29 June 2014

Lafaz Niat Puasa dan Doa ketika berbuka

Assalamualaikum...

Sengaja buatkan lafaz niat puasa dan juga doa ketika berbuka ini dalam bentuk petak-petak kecil dan warna-warni, untuk diprint dan ditampal dekat dinding. Memudahkan adik Syafiqah..di rumah ini, baca dan hafal. Biasalah adik-adik ini kan mudah lupa..ehh..eh..kadang-kadang kita pun lupa juga kan. Tak nak lupa, kita terus niat untuk sebulan puasa. Lebih selamat kan.


Lafaz Niat Puasa


Niat Puasa untuk sebulan


Doa berbuka puasa


Blogwalking Sahur

Assalamualaikum...

Dah sahur ke belum?? Kalau dah, alhamdulillah. Dapat pahala bersahurkan. Lepas sahur ini, saya ambil kesempatan untuk blogwalking lah pula. Lagi-lagi memang susah dah nak tidur balik. Jadi kita blogwalking sahur.

Macam pelik je bunyi..blogwalking sahur. hehe. Sekarang tengah blogwalking ke blog peserta ga mahupun segmen yang saya join. Mulakan dengan blogwalking ke blog para Peserta Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida. Sambil baca pengalaman mereka dengan Nuffnang, sambil tambah kenalan kan.

Blogwalking Sahur




Nak sambung blogwalking balik. Selamat berpuasa. Jangan buat-buat lupa. ^___^


28 June 2014

Bersimpati dengan Pn.Lola?

Assalamualaikum...

Tertarik untuk saya kongsikan pendapat dari Prof Dr. Rozieta Shaary mengenai Isu Remaja OKU yang dikurung. Baca dulu dan fahamilah dengan jelas.

---------------------------------

Ibu telah diminta untuk mengulas mengenai berita ini oleh TV Al Hijrah.


TV AL Hijrah :

“Salam Ibu. Minta komen Ibu berkenaan kejadian tersebut. Tergamak seorang ibu sanggup meninggalkan anak yang OKU dalam keadaan macam tu. Kenapa terjadi perkara sedemikian?”

Bila Shahrul bertanya bagaimana perasaan Ibu bila mengetahui berita itu, Ibu menjawab dengan sebak di hati, bahawa pertama Ibu berasa sangat sedih akan melihat keadaan Firdaus. Hati Ibu berasa sangat kasihan akannya. Dan memang prioriti kita adalah untuk membantu Firdaus dan menempatkannya di bawah jagaan mereka yang prihatin. Alhamdulillah, JKM telah mengambil langkah itu. Terima kasih, JKM dan semua yang terlibat membantu Firdaus.

Kemudian, Ibu menyatakan bahawa hati Ibu juga kasihan kepada si ibu itu; terlintas difikiran Ibu ini, apalah yang telah dihadapinya sehingga dia boleh melakukan perbuatan seperti itu. Di manakan suaminya? Kaum keluarganya? Adakah dia sebatang kara sehingga perlu melalui keadaan ini tanpa sokongan dan bantuan kaum keluarga?

Ya, perbuatannya yang nampak kejam. Dalam masa yang sama, jika kita menghantarkan tenaga benci dan marah sahaja kepadanya, ini tidak memperbaiki keadaan ini. Memang, ibu itu perlu menerima hukuman SEKIRANYA didapati bersalah. Dalam masa yang sama, biarlah didalam hukuman itu dimuatkan juga terapi untuk memulihkan dia kembali agar boleh kembali ke pangkal jalan.

Seorang anak lahir dengan hati penuh kasih-sayang kerana anak datang dari syurga. Bagaimana hati yang penuh kasih-sayang ini berakhir dengan hati yang tidak berperikemanusiaan? Apakah yang berlaku kepada empunya hati ini? Kita berusahalah memahami dahulu.

Marilah anak-anak Ibu semua, kita jangan terus mengutuk dan mengherdik ibu ini. Mari kita siasat dulu apakah punca yang menjadi dia berkelakuan begitu dan apakah yang boleh kita pelajari.

Tuhan menjadikan peristiwa di dalam hidup kita untuk kita belajar darinya. Jika kita menyangka semua itu tiada kaitan dengan kita, itu adalah salah. Jika ia tiada kaitan dengan kita, maka kita tidak akan mengetahui akan peristiwa itu. Ada mesej yang Tuhan mahu kita pelajari dan Dia memilih kita mempelajarinya untuk kebaikan kita.

Suatu hari, beberapa tahun yang lepas, anak Ibu yang baru bekerja pada masa itu balik dan terus meminta Ibu ke satu sudut jauh dari orang lain. Dia memberitahu Ibu bahawa Bosnya baru meninggal dunia akibat membunuh diri. Dia memberitahu, orang menjumpai mayatnya setelah 2 hari dia tidak kelihatan.

Rupa-rupanya, bosnya itu datang ke Malaysia kerana dipencilkan oleh keluarga. Dia seperti tidak diterima keluarga lagi. Kenapa? Kami tidaklah menyelidik pula. Lama dia berkelana di Malaysia ini, cuba membina bisnes demi bisnes tetapi tidak berjaya. Akhirnya, dia mengambil nyawanya. Tentu kerana tekanan jiwa yang amat besar.

Disebabkan tekanan jiwa, seorang yang waras,boleh mengambil tindakan yang tidak waras.

Ibu belajar banyak dari peristiwa itu. Salah satu daripadanya ialah untuk tidak cepat menuduh dan menghakimi sesaorang. Malah perlu melihat dan memahami mengapakah sesaorang itu bertindak diluar tindakan seorang manusia. Dan berusaha mencari jalan membantu orang itu kembali ke pangkal jalan. "Berpesan dengan kebenaran, berpesan dengan kesabaran." -(surah Al-Asr ayat 4-5)

Bila kita bersimpati dengan ibu yang melakukan kesilapan itu, itu TIDAK bermakna kita bersetuju dengan buruknya perbuatan yang kita nampak itu. Kita TETAP tidak bersimpati dengan perbuatan yang salah. Yang kita bersimpati ialah apakah yang melanda jiwanya, sehingga dia melakukan perkara begitu. Bersimpati supaya kita boleh membawa dia kembali kepada hati yang insaf dan penuh kasih-sayang. Semoga bila dia pulih, dia boleh bertaubat dan mungkin boleh menebus dosanya dengan anaknya itu.

Oleh kerana kita juga tidak tahu sebenar akan apa yang dilalui oleh si ibu itu dalam menjaga anaknya yang oku, eloklah kita menahan diri dari terus menghina. Satu perkara yang pasti, kita tidak mengetahui semua perkara. Oleh itu, berusahalah untuk melihat dari banyak sudut sebelum kita mengatakan melontarkan penghinaan. Bila sudah benar-benar pasti dan jelas, sampaikanlah dengan niat untuk membetulkan keadaan dan cara yang kita guna juga perlu dengan bijak dan berhemah. Itulah yang dinamakan berakhlak mulia.

Dua kebencian iaitu nampak ibu bencikan anak, masyarakat bencikan ibu itu tidak boleh membawa kasih-sayang dan menamatkan penderitaan pada diri dan masyarakat. Tapi sebuah kasih-sayang boleh menamatkan satu kebencian yang boleh menjadi punca memakan masyarakat dan dunia.

Semoga Allah memelihara hati kita dan menempatkan rahmahnya dan kasih-sayang ke dalamnya.

(Penulisan ini adalah dari Ibu (Prof Dr. Rozieta Shaary) dan Ibu mengizinkan anda berkongsi dengan berintegriti, sekiranya anda mendapati ianya menambah nilai kepada anda dan ramai orang).

Salam Kasih, Ibu Rose


Salam Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Salam Ramadan Al-Mubarak

Sekejap saja rasanya, masa berlalu, esok kita bakal menempuh bulan yang cukup istimewa, iaitu Bulan Ramadan. Syukur Alhamdulillah. Moga Ramadan pada tahun ini lebih baik dan memberi makna pada diri kita dari tahun-tahun yang sebelumnya. Moga bertambah juga amalan kebaikan kita. InsyaAllah.





Dikesempatan ini juga, nak mohon maaf jika ada, menguris hati pembaca blog saya ini. Mohon maaf ya. Salam Ramadan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam khusunya di Malaysia. Sambil itu, jom kita layan lagu Ramadan oleh Maher Zain. Ini versi Bahasa Melayu. Selamat berpuasa dan selamat mendengar. ^___^


Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean

Assalamualaikum...


1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean

[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)

Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)



UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

Happy 1st Anniversary buat sis Yana dan juga pasangannya Dean. Semoga ikatan perkahwinan antara sis Yana dan suami berkekalan sehingga ke jannah. InsyaAllah, semoga sis juga, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Penyejuk dimata dan penenang dihati.

Tanam serai tepi perigi,
Cantik pula tambah berseri,
Sis Yana dan Dean, Happy 1st Anniversary,
Moga hidup terus happy. ^____^
InsyaAllah.


Bukti print Screen


Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean


*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.

Derhaka Ayah pada anak

Assalamualaikum...

Untuk perkongsian bersama.


.... Saidina Umar berkata: “Seorang ayah akan menjadi derhaka pada anaknya kerana tiga perkara.
Pertama, jika dia memilih isteri (ibu) yang tidak solehah untuk meletakkan benihnya ke dalam rahim wanita tersebut.
Kedua, jika dia menamakan anaknya dengan nama yang tidak elok.
Ketiga, jika dia tidak mengajarkan pada anaknya membaca Al-Quran.” .....


Derhaka Ayah pada anak

Alhamdulillah..arwah ayah seorang ayah yang terbaik buat kami. Cukup didikan dan ajaran agama ayah berikan. Tersangatlah sayang dan rindu dengan arwah ayah. 


Auto Publish


27 June 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum...

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida
Nak join klik banner ya.
Tamat : 28 June 2014 (Sabtu)

Mula sertai Nuffnang ini pada tahun 2010 tapi satu habuk pun tak tahu. hehe..Rasanya iklan Nuffnang pun tak letak..ke kejap letak, kejap buang..blur-blur macam itu. Daftar Nuffnang ini pun rasanya sebab tengok blog orang lain ada iklan bergerak-gerak. Seronok pula. Bila ingat, rasa nak ketawa pun ada. Bayangkan daftar Nuffnang tahun 2010, tapi buat pertama kali cash out adalah pada tahun 2013, iaitu awal tahun lepas. Nampak tak betapa blurnya si Nurul Aini ini. Tak tahannya, dah lah pemalas nak berblog dah itu iklan Nuffnang pun tak letak dengan betul.. tapi bila log in website Nuffnang je, mesti nak tengok earning dia, sama ada naik atau tak. Punya mata duitan kan..muhahaha.

Setiap kali check earning, asyik RM1.20 je..memanjang macam itu. Sebelum ini tak tahu pun dan tak pernah ambil peduli pun pasal CPUV ini..dia ada atau tak ada..tak ku kisah dan tak ku fahami.hehe. Disebabkan meluat tengok earning tak bergerak-gerak, terusku membenci, geram dan marah dengan Nuffnang ini. Cakap dia kelentong makan tong lah..apalah..macam-macamlah. Padahal diri sendiri yang tak betulkan. Jadi, tanpa perasaan, terus ku buang Nuffnang dari blogku.

Tapi tak ingat bila pula, si Nuffnang ini muncul kembali menceriakan hidupku..tiba-tiba je. Sebenarnya kita kena betulkan niat itu sendiri. Kalau semata-mata nak dapatkan duit, memang tak adanya dia muncul. Tapi kalau kita "sambil menyelam minum air" dia datang tiba-tiba. Tanpa dipaksa, dia memang rela datang. Satu lagi, kena banyakkan bersabar.hehe..kalau tak sabar itulah jadinya, asyik nak cepat je. Ingat duit itu senang nak dapat ke? Bukan mengalir macam air ya, wahai Cik Aini!!

Paling best tentang Nuffnang ini..ianya sesuai untuk orang yang pemalas macam saya ini. hehe. Sebab apa? Sebab kalau guna Churpchurp atau 8share ini, kita kena rajin share iklan mereka kan. Kemudian ada orang klik baru dapat earning kan. Haa..itu memang saya pemalas tahap beruang kutub utara dah tu..asyik nak tidur je lah kalau gitu. Memang MALAS! Tapi Nuffnang, tinggal tempek je dekat blog, haa..biar dia berjalan sendiri. Senang hidup. hehe. Asyik nak senang je kan. Tapi itulah yang saya suka tentang Nuffnang ini. Mudah je. Sekali letak, biar dia berubah iklan sendiri.

Nuffnang pun ada banyak buat contest tapi pernah masuk 1 contest je..Iaitu merekabentuk aka design kad kredit. Walaupun tak menang..tapi ianya pengalaman yang cukup berharga. Seronok juga design kad kredit ini. Ini dia salah satu design untuk Nuffnang - Youth Credit Card Contest. Untuk design yang lain boleh rujuk entri ini.

Youth Credit Card Contest

Tak habis bodek, kalau nak cerita pasal Nuffnang ini..tapi itulah detik permulaan saya mengenali Nuffnang ini. Dari benci jadi cinta..ahak!! Nak muntah hijau lah pula. Tapi memang I LOVE NUFFNANG!! Sila bagi CPUV banyak-banyak ya. Dah bodek ini..hehehe.


p/s: Kak Shida..saya tak ada Instagram ya. Jadi tak dapat nak follow insta akak. Maaf.

Sedang Mengemaskini Bloglist

Assalamualaikum...

Dah lama tak blogwalking. Bloglist pun lama sangat dah, tak diupdate. Rasanya nak letakkan bloglist di dalam blog yang sedia ada sahaja. Iaitu blog !Aini Zakaria ini. Dulu ada blog khas untuk bloglist tapi sekarang jarang dah buka.

Rasanya bloglist yang ada dalam blog ini nak letak blog-blog yang kerap singgah dan komen di blog saya. Kiranya sebagai satu penghargaan buat mereka yang sudi menjadi pengomen dan jual pelawat yang setia. Sambil-sambil itu dapat mengeratkan silaturrahim dan wujudnya komunikasi dua hala. Baru seronok kan. InsyaAllah nanti saya akan update bloglist baru di bahagian sidebar.

Kerap 'Update Survey' antara cara mudah dapat CPUV

Assalamualaikum...

2 soalan yang saya kemukan kepada Nuffnang ini adalah soalan pada tahun lepas, sebab semalam nak submit ticket suggestion pada Nuffnang, terjumpa..ticket lama berkaitan soalan CPUV ini. Jadi bolehlah dikongsi untuk anda semua. Mudah-mudahan membantu anda untuk dapatkan CPUV. Tak semestinya confirm dapat CPUV tau tapi inilah antara tips ataupun cara dari Nuffnang, nak memudahkan kita untuk dapatkan CPUV. InsyaAllah.

Kerap 'Update Survey' Mudah Dapat CPUV

Kerap 'Update Survey' Mudah Dapat CPUV




Ringkasan daripada jawapannya : 

1. Digalakan anda untuk mengemaskini laman "survey" dari masa ke semasa. Cara update survey Nuffnang : Pergi Manage Blogs > Klik Update Survey. Contoh seperti gambar dibawah.


Cara update survey Nuffnang

Cara update survey Nuffnang


2. Tempatkan ketiga-tiga iklan di tempat yang betul.
3. Berstatus Glitterati merupakan bonus kerana pihak pengiklan lebih cenderung untuk memilih blog mereka.

Semoga tips ini membantu saya dan anda untuk mendapatkan CPUV bertingkat-tingkat..hehe. InsyaAllah. Rajin-rajinlah panjing pengunjung untuk singgah ke blog anda. Semakin ramai yang singgah semakin tinggi peluang anda untuk dapat CPUV atau advertorial dari Nuffnang ini. Semoga berjaya.


CPUV : Ikea - June Sale Campaign

Assalamualaikum...

CPUV : Ikea - June Sale Campaign


Bulan Jun memang ramai blogger yang dilimpahi rezeki CPUV ini kan..hehe. Alhamdulillah. Dalam bulan Jun sahaja saya dapat 7 CPUV. 1 dah Credit tinggal 6. Yang IKEA - Children itu CPUV untuk bulan Mei tapi masih On Going. Syukur, Alhamdulillah. Tengok-tengok Nuffnang, ada 1 lagi CPUV yang baru iaitu Ikea - June Sale Campaign. Jadi ada 7 CPUV yang tengah On Going sekarang.

Ikea - June Sale Campaign

Nampaknya IKEA ada buat Sale bermula 28 Jun - 6 Jul ini. Jadi kepada sesiapa yang sangat suka shopping dengan IKEA bolehlah membeli belah sekarang. Maklumlah, nak dekat bulan puasa lepas itu raya kan. Macam-macam sale lah. Produk IKEA semua menarik, unik, jimat space dan juga wang. 

Entri berkaitan CPUV ini adalah untuk menaikkan semangat diri sendiri supaya lebih kerap update blog. InsyaAllah, lebih rajinlah update blog dan moga-moga dapat lagi CPUV nanti..hehehe..Sambil menyelam minum air.

Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


p/s: InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan jawapan daripada Nuffnang berapa lama satu-satu CPUV ini bertahan dan adakah kekerapan kita update survey mempengaruhi blog untuk memperoleh CPUV. Nantikan ya.



26 June 2014

"Tidak bercampur masyarakat" - Bukan sebab untuk kita abaikan dia

Assalamualaikum...

Tertarik dengan artikel yang disiarkan dalam ruang Kolumnis - Sinar Harian Online, REMAJA OKU : Kita buta hati. Dalam hal ini, semestinya kita terus-terusan menyalahkan ibunya tapi disudut yang berbeza sebenarnya kita juga bertanggungjawab. Bab kata Didiey di dalam entrinya -Kadang-kadang sikap kepohci itu perlu. Jaga tepi kain bukan dalam kain.

Bila dah jadi kes ini, banyak orang, salahkan ibunya yang tak bercampur masyarakatlah, inilah..itulah.. tapi, kita tak sedar, kita pun sebenarnya tak pernah peduli tentang mereka. Kita yang tak tanya perihal mereka, tak kan tiba-tiba mereka nak mengadu nasib pula. Bukan semua orang faham masalah kita kan? Jadi tak mudah kita nak menceritakan masalah kita pada orang lain.

Jadi disitu pihak berwajib harus memainkan peranan. Jangan hanya ambil "tahu perihal dalam kain orang" sahaja.

Disini saya kongsikan artikelnya untuk kita fahami apa tanggungjawab kita bersama dan jangan terlalu kerap menunding jari pada orang lain. Kita lihat diri kita sendiri.
TIDAK siapa dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada Muhammad Firdaus Dullah sekiranya dia tidak ditemui oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen dalam operasi memburu pendatang asing tanpa izin, Sabtu lalu. 
Remaja berusia 15 tahun itu adalah warganegara sah, bukan pendatang asing. Malangnya dia orang kurang upaya (OKU), sebab itu nasibnya jauh lebih daif daripada pendatang haram yang diburu. 
Seperti yang dilaporkan media, ketika ditemui di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan keadaan insan malang ini betul-betul seperti mayat hidup. Tubuhnya kurus kering, kotor, hanya memakai baju T yang sudah koyak dan reput serta berlumuran najis. Dia kelaparan. 
Hanya setelah berita dan gambarnya – dalam bilik seperti reban ayam yang terlalu kotor – disiarkan di muka hadapan akhbar, baharulah semua pihak membuka mata, sambil menyatakan perasaan kesal dan terkejut. 
Segera memberi reaksi ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang meluahkan simpati sambil menegaskan pihaknya menyediakan pelbagai jenis saluran bantuan untuk semua golongan termasuk OKU.
Penduduk di flat berkenaan juga terkejut dan mengakui tidak pernah mengetahui kisah remaja malang itu. Menurut mereka ibu mangsa tidak pernah bergaul dengan penduduk setempat, dan hanya dapat dilihat pada awal pagi ketika keluar kerja dan ketika pulang lewat malam setiap hari. 
Malah seorang penduduk mendakwa pernah melihat remaja tersebut dibawa oleh ibunya di sekitar flat berkenaan ketika usianya antara lima hingga tujuh tahun, tetapi sejak beberapa tahun lalu, remaja itu tidak lagi kelihatan. 
Ketika rencana ini ditulis ibu mangsa, wanita berusia 40 tahun berasal dari Sabah, masih direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Tentu sekali ibu berkenaan patut disiasat kerana mengabaikan anaknya dalam keadaan yang begitu sadis. Mudah-mudahan siasatan polis akan mengenal pasti masalah sebenar bagaimana seorang ibu tergamak melakukan begitu terhadap anak kandungnya. 
Bagi kebanyakan orang pula mudah sekali menuduh ibu berkenaan sebagai kejam, zalim, tidak berhati perut, tidak bertanggungjawab, dan lain-lain cemuhan. 
Tetapi jangan salahkan ibunya sahaja. Ke mana pergi ayah kandung remaja OKU berkenaan (sebelum meninggal dunia)? Sejak bercerai dengan isterinya 14 tahun lalu apakah pernah dia menjenguk anaknya? Berapa banyak nafkah bulanan yang diberi untuk anak malang itu? Atau, apakah langsung tidak memberi nafkah? 
Sejauh mana upaya seorang wanita biasa – tanpa kedudukan, tanpa pendapatan mewah, tanpa kabel orang ternama – untuk menyara seorang anak OKU, bukan setahun tetapi selama 15 tahun. 
Memang wanita tersebut berkahwin baharu, tetapi bukan dengan seorang jutawan karpet, tidak juga dengan tauke lombong. Boleh jadi wanita berkenaan sentiasa dalam keadaan kesempitan, dan sudah putus asa. 
Betapa pula halnya dengan penduduk setempat termasuk jiran-jiran. Apakah langsung tidak ada keprihatinan terhadap sesama insan? Mungkin benar wanita tersebut tidak bercampur masyarakat. Tetapi itu bukan alasan untuk masyarakat tidak mengambil berat mengenai kehidupannya? Anak OKU yang biasa dilihat ketika berusia tujuh tahun, tiba-tiba hilang dari pandangan, dan tidak seorang pun mempunyai perasaan untuk bertanya kepada ibunya. Di mana nilai kemanusiaan kita?
Di mana Tok Ketua, JKK, Tok Imam dan lain-lain rakan kejiranan? Apakah semuanya pekak, buta sehingga tidak mengetahui – atau sengaja tidak mahu mengambil tahu – perkara menyayat itu terjadi?
Di mana wakil rakyat, pemimpin parti, pemimpin masyarakat? Apakah masing-masing terlalu sibuk dengan urusan untuk membesarkan tembolok sendiri, sehingga tidak nampak – atau sengaja buat-buat tidak nampak – masalah dan derita rakyat marhaen? 
Sebenarnya Firdaus bukan kes terpencil. Di luar sana ada banyak lagi insan senasib OKU ini yang hidup melarat. Ada yang berpuluh kali memohon bantuan daripada pihak berkenaan, tetapi ditolak dengan pelbagai alasan, atau tidak dilayan langsung. Terlalu banyak kerenah birokrasi. 
Bagi sesetengah orang susah sangat untuk mendapat bantuan bulanan walaupun tidak sampai RM250. Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, mudah sangat mendapat pinjaman hingga RM250 juta, walaupun belum tentu pinjaman itu dapat dilunaskan! - ABDUL JALIL ALI-

Bernafas ketika minum sebabkan air berasid

Assalamualaikum...

Bulan lepas menonton, TV3 rancangan Al-Kuliyah..ada slot ilmu kan di dalam rancangan ini. Jadi dapatlah ilmu mengenai cara minum ikut sunnah Rasulullah. Jangan pelik kenapa bulan lepas tengok, hari ini baru nak publish. Entri ini dalam draft. Tulis dah lama tapi tak publish-publish. Tulis point-point yang penting je, kemudian pemalas nak hurai..Jadi duduklah entri ini dalam draft berbulan-bulan.

Cara Minum Dengan Betul Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Ramai tak, yang tahu bahawa bernafas ketika minum menyebabkan air yang kita minum itu berasid. Sebab apa? Sebab apabila kita bernafas, kita melepaskan karbon diaoksida, yang boleh menyebabkan air yang kita minum itu berasid. Jadi jangan kita bernafas ketika minum. Ayoyoooo...macam manalah, tak bernafas ketika minum ini??? Ini dia perkongsian untuk anda.

Cara Minum Dengan Betul Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W :

  1. Minum tiga kali tegukan.
  2. Elakkan bernafas ke dalam bekas minuman.
  3. Diantara 3 kali tegukan, ucapkan Alhamdulillah. 
  4. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain. Jangan lepaskan nafas kita ke dalam bekas minuman tersebut.

Disini saya sertakan sekali hadis-hadisnya ya :
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.

Diriwayatkan dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum, “Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum.” (HR. Muttafaq ‘alaih).

Anas bin Malik r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.” Dan Baginda SAW bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)


Cara atasi masalah singki tersumbat

Assalamualaikum...

Kalau ada masalah singki tersumbat perkara pertama yang kita fikir mungkin nak panggil tukang paip nak baikinya kan. Tapi...tunggu dulu. Apa kata kita cuba beberapa cara, terlebih dahulu. Bukan sahaja mudah tapi ianya juga menjimatkan wang. Itu yang penting kan. hehehe.

Cara atasi masalah singki tersumbat


Cara atasi masalah singki tersumbat
  1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
  2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.
  3. Diikuti dengan secawan garam halus.
  4. Kemudian curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
  5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.
  6. Setelah segala kekotoran tersumbat terhapus. Anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.

25 June 2014

Nuffnang berwajah baru

Assalamualaikum...

Nuffnang berwajah baru

Rasanya baru sahaja beberapa jam yang lalu buka website Nuffnang..buka lagi sekali dah nampak Nuffnang telah bertukar wajah. Wajah baru Nuffnang kali ini nampak lebih kemas dan selesa. Warna pun menarik. Rasa nak buka sokmo je.hehe.

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Assalamualaikum...

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA
BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA



Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn :D

TARIKH TUTUP PENYERTAAN DILANJUTKAN SEHINGGA : 31 JULY 2014



Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :)


Sebelum itu kita selitkan ucapan Hari Lahir untuk Rara Farhana.
Selamat hari lahir untuk Rara Farhana. Semoga sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan oleh Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat. Berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. InsyaAllah. Good Luck dear. ^__^


Lembu Duduk Atas Bumbung

Assalamualaikum...


Lembu Duduk Atas Bumbung

Pelik, unik dan luar biasa sungguh, lembu dari Bern, Switzerland ini kan. Sampai atas bumbung pun, dia nak duduk. Mungkin sebab dia pun dah puas hidup atas tanah yang dipenuhi padang rumput, jadi dia nak tukar angin duduk atas bumbung pula..hehehe.

Ia dikatakan naik ke atas bumbung dan terperangkap kerana tidak boleh turun.Pada awalnya, haiwan itu dipercayai sedang meragut rumput terletak di belakang rumah tersebut. Selepas beberapa ketika, ia mula berpindah ke kawasan lain lalu memanjat rumah itu. Pemiliknya, Dieter Mueller berkata, lembu berkenaan adalah salah seekor lembu peliharaannya yang sering mendatangkan masalah. 
"Ia selalu buat hal dan buat saya marah," katanya kepada Mirror Daily. 
Sementara itu, jiran Rolf Steiner berkata, dia seperti tidak percaya apabila melihat seekor lembu di atas bumbung dan menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa. (Sumber)

Nasib baik tak runtuh bumbung rumah itu kan.

24 June 2014

Apa pendapat anda tentang gambar ini?

Assalamualaikum...

Gambar kucing ditimbus pasir

Apa pendapat anda, apabila melihat gambar ini? Rata-rata pengguna laman sosial mempertikaikan pihak penganjur yang memilih gambar ini sebagai gambar pemenang. Ada yang kata ianya menganiaya binatang, kejam, tak kesian ke dekat binatang itu. Tengok muka kucing itu pun dah tahu dia tak selesa dan sengsara akibat ditimbus pasir. 

Apa pendapat anda tentang gambar ini?

Ada juga yang mengatakan ianya sekadar lawak jenaka. Saja nak main-main dengan kucing. Alah budak-budak je. Tapi bagi pencinta kucing ataupun peminat kucing, ianya kelihatan seperti menyeksa kucing itu. Sebab saya sendiri peminat kucing..dekat rumah ada 10 ekor kucing. Jadi bila nampak muka kucing, kita mudah detect keadaan kucing itu..suka atau tidak. Memang nampak sangat dia tak tahan duduk dalam pasir itu. STRESS!!  Macam Gary dalam Running Man itu. 


Apa pendapat anda tentang gambar ini?

Sebenarnya ramai yang secara terbuka, suka mendera haiwan terutamanya kucing..ketika di kedai makan khasnya, kucing menggesel-gesel minta makanan, ditolak, disepak dan diterajangnya kucing itu. Apa salahnya diberi sedikit makanan kepada haiwan itu kan. Tapi sebab tak masuk paper kan, tak meluaslah liputannya. Tak dipersolkan tindakan mereka. Sedangkan kucing, adalah salah satu haiwan yang sangat disayangi oleh Rasulullah S.A.W. Tak kiralah kucing atau anjing sekalipun, janganlah kita menyakiti mereka. Ingatan untuk diri sendiri juga ini.

Pendapat anda pula,bagaimana? 


Reading List di Dashboard Problem?

Assalamualaikum...

Reading List di Dashboard Problem?

Reading list di dashboard ada problem kan. Sebab hanya satu entri sahaja yang muncul..itu pun latest entri. Kalau klik View more, tak loading pun kan. Dashboard anda pun sama ke? 

Cari-cari dalam internet..jumpa google group, rupanya mereka pun hadapi masalah yang sama. Harap cepat pulih lah sebab susah nak baca entry-entry baru dari rakan blogger. 

UPDATE : Reading list dah okay kan. ^__^

CPUV - Stadium Astro World Cup

Assalamualaikum...

CPUV - Stadium Astro World Cup


CPUV baru untuk bulan jun ini adalah Stadium Astro World Cup... Rupanya semalam dia baru ongoing. Selalu check nuffnang ini untuk tahu berapa pageview je, alang-alang check earning juga. Alhamdulillah, dapat lagi satu CPUV baru. Rasanya ramai blogger yang dapat banyak CPUV dalam satu masa kan, terutama untuk bulan Jun ini kan. Alhamdulillah..rezeki. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tujuan buat entry CPUV ini bukan nak menunjuk atau apa, hanya sekadar entri untuk membakar semangat diri sendiri agar lebih rajin update blog. Maklumlah sekarang tahap kemalasan berblog amat tinggi. hehe.


Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


23 June 2014

Mungkin Ibunya ada masalah "mental"

Assalamualaikum...

Ibunya itu merujuk kepada ibu kepada seorang remaja yang ditemui terkurang disebuah bilik oleh Penguatkuasa  Imigresen. Baca tajuk, nampak kurang ajar sahaja kan. Ya lah sedap-sedap mulut cakap orang mental. Bila difikir dengan tenang. Tak sewajarnya juga, saya sendiri seolah-olah menghukum ibunya 100%. Kalau ikut logik akal dan hati yang tengah geram dan marah. Perkara pertama yang ada dalam fikiran, adalah ibunya kejam...sampai hati buat anak dia macam tu kan.

Tapi..bila lihat dari sisi yang berbeza mungkin ibunya mempunyai masalah "mental" ke?. Masalah mental disini merujuk kepada GANGGUAN FIKIRAN atau TEKANAN PERASAAN..bukan nak cakap ibunya gila dan sebagainya. Kita sendiri pun tak tahu masalah SEBENAR yang dia alami kan. Bila emosi tak stabil, serabut, banyak benda nak fikir, gangguan fikiran dengan orang sekeliling, mungkin telah mendorong sehingga kepada perbuatan mengurung anaknya di dalam bilik. Kalau tengok, facebook ibu Firdaus ini, dahulunya Firdaus ini dijaga dengan baik, nampak terurus. Sihat..Tapi sekarang..dah lain kan..

Remaja OKU dijumpai terkurung dalam bilik.

Remaja OKU dijumpai terkurung dalam bilik.

Ibunya yang bergaya dan cantik, tak semestinya menunjukkan bahawa ibunya itu, tiada masalah mental kan. Bila banyak tekanan, diluar nampak normal tapi di dalamnya kita tak tahukan. Emosi ibunya terganggu kerana orang sekeliling misalnya jiran-jiran, saudara mara. Menjadi Isteri ke-2....mungkin..Kemudian sebelum ini, ibunya  telah bercerai, ditinggalkan suami yang hilang entah kemana. Kesusahannya..Terpaksa menjaga anak seorang diri. Ke mana perginya  bapa kepada adik ini. Mungkin dan mungkin..dan mungkin. Ada anak OKU bukannya mudah, sebab bukan semua masyarakat yang boleh terima OKU. Itu realitinya, sebab bila nampak OKU saja, mesti pandang pelik. Kutuk mengutuk tak terlepas dah. Tak percaya, sila lihat dan tanya pendapat ibu bapa yang ada anak OKU. Memang sampai ada, sesetengah ibu bapa tak nak bawa anak OKU keluar rumah kerana pandangan masyarakat sekeliling.

Memanglah  itu bukan alasan untuk menganiya seorang anak OKU tapi bila terlalu banyak tekanan, akhirnya ibu ini ambil keputusan dengan mengurung anak OKU ini. Bukan nak membela si ibu, saya pun pada mulanya sangat-sangat geram..dan sangat sedih bila lihat adik Firdaus ini diperlakukan sedemikian..tapi itulah kita pun tak tahu nasib kita di masa depan. Sebagai manusia, pandangan dan akal kita juga terhad untuk memikirkan rahsia-rahsia yang tersembunyi.

Saya lupa...bahawa kita tak boleh dengan mudahnya hendak menghukum orang. Sedangkan kita tak berada ditempat mereka. Kita tak tahu apa yang mereka rasa. Walau apa pun kita serahkan kepada pihak berwajib dan kepada Allah untuk segala-galanya. Allah Maha Mengetahui yang batil dan tersembunyi. Tak apalah kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan adik Firdaus. Cepat sihat. Untuk ibunya pula kita doakan semoga diberikan hidayah dan petunjuk. Manusia, manusia yang lemah. Kita doa juga untuk diri kita juga, moga dijauhkan dari segala sikap mazmumah. Ingatan untuk diri saya sendiri. Yang mana bila marah dan geram..dengan mudah melabel-labelkan orang. Istighfar dan muhasabah diri. Moga ianya menjadi iktibar buat diri kita.


p/s : Ini hanyalah pendapat saya.

22 June 2014

Kesempitan Hidup Punca Mengurung Anak OKU?

Assalamualaikum...

Antara petikan akhbar Harian Metro Online :

“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. 
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Remaja OKU Dikurung


Saya faham, memang susah nak jaga anak OKU lagi-lagi orang susah...tapi...kenapa ibunya sanggup letakkan anak OKU ini di dalam sebuah bilik yang kotor, berlantaikan tanah. SubhanaAllah..tak tergambar rasanya, duduk di dalam tempat yang kotor macam tu. Macam pelihara kucing, sedangkan kucing diberi tempat tinggal yang lebih bersih. Kalau tengok, keadaan rumahnya, tak lah sekotor, bilik yang adik ini duduk kan.

Bila dilihat keadaan adik ini, rasanya berapa lama dia duduk di dalam bilik itu? Dengan bajunya koyak rabak. Kenapa?? Tak ada baju lain, walaupun sehelai ke untuk dipakai pada adik ini? Baju adik lelakinya yang berumur 7 tahun itu, elok pula. Cantik dan bersih je. Ibunya pun apa kurangnya sempurna juga pakaiannya. Sekurang-kurangnya, berikan dia pakaian yang bersih. Dia sakit, makin sakit bila duduk tempat kotor macam itu kan....

Mungkin akan ada yang menganggap bila saya tulis macam ini, saya ikut sedap mulut je. Dan tak kesian mahupun bersimpat dekat ibu adik ini kan. Tapi terus terang saya katakan bahawa kenyataan, ibu kepada adik Firdaus ini seolah-olah, alasan yang dicipta untuk tutup kesalahan sendiri dan melepaskan diri. Anak OKU pun manusia bukan. Tapi bila lihat keadaan adik Firdaus, sangat kejam rasanya apabila diperlakukan sedemikian, seolah-olah dia binatang. Faham, hidup susah. Tapi kesempitan hidup bukanlah alasan untuk memperlakukan anak OKU sebegini rupa.

Bukan nak menilai baik buruk ibunya tapi rasa kesal bila ibunya sanggup tinggalkan anaknya dalam bilik yang kotok, berbaju compang-camping dan diberi makan dalam bilik yang kotor dipenuhi najis dan air kencing..Sedih....

Kesempitan Hidup Punca Mengurung Anak OKU?


Rata-rata yang memberi komen dilaman sosial juga turut menyelar perbuatan ibu kepada adik Firdaus ini.



21 June 2014

Cara Hilangkan Kesan Hitam Di Bawah Seterika

Assalamualaikum...

Rasanya sekarang ini, seterika ini telah menjadi satu keperluan bagi semua orang kan. Setiap unit rumah mesti ada sekurang-kurangnya satu seterika. Ya lah, nak tampak kemas dan menarik ketika ke pejabat mahupun sekolah, baju mestilah licin je kan.


Cara Hilangkan Kesan Hitam Di Bawah Seterika


Tapi menjadi masalah bila seterika yang kita guna ini mula meninggalkan kesan hitam dibahagian bawah seterika kan. Lagi-lagi bila, gosok baju sekolah atau baju yang berwarna putih, yang akhirnya meninggalkan kesan pada baju yang digosok. Dah comot, baju. Tension betul.

Kesan warna hitam dibahagian bawah seterika ini adalah akibat kita tergosok manik-manik pada tudung atau baju kurung kan. Ini semua baju perempuan. Baju lelaki ada manik-manik ke? hehe. Lagi satu, bila kita sering ter"hangit" kan baju. Sampai hangus seterika tu. haha..Siapa pernah buat? Geram je nak buang hitam pada bawah seterika itu kan. Jadi mari saya kongsikan salah satu cara menghilangkan kesan hitam tersebut.

Baiklah..Bahan yang anda perlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa jenis garam? Apa-apa jenis garam boleh guna.Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap permukaan bawah seterika tersebut dengan kain lembap.

Mudah dan senangkan. Nanti bolehlah hitamkan seterika kemudian cuba ya..hehehe. Selamat mencuba.^___^

20 June 2014

Tarikh lihat anak bulan Ramadan

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun hampir ke penghujung bulan Jun untuk tahun ini. InsyaAllah, juga kita bakal menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Kalau kecil-kecil dulu sangat excited bila dengar ketibaan bulan Ramadan, salah satu sebabnya makanan pun banyak, ibadah pun boleh buat banyak-banyak, pahala pun insyaAllah berlipat kali ganda.

Haaa...Bukan sebab dapat duit raya lebih kerana puasa penuh ya. Kalau anda dapat macam itu. Lagi best ya. hehe. Tapi arwah ayah saya tak pernah ajar macam itu mungkin sebab ayah pun bukan dari golongan orang yang senang kan, jadi tak di didik sedemikian. Puasa setengah hari itu adalah..hehehe.


Tarikh lihat anak bulan Ramadan


Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban. 
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). 
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen. (Sumber)

InsyaAllah, 27 Jun ini dah tengok anak bulan. Rasa tak sabar je, nak sambut ramadan ini kan. Semoga kita sama-sama beroleh kebaikan dan manfaat dari bulan Ramadan yang bakal tiba ini. InsyaAllah.


p/s: Tahun ini dah masuk tahun ke-3, puasa tanpa arwah ayah dan sudah 10 tahun puasa tanpa arwah abang. Rindu dekat dua orang insan yang cukup istimewa ini.

Perkongsian di hari Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat.

Sekadar perkongsian buat renungan bersama..

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Oleh kerana itu, setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.


Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tetapi waktu lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Ketika kita tua, kita baru tahu masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, ketika di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai.

Besi itu kuat, tetapi api mampu meleburkannya.
Api itu kuat, tetapi air mampu memadamkannya.
Air itu kuat, tetapi awan mampu menyerapnya.
Awan itu kuat, tetapi angin mampu menolaknya.
Angin itu kuat, tetapi bukit mampu menghalanginya.
Bukit itu kuat, tetapi manusia mampu menghancurkannya.
Manusia itu kuat, tetapi nafsu mampu menundukkannya.
Nafsu itu kuat, tetapi iman mampu mengalahkannya.
Apabila iman kuat, tiada apa yang mampu mengalahkannya.

Tetapi yang mengalahkan iman pula adalah UJUB.
Ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat.
Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dengan jawatannya.
Orang yang petah berbicara, kagum dengan kepetahannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah SWT dan diberikan kepada manusia. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya.

Wallahualam.


18 June 2014

Al-Fatihah buat blogger Syuhada Baharudin

Assalamualaikum...

Inna lillahi Wa Inna Ilahi roji'un. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua lah kita kembali. Al-Fatihah buat akak blogger, Syuhada Baharudin yang telah kembali ke rahmahtullah. Baru sahaja mendengar berita yang akak Syuhada pitam dan koma...dan berharap sama moga akak cepat sedar. Tapi itu lah Allah lebih menyayangi akak Syuhada yang berjiwa besar ini.

Walaupun tak pernah bersua muka dan hanya bertemu di alam maya tapi arwah akak Syuhada Baharudin ini seorang yang peramah dan juga pemurah orangnya. Rajin singgah ke blog saya yang kecil ini. Terasa kehilangannya.

Saya doakan semoga dipermudahkan oleh Allah, segala urusan Allahyarhamah akak Syuhada dan ditempatkan arwah dalam kalangan orang yang solehah. Amin Ya Rabbal 'Alamiin.

Penghutang yang tak tahu malu!

Assalamualaikum...

Rata-rata sesiapa sahaja yang bergelar pemiutang aka pemberi hutang pasti akan rasa "saat dan detik terindah" ini dalam hidup kan. Saat dan detik terindah itu adalah saat untuk mengutip hutang. Ehem..saat terindah lah sangat kan. Tak kena gaya, macam kita pula pengemis. Terhegeh-hegeh nak kutip hutang. Saat terindah lah sangat, bila kita pula dimaki hamun ibarat "anjing kurap tepi jalan".


Penghutang yang tak tahu malu!

Bila baca printscreen ini rasa mengelegak je, saluran darah pun sudah berkembang sebanyak 200%. Paling tak tahan, bila si penghutang itu tak tahu malu. Muka selamba dan macam tak ada perasaan je, yang dia itu yang berhutang dengan kita. Buat-buat lupa. Muka memang tak boleh bla. Rasanya kita pula yang jadi malu nak kutip hutang kan. Malu yang amat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari" (Riwayat al-Baihaqi)

Hutang ini satu bebanan yang merantai kaki dan menjerut leher kita sendiri, sampai kadang-kadang kita tak boleh nak bernafas. Lagi-lagi hutang yang berpuluh ribu ringgit. PTPTN lah terutamanya. Bila difikirkan bila ditenung sampai dah terkeluar biji mata pun, hutang tetap kena bayar. Kalau tidak, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi pun tak basah.

Yang paling teruk, bimbang pula, bila tiba saat kita pergi menghadap Illahi, disulitkan pula kematian kita. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Takut. Sebab itu kalau boleh, nak elakkan diri daripada berhutang. Kalau ada hutang, selalu ingat dalam kepala otak. Cepat je nak bayar. Walaupun 1 ringgit tetap kena bayar. Tak suka berhutang. Tapi itulah, kalau PTPTN itu, nak, tak nak, terpaksa lah juga.

Hutang oh hutang kenapa engkau berhutang!! Macam mana aku tak hutang, duit aku tak ada, duit aku tak ada. T___T tapi sebagai seorang PENGHUTANG!!, kita memang perlu ada rasa tanggunjawab nak bayar balik hutang kita itu. Mungkin dunia kita terlepas, tapi akhirat tak kan. Dunia pun mungkin kita akan kena kifarahnya.

Sama-samalah kita amalkan doa ini ya :

Doa dijauhkan dari kesedihan, sifat malas dan bebanan hutang.
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat bacul (penakut) dan kikir (kedekut). Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang." [al-Bukhari]



p/s: Dah lama tak menulis entri panjang-panjang. Hari ini ambil hang!! Panjang berjela-jela.

CPUV - Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant

Assalamualaikum...

Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

Ada satu lagi CPUV baru yang diberi nama Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant . Bulgoogi ini dalam Bahasa Melayu nya dipanggil daging lembu. Kiranya CPUV kali ini berkaitan dengan sebuah Restoran Daging BBQ lah. Tapi ala korea. Maklumlah zaman sekarang ini, KPOP, pop pop yang segalanya dengan pop ini kan makin mendapat tempat dihati orang ramai. 

Alhamdulillah, sekarang ada 6 CPUV yang sedang on going. Paling banyak dapat CPUV adalah untuk bulan ini. Syukur, rezeki kali ini. Tips nak dapatkan CPUV, rajin-rajinkan diri update survey dekat nuffnang profile sebab baru advertiser tahu kadar kekerapan kita update blog mahupun jenis blog yang sesuai untuk mereka, siarkan iklan mereka.

Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

17 June 2014

Tempahan edit blog - Zarraz Paramedical dan Sabah Kolagen Asli

Assalamualaikum...

Tempahan edit blog - Zarraz Paramedical dan Sabah Kolagen Asli


Tempahan edit blog - Zarraz Paramedical dan Sabah Kolagen Asli


Tempahan kali ini dari sis Meini. Untuk 2 blog beliau. Satu untuk full editing, blog untuk produk kecantikan Zarraz Paramedical dan satu lagi blog, untuk header, menubar dan juga order form adalah blog Sabah Kolagen Asli. Sangat mudah dan seronok berurusan dengan sis Meini.

Terima kasih kepada sis Meini kerana sudi menempah dan berurusan dengan saya. Kalau anda nak dapatkan produk kecantikan Zarraz Paramedical bolehlah ke blog ini. Produk Zaraz Paramedical ini kalau tak silap, produk kecantikan Spa. Menarik tau. Manakala untuk dapatkan produk kolagen yang berkualiti dengan harga yang berpatutan boleh pula ke blog ini.


------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^

13 June 2014

Lagi CPUV Baru - uMobile Prepaid Free Meal

Assalamualaikum...


Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang



Semalam baru cerita pasal 3 CPUV baru masuk kan. Hari ini dapat lagi CPUV yang baru masuk dan sedang On Going. Terkejut juga tengok, ada lagi CPUV yang baru masuk. Alhamdulillah. Nak dekat-dekat bulan Ramadhan ini, murah sangat rezeki, dapat CPUV ini. kihkih.  

Kalau tidak, 1 ke 2 ketul je lah. Tak pun, tak ada langsung. Syukurlah, walaupun belum tentu amountnya bertimbun-timbun, tapi kalau dapat dalam RM2-3 jadilah. Hehe. Jadi ada 5 CPUV yang sedang On Going sekarang. Minta-mintalah dia kekal lebih-lebih lama lagi.

Nak capai target untuk blog, nak cash out 2 kali dalam tahun ini. Chaiyokk..chaiyokk. 

Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

p/s: Tak ada idea nak meng"update" blog, asyik cerita pasal CPUV je lah. T__T. Blogwalking pun dah kurang. Maaf ya, rakan-rakan blog semua. Nanti saya singgah balik blog anda. Sekarang busy sikit. 

SALAM JUMAAT SEMUA. ^__^

12 June 2014

3 CPUV baru on going

Assalamualaikum...


3 CPUV baru on going


Alhamdulillah, buka-buka Nuffnang, ada 3 CPUV baru on going.  Sejak pemalas update blog ini, banyak pula CPUV masuk..hehe. Sungguh ku pemalas dan mood berblog memang dah tak ada. Update pun jarang-jarang, tak sangka ada juga CPUV masuk. 

Jadi ada 4 CPUV yang masih On Going. IKEA- Children itu CPUV lama. Moga-moga kekallah CPUV ini lama sikit. hehe. Target tahun ini nak cash out 2 kali setahun. Awal tahun hari itu dah cash out. Maklumlah, kalau dulu nak cash out punyalah susah. Tak beranak-anak amount nya. Moga target tahun ini nak cash 2 kali setahun berjaya. InsyaAllah.

Selain daripada Nuffnang..rakan-rakan yang nak jana pendapatan sampingan melalui blog juga bolehlah sertai 8share. Lagi berbaloi-baloi. Boleh tengok tutorial ini ye :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


11 June 2014

Resepi | Laksa Penang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...

Boleh dikatakan saya ini jenis yang "hantu laksa". Kalau dapat makan laksa ini, memang tak ingat dunia. Tak sentuh dah nasi. Pandang sebelah mata pun tak nak. Rasanya memang ramai yang gemarkan laksa ini kan. Salah satu sebab mengapa laksa ini menjadi kegemaran saya sebab nak buat pun mudah. "Campak-campak" pun, insyaAllah jadi. (Asyik nak campak je kerja dia..hehe.)

Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Bajet buat laksa ini pun tak mencecah RM20. Tambah-tambah semua bahan-bahan, baru RM12-18. Kena pandai bajet dan cari bahanlah, beli dekat pasar-pasar malam, ikan-kan segar, satu pinggan ikan baru berharga RM5, murahkan. Terutama nak buat masakan bajet. Lagi pun bila dah buat sendiri baru puas hati kan. Boleh makan banyak mana yang kita nak. Maklumlah kalau digelar "hantu laksa" ini semangkuk pun tak puas. Makan berulang-ulang kali. Tak ingat dunia. hehehe.

Baru sahaja mengenyangkan perut saya dengan laksa ini. Yummy..terasa nak makan lagi ini. Jom pengemar-gemar laksa, kita buat Laksa Penang yang mudah dan insyaAllah sedap.


laksa sedap

Angaran makan untuk 5-7 orang. Tapi kalau "hantu laksa" 4 orang je kot. Saya ler tu. T__T


Bahan-bahan
  • 1 Bungkus Laksa
  • 1 kg/ 6-7 ekor Ikan kembung/Ikan Sardin @ Ikan Selayang (Saya prefer Ikan Sardin @ Ikan Selayang sebab isinya banyak dan juga rasanya lebih manis. Kalau yang segar tu, tak payah tambah gula mahupun penambah perisa yang lain dah.)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ibu jari belacan
  • 1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)
  • 2-3 keping asam keping (Ikut berapa banyak kuah yang kita nak buat itu, takut nanti terlebih masam)
  • 2 bunga kantan - dibelah 4
  • 1 ikat daun Kesum
  • Air Rebusan Ikan / Air
  • Garam
  • Penambah Perisa


Bahan hiasan (OPTIONAL)
*Nak letak boleh, tak letak pun tak apa.
  • Telur - dibelah dua.
  • Timun - dihiris
  • Salad/ Kobis - dihiris
  • Bawang besar - dihiris
  • Limau kasturi - dibelah dua.
  • Daun pudina  - dihiris
  • Cili padi - dihiris
  • Nenas - dipotong dadu. (Bila makan dengan laksa, rasa dia masam-masam, manis, pedas. Sedap. ^___^)
*Ada yang suka letak Petis atau otak udang kan. Jadi boleh lah letak. Tapi saya tak pernah cuba.

Cara-cara 

- Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam/biasa. Kemudian, baru ikut rebuskan laksa ke atas dapur ya.
-  Ikan pula, kita rebus dan ambil isinya. Sebaiknya air rebusan ikan itu kita tak payah buang. Kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. Jadi kita asingkan terlebih dahulu. 
- Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan dan kita blend pula tulang ikan dan tapis airnya. 
- Kisar bawang besar, belacan dan cili kering/cili kisar bersama air rebusan ikan tadi.
- Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.
- Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih buat seketika. Kita masak kuah laksa dengan api yang perlahan ini supaya, kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. Tak cepat basi. 
- Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.
- Sudah siap. Bolehlah anda, menjamu selera. Mudah kan. ^___^

Selamat Mencuba.


p/s: Baru-baru ini dekat Langkawi ada Festival Laksa kan. Best itu. Kalau dekat dah lama dah serbu.

01 June 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Assalamualaikum...


Giveaway Cash RM350 by Emas Putih
[Nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome