27 November 2012

Minggu Tak Tahu.

Assalamualaikum,

Minggu ini rasanya paling bosan dan tak tahu nak buat apa..TENSION..hehe..satu sebab laptop kedua sebab laptop ketiga sebab penat keempat sebab tak tahu..kelima tak tahu...yang penting tak tahu. Laptop lama buat hal pula, laptop lama ni dulu format dekat Seri Iskandar, format dekat dia menjadikan laptop ku yang lama itu tidak genuine. Jadi kalau update windows, corrupt aku punya windows. Ada masalah service pack pula..asyik reverting je.

Jadi malas nak format laptop lama, laptop baru, dah malas nak layan tak ada mood..ehh..boleh pula kan..Sekarang guna laptop Farah..adik saya..Hahaha..rasanya minggu ni minggu menjahanamkan laptop je.ishh..mulut.

Jadi tak tahu lah nak cakap apa, nak buat apa..Bosan..

Untuk mengisi masa bosan, dan tak tahu ni, saya cuba buat felt craft.

Taraaaaa...

 
Inilah dia craft yang saya cuba buat..bear, ayam, love dan cupcake, ada banyak lagi, mana entah di campak..hehe..boleh pulak macam tu. First time cuba buat, memang buruk sangat-sangat sebab jahitan tak kemas. Segalanya tak kemas..serabut lagi.



Ini doodle cupcake terakhir sebelum laptopku blue screen, nasib baik simpan dalam pendrive. Tapi..tetap tension sebab tak dapat habiskan lagi.



Ini pula sebagai ganti..Jahitan memang tak kemas, jadi abaikan je.

Aishh..serabut betul minggu ni, laptop buat hal, badan pun rasa lemah, kaki lenguh, badan lenguh semua lenguh..Laptop buat hal, saya pun nak buat hal. Jadi tak tahu lah..Selamat tinggal blog, saya nak berundur dulu. Nanti kita jumpa lagi ye, nanti bila laptop dah okay, nanti sambung balik blogwalking ke blog anda semua. Rindulah dekat kamu..kamu.kamu..kamu..dah serabut dah ni..banyak merapu dah ni. Tak boleh lama, laptop orang..hehe..Okaylah, selamat malam.




p/s: Rindu tak dekat saya?..tuitui.. T___T



25 November 2012

Blue Screen..Alamak!!

Assalamualaikum..

Al-kisah..maka tersebutlah kisah..taipppp..

Sang kancil datang beramai ramai menghadap sultan firaunnn...

Ehh..bukan..Al-kisah berlaku di malam hari..

Aku telah meng"uninstall" kan anti virus Kapersky aku, kemudian selepas uninstall..keluarlah satu box yang menyuruhku menekan reboot. Aku tekan lah..lepas tu laptop ku itu pun me"restart" kan dirinya sendiri.

Dah siap restart, tiba-tiba muncul satu screen biru...Yeahhh..aku suka betul biru-biru ni...atau bahasa orang putihnya Blue Screen of Death..

Maka terpaparlah segala mak nenek bahasa orang putih yang mengatakan bahawa. Laptop ku ini terpaksa berhenti beroperasi kerana untuk mengelakkan kerosakan..

"Windows has been shut down to prevent damage to your computer."

Haa..ambik kau..huhu.. Yang penting, laptop ku ini aku tak buat restore point. Nak  buat hari tu, tapi tak boleh buat..ada error. Selain, rollback software, restore dan lain-lain siapa tahu cara nak atasi masalah blue screen ni selain format laptop. Dah penat google.




p/s: Ini pun guna laptop lama..nasib baik boleh guna..T____T..Benci Kapersky..semua pasal uninstall dia..ehh.

23 November 2012

[Tutorial] Cara buat Menu Tab Mudah Versi Saya.

Assaalamualaikum..

Tutorial ini di request oleh cik manis Izzah. Maaf lambat buat tutor..hehe..

Izzah minta tuto cara nak buat menutab view macam di blog saya ini.



Kalau kita sentuh atau click/hover  menu tab ini akan jadi macam ini:



Warna merah kan.


Baiklah ini tutonya :

  1. Dashboard > Template > Edit Html
  2. Cari kod ini (CTRL + F di keyboard untuk memudahkan pencarian) :
]]></b:skin>

   3. Kemudian copy pula kod di bawah ini :

a.menutab {
background:url(URL BACKGROUND IMAGE);
display: inline-block;
font: normal 10px 'Lucida Sans Unicode', Lucida Grande, sans-serif;
color: #000;
border: 2px solid #eee;
display: inline-block;
letter-spacing: 1px;
margin: 0 2px 0 0;
padding: 4px 9px;
text-transform: uppercase;
}
a.menutab:hover {
-webkit-transition: 1.0s;
-moz-transition: 1.0s;
border: 2px solid #ccc;
background:#e23767;
color:#fff;
}


# warna ini - untuk tukar warna hover menutab. HTML COLOR CODE di sini.

   4. Paste kod tersebut di atas atau sebelum kod   ]]></b:skin>

   5. Tekan preview, dan kalau tak ada error boleh save.

   6. Kemudian pergi Layout > Add gadget >  HTML/Javascript

   7. Copy code di bawah ini dan pastekan di dalam HTML/Javascript 

<center>
<a class="menutab" href="URL LINK">NAMA TAB</a>
<a class="menutab" href="URL LINK">NAMA TAB</a>
<a class="menutab" href="URL LINK">NAMA TAB</a>
<a class="menutab" href="URL LINK">NAMA TAB</a>
<a class="menutab" href="URL LINK">NAMA TAB</a>
</center>


  8.  Kalau nak tambah menutab cuma copy dan paste kod ini

 <a class="menutab" href="URL LINK">NAMA TAB</a>  

di bawah kod di atas sebelum kod </center>

URL LINK - Url Link ini gantikan dengan link yang anda nak contoh : http://facebook.com
NAMA TAB - Nama tab itu pula anda gantikan dengan nama yang anda nak dia appear dekat menutab contoh : Facebook

Nak buat pages menutab ini boleh pergi dekat Dashboard > Pages. Kemudian copy link pages dan paste dekat URL LINK itu ye.

9. Dah selesai semua bolehlah save. Kemudian cuba tengok, kalau jadi  alhamdulillah, dah berjaya.

Cubalah ye, kalau tak jadi atau ada apa-apa masalah beritahu saya. 



p/s : Jom kita ke blog Izzah..tambah kenalan di dunia blog ini.


Segmen : Tolong kutuk kow2 blog saya...

Assalamualaikum..

Jom kita join segmen mudah ni. 


Hehe..terkejut tak tengok nama segmen ni..Segmen : Tolong Kutuk Kow2 Blog Saya..Tak sabar rasanya nak kena kutuk. Empunya segmen ini adalah dari Blog Coretan Diari Seorang Abah. Jadi tuan tanah tolong kutuk blog saya. Jom kita semua join segmen simple ni. Tak perlu buat entry pun sebenarnya.

Jomlah kita join ye. Kalau nak join klik banner di atas atau klik link ini

Jadi kalau awak-awak nak kutuk blog saya pun saya izinkan. Kutuk itu bukan benda yang baik je, benda yang tak elok tentang blog saya pun saya izinkan kutuk..hehe..kutuk jangan tak kutuk. Supaya kita boleh perbaiki diri kita dan blog kita juga kan. 


Selamat Bersegmen/ pstt..selamat mengutuk..hehe..


p/s: Kalau nak mengutuk blog saya jemput tinggalkan kutukan anda di ruang komen ye. T___T..hehe. ^__^



22 November 2012

Sikit-sikit terasa hati.

Assalamualaikum..

Pernah tak, anda rasa berkecil hati, terasa hati, dan ayat paling mudah dan selalu kita sebut "touching"..sentap hati mak nak. Sensitif. 


Semua yang bergelar manusia mesti pernah kan terasa hati..bohonglah kalau tak pernah. Hebatlah awak kalau tak pernah terasa. Saya tabik spring sama awak kalau awak tak pernah berkecil hati atau terasa hati.
Eleh sikit-sikit touching..Mengadalah.

Seadanya kita manusia, kadang-kadang terasa dengan orang di sekeliling kita kan. Kalau saya terasa hati atau sedang marah pada orang, saya akan diam. Saya diam sebab kalau cakap nanti tambah marah kan. Baik diam. hehe..kalau kawan saya mesti dia tahu kalau saya diam tiba-tiba mesti saya tengah marah atau terasa..tapi bukan semua diam saya itu bererti saya merajuk atau marah. Kang salah faham pula. Asal diam marah, asal diam merajuk..tak lah. Diam dan bercakap ada tempatnya.

Bercakap banyak nanti takut orang terasa, diam banyak cakap kita tak mesra..ehh..mana satu ni.

Bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Adalah normal kalau tersinggung, terasa hati, pedih hati dan terguris hati. Kadang-kadang hati kita sakit bila disindir, dikeji, dipuji. Rasa pedih nak bergolek-golek menangis..Sedih sangat.

ehh..okay fine saya je kot gitu.

Tapi mungkin daripada sindiran tersebut kita boleh berubah, mungkin ada benarnya sindiran tersebut. Sedikit sebanyak memberi  impak yang besar untuk kita membuat perubahan dalam diri yang lebih ketara baik dari sebelumnya.

Tak apa tak apa, mungkin kita rasa diri kita di benci, tapi janganlah bersedih hati jika di keji atau sebagainya kerana ada Allah yang sentiasa menyayangi kita. Janganlah kita bersedih jika, kita tidak di puja, dicintai, disanjungi oleh manusia di dunia. Tapi kita di cintai oleh penduduk langit. Di cintai oleh Allah pastinya.



Tapi kita harus sedih dan resah bila terlalu ramai yang mencintai, memuja kita di dunia, tapi tiada siapa yang menyayangi kita di akhirat kelak.

Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."

Kalau asyik kena puji nanti kita jadi bangga diri pula kan. Jadi berfikirlah dengan positif.


Think postive Aini think positive..hehe. 


p/s: Pernah tak terasa sampai menangis-menangis? ehh..perempuan je kot, lelaki kan kuat...ehh..tak, perempuan pun kuat juga..Kita sama-sama kuat. ^___^




Review : Little Sara Collection Blogshope.

Assalamualaikum.

Post ini adalah bagi mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Little Sara Collection kerana sudi menjadi sponsor untuk Giveaway saya lalu. Terima kasih Little Sara Collection.



Litte Sara Collection adalah blogshope atau kedai online yang menjual pelbagai jenis tudung bawal dan bukan itu sahaja malah ada juga dress, pashima, kain pasang dan lain-lain. Ada juga produk hidayah tau.

Antara tudung bawal yang di jual di Little Sara Collection ialah

  1. Bawal Plain.
  2. Bawal 2 Tone
  3. Bawal 3 Tone
  4. Bawal Polkadot
  5. Bawal Printed


Harga-harga yang ditawarkan oleh Little Sara Collection sangatlah berbaloi dan lumayan setanding dengan kualiti barangnya. Jangan risau di jamin selamat dan tiada penipu berlaku. Bukan Zeluroo ye, order lain dapat lain. Opss..InsyaAllah, apa yang anda order, akan dapat setimpal dengan apa yang anda bayar.

Comel kan brooch-brooch dia.


Pemilik Little Sara Collection ini juga seorang yang peramah ye. Mesra pelanggan. Ini terbukti hasil daripada layanannya terhadap saya..hehe.. Bila kita pelanggan di layan mesra, mesti kita nak beli kan. 

Jadi tak rugi kalau kita shopping online di Little Sara Collection ini. Harga berpatutan dan pemilik mesra pelanggan. Jika anda berminat dan nak tengok lebih banyak, jemputlah ke facebook atau Blogshop Little Sara Collection.

21 November 2012

Jom Masuk Bloglist Saya.

Assalamualaikum..


Disebabkan hari ini bosan, jadi nak buat bloglist..ada tak sesiapa nak masuk bloglist saya?

Caranya senang je.


  1. Tinggalkan link blog anda di ruang komen entry ini dan jemputlah folow blog saya.
  2. Masukkan blog saya dalam senarai bloglist, blog anda.
Dah siap..nanti senang saya nak blogwalking ke blog anda semua.


Harap ada yang sudi. Terima Kasih. ^___^

SEHINGGA 21/11/2012 - 12:00 AM

Saya akan masukkan link blog anda selepas jam 12:00 AM.



Vector dari ! Din Graphic.


Assalamualaikum..

Hari ini pula (sebenarnya malam semalam)dapat vector dari Din Graphic. Fuyoo..Graphic..hehe..



Tengok header blog din pun dah tahu yang din mesti budak grafik kan, sebab ada tablet dekat tepi tu..hehe..nama blog pun dah gambarkan segalanya. Blog din penuh info-info mengenai technology dan grafik. Kalau nak hack time dekat CC pun ada...hahaha..tak sopan..hehe.

Jangan risau kalau jenguk blog Din ni, insyaAllah, Din mesti blogwalking ke blog anda balik. Din seorang yang peramah dan mesra alam, jadi jangan malu-malu nak jenguk dan tinggalkan komen di blog beliau ye. 

Ini adik bongsu saya. Saya minta Din vecktor kan. Din hebat bab-bab ni..hehe..jangan merendah diri Din nanti makin rendah.



Dan inilah hasilnya. Sangat menjadi, comel dan cantik.. smart lah Din buat vektor. Terima Kasih daun keladi, tak nak lah makan roti dengan kari.

 Terima Kasih sekali lagi Din. Semalam terharu, hari ini pun terharu juga..berapa banyak terharu daaa..Jom kita serbu ke blog !Din Graphic. InsyaAllah nanti Din bagi lagi vector free. Kalau nak juga cepat jom kita follow Din.





p/s: Terima Kasih Super Junior Grafik. ^___^


Wordless Wednesday #4: Kerana Bau

Assalamualaikum.



Apa? hahahahahahaha...Terkejut baca tajuk dekat atas tu..hehe..Kesian harimau Malaya. T____T 



20 November 2012

Terima Kasih Kak Mia

Assalamualaikum..

Seronok sangat ini, terlompat-lompat sambil tersenyum sampai ke telinga. Nak tahu kenapa? hehe..suka ini. Akhirnya, masa yang di tunggu-tunggu telah tiba. Saya dah dapat banner gift daripada Kak Mia. Yeaaa..

Ini dia...cakkk..




Aaaaa...cantikkan..Kak Mia buat ikut tema link blog ini..flowerbucket. hehe..Terima Kasih banyak-banyak Kak Mia. Cantik sangat. Nak tahu tak macam mana saya dapat banner ini? Saya join Segmen Banner Gift Mialiana.com #3. Segmen ini akan di aktifkan setiap kali follower Kak Mia mencecah sebanyak 1000 followers. 

Kalau nak, jemputlah singgah dan jadi follower terhebat blog kak mia. Nanti dah capai lagi 1000 followers Kak Mia akan buka balik..hehe..tunggu je. Lagipun tak rugi kalau jadi pembaca dan juga followers blog Kak Mia, sebabnya Kak Mia ini adalah seorang blogger yang sangat fomous tau, dan bukan itu yang penting tapi Kak Mia seorang yang peramah dan tak lokek ilmu.

Buktinya, jika anda tinggalkan jejak di blognya, Kak Mia insyaAllah pasti akan di balas balik kunjungan anda itu. Selain itu, blog Kak Mia ada beri tips-tips/ cara-cara nak dapat dean list untuk para pelajar bukan untuk pelajar OUM sahaja tapi kita pun boleh ikut. InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat bantu kita.




Sebelum saya aktif berblog sekarang, dulu dalam tahun 2010 kot selalu menghendap masuk blog Kak Mia. Baca entry Kak Mia. Selalu fikir, kenapa lah blog ini famous..Lepas tu tengok dekat sidebar sebelah kiri blog Kak Mia, yang Kak Mia masih belajar, ambil Ijazah dalam bidang Information Technology kalau tak silap saya.

Terselit rasa kagum dalam hati saya, saya pun berangan nak ambil bidang itu sebenarnya sebab waktu SPM ambil ICT..tapi terlepas ke Grafik pula.heee. Ingat lagi dulu blog Kak Mia warna apa..dan header Kak Mia gambar apa..

Dulu-dulu jadi silent reader saja, tapi sekarang tak tahu malu nak tinggalkan komen di blog Kak Mia. 

Jadi kawan-kawan semua. Kalau nak kenal Kak Mia lebih rapat, jom kita jenguk blog Kak Mia. Kepuasan pasti terjamin. ^___^

SERBU BLOG KAK MIA.
Terima Kasih banyak-banyak Kak Mia. Terharu sangat. 
 

19 November 2012

Yeah..dapat 5A.

Assalamualaikum..


Yeah..alhamdulillah, hari ini keputusan UPSR dah keluar. Nak tahu saya dapat berapa? Seronok ni melompat-lompat.

Dari malam semalam tak boleh tidur sebab takut nak ambil keputusan. Okay bukan semalam je, seminggu sebelum nak keluar keputusan UPSR, hati memang tak tenteram.

Dan hari ini pun dah tiba..mandi awal-awal, pakai baju, nak pergi sekolah ambil keputusan. Dan tibanya di sekolah dalam pukul 9:30, ramai dah kawan-kawan waktu tu, pukul 10 lebih baru boleh ambil keputusan sebab guru besar pergi ambil dekat PPD Bentong, Pahang dulu.

Tak ada mood nak melukis. T__T

Berdebar ni..beratur lah panjang-panjang. Tiba giliran saya di depan meja guru kelas, cikgu nazri senyum je..

Ohh..Aini ye..

Jap ye..

cikgu pun carilah slip keputusan saya..dan..

cari punya cari dan cari..alamak..

Aini, keputusan awak tak ada lah. Macam mana ni?

Haaa..biar betul cikgu..

laa..betullah..awak dah tua, zaman awak ambil UPSR dah berlalu..

K.O aku depan meja tu..

hehe..
Bukan result saya ye..En.Google.


Hari ini keputusan UPSR dah keluar kan..Jadi akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kepada yang tak cemerlang tu tak apa, UPSR bukan penentu masa depan pun kan. Belum tentu tak dapat 5A adik akan terus gagal, dan tak boleh cemerlang di kemudian hari. Usaha lagi ye. Buat yang lebih baik di masa hadapan.


p/s: Teringat zaman saya ambil keputusan UPSR. Seronoknya. ^___^



18 November 2012

Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati

Assalamualaikum..
Jom join contest ini, sangat mudah dan hadiahnya sangat lumayan tau. Kalau nak join, click je banner dekat atas tu. Kalau nak merasa duduk rumah banglo, menangi wang tunai jutaan ringgit, jemput lah ye join..hehe..percaya ke? tekan je banner tu. Awak tekan saya sayang. uweekkkk.. T___T.

Selain dapat memeriahkan majlis, kita juga dapat tambah kenalan, jom lah join ye.


Kenangan permainan dulu-dulu


Assamualaikum...

Kalau dekat kampung, bangun pagi mesti dengar bunyi ayam berkokok kan..ayamlah satu binatang yang paling saya suka bila duduk dekat kampung..tuituitui..jangan nak kelentong sangatlah kan, ayam ni memekak je kejut kita bangun awal. Tapi tu dulu lah tak suka ayam berkokok sebab petanda hari dah nak siang, kena bangun pergi sekolah. Sekarang lain dah.

Suasana pagi ini telah mengimbau kenangan dulu-dulu. Kalau waktu kecil dulu, saya kalau bangun pagi bukan sebab apa, tapi sebab nak berjalan rumah jiran, semata-mata nak bermain. Seronoklah dulu-dulu main sama-sama, kita mana ada main Ipad, psp dan sebagainya kan..Kita main permainan tradisional. 

Walaupun main permainan tradisional tapi kenangan itu penting. Main ramai-ramai tak kira kecil ke besar ke, lelaki ke perempuan ke semua bantai. Siap ada geng-geng lagi, kalau orang tu hebat main sesuatu permainan tu, mesti kita nak masuk kumpulan dia..hehe..




Haa..permainan Datuk Harimau ni siapa tak pernah main..hehe..permainan ni kadang-kadang geram pun ada, mana tak nya, asyik kena tangkap je, lepas tu menjerit bagai nak rak, bergegar satu kampung. Kebanyakan budak lelaki dekat kampung saya jarang main permainan ni. Kecil boleh lah, dah besar, malu kot. Budak perempuan steady je kan.



Baling Tin. Siapa yang tak pernah main baling tin memang rugi. Tapi majoriti main baling tin budak lelaki, lagi-lagi bila balik kampung dekat kelantan, semua budak kampung main baling tin ni depan rumah nenek. Memang setiap petang main baling tin ni. Kalau kena baling dengan selipar memang perit gila lah kan. Sekali dia lempar, nak pecah peha, bontot dan lebam segala badan ni. Kuat gila dia baling. Tapi main tetap main. 

Satu hari tu, kami main baling tin bukan guna selipar, tapi guna bola tenis lama bapa saudara kami, main punya main, bola terlempar jauh sangat dan yang pasti tinggi gila, sampai terkena atap rumah nenek, hampir bocor atap kot, sedih gila, berapa banyak gila dah...kami semua kena marah, dan tak boleh main dah lepas ni. Bosannya lah petang-petang dah tak boleh main. Ishh..tu lah siapa suruh baling sampai macam tu sekali, nasib baik tak bocor atap tu. 


Acik Menyorok ni pun best juga. Ada yang menyorok bawah rumah, atas pokok, dalam tong, hehe..tapi yang penting kalau saya menyorok memang susah nak jumpa. Jangan harap.

Lompat Getah ..permainan ni paling best bagi saya. Kalau dekat kampung selain daripada baling tin, permainan ni juga popular. Bukan budak perempuan je main, budak lelaki pun join sekali okay..Memang meriah sangat-sangat. 

Pemain paling muda dalam setiap permainan semestinya Nurul Aini. Kalau saya tak join mesti tak boleh, aku menangis mengelupur depan rumah..haa..siapa suruh, tak bagi aku main..haha..tipu.. I atlet lompat tinggi, so tak heran lah kan..Siapa jadi geng i mesti menang punya..tuituitui..

Tuju Guli. Ini saya jarang main sebab budak lelaki je yang hebat, lagi pun, malas lah main habis duit aku je. Kalah je, guli tu milik dia. Tak ada duit nak beli guli.

Tudung Botol/Tin. Permainan ni pun best juga, semestinya Nurul Aini hebat..tuituitui..lagi perasan. Permainan ni meranap kan botol-botol kicap di rumah, menguntungkan para peniaga kedai kicap, mengurangkan pelupusan sampah dan lain-lain..hahaha..mana tak nya dok mengutip penutup botol je. Dalam tong sampah pun sanggup cari. Opsss..bukan gua, budak lelaki budak lelaki, gua kan macho, mana ada buat benda-benda gitu. T___T


Jengket-jengket/ Teng Teng. Kalau dekat tempat saya panggil jengket-jengket sebab kita hanya guna satu kaki. Maklumlah kampung..tak ada sebut teng-teng ni, nama teng-teng pun tak tahu. Kalau permainan teng-teng ni memerlukan kekuatan kaki..iaitu ketahanan menggunakan sebelah kaki. Ni pun saya hebat juga..lagi kau perasan Aini. Well, as you can see me, right now. Sila bagi penumbuk. Merapu je lebih.

Tuju Selipar. Ini pun salah satu permainan favourite kami dulu-dulu. Kalau main tuju selipar ni sampai ke Maghrib tak habis-habis lagi. Nenek, bapa saudara kami masuk campur, menjerit, melalak panggil balik, barulah terhegeh nak balik.


Zaman kanak-kanak memang best, kalau nak ulang memang takkan dapatlah kan. Tapi itulah kenangan budak-budak dulu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi buat kita kan..ehh..drastik betul ayat tu. Rugi budak yang lahir  zaman sekarang, dah kurang main permainan dan ada juga mungkin tak pernah tahu permainan tradisional atau dulu-dulu ni. Daripada permainan ni juga, kita boleh dapat tahu erti kerjasama, persahabatan, semangat kesukanan dan lain-lain tau. 

Banyak lagi kan sebenarnya permainan dulu-dulu yang best..Kongsilah permainan apa yang selalu anda main waktu kecil-kecil dulu.




p/s: Baru perasan panjangnya..ish ish ish ish..


15 November 2012

Tersangatlah Kejam!!!

Assalamualaikum..

Sedang kita menyambut Maal Hijrah, rakyat Palestin dilanda derita. Kata nak hiatus kan?..tak jadi..cancel.

Sedih saya sekejap je dan tak lah sesedih mana  berbanding dengan penderitan yang dihadapi oleh Gaza. Sedih.....sedih bukan pasal masalah semalam tapi tengok berita pasal Gaza di bom lagi. Israel lancarkan serangan yang digelar "Operation Pillar of Defense".

Saat ini Israel sedang mengebom menggunakan pesawat F-16 ke atas Gaza iaitu antara penempatan paling padat di dunia!

Nak tahu rupa F-16?
Ini dia pesawat F-16 buatan US yg sedang membunuh saudara2 kita di sana!!!


Israel memang sangat kejam, sama je dengan Amerika tu. Kalau tentera Israel tu ada blog dan aku minta kau baca aku tulis ni..Kalau tak faham, goggle translate..ala tak payah goggle sangatlah kau kan tak ada otak, tak ada perasaan, suka-suki kau pergi bunuh orang. Habis budak-budak kecil jadi mangsa kerana gila kuasa kau nak jajah hak orang.

Barack Obama kata dia tak boleh buat apa-apa sebab Israel buat macam tu sebab nak mempertahankan diri daripada serangan oleh orang Gaza.

Ehh..konon..tuituitui..siapa yang mula dulu..Kau yang istiharkan perang atas Palestin. Lepas itu kononnya kau nak pertahankan diri kau. Hebat betul pemimpin dunia ni. Nasib baik aku tak berkuasa, kalau ada, dah lama dah aku cekik-cekik kau.



LATEST PICTURE: Sebuah tanah lapang bertentangan dengan bangunan Majlis Legislatif Palestin (parlimen) yang dibom pada pagi tadi oleh tentera Zionis.

SUMBER





Berita 1:30 tadi tunjuk macam mana, tentera Israel buat serangan hendap dari udara sebelum melancarkan bom pada kereta Ja'abry..Sangat kejam, Ja'abry mati terbakar, dan mayatnya terdampar atas jalan..Dia serang sebiji macam game-game perang yang biasa saya tengok. Apa ingat orang ni kartun dalam game ke..Sangat mengerikan. SubhaAllah, hanya Allah yang Maha Mengetahu betapa kejamnya mereka. Ramai orang yang tak bersalah terbunuh.

Terasa macam manalah hidup mereka..mesti dalam keadaan ketakutan kan.

Maaf, entry ni agak kasar. Saya geram sangat. Walaupun kita tak dapat bantu mereka, rakyat Palestin dari segi fizikal dan sebagainya. Bantulah dengan bantuan lain, hanya satu bantuan terpantas yang kita boleh lakukan iaitu dengan berdoa agar mereka selamat di bawah perlindungan Allah S.W.T.


اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

TERJEMAHANNYA:
Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Sumber Doa


Untuk makluman terkini mengenai berita saudara kita di Gaza boleh dilihat di https://www.facebook.com/aqsa.syarif.


Marilah kita sama-sama berdoa untuk saudara kita di Palestin.
Semoga Allah mendengar setiap doa daripada kita. Islam pasti menang.

14 November 2012

Hiatus!! bye-bye.

Assalamualaikun,,



Dalam masa terdekat saya tak online ye. Sedang mengalami masalah hati sekarang. Rasa down dan sedih sangat..ehh..ada pula Aini ni rasa sedih ye..Okaylah serious ni sedih..Tak tahu bila nak active balik. Macam ada orang nak kisah je kan. Bye2..wassalam.


















p/s : Sahaja menggedik tempek gambar banyak-banyak..pengubat hati. T____T
Dah datang dah penyakit pelik dia..Tengoklah ye gambar ni sampai pening.




Nuffnang, SAYS dan iklan-iklan di blog haram?

Assalamualaikum..

Bercakap tentang iklan-iklan yang kita letak dekat blog, kita rasa adakah ianya rezeki yang halal buat kita. Biasanya kita letak iklan Nuffnang, SAYS, Blin dan sebagainya kan..tapi pernah tak kita terfikir adakah pendapatan yang kita perolehi dari iklan-iklan yang dipaparkan di blog kita ini halal atau haram??

Kalau kita makan duit haram, ianya akan menjadi sebahagian daripada darah daging kita kan..Jadi kalau dah jadi darah daging maka susahlah kita nak buat amal ibadat, dan sebaginya. Terasa berat je kan.

Ini kerja adik Faten Johary..Nak tahu apa dia tulis :


Dia jumpa seorang hamba Allah..tu..hehe..dan saya lah orang tu..hehe..kurang asam masin ye adik..hehe..Saya ada tulis macam itu  dekat bahagian kotak jerit/Cbox. 

Tolong jangan spam link dengan SAYS, blaa...blaa blaa...tak takut ke makan duit haram..
Hehe..selepas saya tulis macam itu, tiada lagi si polan meletakkan link iklan SAYS dan Blin, kecuali bit..lupa nak letak dekat situ..bit pun tak boleh..hehe..Bukan apa, sakit mata saya, jiwa, sakit,..semuanya sakit..

Ini adalah artikel yang menyatakan adakah pendapatan dari  iklan-iklan yang di siarkan di blog kita halal atau pun haram?

Boleh baca dekat blog adik Faten Johary ni.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.


http://miaauss.blogspot.com/2012/11/duit-ni-haram-ke.html



p/s: Follow Maybe...tettttttttttttt.. T____T


SEGMEN : Bloglist November by FA


Assalamualaikum.




Disebabkan internet laju bebenor sampai nak loading pun kena tunggu 2-3 jam maka tak boleh nak post entry panjang-panajang. Cuma nak cakap nak join segmen bloglist tak? jom join segmen ni..

Mudah sangat dan paling best 3 pemenang bertuah dapat review blog dari adik manis Filzah AzZahra. Saya pun dah pernah di review oleh adik  Filzah sebab menang GA jiwarosak. Review adik ni memang terbaik. Adik Filzah ni tak sombong tau, jadi jom kita beramah mesra dan tambah kenalan di dunia maya ni. Sambil-sambil tu, traffic pun naik. 

Jom lah jom lah jom lah..

ye ye ye ye.

Kalau nak join klik banner di atas ye.


Tarikh tutup : 15/11/2012 JAM 2:00 petang..


p/s: Jom support menyaport..hehe..sayanglah kamu semua. Flying kick I bagi kat u..eheheh.. ^___^

p/s : Buat masa sekarang tak dapat nak blogwalking ke blog kamu semua, maaf, berukband slow. T__T



Segmen : Nak Doodle?

Assalamualaikum..


Lagi satu segmen saya buat..hehe..tak payah cakap saya rajin..sebab memang dah tahu lama dah..Opss..riak-riak..Siapa nak doodle? Doodle biasa-biasa je, doodle yang pernah saya letak dekat entry Segmen :  Follow Sampai Pening Tamat. Kalau berminat, jemput lah join segmen doodle ini pula ye.


BANNER SEGMEN




Syarat Wajib 



UPDATE : 
  1. Semua penduduk bumi kecuali alien dan lain-lain. T__T
  2. Follow blog ini dan Like Page (Facebook) blog ini. (Nanti akan naik notification  jika anda dah like). 
  3. Buat satu entry dengan tajuk "Segmen : Nak Doodle dari Aini Zakaria."
  4. Nyatakan di dalam entry anda, nak doodle no berapa(berdasarkan gambar di atas) berserta nama yang hendak di tulis di dalam kotak doodle tersebut. Jumlah perkataan adalah tidak lebih daripada 10 patah HURUF/PERKATAAN.
  5. Copy banner dan pastekan pada entry penyertaan.
  6. Nyatakan satu sebab kenapa nak doodle ini.
  7. Copy dan hantarkan link penyertaan anda, di bahagian komen blog ini. Di bahagian Cbox atau Kotak Jerit tidak diterima.

Pemilihan Pemenang 
  1. Entri paling kreatif dan menarik. 
  2. 10 Pemenang akan di pilih dan di nilai oleh saya sendiri. (ceh..tak boleh bla je ayat) Kalau ramai yang join saya akan up kan lagi. ^__^. (UPDATE : SEKIRANYA KURANG DARI 30 ORANG PENYERTAAN MAKA SEGMEN BATAL)
  3. Link doodle untuk pemenang saya akan bagi di kotak komen anda. 
Keistimewaan
  1. Doodle itu adalah hak milik kekal anda, yang tidak boleh di pindah milik. 
  2. Tiada watermark, dan genuine dari ladang doodle. 


Tarikh Mula: 13/11/2012.
Tarikh Tutup: 16/11/2012. (12 MALAM)


TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT. SELAGI STOK MASIH ADA.



p/s: Maaf, doodle lelaki tiada..sebab kalau lukis lelaki jadi ponnnn...poonnn..


Pernah bayangkan tak....

Assalamualaikum..


Tajuk di atas macam misteri je kan..

Tak pun..

Tak ye?

Nak tanya, pernah tak anda bayangkan keadaan seperti ini...
Anda ada blog, ada facebook, ada twitter, ada instagram dan macam-macam lagi lah..Dalam blog anda tulis macam-macam tak kisah lah, suka ke, duka ke, maki hamun ke..hehe..dalam twitter, facebook, and update banyak status dan tweet kan..Manakala kalau dalam instagram  anda upload gambar anda yang cute miut..

Bayang kan ye,,sambil buat tangan macam pengacara Misteri Nusantara..

Angkat tangan, gerakkan tangan dari kiri ke kanan...Misteri........

Okay, sila baca lihat secara dalam-dalam..dalamnya dan hayati betul-betul ye..

Bayangkan ditakdirkan suatu hari nanti ajal kita dah tiba..
Kita tak tahu bila kan..




Macam mana dengan blog, facebook, twitter kita..Macam mana..hanya kita seorang sahaja yang tahu password tu. Boleh tak bayangkan, bila kita dah tak ada, apa yang kita tulis, kita upload gambar, dan sebagainya semua orang masih boleh lihat kan..

Tapi kalau kita tulis pasal benda yang buruk, caci maki dan sebagainya macam mana?


Kita dah tak ada waktu tu, tapi blog kita mungkin masih ada yang baca, kalau kita tulis yang tak elok dan sebagainya mungkin ada sesetengah dari mereka akan berfikiran negatif kan. Jadi mestilah, akan ada macam-macam tomahan dan cacian, tapi kita dah tak ada waktu tu..Macamlah keadaan kita kat sana kan..


Kalau kita upload gambar yang tak tutup aurat dekat facebook, twitter, dan lain-lain. Kita dah tak ada, tapi mereka masih melihat gambar kita yang tak menutup aurat tu..Macam mana ye,,kita dah tak ada, tapi akan jadi dosa bila individu yang tak sepatutnya melihat gambar kita tu bukan..

Bayangkan macam mana keadaan kita? Kita dah tak ada, orang yang lihat dan baca blog, fb, dan lain-lain mungkin tak tahu bahawa kita sudah tiada..Jadi mungkin mereka bebas berkata dan melihat. Macam mana ye..pernah tak bayangkan?

Khususnya buat para wanita, gadis, dan muslimah sekalian..

Dalam sabda Rasulullah S.A.W telah diterangkan mengenai fitnah kaum wanita, : "Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (H.R. Bukhari)

Di dunia ini fitnah yang paling besar adalah wanita. Jadi janganlah kita menjadi salah satu daripadanya. Ujian dekat dunia pun dah terasa besar, inikan pula di sana kan..Saya ingatkan diri saya sendiri. Selalu sangat alpa.

Apa yang kita buat dekat dunia..kita akan dapat balasannya..Tak dapat di dunia, kita dapat balasan di akhirat. Tidak kiralah perbuatan baik atau sebaliknya.

Kita tak tahu mati itu bila dan rasanya bagaimana..



Perubahan yang baik jangan di tangguh, kerana bimbang belum sempat berubah, roh sudah terpisah dari jasad..tika itu kita tidak mampu lagi untuk bertaubat. Penyesalan yang sememangnya tiada gunanya lagi. Suka tengok orang berubah jadi baik. Alhamdulillah. Peringatan untuk saya..yang susah sangat nak berubah ni..sedih betul.

Belum tentu saya solehah. Jika blog, wall FB dan twitter saya penuh dengan post Islamik, dan belum tentu saya amalkan semuanya. Kerana saya sedang  berusaha untuk menjadi yang baik. Mengikut syariat Islam selagi termampu. 

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi S.A.W bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Berusaha itu adalah lebih baik daripada duduk diam dan tidak berbuat apa-apa.




p/s: tiba-tiba terfikir macam ni. Tinggalkan email dan password di sticky note ye. T___T

Hukum Meraikan Perayaan Agama Lain.

Assalamualaikum..

Kalau dulu di sekolah, ustaz saya cakap haram sambut, ucap dan raikan perayaan agama lain selain daripada agama islam. Manakala, ketika di IPTA pensyarah saya kata, kita haram menyambut, mengucapkan selamat dan meraikan perayaan Depavali dan Christmas dan boleh menyambut tahun baru cina kerana ianya adalah perayaan budaya..

Untuk itu saya cari penjelasan yang lebih lanjut dan saya jumpa video dan satu artikel yang perlu semua orang islam tengok dan baca.

Semoga video dan artikel ini memberi manfaat kepada semua.





atau ini



Dan untuk lebih lanjut, boleh baca artikel ini.

http://ohtuhanku.com/hukum-kongsi-raya-haram-ke/


12 November 2012

Jangan Terlalu Fanatik

Assalamualaikum.

Perasaan tak demam korea semakin menular dalam diri masyarkat dunia termasuk Malaysia, termasuk remaja, termasuklah tukang menulis ni.

Entah kenapa entah minat Kpop..lolipop. askrim pop, mercun pop ni..Tak faham aku, tak faham lah..hehe..salah satu sebab orang suka dengan Kpop ni sebab bakat diorang, suara diorang dan faktor utama mukanya cun melecun. Betul tak? betul takkkk?

Sebenarnya minat ni boleh tapi jangan sampai fanatic. ehh..saya pun gila korea juga. Tak percaya? dekat laptop ni penuh korea je.

ni buktinya.


Music Video Pop


Running Man Pop

Family Outing lolipop


Banyak lagi sebenarnya..malas nak print screen. Saya tengok juga kpop..tapi tak lah sampai fanatic, sampaikan semua benda nak ada kaitan dengan kpop. Dalam blog tempek gambar kpop, tulis pasal kpop. Boleh tu boleh tapi janganlah semua pasal kpop. Kalau semua yang jenguk blog awak minat kpop tak apa, contohnya macam saya, jadi saya tak heran sangat. Kalau yang tak minat, nak komen apa kat blog awak, kalau awak cerita memanjang je pasal kpop. 

Kena faham bukan semua minat kpop ni, saya beri contoh, kalau roomate awak minat hindustan..24 jam asyik pasang hindustan je, kuat-kuat pula tu, awak pula tak minat. Tapi kawan awak asyik dok cerita pasal hindustan je, lama-lama sakit jiwa juga kan. Nasib baik roomate saya minat korea..hahaha..apa entah si Aini ni.

Lagi satu, kalau kita ada blog, lepas tu kita minat sangat korea, siap kita tulis dekat sidebar.

I am Kpop lover bla bla...haters? get lost.

Kita minat kpop tau, tak suka? berambus dari sini. Tak payah datang sini lagi.

Wajar ke cakap macam tu..hehe..kelakarlah.

Tujuan tulis entry ni, cuma nak cakap, nak minat boleh tapi jangan sampai fanatic, semua nak buat mesti ada kaitan dengan kpop. Siap rambut, baju, dan sebagainya semua nak ikut kpop. Sekadar hiburan sampingan tak mengapa, tak ada hiburan sunyi pula kan.

Tapi mesti berpada, kita ada budaya, adat dan agama kita sendiri...yang sudah cukup unik dan istimewa kan.. Jangan ikutkan sangat demam kpop ni. Saya tahu korean lolipop ni dah lama, sejak ada korean drama All About Eve..yang tayang dekat tv3. Masa tu, kpop ni tak adalah terkenal sangat. Yang terkenal cuma dramanya sahaja. Budak kecik dulu pun tak tahu kpop tau..Sekarang adik saya pun tahu, SNSD, CN Blue, Running Man, Family Outing..Okay, fine..itu pengaruh saya.  

Tapi maaf cakap, filem Melayu sekarang, takkkk b.... Kalau tak pasal rempit, pasal hantu..kalau tak pasal hantu, mesti pasal rempit.. Motif buat filem? Nak beri pengajaran, tapi berapa peratus yang boleh fikir positif dan ambil pengajaran dalam  sesebuah filem..akhirnya, filem orang Malaysia jadi hanyalah hiburan semata-mata dan tidak memberi impak yang baik untuk semua. Bukan semua tapi sesetengah darinya..ehh..macam pengkritik filem pula aku ni.

Bukan saya je cakap cerita Melayu tak best, pensyarah saya pun cakap..Maaf, encik, saya jual nama encik pula..hehe..

Apa-apa pun..Running Man dan Family Outing memang best. T___T


11 November 2012

Cuti Sekolah, Cuti Kahwin.


Assalamualaikum..


Tak ada mood dah nak melukis, aku bantai buat benda ni..

Sweetkan gambar itu, saya "rompak" dari fb kawan saya..tak ada kerja saya edit. ohh..apakah ini? Tapikan sekali tengok muka lelaki tu macam Max Changmin, dua kali ohh..bukan lah..Yang perempuan itu macam Oki Setiana Dewi kan..yang berlakon Ketika Cinta Bertasbih.

Musim cuti-cuti sekolah ni, ramai orang nak kahwin kan, buat kenduri. Maka banyaklah kad-kad jemputan sampai dekat rumah saya ni, makan nasi minyak..Tapi kawan-kawan terdekat saya tak adalah yang kahwin. Kahwin muda, bahagia atau derita? eheheh..macam tajuk ceramah dekat u aku je. T___T

Saya ada nampak blogger join satu segmen..Sekali baca, nampak macam Segmen: Jom Kahwin..hehe..terkejut..rupa-rupanya Segmen: Jom Kawan.haha..tahulah musim kahwin kan. Apalah Aini ni. Maap maap.

p/s: Siapa nak kahwin, ajaklah saya makan nasi minyak awok tu..ehh..apa kau ni Aini..haha..Maaf, sewel jap..

Segmen : Follow Sampai Pening Tamat

Assalamualaikum...

Jam telah menunjukkan jam 12:09 minit malam ketika saya sedang menaip entry ini.  Maka dengan ini tamatlah sudah Segmen : Follow Sampai Pening. Haaa..pening tak?



Meskipun segmen dah tamat, tapi saya menggalakkan semua untuk blogwalking  dan follow semua peserta...tuan blog yang dah di follow jangan lah buat-buat lupa untuk follow balik tukang memollow tu..haishh..dah macam Apollo dah ni.  Tujuan buat segmen untuk kita mengeratkan silaturrahim kan..jadi sila rajin-rajinkan diri untuk jenguk dan follow.

Ramai peserta cakap, mereka tak boleh follow sebab ada sesetengah blog tak ada widget Google Connect kan..tak apa, anda boleh follow guna Google+. Melainkan kalau dah tak ada juga, saya minta maaf, memang tak boleh follow. Kemudian, ada peserta yang masih tak buang words verification. Bukan apa, sebab ianya memudahkan untuk para blogger tinggalkan komen di blog anda, baru ada hubungan dua hala, kalau tak jadi macam kita syok sendiri. Tak ada orang nak komen. Sebenarnya bukan tak nak komen tapi menyampah dengan words verification itu, masuk banyak kali dah tapi tak jalan juga. Akhirnya, saya yang jalan.

Daripada itu juga saya ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa segmen ini berlangsung..

Hadiah untuk peserta yang berjaya mengumpulkan followers tertinggi akan saya umumkan kemudian. Oleh itu, saya nak minta jasa baik anda nyatakan berapa peningkatan bilangan followers anda sekarang/hari ini di kotak komen. Harap anda jujur ye. Nak check satu-satu ambil masa, dan internet saya tersangatlah slow, seperti siput sedut..jadi saya buat cara ini.

Nyatakan macam ini ye :

Contoh : Follower dulu : 108 Folower sekarang : 142 Peningkatan : 50 orang 

Saya hanya memilih seorang pemenang sahaja. Maaf, bajet ciput. Pemenang akan menerima RM500 ringgit top up. eheheh..salah, RM 5  top up dan review blog..dan saya akan masukkan link blog anda dalam bloglist jantung pisang saya.



Kepada peserta lain,  saya akan pilih secara random untuk di review..cuma itu yang saya mampu tanda ucapan terima kasih saya.

Terima kasih tidak terhingga kerana sudi meringgankan tangan dan mata menaip, menulis dan karang ayat untuk join segmen saya.

Salam Maal Hijrah semua.




p/s : Panjangkan saya tulis..okay, selamat membaca. T___T

10 November 2012

Segmen : Follow Sampai Pening


[STICKY POST] CLICK OLDER POST FOR LATEST POST

Assalamualaikum, semua.

Hari ini nak buat satu segmen iaitu Segmen : Follow Sampai Pening. Tujuan buat segmen ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita, iaitu Blogger Kipas Susah Mati. Sambil tu boleh saya jenguk-jenguk blog kamu dan tambah kenalan. Jangan risau, saya akan follow semua peserta yang join.

Marilah join segmen ini ye.



http://2.bp.blogspot.com/-EYWawwaIvVU/UGq4we91UzI/AAAAAAAACZY/8Zs1Fl2Vf0I/s1600/segmenpnng.png


Syarat :

1. Follow blog ini.
2. Buat satu entry dengan tajuk "Segmen : Follow Sampai Pening" dan nyatakan jumlah followers anda sekarang. Print Screen.
3. Copy banner di atas dan tempek kan di dalam entry tersebut.
4. Copy link entry anda dan paste kan di bahagian komen entry ini. (Di Cbox saya tak terima ye)
5. Follow semua peserta segmen.
6. Pastikan blog anda ada button followers(google connect), enable comment box, dan tiada words verification. Tolong dan wajib baca sebelum join jika tidak penyertaan anda dibatalkan, klik link ini.!!! 



Pastikan ada button follow seperti ini, kalau tak ada, 
peserta lain tak boleh nak follow. atau Google+



Hadiah :
  • Top up dan review blog untuk peserta bertuah yang berjaya mengumpulkan followers tertinggi.
Tarikh Mula : 1 Oktober 2012
Tarikh Akhir :  10 November 2012.

UNTUK SENARAI PESERTA KLIK LINK INI. (Senarai peserta sehingga 2/11/2012- Akan diupdate dari masa ke semasa)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome