30 September 2014

Contest Blog Comel By: Shedaucu

Assalamualaikum...


Contest Blog Comel By: Shedaucu
(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama


29 September 2014

Semakan Keputusan Temu Duga Pegawai Penjara Gred KX17

Assalamualaikum...

Semakan Keputusan Temu Duga  Pegawai Penjara Gred KX17

Semakan Keputusan Temu Duga Pegawai Penjara Gred KX17 telah dibuka, anda boleh menyemak keputusannya di pautan berikut : 


Anda juga boleh menyemak email masing-masing. SPA akan hantar Keputusan Temuduga tersebut melalui email anda. Keputusan temuduga ini boleh disemak sehingga 20/10/2014

Selamat menyemak dan semoga berjaya semua! ^__^


2 CPUV dari Nuffnang - SENHENG & Sime Darby

Assalamualaikum...

Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


Alhamdulillah, ada rezeki dapat dua CPUV iaitu SENGHENG Online Store One dan Sime Darby LPGA 2014. Rajin betul Nuffnang bagi CPUV dalam 2-3 bulan ini ya. hehe. Kalau dulu, memang jarang nak dapat banyak CPUV dalam satu masa. Alhamdulillah lah kan. Rezeki kita semua. Ramaikan rakan-rakan blogger dapat CPUV ini kan. Tahniah semua! ^___^


Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Giveaway 2014 Mialiana.com
Giveaway 2014 Mialiana.com

Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor

























3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.



Good luck!



klik pada banner untuk join....

28 September 2014

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17

Assalamualaikum...

Di entri yang lepas, saya kongsikan pengalaman saya dalam menghadiri Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara Gred KX17 kan, jadi pada entri kali ini, saya nak kongsikan pula pengalaman saya dalam menghadiri temuduga untuk jawatan tersebut pada hari yang berikutnya. Dah nak dekat sebulan pergi baru nak post entry ini kan. hehe. Dah ada dalam draft cuma tak publish je. Sedikit busy dengan kerja sendiri. hehe. Kununlah kan.

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17

Disini saya sertakan sekali, sedikit tips untuk persediaan sebelum temuduga dan semasa temuduga.


Persediaan awal sebelum menghadiri Temuduga
  • Semak dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Dokumen yang asal dan yang perlu di fotostat perlu diteliti supaya waktu pemeriksaan dokumen tak adalah yang tertinggal mahupun terlupa di fotostat.  Rujuk surat panggilan apa yang perlu dibawa dan di fotostat. Dalam surat panggilan itu semua dah ada. Cuma perlu ikut urutannya sahaja. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran kalau boleh, fotostat lah lebih. Untuk langkah berjaga-jaga. Begitu juga dengan gambar pasport. Bawa gambar lebih dan pastikan gambar itu sama dengan gambar pada resume anda. 
  • Dokumen-dokumen yang sudah di fotostat susunlah ikut urutan seperti yang diminta pada surat panggilan tersebut. Kemudian, asingkan. Jangan campur dokumen@sijil asal dengan yang salinan. Sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang asal masuk dalam file clear folder. Manakala resume dan juga salinan pula, masukkan dalam satu sampul surat. Bila diminta, tak perlu susah-susah nak cari. Keluarkan terus. Mudah kerja kita, mudah juga kerja pegawai yang bertugas. (Cara susunan sijil atau dokumen berserta cara menulis resume akan saya kongsikan pada entri berikutnya)
  • Cara pemakaian bagi sesi temuduga mestilah berpakaian sopan dan formal. Bagi lelaki, pakailah baju kemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut atau tambahan pakai blazer. Manakala bagi wanita pula, berbaju kurung, bertudung bawal. Bukan selendang, shawl, mahupun tudung masuk terus itu tau, sebab selendang (shawl) dan lain-lain, bukan dalam kategori pakaian formal. Maklumat ini saya rujuk dalam satu blog, maaf saya tak ingat url dia. Dia cakap, dia kena tegur kerana pakai shawl dan markah dia di tolak atas sebab itu. Kasut yang dipakai pastikan kasut yang bertutup. Bagi wanita bukan Islam, bolehlah pakai baju kemeja berlengan panjang, berseluar slack dan rambut diikat kemas. 
  • Lagi bagus kalau anda, pakai tanda nama atau nametag. 
Semasa menghadiri Temuduga
  • Datang 15 minit awal sebelum masa temuduga diadakan.
  • Jangan buat bising atau bercakap semasa menunggu giliran anda, sebab ianya menganggu rakan-rakan yang lain. Penemu duga dalam bilik temuduga akan membunyikan loceng, menandakan giliran anda untuk masuk untuk ditemuduga. Kalau anda buat bising, nanti tak dengar pula bila loceng tersebut di bunyikan.
  • Sebelum masuk, ketuk pintu terlebih dahulu. Jangan main terjah je tau. Sebab disitu pun ada markah. Beri salam atau ucapkan selamat pagi/petang pada penemuduga.
  • Jangan terus duduk tapi minta kebenaran untuk duduk terlebih dahulu. Penemuduga akan minta anda beri fail dan resume anda sebelum di izin duduk.
  • Jika bawa beg jangan letak atas riba, letakkan ditepi/sisi kerusi. Kalau ada dua kerusi sekali pun, jangan letak beg atas kerusi tersebut, tapi di tepi/sisi kerusi tersebut. Penemuduga tersebut matanya sentiasa memerhatikan gerak geri anda. Seriously..dub dab dub dab je rasanya. Macam penjenayah bersiri pun ada. hahaha. 
  • Ketika duduk, duduk dengan sopan, jangan silang-silang kaki. Kalau tak, dengan anda-anda sekali disilangkan oleh penemuduga tersebut. Jangan bersandar pada kerusi, duduk tegak. Kaki pun kena jaga, jangan main hentak-hentak kaki ya..hehehe. Saya kadang tergabra lebih, kaki ini suka sangat bergerak-gerak. Nasib baik waktu temuduga hari itu, kaki ini boleh dididik agar tak terlalu aktif bergerak ke sana-sini. Tangan pun satu hal, jangan terlalu banyak buat pergerakan yang agresif. Sikit-sikit tak apa. Ini juga sebab terbiasa, bila bercakap selalu gerak-gerak tangan kan. Jadi macam Karam Singh Walia. Masuk pidato dan syarahan dulu kan, mesti ada gaya tangan. Itu yang terbiasa..susah nak ubah. Alahai..tangan oh tangan. Nasib baik kau baik hari itu.
  • Suara kena kuat dan jelas. Bukan menjerit, terpekik dan terlolong tau. Tapi biar berbutir sikit bicara atau perkataan yang kita cakap itu jelas dengar dan tidak membuatkan penemuduga bosan dan mengantuk. 

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17


Bermula kisah dalam bilik temuduga.

PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, perkenalkan diri awak.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Ada di antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara, atau orang yang awak kenal berkerja di Jabatan Penjara Malaysia?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Sebelum ini awak belajar atau berkerja di mana?
-----------------------------------------------------------------

Dekat sini, dia tanya lebih detail tentang kerja kita. Jika kita dah berkerja, dia akan tanya mengapa awak pilih kerja ini lagi sedangkan awak dah ada kerja yang lebih baik, awak ada Ijazah..sekian..sekian. Tapi kenapa awak masih nak memohon Jawatan gred 17 ini? Anda pandai-pandailah goreng, kelebihan berkerja di sektor awam ke, apa ke kan.

-----------------------------------------------------------------

PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Apa persediaan awak sebelum menghadiri temuduga ini?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, cerita kan apa tugas Pegawai Penjara Gred KX17 ini.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Awak ada sebut pasal Sistem Parol  kan tadi, jadi apa yang awak faham tentang Sistem Parol ini. Maksud sistem Parol?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Tangga gaji pegawai penjara bermula daripada berapa?

-----------------------------------------------------------------

Dipendekkan cerita, temuduga ini memang agak lama. Macam-macam soalan yang ditanya. Nak disenaraikan pertanyaan dan jawapan memang panjang berjela tak cukup 1 entri. Jadi saya pendekkan dengan soalan-soalan yang ditanya atau mungkin ditanya sahaja bersama jawapan ringkasnya sahaja. Oh, lain panel/penemuduga, lain soalannya. Ada yang sekejap je, ada yang lama bertapa dalam bilik itu. Ikut budi bicara panel tersebut.
  • Apa kelebihan awak? - Ini adalah sesi memuji diri sendiri. Pujilah diri anda, sehabis mungkin. Ini lah masa anda untuk puji diri sendiri. Masa lain, orang cakap bangga diri pula kan. Ceritakan sahaja kelebihan anda. Misalnya, anda seorang yang positif, positif macam mana? Terangkan lah. Kemudian, awak juga seorang yang berani..terangkanlah. Selain itu, anda seorang yang boleh berkerja tanpa pengawasan. Tak suka curi tulang. Sentiasa memberi kerjasama dengan rakan-rakan setugas dan lain-lain.
  • Pandai memasak? Menjahit dan sebagainya? Siap tanya masakan yang famous di Pahang, kemudian siap tanya resepi lagi. Yang ini memang rasa nak ketawa. Nasib baik tak terlepas cakap " Rasa macam dalam rancangan memasak pun ada" - Sebab ditanya soalan ini? Kata pegawai tersebut, nak jadi Pegawai Penjara bukan sahaja perlu menjaga tahanan ataupun berikan pemulihan tetapi kita mungkin jadi tenaga pengajar para banduan. Dalam Jabatan Penjara Malaysia, macam-macam bahagian ada. 
  • Harapan awak? - Harapan moga dapat kerja ini, dan saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik untuk....harapan ibu bapa, diri sendiri, agama bangsa dan negara. Sebut je semua itu. 
  • Soalan yang memang wajib dan sering ditanya adalah nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengarah Penjara (Bahagian Keselamatan dan Pengurusan), Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri berserta Timbalannya sebab Jabatan Penjara Malaysia adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. Soalan ini boleh dikatakan soalan wajib, tapi tak ditanya pula pada saya, tapi ditanya pada rakan-rakan yang lain. Memang hafal, beria je kan. Eh..bukan beria tapi sebagai langkah-langkah persediaan awal. Tak ditanya, tak apalah kan.
  • Kemudian, ditanya juga soalan-soalan isu semasa. Isu Gaza ke, Isu ISIS ke. Ditanya juga rukun negara. Panel saya ini, tanya rukun Islam, rukun negara, bacaan tahyat akhir, doa qunut. Haa..bersedia je lah ya. Soalan-soalan macam ini dia saja nak uji kita. Doa qunut dan bacaan tahyat akhir itu dia saja tanya sebab dia kata, kalau banduan tanya, awak mesti kena jawab, jadi awak kena tahu. Sebab itu juga, Jabatan Penjara Malaysia nak ambil orang yang lulus Pendidikan Islam, Moral dll. Ya lah, kita kan nak jaga individu yang pernah runtuh akhlaknya, jadi kita kenalah bimbing mereka kan. Lain panel, lain soalannya tau.
  • Lain-lain soalan yang mungkin ditanya, visi, misi, logo, tugas, tangga gaji, motto, maksud Penjara Sejahtera, Akta Penjara, kejayaan yang dicapai oleh Jabatan Penjara.

Lain panel lain soalan ini. Tapi ini lah antara soalan-soalan yang mungkin atau bakal ditanya oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara tersebut. Kebetulan waktu publish entry ini, keputusan untuk Temuduga Pegawai Penjara Gred KX17 ini akan keluar pada hari esok. Huhu..dup dap dia..time malam-malam baru tiba. Redha je lah kan, kalau ada rezeki, insyaAllah ada. Kalau tak, cuba yang lain pula. Sekurang-kurangnya bila kita pergi temuduga ini, kita dapat pengalaman yang berharga. Akhir kata, semoga berjaya semua. ^___^


26 September 2014

Tempahan edit blog - Mawarni Sani Enterprise

Assalamualaikum...
Tempahan edit blog - Mawarni Sani Enterprise

Tempahan edit blog - Mawarni Sani Enterprise
Banner


Tempahan blog kali ini datangnya dari Kak Irfa, sebab blog personalnya Happy Irfa. Tempahan yang ini untuk blog business nya iaitu Mawarni Sani Enterprise. Seperti yang direquest Kak Irfa ini nak blog warna pink lembut. Lain-lain semuanya diserahkan kepada saya. Jadi terhasil lah blog berbentuk sedemikian.

Antara produk yang dijual di sini adalah Nasi Arab. Menarik tau, kita cuma perlu masak je. Kiranya bahan-bahan semua dah ada dalam kotak Nasib Arab itu. Tambahlah mana yang patut. Ayam tak ada lah kan. hehehe.

Selain daripada itu, Mawarni Sani Enterprise juga menjual produk-produk lain seperti Shawl, Inner Magic, Periuk, Pemanggang Ajaib HappyCall dan sebagainya. Kalau berminat, boleh lah jenguk blog ini ya, sambil-sambil itu boleh lah follow sekali. Mawarni Sani Enterprise. Akhir sekali, terima kasih kak, kerana sudi menempah dengan saya. Semoga perniagaan akak maju dan jaya. ^__^



------------------------------------------------


Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :


Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"




Terima kasih. ^___^

19 September 2014

Tempahan Edit Blog - Permata Husna

Assalamualaikum...


Tempahan Edit Blog - Permata Husna

Header

Tempahan Edit Blog - Permata Husna

Footer

Tempahan blog untuk kali ini adalah dari Kak Husna iaitu pemilik Blog Permata Husna. Tempahan kali kedua dari Kak Husna. Terima kasih, Kak Husna kerana masih percayakan saya untuk mengedit blog akak. Paling mudah berurusan dengan Kak Husna, tak cerewet. hehe. Apa-apa pertanyaan mengenai design, Kak Husna mudah nak bagi idea. Jadi ianya juga memudahkan kerja saya. Jadi terhasil lah blog ini. Temanya biru+ungu+pink sikit. 

Jemputlah semua follow blog Kak Husna ya. Blog resepi bayi ada, resepi mak-mak pun ada. hehehe. Paling penting, resepinya mudah nak faham dan senang nak dibuat. Jemputlah singgah dan follow BLOG PERMATA HUSNA.

------------------------------------------------


Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :


Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"




Terima kasih. ^___^

Awesome Giveaway part 3 by FatinDiana

Assalamualaikum...


Awesome Giveaway part 3 by FatinDiana

Nak join? Klik banner di atas ya.

Tamat : 20 September 2014


Hadiah:
Custom made tshirt x 1
2 jar crunchy bubble x 1
Eyemask 3 pcs x 2
Magnet bookmark x 4
Purse Anna Sui x 2
Tasbih x 9
Topup/Cash RM10 x 1
Topup RM5 x 3
Charcoal mask & tudung x 1
English cotton x 1
Blouse and wideshawl x 1
Handsock x 2
Shiseido mask & Pixy cleansing lotion x 1
Egg white misline x 2
Kartun potrait x 3

17 September 2014

Wordless Wednesday #31 : Penyodok Buatan Sendiri

Assalamualaikum...


Wordless Wednesday #31 : Penyodok Buatan Sendiri

Idea daripada botol, anda semua boleh buat penyodok kecil buatan sendiri. 

16 September 2014

Selamat Hari Lahir Malaysia dan !Aini Zakaria

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia

16 September 1963 merupakan tarikh pembentukan Malaysia. Penyatuan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Jadi marilah kita sama-sama ucapkan "Selamat Hari Malaysia yang ke-51" buat Malaysia kita yang tercinta ini. Semoga Malaysia sentiasa aman, damai dan selamat serta dilindungi oleh Allah S.W.T daripada sebarang bentuk ancaman dan anasir luar. Kitalah yang perlu melindungi dan mengekalkan kedaulatan negara Malaysia ini. Jangan biarkan perpaduan yang kita bina ini rapuh dan roboh hanya kerana desakan-desakan pihak yang tidak bertanggunjawab. Bak kata pepatah, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."


Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir juga !Aini Zakaria iaitu diri sendiri. hehehe. Dah genap umur 22 tahun pada tahun ini. Pejam celik, pejam celik, cepat masa berlalu. Umur pun makin meningkat. Tak kan menurun kot kan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah, Amin Ya Rabbalamin. Ada sesiapa yang lahir 16 September juga? ^___^

14 September 2014

CPUV : RGW - Ice Age Adventure

Assalamualaikum...

Patutlah perasan iklan Ice Age Adventure dekat blog, rupanya ada CPUV baru masuk. Ingatkan sekadar CPC saja.

CPUV : RGW - Ice Age Adventure


Ramai kan rakan blogger yang dapat CPUV ini kan. Alhamdulillah lah kan. Rezeki kita untuk bulan ini. Tapi kan, siap ada 2 iklan yang sama pula itu. Hairan juga. Memang ada dua? Bukannya apa, biasanya 1 iklan saja kecuali cont. punya iklan. Tak lah kan, cuma sedikit hairan je, 2 lagi bagus apa. Banyak complain pula si Aini ini kan. T___T Alhamdulillah. ^___^


Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang


13 September 2014

Blogger: Liebster Award

Assalamualaikum...

Blogger: Liebster Award

Syarat-syarat : 
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer 11 question asked
  • Nominate 11 other bloggers with a small following but with a lot of potential
  • Create 11 of your own question for them to answer
  • Notify your nominate
Sebelum ini dah ada rakan-rakan blogger yang sudah tag nama saya untuk menyertai segmen ini, namun kerana kekangan masa, saya tak dapatlah untuk menyertainya. Maaf ya, rakan-rakan blogger yang tag hari itu. 

Baru kali ini ada kesempatan untuk join sekaki. Jadi terima kasih kepada Blogger inlove-wanda atau lebih dikenali sebagai Cik Adda kerana sudi menjemput saya untuk menyertai segmen ini. p/s : Rasa macam tak boleh bla je ayat "sudi menjemput" itu. Macam dijemput untuk buat ucapan perasmian majlis je ayatnya. Formal terlebih..T__T 

Terimalah jawapan-jawapan ini dengan redha ya. Kalau ada yang rasa macam merapu dan mengarut itu, terima lah juga, walaupun tak dapat terima. hehehehe. Gurau-gurau je ya.


1. Orang pertama & terakhir yang ada dihati anda ?

- Of course, kekasih hati saya di dunia dan akhirat ini. Umi dan arwah ayah. Yang pertama dan terakhir. Tiada galang ganti dah kalau dah hilang kan. Jadi hargailah mereka selagi mereka masih ada disisi kita. Utamakan mereka dari yang lain bermaksud selepas Allah, Nabi..merekalah utama dalam hidup kita kan. Kalau dah kahwin, ada tanggungjawab lain pun tetap kita ingat mereka.

2. Motif utama korang jadi blogger ?

- Mula-mula blogging ini sekadar suka-suka. Ikut cikgu, sibuk cikgu Sivik saya cerita pasal blog, saya pun terfikirlah nak buat blog. Jadi motif utama dulu-dulu sebab suka-suka. Sekarang, motif dia dah terarah ke arah yang berbeza pula. hehehe. Jadikan blog ini sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan, walaupun tak banyak, alhamdulillah lah ada daripada tak ada langsung. kiranya sambil menyelam minum air lah. Tapi jangan sampai kembung dan buncit ya, tertelan air banyak sangat. Bahaya juga kan. hehe. Mengarut je si Aini ini kan. T___T

3. Bila kali pertama korang bercinta ?

- Bercinta dengan siapa ini? Lelaki ke perempuan? erk!!.Istilah cinta ini juga cukup meluas jadi kalau nak ikut pertama kali jatuh cinta dengan umi dan ayahlah. Dari situ kita kenal makna cinta, ibu dan bapa kita yang ajar kita erti cinta iaitu mengenal Allah terlebih dahulu. So, first love saya ibu bapa saya. Kalau "puppy love" ini banyak syok sendiri je. hehe. Suka suka gitu dan diam-diam je. Suka bukan cinta kan. Banyak tafsir makna cinta ini. Suka dan cinta berbeza kan?

4. Cita-cita kamu untuk menjadi seorang ?

- Cita-cita? Wah ini memang banyak. hehe. Sampai tak tertunai-tunai cita-citanya. Paling mudah, cita-cita saya moga saya mampu menjadi seorang yang berguna untuk dunia dan di akhirat. InsyaAllah..amin!

5.Kenapa korang letak domain korang macam tu ? 

- Sempena nama saya dan ayah. Nurul Aini binti Mohammad Zakaria jadi lah AiniZakaria.my. Senang nak ingatkan? Lagi pun nama sendiri, tak lah lupa. Maklumlah dah tua ini makin cepat lupa. T__T

6. Kepentingan agama, bagi korang ?

- Sangat-sangat penting. Agama tunjang kehidupan. Bila kita tak ada agama, kita tak ada panduan hidup. Tak ada panduan hidup, perjalanan hidup kita sia-sia. Rugi dan tiada makna. Macam lagu Najwa Latif. Hilang kemudian kosong tiada erti. Zero dan sifar. Agama pelengkap hidup.

7. Impian ?

- Ini lebih kurang macam cita-cita juga ini. Banyak sangat ini. hehe. Melampaukan si Aini ini. Buat masa sekarang impian saya, saya nak capaikan apa yang saya cita-citakan. Bantu umi, adik-adik. Moga Allah permudahkan segala urusan tersebut.

8. Pendapat korang tentang blog CIK ADDA ?

- Cantik dan kemas. Blog tersusun, font pada bahagian entry pun senang nak dibaca. Loading blog, pun okay. Blog Cik Adda ini ada lagu tapi sebab Cik Adda letak button itu di bahagian atas dan mudah di lihat jadi tak ada masalah lah, kalau orang tak suka nak dengar. Boleh stop je. Tapi saya suka lagu itu. hehe. Lagunya bertajuk First Love oleh Utada Hikaru. Penyanyi Jepun. Lagu ini mesti ramai yang tahu kan sebab selalu keluar dalam drama-drama. Instrumental dia pun selalu dengar dalam drama-drama Melayu kita. Jadi secara keseluruhan blog Cik Adda, tiada masalah. Terbaik! ^___^

9. Pandai memasak ?

- Nak kata pakar itu tidaklah, tapi boleh lah. Paling suka bab makan-makan ini. No 1. Paling suka masak Nasi Ayam, Laksa, Bihun Sup, Bakso, Kek Coklat Moist dll. Hehe..ini kalau senarai sampai ke sudah tak habis. Bila sebut pasal makanan tiba-tiba perut rasa lapar, siap buat lagu katak kembung katak kempis dah ini. Kejap lagi nak pergi makan lah. hehehe.

10. Bila nak mendirikan rumah tangga ke dah mendirikan rumah tangga bila ?

- Rumah tak ada, tangga apatah lagi. hehehe. Bila? Ermm..tidak dapat diketahui lagi.

11. Kalau ada anak, nama apa korang nak letak ?

- Nama yang bermakna dan senang nak di ingat, ditulis dan disebut berserta ringkas dan padat. Misalnya, Aisyah Humaira ke? Sedap di dengar kan.

Tamat sudah 11 soalan yang diajukan. Berpeluh-peluh ketiak, habis basah lenjun baju nak jawab soalan-soalan ini. Mencabar betul ini. Kalah UPSR bocor..hehe. Jangan marah ya Cik Adda ya, gurau-gurau je. Oleh itu, tibalah masanya untuk saya mencari dan mengagau-gagau mangsa baru untuk ditag. Calon-calonnya adalah :
  • http://supersagaaaa.blogspot.com/
  • http://timmbill91.blogspot.com/
  • http://happyirfa.blogspot.com/
  • http://mamamursyid.blogspot.com/
  • http://sweetsour93.blogspot.com/
  • http://www.cikcyda.com/
  • http://athirahdiyana87.blogspot.com/
  • http://sipolanmelihatawan.blogspot.com/
  • http://www.mizruha.com/
  • http://lissa-lissalalissa.blogspot.com/
  • http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/
Soalan-soalanya :

  1. Makanan kegemaran anda dan kenapa suka makan makanan itu? 
  2. Apa maksud cinta pertama bagi anda? T__T
  3. Kejadian yang anda rasa " AH....malunya!!!" sambil hentak-hentak kaki?
  4. Pencapaian yang anda rasa TERBAIK! yang pernah anda lalui dalam hidup anda?
  5. Kata-kata semangat untuk mereka yang sedang dilanda ujian hidup. Misalnya UPSR Bocor? - Contoh : Tabahlah adik-adik. Zaman akak dulu, selalu je dengar SPM bocor, PMR Bocor, UPSR Bocor..tapi kenapalah sekarang riuh dan heboh? Oh..internet dihujung jari kaki ya. (Apa punya jawapan ini? Abaikan! T__T) Usaha dan cuba buat yang terbaik lagi adik-adik. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
  6. Bila anda mula berblog dan kenapa?
  7. Blog !Aini Zakaria ini berat macam tong dram tak? 
  8. Suka baca blog yang macam mana? Resepi ke? Humor ke?
  9. Kerap ke update blog?
  10. Idola anda siapa dan kenapa pilih dia?
  11. Tak tahu dah nak bagi soalan apa ini. Ermm..rasa-rasa esok nak masak/makan apa? hehehe.
Tahniah dan mohon maaf sebab saya pilih kakak-kakak dan adik-adik semua ya. Kalau ada masa, jemputlah join ya. ^___^ Mohon maaf juga kalau soalannya agak merapu. Kalau rasa malas nak jawab panjang-panjang, pendek-pendek pun boleh je. hee..

Selamat menjawab.



Sweet September Giveaway by Mellya

Assalamualaikum...

Sweet September Giveaway by Mellya


Mula 13 September 2014 dan tamat pada 30 September 2014.


Nak join? Klik banner di atas ya. ^___^ Jom ramai-ramai support rakan blogger kita. 

12 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

Assalamualaikum...


Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih
[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 


3 CPUV sedang On Going

Assalamualaikum...

Jarang update blog, jarang blogwalking..semuanya jarang jadi jarangnya earning nuffnang sekali. hehehe. Serkap jarang je Aini ini punya ayat. Belit-belit.

Sekarang ini memang agak jarang juga update blog, selain daripada update tempahan blog, memang tak lah nak buka blog. Kembali balik ke perangai pemalas. Habis jatuh ranking alexa blog ini. Penat itu nak kayuh balik. Biarlah dia, nanti datang balik perangai rajin ini, setiap hari beribu-ribu entri lah den tulis.

Berbalik kepada nuffnang, ada juga dapat 2 CPUV baru. Alhamdulillah, walaupun tahu earningnya pun bakal sikit..tapi okaylah daripada tak ada langsung kan.


3 CPUV sedang On Going


Sen-sen pun jadi lah kan sebab baru lepas cash out, earning tinggal 1.49 sen je. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.

Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

10 September 2014

Tempahan edit blog - Kedai Online Sakinah

Assalamualaikum...


Tempahan edit blog murah

Header

Tempahan edit blog murah

Footer

Tempahan edit blog murah

Banner

Tempahan edit blog murah
Watermark


Tempahan blog untuk kali ini adalah untuk blog Kedai Online Sakinah. Blog Kedai Online Sakinah ini menjual pelbagai jenis produk kecantikan dan juga kesihatan. Terutamanya Shaklee dan Firmax dengan harga yang berbaloi-baloi. InsyaAllah, ownernya, sis Sakinah pun friendly, jadi anda tak perlu risau dan ragu-ragu untuk berurusan dengan sis Sakinah ini. Services terbaik diberikan. 

Selain daripada, macam-macam adalah, dah nama pun Kedai Online kan. Nanti banyaklah post-post yang bakal di update oleh sis Sakinah mengenai barangan-barangan yang dijual di Kedai Online Sakinah ini. Jadi apa kata anda blogwalking ke blog Kedai Online Sakinah ini, sambil-sambil menjamu mata, boleh tambah kenalan kan. Jemputlah blogwalking dan follow blog ini ya.

Terima kasih kepada sis Sakinah kerana sudi menempah dengan saya. Seronok dan mudah berurusan dengan sis. Harap kita dapat berurusan lagi nanti. hehehe. ^_____^

------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome