31 January 2014

Saya Nak Tudung Bawal Rose

Assalamualaikum...

Saya Nak Tudung Bawal Rose

Nak join klik banner.


Hadiah yang menanti anda
  • 10 helai tudung bawal roses.
  • 5 helai tudung bawal plain.
Berlangsung hanya 3 hari sahaja.







28 January 2014

Hadis Al-Ain - (Jangan upload gambar bayi bawah usia 40 hari )

Assalamualaikum...

Sekarang saya banyak baca status yang update dan berkongsi tentang artikel "Jangan upload gambar bayi bawah usia 40 hari " dilaman sosial.  Terutama  ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Tak nak lah cerita dekat sini apa itu Al-Ain kan. Bolehlah google google untuk makuman lanjut. Dekat sini saya cuma nak share status Ustazah Fatimah Syarha berkaitan dengan hadis Al-Ain ini.

Hadis Al-Ain - (Jangan upload gambar bayi bawah usia 40 hari )


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. ^___^

Aku dah tahan dengan Nuffnang

Assalamualaikum...

Dah tak tahan dengan Nuffnang. Tak tahan sangat dah. Dah hilang sabar, akhirnya terpaksa juga aku buat macam ini. Terpaksa aku...terpaksa cash out Nuffnang sebab penat tunggu duit beranak, dia tak beranak. Jadi dengan ketawa yang panjang, aku tertekan button cash out. Fuhh..tak lega, tapi tak tahan dah..

Hehe..tajuk dekat atas tu memang tak boleh bla je kan. Macam nak cari gaduh je. Penat dah tunggu Nuffnang nak bagi CPUV baru ni, jadi alternatif terbaik adalah cash out. hehe. Manalah nak banyak duit tu kan..asyik tak tahan je nafsu cash out ni.
Aku dah tahan dengan Nuffnang

Jadi...earnings sekarang kosong-kosong. Penat kumpul dari tahun lepas lagi ni. Cash out tak sampai beribu-ribu pun..sikit je. Tapi bolehlah daripada tak adakan. Syukur, Alhamdulillah..Allah Maha Pemurah dan Dia lah Pemberi Rezeki. Jadi kena tunggu cek sampai rumah lah. Kalau tak ada masalah awal bulan 3 dah boleh sampai. Minta-mintalah tak ada masalah.

Ini cash kali kedua, cash out kali pertama awal tahun 2013 sebab memang saya susah nak cash out dan cash out setahun sekali je. Tambah-tambah lagi tahun ini tak tahan tengok button cash out tu dok sibuk berjoget suruh saya tekan dia. T____T




27 January 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Assalamualaikum...

Meh-meh kita join giveaway gempak ini ye. Nak join klik banner di bawah ye.

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com


Antara hadiah yang bakal dimenangi :

Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu) + RM 50.00 x 4 pemenang
Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com


Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang
Handphone Giveaway by Syuhada1981.com


26 January 2014

Pou tak cukup tidur

Assalamualaikum...

Kesian Pou saya tak cukup tidur, tak cukup makan, tak mandi..sebab saya tinggalkan dia seharian.
Pou tak cukup tidur

Punya lama dia tidur, tak bangun-bangun lagi. Nak kejutkan kesian pula. hehehe. Sebenarnya saja-saja main Pou ini..Kan Pou ini famous, saya je jadi "jakun" sekejap. Baru cuba-cuba nak berjinak.

Maklumlah tak ada handphone android. Ini pun main dekat PC je. Tahu kah anda, kita boleh main permainan Pou ini dari PC? Kalau nak install dekat PC, pastikan laptop anda ada graphic card yang "power-power" dan install je software BlueStacks yang boleh di download secara percuma. Tapi versi Beta je lah.

Jadi sesiapa yang tak ada handphone canggih pun boleh main Pou ni. T____T Jemput-jemput semua kita main Pou comel ni.


p/s: Pou ini boleh mati tak ye? Nak sangat tengok dia mati sekejap..hahaha.

Edit Blog Indah Itu Kamu

Assalamualaikum...

Dah siap edit blognya hari Jumaat, baru ada masa nak update. Hehe..

Edit Blog Indah Itu Kamu

Klik gambar untuk tumbesaran yang sihat.

Blog Indah Itu Kamu, more to personal. Tapi macam-macam ado..Lagi-lagi pasal adik Qisya yang comel sungguh. Akak Azi nak blog warna Peach dan hijau. Design blog nak yang simple-simple je. Simple kan..hehehe.. 

Sejak dua menjak ini entah kenapa eden punya idea semua kelaut. Hohoho..Dan walaupun buat perniagaan kecil-kecilan dari rumah, tetap saya rasa saya sokmo busy. Haish..Malas update blog dan blogwalking.  

Ehh..melalut kot lain pula. Meh-meh jom kita jenguk blog Indah itu Kamu ini. Sambil-sambil cuci mata tengok baby comel boleh follow sekali. ^_____^
------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^


1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com

Assalamualaikum...

1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com

5 peserta bertuah akan memenangi hadiah
bernilai RM450
+
Buku mini
+
Tasbih digital

Tarikh tutup: 31 Januari 2014


23 January 2014

Suhu Terendah di Pantai Timur

Assalamualaikum...

Patutlah sejak dua menjak ini, cuaca mendung je. Sejuk sampai ke petang. Sekarang, waktu saya tulis entry ini pun suhu sejuk sangat macam waktu pagi lagi. Sedangkan dah pukul 5.30 petang. Terbaca berita harian online hari ini. Memang suhu terendah dekat Kelantan dan Terengganu. Patutlah, Pahang tempat saya ini pun terkena tempiasnya.

KUALA TERENGGANU: Suhu di sekitar Besut mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah celcius pagi semalam, sekali gus menjadi rekod suhu terendah pernah dicatatkan di daerah itu.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, berkata selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

"Penurunan suhu itu disifatkan satu rekod, berbanding suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah celcius di dua kawasan itu," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika monsun Timur Laut.
Namun, kedua-dua kawasan berkenaan mencatatkan bacaan 22 darjah celcius, hari ini.


Ada juga rakan-rakan dekat facebook, update status tempat mereka pun sejuk, petang-petang tak payah buka aircond atau kipas dah sebab dah memang sejuk. Sejuk betul ini sebab kaki saya rasa sejuk macam lepas berendam dengan air sejuk dah ni.

Ada yang kata, mana tahu, Malaysia pula dilanda salji. Maklumlah, beberapa hari ini heboh dengan berita Indonesia dituruni salji pada bulan Ogos yang lalu. Wallahualam..kun fayakun. Allah kata, jadi maka jadi lah kan. Tingkatkan amal dan teruskan kehidupan.

p/s : Tempat anda-anda semua? Sejuk juga kan. Memang rasa macam nak berselubung dalam selimut je ni..hehehe. T___T

21 January 2014

Produk Double Stemcell Tidak Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Assalamualaikum...

Produk Double Stemcell Tidak Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Sekarang ini produk ini famous kan? Saya pun pelik orang sibuk sebut stemcell-stemcell tapi apa benda itu pun saya tak tahu. Ramai kawan-kawan saya sibuk berniaga produk ini tapi saya memang tak berminat. Berniaga craft ke, design ke..itu minat. Melalut.. T____T Dan hari itu pun, sahabat baik saya pun ada tanya saya tentang produk ini. Saya..google-google waktu tu, produk ini tak banyak lagi orang review. 

Okay..kembali kepada produk double stemcell ini.

Berikutan dari kepopularan (rosak bahasa) produk ini, jadi mesti ramai orang nak tahu status halal produk ini kan. BUKAN CAKAP, PRODUK INI TAK HALAL, TAPI CAKAP PASAL SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA-JAKIM. Jadi boleh baca apa yang Mazidul Akmal Sidik tulis disini mengenai status sijil pengesahan halal produk double stemcell ini ye. 

Hari ini saya diajukan soalan, adakah produk Phytoscience Double Stemcell memiliki Sijil Halal dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia, JAKIM?

Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Ustazah Asiah Alkharib Shah. Beliau kemudian meminta saya merujuk kepada Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, JAKIM, Nadia Zammil Md Nasir.


Nadia kemudian menghantar emel penjelasan berbentuk FAKTA kepada saya.

Assalamualaikum wm. wb.,

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Tuan/puan


Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.

Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam.

Terima kasih kerana memilih halal Malaysia!


(NADIA ZAMMIL MD NASIR)
Assistant Director
Public Relation Offier (PRO)
Halal Hub Division
Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
PJH Tower, No 2,
Precint 2,
62100 Putrajaya


Ringkasnya, kenyataan di atas mengatakan, produk Double Stemcell TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia BUKAN mengatakan produk itu haram.

Jangan terkeliru.

Klik juga di sini.

Setelah membaca penjelasan itu, molek sekiranya syarikat pengeluar produk terbabit tidak terus mencetak logo halal JAKIM di kotak produk kerana tindakan itu mengelirukan masyarakat pengguna di Malaysia.

Saya hanya berkongsi maklumat disalurkan oleh pihak berkuasa. Blog Sahabat Halal juga memaparkan informasi sama, klik di sini.

Berikut respon awal pembaca, Zai Phytoscience.


Produk Double Stemcell Tidak Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Sekadar perkongsian. Sumber berikut, kredit kepada blog Mazidul Akmal Sidik. Belum mendapat sijil pengesahan HALAL ye bukan TIDAK HALAL. Nanti salah faham. Nak maki-maki orang kan. Jadi fahamkan terlebih dahulu sebelum mengutarakan sebarang pendapat.


18 January 2014

Edit Blog The Diary of Didiey

Assalamualaikum...

Edit Blog The Diary Of Didiey
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Tema blog warna hijau. Nak blog simple-simple je. Semuanya diserahkan pada saya 100%. Alhamdulillah, senang berurusan dengan Didiey. Sangat sporting. Blog The Diary of Didiey more to personal blog, ada sikit tentang business beliau.

Kalau nak beli tudung, inner neck dan macam-macam aksesori tudung termasuklah Shaklee, bolehlah PM beliau. Harga murah-murah je, dan kualiti terbaik dari kilang. hehe. Shaklee pun dijual pada harga ahli je, walaupun bukan ahli. kan kan didiey kan..hehe.

Jom-jom kita serbu dan follow blog The Diary of Didiey ini. 

------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^

Rukun Qauli dalam solat

Assalamualaikum...

Rukun Qauli (Perkataan )

Rukun Qauli ini TIDAK BOLEH baca di dalam hati, TIDAK SAH solat tersebut. Ada 5 rukun qauli :
  1. Takbiratul Ihram - Menyebut Allahuakbar 
  2. Membaca surah Al-Fatihah
  3. Tahiyyat Akhir
  4. Selawat kepada Nabi SAW
  5. Salam

"RUKUN QAULI HENDAKLAH DILAFAZ DENGAN BERSUARA DAN MESTI DI DENGAR OLEH TELINGA KITA SENDIRI.. TIDAK BOLEH BACA DI DALAM HATI"

Yang lepas-lepas hendak buat guane? Istighfar banyak-banyak.

-Ustaz Azhar Idrus-


Rukun Qauli dalam solat



Disini saya sertakan juga video UAI untuk rujukan dan penerangan lebih jelas ye.

Rukun Qauli Dalam Solat




Bacaan Fatihah Dalam Hati Ketika Solat




Sebagai perkongsian untuk semua. Mungkin ada yang dah tahu mungkin ada yang belum kan. Jadi sama-sama kita perbetulkan apa yang salah dan tingkatkan apa yang kurang. InsyaAllah, moga Allah redha. ^_____________^

p/s : Sharing is caring. 

17 January 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Assalamualaikum...

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Nile.com.my menjual pelbagai jenis barang, dari baju, accessories lelaki dan wanita, kasut dan macam-macam lagi. Bila masuk website, berdebor-debor bukan sebab apa, sebab tak tahan tengok barang-barang yang Nile.com.my ini jual. Harganya sangat-sangat berbaloi-baloi. Lagi-lagi phone accessories. Power bank kegilaan ramai. Murah habis. Pengsan-pengsan. T___T 

Nile.com.my sangat-sangat lah baik hati nak beri angpau bernilai RM1000 secara keseluruhan tu. Banyak kan. Kalau saya dapat, apa lagi shopping lah, semua jenis barang dekat Nile.com.my ini. Sekarang tengah survey-survey, letak dalam wishlist. hehe..Lebih-lebih baki, kita simpan masuk tabung masa hadapan ye. Kalau ada rezeki, mana tahu boleh menang kan.  Opss..nak join juga. Klik sini ye



16 January 2014

OPZZPINKY GA 2014 BY SHARINA

Assalamualaikum...

OPZZPINKY GA 2014 BY SHARINA
Saya nak ajak korang join GA menarik Blog Opzzpinky ini, hadiah cun menanti korang, mari ramai2 join ya..klik SINI
GA ini ditaja oleh Sha Dhira San | Irah Zahirah | Alyssa | Yana | Nazlyizan | Suejana | Najmi | Kina |Rubiey |
SE-Shop
Salah satu kedai online yang baru dibuka, menitik beratkan kecantikan dan kesihatan kaum hawa, dimana menawarkan harga yang murah dan mampu milik bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan. Mari kunjungi SE-Shop pasti korang tertawan dengan harga menarik :)
Produk HOT masa kini
Harum Malam 
Set Kecantikan Collogen + Vit E
Bedak Sejuk Tanaka
Emilay
Ibu Putih JannaLawwa
Perla Coffee
Sila PM di SINI jika berminat :)

Senarai Pemenang Zahra Bakar Collection Giveaway

Assalamualaikum...

Senarai Pemenang Zahra Bakar Collection

(Kalau senarai peserta lambat loading sila tunggu sebentar ye)

Top Refferal
No. 37

Random
Kain Pasang
No. 15

Mug gambar sendiri
No.  49
No. 50

Tahniah diucapakan buat semua pemenang. Kepada yang tak menang, jangan sedih-sedih ye. InsyaAllah, kalau ada yang nak sponsor GA boleh lah kita buat lagi kan.

Pemenang sila PM detail berikut kepada Zahra Bakar Collection ye :

Assalamualaikum...
Saya pemenang, Zahra Bakar Collection Giveaway. Ini detailnya :
Hadiah yang dimenangi :
No penyertaan dan Link penyertaan :
Nama penuh :
Alamat :
No. Tel :

Terima Kasih . :)
Berikan detail selewat-lewatnya 19hb ini sahaja. Lewat, maaf burn ye. Untuk pemenang mug nanti bincang detail gambar pada mug dengan sponsor ye. Pada pemenang, dah tuntut hadiah, komen dekat bawah ye.

Terima kasih sekali kali pada semua yang sudi menyertai giveaway ini ye. Semoga anda juga sentiasa dimurahkan rezeki. ^____^

15 January 2014

Pengumuman Pemenang Zahra Bakar Collection Giveaway

Assalamualaikum...

Zahra Bakar Collection Giveaway telah ditamat sehari lebih awal ye. Last penyertaan pada jam 10 malam ini sahaja. Jadi penyertaan selepas jam 10 malam, 15/1/2014, tidak akan diterima.

Zahra Bakar Collection Giveaway

Pengumuman pemenang, akan saya umumkan selepas saya semak satu persatu entri penyertaan. Berikan saya sedikit masa untuk menyemak entri-entri anda ye. By the way, ada juga yang tak ikut syarat, walaupun tak banyak pun syarat dalam giveaway ini. Tapi tak apalah, jujurlah pada diri sendiri kan.

Kepada yang join, boleh semak nama anda di sini ye. Semua nama dan link anda yang letak sendiri kan. Jadi kalau ada kesilapan dan sebagainya, nak buat macam ye? hehe..Maklumkan pada saya ye.

Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi join simple giveaway ini. Semoga Allah murahkan rezeki anda semua ye. Nantikan senarai pemenangnya, insyaAllah esok atau lusa. Terima kasih semua.




IPad English Arabic untuk kanak-kanak

Assalamualaikum...

Memperkenalkan IPAD ENGLISH ARABIC sesuai untuk kanak-kanak yang sekarang ini memang sangat advance kan. Sebiji macam IPAD tapi IPAD ini adalah IPAD yang sangat-sangat berguna buat anak-anak yang masih kecil yang bertatih-tatih nak belajar membaca al-quran mahupun huruf-huruf  Alif, Ba, Ta, dan ABC dalam bahasa English dan Arab.

 IPAD ENGLISH ARABIC



Keistimewaan

1. Saiz sebesar iPad.
2. Mengajar bacaan-bacaan asas:
  • 2 kalimah syahadah.
  • Ayat Qursi.
  • Surah 3 Qul.
3. Mengajar bacaan & urutan dalam solat.
4. Mengajar doa-doa harian.
5. Mengajar:
  • Alif Ba Ta.
  • ABC.
  • Perkataan dalam Bahasa Arab & Inggeris.
  • Ada fungsi cari huruf & perkataan untuk uji kefahaman anak-anak.
Banyak manfaat IPAD English Arabic ini. Berminat nak dapatkan IPAD ini dengan harga runtuh ini.

Harga Seluruh Malaysia (termasuk postage) 
HANYA RM43.00 sahaja.


BERMINAT BOLEH PM/INBOX SAYA DI FACEBOOK ATAU EMAIL SAYA ainizakaria92@gmail.com

Zahra Bakar Collection Giveaway

Assalamualaikum...

TAMAT
PENYERTAAN DITUTUP : 15/1/2014 JAM 10PM.

Zahra Bakar Collection Giveaway


Syarat :
  1. Follow blog !Aini Zakaria
  2. Like page !Aini Zakaria dan Zahra Bakar Collection
  3. Share mana-mana gambar dari Zahra Bakar Collection Page dan set kan kepada "Public"
  4. Tulis satu entry bertajuk "Zahra Bakar Collection Giveaway"
  5. Copy dan Paste coding di bawah ini ke dalam entry anda kemudian klik Publish.
    Zahra Bakar Collection Giveaway
    Kredit kepada kak Mia|Mialiana.com.


  6. Tinggalkan url/link penyertaan anda di kotak Mister Linky (bukan di kotak komen). Jika tidak, penyertaan anda tidak diterima.

Hadiah :
  • 2x kain pasang untuk 2 orang Pemenang - Bernilai RM40 setiap satu
  • 2x Mug Gambar sendiri untuk 2 orang Pemenang - Bernilai RM25 setiap satu

Zahra Bakar Collection Giveaway
Antara kain pasang yang dijual di Zahra Bakar Collection

Zahra Bakar Collection Giveaway
Contoh Mug sumber dari google
Pemilihan Pemenang :
  • Top referral
  • Random

Tarikh Mula : 17/12/2013
Tarikh Akhir : 16/01/2014

Senarai Peserta :
(letak link penyertaan bukan link blog ye, harap maklum. ^__^)




13 January 2014

Makan maggi dengan kangkung je

Assalamualaikum...

Makan maggi dengan kangkung je


Orang semua sibuk trending pasal kangkung kan. Saya pula makan maggi campur kangkung campur ayam. Lagi sedap. Memang dah cadang dari semalam lagi nak buat maggi letak kangkung, kebetulan masa buka facebook tiba-tiba banyak update status pasal kangkung. Sayur kegemaran saya itu kangkung..hehe..Jemput makan. ^_____^


Ada apa dengan "Kangkung"?

Assalamualaikum...

Buka-buka facebook tadi, terbaca pasal kangkung.

"Saya pernah bersekolah di SK Kangkung"

"Hari ini nak goreng sayur kangkung masak belancan"

Semua pasal kangkung...

Pelik kenapa dengan kangkung???

Ada apa dengan "Kangkung"?


OHHH...Rupa-rupanya HARGA KANGKUNG TURUN!!!:

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Ada apa dengan "Kangkung"?
siap buat lawak lagi tu.

hehehe..untunglah. Saya memang suka kangkung, masak dalam maggi. Sedapnya...Tapi, betul lah kan dekat rumah saya ni, kangkung bersepah, kutip tepi parit je. Kangkung kan senang nak tanam, cepat je dia naik. Tabur je benih kangkung ni, tumbuh lah dia, lagi-lagi time hujan ini.


p/s: Malam ini memang nak buat maggi letak kangkung pun..hehe.

New Year Giveaway by FD & FariqanAfina

Assalamualaikum...

New Year Giveaway by FD & FariqanAfina

Klik banner untuk join.



Senarai hadiah :

Novel x 1, face towel x 1, door stopper x 1, contact lens (power 0) x 1, bookmark dari Langkawi x 2, Smurf Shoes Hp Plug x 2, sabun susu beras x 1, 2 pcs shiseido mask x 1, topup RM10 x 2, topup RM5 x 2, set note clip x 2, set pen & keychain x 1, facial cleanser by Face Shop x 2, dua helai tudung bawal plain x 1, hadiah misteri x 1, felt brooch x 5, dan bookmark untuk 10 peserta terawal dan terakhir.



New Year Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Fariqan Afina, Syamimi Al-Fatihah, Airis Arissa, Nadratul Syazwana, Azyan Ramle, Syiera, Aiman Aziz, Azwar Syuhada, Lienda Liedot, Nur Farahain, Yumida, Fhatin Amelia, Coretan Mambang, Hatin Athirah, dan Little Khalifah.





Tamat 25 Januari 2014, 10 Malam.


12 January 2014

Edit Blog Fatin Irdina

Assalamualaikum...

Edit Blog Fatin Irdina

Klik gambar untuk lebih jelas ye.

Blog kali ini, adalah milik Fatin Irdina. Pakej personal blog. Beliau nak blog yang simple-simple je, beliau tak cerewet, jadi sangat mudah berurusan dengannya. Terima kasih ye kepada Fatin Irdina kerana sudi menempah dengan saya, dan selamat pengantin baru juga ye. Semoga bahagia dan kekal sehingga ke jannah. InsyaAllah.

Jom singgah dan follow blog Fatin Irdina ini ye. Blog ini tak ada sebarang entri lagi sebab blog baru tapi beliau berblog dah lama. Jom-jom folow. Klik sini untuk live view ye.

------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^


11 January 2014

Apple Quran untuk si cilik, celik Al-quran

Assalamualaikum...

Apple Quran keluaran Sebarkan Bahagia Resources - Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Apple Quran ini, sangat sesuai untuk anak-anak yang masih kecil, supaya mereka cepat belajar dan cepat ingat surah-surah pendek dan doa-doa mudah.

Berikut merupakan kelebihan Apple Quran ini :

Apple Quran

InsyaAllah, bermanfaat. Untuk kebahagian ibu bapa dan anak-anak, di dunia mahupun di akhirat. Kalau nak beli hadiah hari jadi untuk anak-anak, anak saudara, adik dan anak kawan-kawan pun sesuai ini. Dapat juga kita sikit saham kita diakhirat nanti kan. 

HARGA RUNTUH dan ISTIMEWA mulai 2 Januari 2014.

Harga asal RM 38 + postage RM 6 = RM 44
HARGA RUNTUH 
RM35 SAHAJA TERMASUK POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA

Berminat boleh PM/Inbox saya di Facebook atau email saya di ainizakaria92@gmail.com ye.



Resepi | Ayam Goreng mudah dan sedap

Assalamualaikum...

Malam-malam setiap sabtu dekat rumah saya ini ada Pasar Malam, jadi kalau pergi pasar malam ini mesti orang suka beli ayam goreng kan. Tapi kalau yang gemar makan ayam goreng ini, mesti tak puaskan makan 1 atau 2 ketul ayam goreng je.

Jadi meh sini, saya bagi resepi rahsia kepunyaan kakak saya, cara-cara nak buat ayam goreng yang mudah dan sedap. Jimat pun jimat, maklumlah barang naik sekarang ni, kita kena ambil alternatif untuk berjimat kan. hehehe. InsyaAllah, gerenti sedap punyalah. Ala-ala resepi ayam goreng pasar malam dan ayam kfc. T__T

Resipi Ayam Goreng mudah dan sedap

Bahan A :
  1. 1 ekor Ayam 
  2. 2 ½ sudu besar Cili kering atau serbuk cili (ikut citarasa, nak pedas letak banyak, kalau tak letak 1½ sudu pun dah okay, tapi saya suka pedas. ^___^)
  3. 1 sudu besar Kunyit (ini pun ikut kesukaan anda)
  4. 1 sudu kecil Garam
  5. Air atau 1 biji telur 

Bahan B :
  1. 2 cawan Tepung gandum
  2. 1 ½ cawan Tepung jagung
  3. ½ sudu besar Kunyit
  4. 1 sudu kecil Garam
  5. OPTIONAL - 1 sudu besar Serbuk lada sulah

Cara-caranya :


 Perapkan ayam dan bahan-bahan A beberapa minit. Kemudian letakkan sedikit air atau pecahkan 1 biji telur ke dalam ayam yang diperap tadi. 
Saya letak sedikit air sebab saya tak suka bau telur, sebab ianya sedikit hanyir. Terpulanglah pada citarasa masing-masing ye.

Kemudian, campurkan kesemua Bahan B ke dalam bekas, dan gaul rata. Serbuk lada sulah tu, nak letak pun boleh, tak nak letak pun tak apa. Siapa suka pedas, bolehlah letak. 

Dah siap kedua-dua bahan boleh terus goreng. Celup ayam (bahan A) yang diperap tadi ke dalam tepung (bahan B) apabila anda mahu mengoreng ayam tersebut ye.

Resepi Ayam Goreng mudah dan sedap
Malam ini, saya kenyang makan ayam goreng je. Yang gambar dekat atas ini, nak cepat makan punya pasal, ambil gambar pun tak cantik kan..hehe.

Done dah siap..senang kan. Boleh makan banyak-banyak, sedap pun sedap. Berbaloi-baloi.

Selamat mencuba ye.

p/s: saya kurang gemar makan ayam goreng, kalau dekat u saya, orang berebut-rebut nak tunggu ayam goreng, saya je yang pilih ikan. hehe. Opss..thanks to my sister, sebab bagi resipi ini. Seronok ada kakak, kita buli, dia masak. kihkih. Tak lah gurau je.


07 January 2014

Special Giveaway 2014 by ainruslee&hanazakaria

Assalamualaikum...

Special Giveaway 2014 by ainruslee&hanazakaria

Nak join klik banner ye.

1 JANUARY - 15 JANUARY 2014



Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog


Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.


Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog
Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog

Senarai Hadiah

Top Referral :
Cash RM50 + Fridge Magnet from Turkey

Random :
Chiffon Blouse x 5 Pemenang
Maxi Dress x 3 Pemenang
Perfume x 2 Pemenang
Voucher Shopping bernilai RM5 x 10 Pemenang
T-shirt R4BIA x 5 Pemenang


Jangan lepaskan peluang ini fellas! Just click the banner above and follow the simple rules.
Goodluck and thank you =)


06 January 2014

Novel Aku Ada Wali

Assalamualaikum...

Novel Aku Ada Wali karya Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr. Farhan Hadi ini akan diadaptasikan ke drama "Aku Ada Wali" dan bakal bersiaran di TV Al-Hijrah mulai 14 Januari 2014, jam 10 malam.

Saya sendiri tak sabar nak tengok drama ini, ternanti-nanti 14hb ni, bila lah nak tiba. Drama Aku Ada Wali ini dibintangi oleh Siti Saleha, Zahiril Adzim, Puteri Chi chiZoey Rahman dan ramai lagi. Pengambaran drama ini pun dah hebat, dekat negara yang disukai para Kpopers. Yeah..Korea Selatan tu.

Trailer Drama AKu Ada Wali



Tapi macam biasalah, novel tetap kena baca dulu, sebab membaca lagi seronok kan. Sesiapa yang gila novel mesti suka baca novel dulu kan daripada tengok drama kan. Hehe..tapi disebabkan novel ini best, jadi mestilah dramanya pun kena tengok sekali kan kan kan.

Novel Aku Ada Wali

Novel Aku Ada Wali


SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.


Manfaat Buku Ini:

  1. Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.
  2. Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.
  3. Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.
  4. Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.
  5. Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.
  6. Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
  7. Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.
  8. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.

JOM BELI NOVEL AKU ADA WALI SECARA ONLINE

Harga Asal RM 29.90 + Postage RM 6.00 = RM 35.90

HARGA ISTIMEWA MULAI 2 JANUARI 2014
Harga Seluruh Malaysia: (termasuk Sabah & Sarawak) 
RM 33.00 SAHAJA


BERMINAT SILA PM/INBOX SAYA DI FACEBOOK ATAU EMAIL SAYA ainizakaria92@gmail.com

p/s: Suka baca novel-novel islamik ini..terutama karya Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr. Farhan Hadi. ^___^

04 January 2014

Produk Ephyra benar-benar berkesan

Assalamualaikum...

Macam-macam sangat-sangat dah produk kecantikan, kurus dll dekat Malaysia ini kan. Kononnya boleh cerahkan kulit, kurus dan sebagainya, namun kadang-kadang hasil yang diberikan tidak sehebat seperti yang dikatakan.

Terus terang saya katakan, saya memang sangat-sangat susah nak percaya pada produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berlambak-lambak dekat pasaran ini. Selalu cakap, "Ala menipu ler tu. Iklan je lebih tapi hasilnya tak ada." "Umi, dia tipu je tu, bukannya bagus betul pun."

Sebab saya memang tak suka nak cuba-cuba produk kesihatan dan kecantikan yang sebarangan ini. Memang tak percaya kesannya!! Pernah guna satu produk tu, sekali je cuba. Kebetulan, roomate saya cuba, saya pun gatal lah mencuba. Memang tak sesuai, lepas minum sakit perut, asyik nak ke tandas je. Seminggu jugalah jadi macam tu, nasib baik sekali je, kalau banyak kali..Tak tahu lah jadi apa. Rasanya pun agak meloyakan. Perut saya memang perut yang sensitif.

Produk Ephyra benar-benar berkesan

Tapi..tapi saya terkejut dan tersentap kejap sebab produk Ephyra ni tak macam produk-produk kesihatan dan kecantikan yang lain, yang saya pernah cuba, hasilnya dan rasanya cukup berbeza. Kulit rasa lebih licin, dan tak kusam. 

Mata saya ni macam panda. Sebab study, asyik berjaga sampai lewat malam kan. Tak cukup tidur. Bila minum ephyra ini rasa bangun pagi-pagi bertenaga, mata panda pun dah hilang. Yeah!! Awesome lah ephyra ni.

Produk Ephyra benar-benar berkesan

Lagi satu, rasanya sangat-sangat sedap. Kalau kecil-kecil dulu ada dekat kedai jual serbuk-serbuk jus buah-buahan dalam paket-paket 20sen satu tu. Ala lupa nama dia..haa..macam itu lah rasa Eyphyra ini. Sedap, rasa buahan-buahan sebijiklah macam serbuk tu. Cuma Eyphra perisanya oren dan produk untuk kesihatan.

Produk Ephyra benar-benar berkesan

Selain memberikan kesan positif dan kesan yang benar-benar memberangsangkan terhadap kulit kita, Ephyra ini juga turut membantu individu-individu yang mempunyai penyakit dalaman tau. Bukan sahaja untuk kulit tapi untuk masalah-masalah seperti :

  1. Gastrik dan masalah usus
  2. Jangkitan pundi kencing
  3. Strok
  4. Migrain/Sakit Kepala
  5. Masalah senggugut/PMS
  6. Kencing Manis
  7. Darah tinggi
  8. Sembelit/Cirit-birit
  9. Resdung 
Dan macam-macam lagi kebaikan ephyra yang saya tak senaraikan disini. Banyak sangat kelebihannya. Saya pun kagum bila baca, bukan sebab baca je, tapi sebab dah cuba jadi saya percaya hasilnya. Ingatkan tak ada produk yang boleh dikatakan mempunyai 1001 kebaikan ini. Untuk orang diet pun boleh. 

Kakak saya ada masalah usus bengkak, jadi dia pun cuba ephyra ini. Alhamdulillah, sakitnya berkurangan sebab kalau nak harapkan hospital memang lain jadinya. Adik saya pula ada masalah resdung, jerawat dia bukan dekat luar tapi dekat dalam. Dia cuba-cuba lah kongsi-kongsi, minum lebih-lebih saya, nak try je kan. Tapi terkejut tengok hasilnya, jerawat dia surut dan kulit nampak lebih bersih. Baru minum sikit, lebih-lebih je pun. Dah nampak perubahan. Memang tak sangka ephyra ini memang berkesan. Sampai satu keluarga saya, semua nak cuba Ephyra ini. 

Harganya berpatutan dengan impak dan hasil yang kita terima. Jadi memang puas hati.  Sekarang saya percaya, Ephyra memang boleh dipercayai.  Nak tambah stok baru ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Mia kerana memperkenalkan produk yang benar-benar awesome ini. Untuk kesihatan dan kecantikan. Dua dalam satu. The bestlah Ephyra.

EMAIL : oceanlife2u@gmail.com
WEBSITE : OCEANLIFE2U 
FANPAGE : OCEANLIFE2U
CONTACT NO : 03-4141 7889, 03-4142 1786
HOTLINE : 019-399 9238


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome