Kasi is a new gifting app you can send & receive gifts with. Choose from your favourite brands and share them with friends. Thank You for checking Kasi out! Share the joy and make someone happy today :)
Kasi Apps



Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

CPUV - Proton PCC

Assalamualaikum...

Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

Ada satu lagi CPUV baru iaitu Proton PCC. Alhamdulillah. Ramai blogger dapat CPUV ini kan. Rata-rata rakan blogger mesti sedang mengumpul CPUV yang banyak untuk bulan ini kan. Seronok bila dapat CPUV, walaupun sikit tapi tetap dapat hasilnya. 

Kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekurang-kurangnya ada jugalah sikit pulangan sambil menyelam minum air ini kan. Ini pun sedang menunggu check dari Nuffnang yang sudah di cash out hujung bulan 8 hari itu. Bila lah nak sampai. kihkih. Punya tak sabar.


Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


02 October 2014

Surat Perjanjian Pinjaman RM3

Assalamualaikum...


Surat Perjanjian Pinjaman RM3

Hehe..agak kelakar kan tapi dalam masa yang sama, ianya satu langkah yang bijak. Kita pun kena buat surat perjanjian macam ini sebenarnya. Memang dalam Islam pun diajar untuk kita buat perjanjian bertulis bila buat pinjaman tidak kira berapa nilainya.

Ya lah kan, zaman sekarang ini kan, macam-macam jenis orang. Dulu waktu nak pinjam duit kita kemain manis mulutnya, tapi bila time nak bayar balik, liyatnya, nauzubillah. Rasa macam kita pula yang muka tembok sebab nak kutip hutang. Lagi satu hal buat-buat lupa pasal hutang dia ya lah hutang dah lama kan. Kununnya lupa lah. Dan seterusnya, kita pula kena maki!, buat muka tak bersalah, padahal dia yang berhutang duit kita. Alahai, minta dijauhkan dari sikap seperti itu. Terbelenggu diri bila berhutang ini kan.

Hutang Wajib dibayar



Entri berkaitan :

30 September 2014

Contest Blog Comel By: Shedaucu

Assalamualaikum...


Contest Blog Comel By: Shedaucu
(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama


29 September 2014

Semakan Keputusan Temu Duga Pegawai Penjara Gred KX17

Assalamualaikum...

Semakan Keputusan Temu Duga  Pegawai Penjara Gred KX17

Semakan Keputusan Temu Duga Pegawai Penjara Gred KX17 telah dibuka, anda boleh menyemak keputusannya di pautan berikut : 


Anda juga boleh menyemak email masing-masing. SPA akan hantar Keputusan Temuduga tersebut melalui email anda. Keputusan temuduga ini boleh disemak sehingga 20/10/2014

Selamat menyemak dan semoga berjaya semua! ^__^


2 CPUV dari Nuffnang - SENHENG & Sime Darby

Assalamualaikum...

Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


Alhamdulillah, ada rezeki dapat dua CPUV iaitu SENGHENG Online Store One dan Sime Darby LPGA 2014. Rajin betul Nuffnang bagi CPUV dalam 2-3 bulan ini ya. hehe. Kalau dulu, memang jarang nak dapat banyak CPUV dalam satu masa. Alhamdulillah lah kan. Rezeki kita semua. Ramaikan rakan-rakan blogger dapat CPUV ini kan. Tahniah semua! ^___^


Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Giveaway 2014 Mialiana.com
Giveaway 2014 Mialiana.com

Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor

























3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.



Good luck!



klik pada banner untuk join....

28 September 2014

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17

Assalamualaikum...

Di entri yang lepas, saya kongsikan pengalaman saya dalam menghadiri Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara Gred KX17 kan, jadi pada entri kali ini, saya nak kongsikan pula pengalaman saya dalam menghadiri temuduga untuk jawatan tersebut pada hari yang berikutnya. Dah nak dekat sebulan pergi baru nak post entry ini kan. hehe. Dah ada dalam draft cuma tak publish je. Sedikit busy dengan kerja sendiri. hehe. Kununlah kan.

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17

Disini saya sertakan sekali, sedikit tips untuk persediaan sebelum temuduga dan semasa temuduga.


Persediaan awal sebelum menghadiri Temuduga
  • Semak dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Dokumen yang asal dan yang perlu di fotostat perlu diteliti supaya waktu pemeriksaan dokumen tak adalah yang tertinggal mahupun terlupa di fotostat.  Rujuk surat panggilan apa yang perlu dibawa dan di fotostat. Dalam surat panggilan itu semua dah ada. Cuma perlu ikut urutannya sahaja. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran kalau boleh, fotostat lah lebih. Untuk langkah berjaga-jaga. Begitu juga dengan gambar pasport. Bawa gambar lebih dan pastikan gambar itu sama dengan gambar pada resume anda. 
  • Dokumen-dokumen yang sudah di fotostat susunlah ikut urutan seperti yang diminta pada surat panggilan tersebut. Kemudian, asingkan. Jangan campur dokumen@sijil asal dengan yang salinan. Sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang asal masuk dalam file clear folder. Manakala resume dan juga salinan pula, masukkan dalam satu sampul surat. Bila diminta, tak perlu susah-susah nak cari. Keluarkan terus. Mudah kerja kita, mudah juga kerja pegawai yang bertugas. (Cara susunan sijil atau dokumen berserta cara menulis resume akan saya kongsikan pada entri berikutnya)
  • Cara pemakaian bagi sesi temuduga mestilah berpakaian sopan dan formal. Bagi lelaki, pakailah baju kemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut atau tambahan pakai blazer. Manakala bagi wanita pula, berbaju kurung, bertudung bawal. Bukan selendang, shawl, mahupun tudung masuk terus itu tau, sebab selendang (shawl) dan lain-lain, bukan dalam kategori pakaian formal. Maklumat ini saya rujuk dalam satu blog, maaf saya tak ingat url dia. Dia cakap, dia kena tegur kerana pakai shawl dan markah dia di tolak atas sebab itu. Kasut yang dipakai pastikan kasut yang bertutup. Bagi wanita bukan Islam, bolehlah pakai baju kemeja berlengan panjang, berseluar slack dan rambut diikat kemas. 
  • Lagi bagus kalau anda, pakai tanda nama atau nametag. 
Semasa menghadiri Temuduga
  • Datang 15 minit awal sebelum masa temuduga diadakan.
  • Jangan buat bising atau bercakap semasa menunggu giliran anda, sebab ianya menganggu rakan-rakan yang lain. Penemu duga dalam bilik temuduga akan membunyikan loceng, menandakan giliran anda untuk masuk untuk ditemuduga. Kalau anda buat bising, nanti tak dengar pula bila loceng tersebut di bunyikan.
  • Sebelum masuk, ketuk pintu terlebih dahulu. Jangan main terjah je tau. Sebab disitu pun ada markah. Beri salam atau ucapkan selamat pagi/petang pada penemuduga.
  • Jangan terus duduk tapi minta kebenaran untuk duduk terlebih dahulu. Penemuduga akan minta anda beri fail dan resume anda sebelum di izin duduk.
  • Jika bawa beg jangan letak atas riba, letakkan ditepi/sisi kerusi. Kalau ada dua kerusi sekali pun, jangan letak beg atas kerusi tersebut, tapi di tepi/sisi kerusi tersebut. Penemuduga tersebut matanya sentiasa memerhatikan gerak geri anda. Seriously..dub dab dub dab je rasanya. Macam penjenayah bersiri pun ada. hahaha. 
  • Ketika duduk, duduk dengan sopan, jangan silang-silang kaki. Kalau tak, dengan anda-anda sekali disilangkan oleh penemuduga tersebut. Jangan bersandar pada kerusi, duduk tegak. Kaki pun kena jaga, jangan main hentak-hentak kaki ya..hehehe. Saya kadang tergabra lebih, kaki ini suka sangat bergerak-gerak. Nasib baik waktu temuduga hari itu, kaki ini boleh dididik agar tak terlalu aktif bergerak ke sana-sini. Tangan pun satu hal, jangan terlalu banyak buat pergerakan yang agresif. Sikit-sikit tak apa. Ini juga sebab terbiasa, bila bercakap selalu gerak-gerak tangan kan. Jadi macam Karam Singh Walia. Masuk pidato dan syarahan dulu kan, mesti ada gaya tangan. Itu yang terbiasa..susah nak ubah. Alahai..tangan oh tangan. Nasib baik kau baik hari itu.
  • Suara kena kuat dan jelas. Bukan menjerit, terpekik dan terlolong tau. Tapi biar berbutir sikit bicara atau perkataan yang kita cakap itu jelas dengar dan tidak membuatkan penemuduga bosan dan mengantuk. 

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17


Bermula kisah dalam bilik temuduga.

PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, perkenalkan diri awak.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Ada di antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara, atau orang yang awak kenal berkerja di Jabatan Penjara Malaysia?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Sebelum ini awak belajar atau berkerja di mana?
-----------------------------------------------------------------

Dekat sini, dia tanya lebih detail tentang kerja kita. Jika kita dah berkerja, dia akan tanya mengapa awak pilih kerja ini lagi sedangkan awak dah ada kerja yang lebih baik, awak ada Ijazah..sekian..sekian. Tapi kenapa awak masih nak memohon Jawatan gred 17 ini? Anda pandai-pandailah goreng, kelebihan berkerja di sektor awam ke, apa ke kan.

-----------------------------------------------------------------

PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Apa persediaan awak sebelum menghadiri temuduga ini?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, cerita kan apa tugas Pegawai Penjara Gred KX17 ini.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Awak ada sebut pasal Sistem Parol  kan tadi, jadi apa yang awak faham tentang Sistem Parol ini. Maksud sistem Parol?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Tangga gaji pegawai penjara bermula daripada berapa?

-----------------------------------------------------------------

Dipendekkan cerita, temuduga ini memang agak lama. Macam-macam soalan yang ditanya. Nak disenaraikan pertanyaan dan jawapan memang panjang berjela tak cukup 1 entri. Jadi saya pendekkan dengan soalan-soalan yang ditanya atau mungkin ditanya sahaja bersama jawapan ringkasnya sahaja. Oh, lain panel/penemuduga, lain soalannya. Ada yang sekejap je, ada yang lama bertapa dalam bilik itu. Ikut budi bicara panel tersebut.
  • Apa kelebihan awak? - Ini adalah sesi memuji diri sendiri. Pujilah diri anda, sehabis mungkin. Ini lah masa anda untuk puji diri sendiri. Masa lain, orang cakap bangga diri pula kan. Ceritakan sahaja kelebihan anda. Misalnya, anda seorang yang positif, positif macam mana? Terangkan lah. Kemudian, awak juga seorang yang berani..terangkanlah. Selain itu, anda seorang yang boleh berkerja tanpa pengawasan. Tak suka curi tulang. Sentiasa memberi kerjasama dengan rakan-rakan setugas dan lain-lain.
  • Pandai memasak? Menjahit dan sebagainya? Siap tanya masakan yang famous di Pahang, kemudian siap tanya resepi lagi. Yang ini memang rasa nak ketawa. Nasib baik tak terlepas cakap " Rasa macam dalam rancangan memasak pun ada" - Sebab ditanya soalan ini? Kata pegawai tersebut, nak jadi Pegawai Penjara bukan sahaja perlu menjaga tahanan ataupun berikan pemulihan tetapi kita mungkin jadi tenaga pengajar para banduan. Dalam Jabatan Penjara Malaysia, macam-macam bahagian ada. 
  • Harapan awak? - Harapan moga dapat kerja ini, dan saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik untuk....harapan ibu bapa, diri sendiri, agama bangsa dan negara. Sebut je semua itu. 
  • Soalan yang memang wajib dan sering ditanya adalah nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengarah Penjara (Bahagian Keselamatan dan Pengurusan), Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri berserta Timbalannya sebab Jabatan Penjara Malaysia adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. Soalan ini boleh dikatakan soalan wajib, tapi tak ditanya pula pada saya, tapi ditanya pada rakan-rakan yang lain. Memang hafal, beria je kan. Eh..bukan beria tapi sebagai langkah-langkah persediaan awal. Tak ditanya, tak apalah kan.
  • Kemudian, ditanya juga soalan-soalan isu semasa. Isu Gaza ke, Isu ISIS ke. Ditanya juga rukun negara. Panel saya ini, tanya rukun Islam, rukun negara, bacaan tahyat akhir, doa qunut. Haa..bersedia je lah ya. Soalan-soalan macam ini dia saja nak uji kita. Doa qunut dan bacaan tahyat akhir itu dia saja tanya sebab dia kata, kalau banduan tanya, awak mesti kena jawab, jadi awak kena tahu. Sebab itu juga, Jabatan Penjara Malaysia nak ambil orang yang lulus Pendidikan Islam, Moral dll. Ya lah, kita kan nak jaga individu yang pernah runtuh akhlaknya, jadi kita kenalah bimbing mereka kan. Lain panel, lain soalannya tau.
  • Lain-lain soalan yang mungkin ditanya, visi, misi, logo, tugas, tangga gaji, motto, maksud Penjara Sejahtera, Akta Penjara, kejayaan yang dicapai oleh Jabatan Penjara.

Lain panel lain soalan ini. Tapi ini lah antara soalan-soalan yang mungkin atau bakal ditanya oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara tersebut. Kebetulan waktu publish entry ini, keputusan untuk Temuduga Pegawai Penjara Gred KX17 ini akan keluar pada hari esok. Huhu..dup dap dia..time malam-malam baru tiba. Redha je lah kan, kalau ada rezeki, insyaAllah ada. Kalau tak, cuba yang lain pula. Sekurang-kurangnya bila kita pergi temuduga ini, kita dapat pengalaman yang berharga. Akhir kata, semoga berjaya semua. ^___^


26 September 2014

Tempahan edit blog - Mawarni Sani Enterprise

Assalamualaikum...
Tempahan edit blog - Mawarni Sani Enterprise

Tempahan edit blog - Mawarni Sani Enterprise
Banner


Tempahan blog kali ini datangnya dari Kak Irfa, sebab blog personalnya Happy Irfa. Tempahan yang ini untuk blog business nya iaitu Mawarni Sani Enterprise. Seperti yang direquest Kak Irfa ini nak blog warna pink lembut. Lain-lain semuanya diserahkan kepada saya. Jadi terhasil lah blog berbentuk sedemikian.

Antara produk yang dijual di sini adalah Nasi Arab. Menarik tau, kita cuma perlu masak je. Kiranya bahan-bahan semua dah ada dalam kotak Nasib Arab itu. Tambahlah mana yang patut. Ayam tak ada lah kan. hehehe.

Selain daripada itu, Mawarni Sani Enterprise juga menjual produk-produk lain seperti Shawl, Inner Magic, Periuk, Pemanggang Ajaib HappyCall dan sebagainya. Kalau berminat, boleh lah jenguk blog ini ya, sambil-sambil itu boleh lah follow sekali. Mawarni Sani Enterprise. Akhir sekali, terima kasih kak, kerana sudi menempah dengan saya. Semoga perniagaan akak maju dan jaya. ^__^



------------------------------------------------


Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :


Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"




Terima kasih. ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome