30 January 2013

Tanggungjawab Anak Lelaki

Assalamualaikum...


Rasa sangat sedih mendengar rayuan seorang nenek mengenai anaknya, menceritakan bahawa anak lelakinya mengamuk. Tidak lagi mampu menjaganya, pentingkan isterinya. Ugut ibu nak duit. Mengungkit pemberian. Ada saja kelakuan ibunya yang tak kena di matanya. Di halau dari rumah bila tak di perlukan, menelefon bila ada keperluan. Ohh..anak.. Kesian Ibu.

Sangat-sangat sedih bila kita dengar dan lihat perkara ini depan mata. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya.

Kesian nenek tua.. Berkata " Aku tak ada tanah nak buat rumah"

Dahulunya rumah itu miliknya, kini bertukar tangan kerana tidak mampu membayar lebihan harga, rumah kampung itu. Bila nenek itu sakit, tidak mampu berjalan, di halau keluar kerana arahan si isteri. Hebatnya anak.

Tolonglah jadi anak yang lebih bertanggungjawab. Jangan tinggalkan ibu mahupun ayah yang dah sakit tua, tidak lagi mampu bekerja. Kalau dulu, ibu bapa kitalah yang membelai, memanjakan kita, menyayangi kita ibarat menatang minyak yang penuh. Tak sanggup melihat minyak itu tumpah walaupun sedikit. Tidakkah kita kasih kepada mereka?

Anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding anak perempuan. Anak lelaki tetap kena jaga ibu bapa walaupun dah kahwin  sekalipun mempunyai isteri yang cantik dan jelita. Pentingkanlah ibu bapa. Kasihkan lah mereka, sanggup ke kita tengok ibu bapa kita merempat tidur di jalanan.

Saya lihat perkara itu depan mata saya sendiri. Ya Allah, kenapa kau buang ibu bapa. Mereka juga yang menjadi kan kau kaya dan berjaya. Syurga anak lelaki masih di bawah telapak kaki ibu bukan si isteri.

Banyak harta, banyak isteri yang cantik, banyak segala-galanya tapi tak kan tertanding dengan nilai kasih sayang dari ibu dan ayah.


Semoga kita menjadi anak yang bertanggungjawab dan dijauh dari sifat yang sedemikian.


p/s: Terlalu sedih tengok nenek tu. Siapa pun ibu bapa kita, kita kena jaga dan sayang mereka sampai hujung nyawa.

29 January 2013

Bloglist Baru

Assalamualaikum...

Bloglist saya hilang. Bertukar balik ke blogspot, merajuk dah. Jadi bloglist saya entah ke mana hilangnya. Jadi di sini saya nak minta jasa baik anda tinggalkan link blog anda di kotak komen ye, sebab saya nak buat bloglist baru, di blog khas untuk bloglist saya.

Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan link blog anda ye. Syaratnya. Tak ada syarat, cuma komen je.

Cepat-cepat ye..Saya buka sampai saya rasa dah puas hati. Jadi semua yang baik hati nak saya selalu jenguk blog dia boleh lah tinggalkan link. Haa..berapa banyak tinggal dah.

http://bloglistainizakaria.blogspot.com/ - Ini blog untuk bloglist saya tapi belum lagi di buka untuk umum..hehehe.

PASTIKAN RSS/ FEED ANDA OKAY YE, SEBAB ADA BLOG YANG TAK UPDATE DIA PUNYA NEW ENTRY. JADI SAYA TAK BOLEH NAK MASUKKAN LINK BLOG ANDA DALAM BLOGLIST.

p/s: Bloglist lama yang dulu masih ada dalam simpanan saya, tapi anda juga di galakkan meninggalkan kembali link blog anda..Please!!! Saya kehilangan jantung hati saya. T___T

Apa tujuan gambar Pra-Perkahwinan?

Assalamualaikum...

Semalam jalan-jalan blog Kak Mimie, ada terbaca pasal post beliau mengenai gambar pra-perkahwinan ni. Jadi saya tertanya-tanya apa tujuan sebenar gambar pra-perkahwinan ni? Bila kak mimie tanya, saya cakap entah..saya tak faham tujuan sebenarnya. Membazir adalah.

Di sebabkan saya cetek ilmu, saya pergi google. Terjumpalah tujuannya.

Inilah dia antara tujuan gambar pra-perkahwinan di ambil:


Sumber

Ohh..jadi itu tujuannya. Tapi kalau yang melebih-lebih bergambar tu, nak letak dekat kad jemputan juga ke? hehehe..

Saya pernah terbaca yang mana di Indonesia, para ulamak mereka menegah umat islam di sana, mengambil gambar untuk Pra-Perkahwinan ini. Yakini kerana ianya bertentang dengan syariat islam.

Saya google lagi..ehh..macam kau nak kahwin je Aini. Tak adalah, ini kan pengetahuan masa kini dan hadapan..hohoho. Maka saya terjumpa satu artikel penjelasan mengenai pre-wedding ini di blog Zaharudin.net. Jadi untuk penjelasan lanjut boleh baca di sini.

Keratan daripada artikel tersebut


Pendapat saya kalau sekadar untuk imbas kembali masa lalu tak perlu kot. Pasangan itu, tak pernah ambil gambar ke sebelum ni?  hehehe. Kalau untuk simpanan diri sendiri pun, ambil gambar tu janganlah berlebih-lebihan kan.

Gambar Pre-Wedding Irma dan Redza

Selagi ianya tak tersasar dari syariat islam, ianya tak salah. Budaya barat yang tak elok jangan kita ikut kan kan kan. Kita orang timur, buat cara timun..ehh..timur. Lagi-lagi yang Islam bukan Melayu ye, Islam.



Jadi apa pendapat anda tentang gambar pre-wedding ni? Berbaloi, patut atau tidak?


p/s: Tiada niat nak buat orang terasa ye, dan tiada kaitan dengan mana-mana individu. Maaf kalau ada tersalah bicara.



28 January 2013

1st Giveaway By Puterikasih.com

Assalamualaikum...



Sebelum itu, nak ucapkan tahniah buat blogger Puterikasih.com. Kenapa?

1st Giveaway by Puterikasih.com di adakan bagi menyambut ulangtahun yang ke-2 beliau sebagai seorang blogger dan juga sempena pembukaan rasmi blogshop Puteri. Tahniah-tahniah.  

Blogshop Puterikasih ini ada jual craft yang sangat-sangat comel. Untuk hari jadi dan macam-macam lagi. Kalau berminat boleh lah jenguk blogshop beliau. Siap ada Flower Power lagi. Macam tajuk lagu Girl's Generation lah. hehe. Semoga Puterikasih.com terus maju dan sentiasa di murahkan rezeki ye.


Tag : Adik Manis

1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About Craft, Dikbi, Azie Namico, Josrevalution @JR, Nurul Syarafina,Azziamiza, Zuhanif, Kiosk Vitamin, Cik Yaya, Kimmie, Serembanmaya.com danKaspersky Malaysia


Jemput join semua. Klik banner di atas ye.

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

Assalamualaikum...


Giveaway ini di tag oleh Cik Sue, sememangnya sebelum di tag saya nak join sekaki tapi makin di tag makin galak lah kan..hehe. Tapi saya lambat buat entry, baru perasan sekejap je nak masuk sebulan. Dah nak habis bulan januari kan. Jadi cepat-cepat lah buat entry.

Cik sue buat sajak..alamak cik sue, kalah saya gini. hehe.. Nak perah otak limau ni susah juga. Nak buat entry senget, tapi sekarang tak senget sangat..Kalau cik sue buat sajak, saya nyanyi boleh.

Nyanyian Asal dari Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa ditukar menjadi Bukan GA biasa. Nak nyanyi sila ikut tempo asal ye.

Begitu banyak lah GA,
Ada juga banyak sponsor,
GA yang ingin ku sertai....bukanlah GA biasaaaa..
Memang lah sponsor,
Hadiah-hadiah pun tak sama
Ku tak ingin hadiah yang lain..
Ku hanya ingin hadiah dari GA yang ini..........
GA ini bukan di atas kertas...

errrrr...Sudah-sudah, sudah cukup sudah..Sudah sampai di sini saja, daripada  malunyaaa tersisa..Lebih baik ku berhenti sahaja...ohhhhh..Dah tak sanggup aku teruskan nyanyian ini. Banyak merapu, dah macam kera OK dah ni. 

Ini sponsor-sponsor yang baik hati nak bagi kita semua hadiah.



SEMUA PESERTA akan mendapat
- Brooch tajaan Belalang Hijau Perisik

Tag :

Athirah Diyana
Maria Menado
Azwar Syuhada

dan

semua yang baca entry ni. Nak join jemput klik banner di atas ye.


p/s: Hampir sebulan juga kepam entry ini dalam draft baru release. Ada bau hangit tak? T___T

27 January 2013

Udang Lipan

Assalamualaikum...

Pernah tak, dengar atau makan Udang Lipan? Selain udang lipan, ada juga yang memanggilnya sebagai Udang Ketak, Udang Mentadak atau Udang Ronggeng.

Nama english nya Mantis shrim. Udang ini ala-ala mentadak pun ada, lipan pun ada. Waktu akak saya beli udang ini dekat Pasar Malam terkejut juga sebab badan dia memang lebih kurang atau persis lipan.

Udang Mentadak, Udang Ketak
Sumber Gambar

Eee..sebiji macam lipan kan, mentadak pun ada. Sesuailah dengan namanya.

Sumber Gambar

Yang ini tak nampak sangat kan gelinya.

First time makan udang ni, memang sedap sangat. Isi dia sama macam udang biasa. Tapi rasanya macam rasa isi ketam, sotong pun ada. Betul, tak tipu. Udang ni memang ramai kot, tak makan sebab nama dan rupa bentuknya yang seperti lipan. 

Sebenarnya, cukup di potong ekor dan kepala, rasanya dah okay, mesti lepas punya makan. Janganlah bayang yang tak patut. hehe..tapi umi memang tak makan, nak tengok pun geli. Umi kata nak termuntah. huhu..Pertama kali dengar umi cakap macam itu.

Sumber Gambar

Tapi berdasarkan selera saya yang memang agak memilih ini, saya kata udang ni sedap. Saya rasa, saya di dalam kalangan orang memilih makan sebab saya tak makan ikan keli, harun, dan spesis-spesis ikan sungai. 

Bukan apa, memang tak makan. Nak telan tak lepas, hanyir ikan sungai kuat sikit kan. Dulu-dulu selalu sangat memancing ikan sungai dengan arwah ayah dan umi. Memang paling suka memancing tapi tak suka makan. 

Orang kata rugi kan tak makan ikan keli sebab sedap. Bagi saya tak pun sebab tak boleh nak makan. Lagi satu, badan dia licin..hohoho..entah apa-apa, entah alasan. Ustaz saya dekat sekolah dulu pun kata dia tak makan ikan haruan, sebabnya ustaz saya kata, muka dia hensem sangat..hehehe. 



p/s: Anda semua pernah makan tak, udang ni?


Domain .my dah berfungsi semula

Assalamualaikum...

Domain .my dah boleh di buka seperti biasa. Tak boleh buka blog jadi meroyan macam hilang anak..hehe..Ye ke? Okay tipu.

Masalah dunia dan semesta juga kalau guna benda free ni. Ehh, tak ada kaitan. Terima Kasih pada +Hatimi Tahirruddin sebab maklumkan hal ini. hehe..Terima kasih ye timi, kalau tak lagi teruk meroyan. Dah lah busy tak update blog, bila tak dapat buka itu yang meroyan lebih itu.

Selamat Tinggal, nak blogwalking dulu.


UPDATE :
p/s: Boleh ikut tutorial ini untuk penukaran DNS di sini. Maklumlah internet laju sangat, nak buka youtube tak boleh jadi kalau tengok tutorial bertulis, senang.




26 January 2013

Domain .my ada masalah ke?

Assalamualaikum...

Saya tak tahu sama ada, orang lain juga mengalami masalah yang sama seperti saya. Tapi hari ni, saya nak buka blog saya tak keluar tapi keluar benda macam ini sahaja.


Saya pelik, saya clear cache. Still masih sama keadaannya. Saya geram sebab tak dapat buka blog. What happen sebenarnya? haha..bahasa rojak dah. Kemudian, try dekat laptop adik, sebab ingat mungkin cuma browser saya je yang bengong. Tapi bila buka still keluar benda yang sama.

Nak buka blog lain pun tak boleh, yang peliknya, blog yang guna blogspot boleh buka, tak ada masalah, bila nak buka blog guna domain .my keluar benda yang sama.


Saya try buka blog cikgu ma, timi, didiey semua jadi macam kat atas. Try buang domain .my dari blog, buka boleh pula..Rupanya memang domain .my ada sikit masalah berkaitan dengan DNS. Grr...puas fikir, kenapa tak boleh buka blog.

Dekat bahagian announcement asianhost ada beritahu pasal benda ni. 



Mood memang tengah melelong je ni. Nak buat macam mana kan..semua benda kena upgrade ke peringkat yang lebih baik. 



p/s: Tulis entry ni, bukan ada orang boleh baca pun..hehe..news feed pun tak keluar. Serabut. Kalau keluar tu pun sebab buang domain .my tu sekejap..hehe.


23 January 2013

Makin Jatuh Cinta

Assalamualaikum...

Semakin lama, semakin banyak cinta saya terhadap insan yang cukup mulia sehingga di angkat menjadi kekasih Allah. SubhanaAllah..Ya Rasulullah, bila menyebut namamu makin dalam rasa cinta dan rinduku terhadapmu Ya Muhammad.

Sebagai tanda cinta dan rindu kita terhadap Rasulullah. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad
Wa 'ala aali saiyidina muhammad 

Tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. Ibu-bapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat. Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu.

SubhanaAllah..itulah dia Nabi kita, insan yang perlu kita cinta, insan yang perlu kita rindu. Bagindalah yang bakal memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Allahhuakbar.


p/s: Hayati Maulidur Rasul ini dengan mengenali Rasulullah S.A.W dengan lebih dekat. Mengamalkan segala sunnah-sunnah baginda. Sungguh rasa tenang bila kita berselawat ke atas Baginda. Allah..


22 January 2013

Breeze Product Redmummy dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Hari itu adalah saja jalan-jalan dekat blog Redmummy. Haa..kenal tak siapa Redmummy? Tak kenal? Mesti ramai yang kenal dia kan, dia pernah di gelarkan dengan status blogger yang JUTAWAN..hohoho..Kaya aku..ehh..apasal pula aku.

Jutawan ke? Haa..itu anda kena baca sendirilah ye. Bacalah blog Kak Red ni, sebab mana tahu kena tempias dekat anda ke. hehe..Sila lah percaya.

Tak habis lagi cerita, jalan-jalan lepas tu nampaklah post Kak Red berkenaan dengan breeze, join lah..saja mengada cuba nasib. Lengkapkan slogan breeze je pun.


Berdasarkan slogan di atas ia adalah kebenaran ye..sebab memang guna breeze untuk basuh baju, dekat asrama tak ada mesin, ada pun macam tak mampu je nak guna. Dah lah tingkat bawah, kita duduk tingkat 3, dah tu 2 ringgit dia telan, kena tunggu turn, beratur lagi..jadi lebih rela basuh pakai tangan dan memang guna breeze sebab wangi dan senang nak cuci baju. Ehh..promote pula. 


Breeze Product Redmummy dari Nuffnang

Nanti kalau ada rezeki boleh menang product breeze percuma dan baucer Tesco yang bernilai RM 30 ringgit. Pemenang akan dimaklumkan melalui email oleh pihak Nuffnang.  Semalam mengada check email. Memang selalu check email pun. Ehh..ada email dari Nuffnang lah..Breeze contest giveaway - Redmummy.com.  Hehe..ada rezeki aku ingatkan tak ada.

Tumbersaran yang sihat sila klik

Jadi hadiah ini nak kena ambil sendiri, self pick up dekat pejabat Nuffnang nuh..Mak aii..jauh juga. Siapa dekat dengan Nuffnang ni? Bolehlah pergi ambil kan..hehe..ehh..mahal juga tau nak beli breeze liquid tu. Kalau 1 litter dah 16.00 lebih kan. Ada baucer tesco lagi, siapa nak pergi ambil. 

p/s : Baru dapat breeze dah beria kan..hohoho. Motifnya macam biasa, dah tak ada idea nak melalut.

20 January 2013

Tutorial | Tabbed Widget

Assalamualaikum...

Tutorial ini untuk Cikgu Ma Ma. Hehe..maaf kak, saya lupa sudah, padahal dah lama nak buat tak buat-buat. Tutorial ini di modified(macam kenderaan pula) dari tutorial asal di blog ini. Jadi tutorial ini ikut sedap perut saya..hehe.

Sebelum itu kepada sesiapa yang kurang faham apa yang di maksudkan dengan tabbed widget, inilah rupa dia :



Dalam satu widget tapi ada 2 tab dan content..Haa..dah berbelit-belit dah ni.

Jom kita mulakan:

1. Dashboard > Layout > Add Gadget > HTML/Javascript
2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam kotak HTML/Javascript :
<style type="text/css">
.tabber {
 padding: 0px !important;
 border: 1 solid #d4b1e2 !important;
}
.tabber h2 {
 height:25px;
 width:132px;
 float: left;
 margin: 0 1px 0 0;
 font-size: 13px;
 padding: 3px 5px;
 border: 1px solid #d4b1e2;
 margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/
 overflow: hidden;
 position: relative;
 background: #d4b1e2;
 cursor:pointer;
}
html .tabber h2.active {
 background: #d4b1e2;
 border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/
}
.tabber .widget-content {
 border: 1px solid #d4b1e2;
 padding: 10px;
 background: #fff;
 clear:both;
 margin:0;
}
.codewidget, #codeholder {
 display:none;
}
</style>
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
<script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
<script type="text/javascript">
$(document).ready(function() {
 $('#codeholder').bloggerTabber ({
  tabCount : 2
 });
});
</script>
<!-- Untuk memastikan widget berfungsi, jangan buang atau ubah kod dibawah -->
<div id='codeholder'><p>Get this <a href="http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>

*Purple - Warna untuk tajuk tabbed
*Orange - Jika template anda telah mempunyai jQuery, boleh buang kod ini. contoh jQuery adalah seperti slider, cycler atau fading effect.
*Red - Jumlah tabbed (tapi untuk ini tutorial lebih sesuai guna 2 tab sahaja )
*height dan width - Boleh di ubah ikut kesesuaian.


3.  Dah siap copy dan paste, bolehlah save. Pastikan anda mengosongkan title  widget tersebut.
4.  Kemudian letakkan tabber widget anda itu di ruang paling atas atau sebelum tab widget yang lain.

Macam ini :


Pastikan Tab 1 dan Tab 2 mempunyai tajuk.


5.  Kalau dah siap semua, boleh preview dulu, kemudian kalau dah jadi bolehlah save. Anda berjaya.

Di sebabkan tutorial ini di re-tuto maka, saya tak buang credit dekat bawah widget ini. Kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya saya balik ye.

Selamat Mencuba.


p/s: Cikgu Ma..akak cubalah ye, kalau tak menjadi beritahu saya balik ye.

Hikmah Disebalik Ujian

Assalamualaikum...

Ujian yang di beri oleh Allah untuk hambanya adalah untuk menguji tahap keimanan dalam diri kita. Kalau kita nak rumah besar(tak habis rumah besar, berangan lah tu), kita mesti bersusah dahulu kan. Macam Syurga itu juga, kalau nak ganjaran syurga, kita kenalah di uji, masakan kita  inginkan syurga tapi tak sanggup di uji.

Hari ini baru saya faham, kenapa saya di uji oleh Allah. Haii..lambat sungguh nak fahamnya. Beberapa hari yang lalu, anak kucing saya yang sangat comel dan sangat saya sayang sakit tiba-tiba. Dia tak berdaya nak berjalan.Ya Allah, tak tahu sebab apa. Beberapa hari dia tak makan. Risaunya, ingatkan demam, tapi tak pun. Dekat sini, tak ada klinik haiwan, kalau tak, dah lama saya bawa dia pergi klinik.

Malam semalam, tergerak hati nak tengok dia. Saya pegang dia, dia bergerak tapi tak kuat macam dulu-dulu. Lagi lemah dari hari biasa, saya tengok mata dia tak bergerak. Ya Allah, kenapa..kucing aku kenapa jadi macam ni. Dia sakit apa sebenarnya. Cakap, seorang-seorang..Adik kenapa jadi macam ni. Adik sakit apa.(Saya memang panggil kucing itu adik..kenapa? saja mengada-gada). Nama sebenar dia Garfield sebab di comel macam kartun tu. (Hakikatnya kartun Grafield tu tak comel, tapi nama dia je yang comel.) Mata di kaku, tapi kaki dia masih bergerak-gerak, dia seolah-olah tahan sakit nak mati. Jantung dia perut dia berdegup laju sangat. Saya lepaskan dia jalan pun slow-slow.

Waktu pegang dia tu, ada juga meronta-ronta nak lepas tapi tak kuat. Menangis tanpa suara, sebab dah malam, menangis malam-malam kang orang ingat hantu..hehe. Sedih sangat tengok keadaan dia. Ulang kali pegang dan peluk dia, saya cium dia tapi memang dapat rasa dia sakit dan bakal mati. Saya tak pernah tengok macam mana binatang mati atau manusia meninggal depan mata.

Dan esoknya, iaitu pagi tadi..tanya akak. Mana dia..Akak kata dia dah mati.

Ya Allah, sedih sangat. Saya teringat pada arwah ayah. Kalau saya ada di rumah waktu ayah meninggal, mungkin saya jadi makin sedih. Mungkin jadi lebih teruk, saya meratap pemergian ayah. Mungkin itulah hikmah kenapa Allah tak izinkan saya untuk lihat wajah ayah untuk kali terakhir. Sedangkan kucing saya sakit, saya tengok saat-saat terakhir dia saya sangat sedih, saya pegang badan dia yang hampir kaku, apatah lagi jika saya lihat dan pegang jasad ayah yang pergi buat selama-lamanya.

Rasa sakit dan terkilan masih ada tapi yang wajib harus di dahulukan. Biarkan lah ia berlalu. Kalau terus mengungkit atas tindakan orang lain maka makin sakitlah hati. Walaupun tak dapat lihat wajah ayah untuk kali terakhir, tapi wajah ayah tetap tersemat di hati saya untuk selama-lamanya. Al-fatihah untuk ayah, semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah, ayah tunggu saya di sana.

Entry ini tak ada gambar, sebab malas nak upload gambar anak kucing tu. Nanti teringat dekat dia, teringat waktu tengok dia nak mati. Kalau kucing mati kita tengok pun seksa, kalau manusia. Ya Allah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Yang pasti semua yang hidup pasti akan mati. Hanya Allah yang kekal abadi.


p/s: Jangan sedih-sedih, nanti menangis banyak-banyak sakit kepala. Bukan nak cerita supaya sedih ye, tapi nak cerita semua yang berlaku tanpa kita sedar ada hikmahnya. Saya lah tu yang tak sedar. Kalau kita fikir ujian kita berat, kita kena fikir, ujian orang lain yang lebih berat daripada kita. Dah, jom kita main game angry bird. Yihaaa..

19 January 2013

Terpaksa?

Assalamualaikum...


Islam tak pernah memaksa yang bukan islam masuk islam. Mereka hendaklah rela hati menerima Islam. Tapi kita yang sedia Islam ini patut bersyukur kerana di kurniakan Islam. Islam itu mudah kalau kita fikir mudah. Bayangkan kita tidak dilahirkan sebagai Islam, dan tidak menerima hidayah untuk mengenali Islam, alangkah ruginya kita.

Benarlah, Islam ini beruntung bagi yang asing. Mereka yang baru memeluk islam, lebih baik daripada yang sedia Islam. Mereka taat dan patuh perintah Allah. Malunya kita sebagai Islam tapi tidak menjadi ISLAM. Ya Allah, malunya.

Peristiwa Mikraj - Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk iaitu balasan bagi wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)


Ingatlah dunia ini hanyalah tempat singgahan sementara. Di Akhirat sana, itulah tempat yang kita tuju untuk persinggahan terakhir. Kita menuju untuk ke syurga bersama-sama kan, tapi alangkah sedih jika salah satu daripada kita tidak mampu ke sana. 

Kitakan bersaudara, saling menyayangi di antara satu sama lain. Sama-samalah ingatkan diri, kerana saya juga sering lupa, terlalu leka dan alpa dengan dunia. 

Suka Ponteng Sekolah

Assalamualaikum...

Dengan tidak sengaja terpandang keywords dekat nuffnang dan carian paling banyak sepanjang minggu atau bulan ini ialah post saya yang di beri tajuk contoh surat tidak dapat hadir ke kelas.


Rata-rata mencari contoh surat TIDAK HADIR.  



hehehe..kelakar sebenarnya. Sebabnya, post saya itu bukanlah contoh sebenar atau surat rasmi tidak hadir ke sekolah tapi lawak jenaka yang saya copy dari kawan saya. Dah baca belum? Kalau belum jemputlah baca, mungkin baru faham kenapa saya tulis pasal benda ni.

Dan paling hebat sekali keywords ini :





"alasan best untuk skip kelas"

Haa..dah kantoi ramai yang suka skip kelas dan tak suka datang sekolah. Siap cari alasan lagi kenapa tak dapat datang kelas. Report sama pensyarah korang baru tahu. hehe.. Macam-macam. Maaflah kepada yang mencari surat rasmi itu tapi yang lain muncul. Nasiblah kan.


p/s: Waktu mula-mula tengok keywords ni rasa kelakar, tapi waktu tulis entry ni dah tak kelakar. Laaaa... Motif tak ada idea je.

18 January 2013

Penghargaan buat mereka.

Assalamualaikum...

Sebagai tanda penghargaan buat tukang komen di blog saya yang sunyi sepi ini. Maka saya mewujudkan satu bloglist istimewa.


Istimewa di mana? Di hati saya, sebab di jantung dah ada kan. Hehe..cuba tengok dekat tepi sidebar itu. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah dan tinggalkan komen anda di blog saya yang tak seberapa ni. Nanti ada masa, saya review satu-satu ye.

Ada sesiapa lagi yang saya tertinggal ke? Bloglist ini bagi memudahkan saya follow update dari blog anda. Kadang-kadang saya terlepas pandang entry terbaru anda di news feed itu. Link blog itu saya ambil dari tukang komen entry-entry blog saya. Mereka rajin tinggalkan komen.

Tak lupa juga untuk semua, tak kiralah jadi silent readers sekalipun. Terima kasih banyak-banyak. Tapi kalau nak lebih dekat, janganlah malu-malu tegur saya, bak kata saya di entry yang lalu, saya tak makan orang, saya makan laksa je..hehe.

Kalau nak saya masukkan link blog anda dalam special bloglist tu, tinggalkan link dekat ruang komen ye. Tapi sebelum itu, check dulu ye. Sama ada, dah ada ke belum.

Terima kasih semua. Kalau ada rezeki, saya buat kenduri ye. Ayam seekor, kongsi ramai-ramai..hehe.


Aku garang, kalah singa?

Assalamualaikum...

Setiap manusia mesti ada rasa marah kan. Sabar pun ada hadnya. Tapi kalau marah boleh merosakkan segala-galanya baik jangan marah.



Sebab itu saya tak suka nak marah-marah ni, salah satu sebab kalau saya dah marah, saya lebih garang daripada singa. Hehe..okay tipu. Tak lah sampai macam tu sekali cuma, kalau marah saya suka tahan, bila tahan rasa mengeletar je tangan. Badan, kaki semua sejuk sebab tengah marah.

Kalau dah tersembur, siaplah, memang habis. Jadilah macam LISTEN!! LISTEN!! LISTEN!!. Bukan isu "LISTEN" itu ye, tak ada kena mengena. Tak kan dengar dah suara orang itu, memang 100% satu rumah dengar suara saya(silalah percaya). Sebab tu saya tak marah.

Jangan cepat marah ye, sabarlah selagi mampu. Kalau tak mampu, jangan tanya pendapat saya dan macam mana nak buat, sebabnya saya akan berfikir secara tidak rasional dan memberikan pendapat yang tidak bernas..hehe. Kalau saya beri pendapat, sila pusing kepala dia ke arah yang berlawanan. Lawan jam atau ikut jam, dua-dua boleh..hahaha.

Tips Mengawal Kemarahan :

  1. Kalau kita marah, ketika kita sedang duduk, kita bangun atau berdiri.
  2. Jika kita sedang berdiri, kita duduk atau baring. 
  3. Tidur je terus lagi baik, pejam mata rapat-rapat, sumbat kapas dalam telinga, gigit bantal kuat-kuat. Dan jangan lupa sediakan bantal di bawah kaki untuk ditendang. (Jangan tiru aksi ini rumah, sekolah, mahupun asrama)
  4. Lari atau menjauhkan diri daripada orang yang kita nak marah itu. 
  5. Diam, tahan diri daripada bercakap. Tutup mulut, zip mulut, tak ada zip, pergi jahit. T__T [Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)]
  6. Beristighfar - Astarfirullahazim. (Terjemahan Istighfar: "Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung")
  7. Ambil wuduk dan solat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A :

“Bukanlah orang yang gagah itu orang yang kuat bergusti(menjatuhkan orang lain), tetapi orang yang gagah itu adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah”.

Kita lagi kuat dan gagah bila tahan marah, marah itu api, jadi jangan jadi api yang mudah membakar diri. Ganjaran syurga untuk orang yang bersabar.


p/s: Tips tambahan- Buka laptop, main angry bird, tembak babi babi tu. Tak sopan ye? Okay tembak pig tu. Kebetulan, dengar budak atas jalan depan rumah, bawa motor sambil ketawa macam pig dalam angry bird tu. Yiiihaaa.. hekhekhek(pig tu ketawa).

Penangan Drama Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum...

Disebabkan menyampah nak tunggu Drama Setia Hujung Nyawa, sanggup mencari novel ni keliling dunia. Okay, penipu. Dah lama cari tapi tak jumpa-jumpa. Tanya kedai semua habis. Lepas order stock baru habis lagi. Mesti ramai yang tekanan kan..hehe..sebab tu pergi beli novel tu sampai semua book store licin. Untung Fatin Nabila aka penulis novel Setia Hujung Nyawa ni.

Disebabkan saya pun tekanan juga, saya beli novel online. hehe.. Tengahari tadi baru sampai. Kalau beli 2 buah novel penghantaran percuma, manakala 3 buah novel, penghantaran juga percuma + harga diskaun. Jadi saya rembat 3 buah.


Haa..siap ada shining lagi..Apa dah tertekan flash.

Saya beli 3 buah buku, satu dah semestinya Setia Hujung Nyawa, ke-2 Kau Yang Ku Sayang..haa..novel ni terbeli sebab terpedaya dengan review Kak Ruha. Kah Ruha lah penyebabnya..kihkih..kak ampun kak..

Novel ke-3 ni pula Cinta Pandang Ke-2..haii, dah dua kali pandang baru jatuh cinta. Kenapa tak kali ke tiga, atau ke-10 terus.

Nanti dah habis baca ketiga-tiga novel ini, baru saya review ye.

Ada sesiapa yang berangan nak jadi penulis yang terkenal tak?


p/s: Sekarang kan dah terkenal kedai-kedai online ni. Jadi kalau nak buat business, baik mulakan dari business secara online ni. Ramai dah usahawan online yang berjaya.

17 January 2013

Berangan ini percuma

Assalamualaikum...

Siapa dekat sini yang tak pernah berangan? Cuba angkat tangan. Serious ke? Hehe..rugi sangatlah kalau tak pernah berangan. Berangan ni seronok tau, dan yang pastinya ianya percuma. Tiada siapa dapat halang dan tahan diri kita daripada menyimpan angan-angan.

Biasa kita dengar, alah angan-angan taik ayam je tu. Errr..berangan kamu, ada bau ye? Bau taik ayam? Memanglah angan taik ayam sebab berangan dekat sebelah reban ayam. Dah kena tempias ayam..hehe..

Aini...tak lawak okay..

Siapa kata, berangan kita ni tak boleh jadi kenyataan? Tak boleh jadi realiti? Siapa yang cakap macam itu, bererti hidup dia tak pernah ada tujuan dan maltamat. Sebab, setiap kejayaan itu kita mulakan dengan angan-angan kan. Misalnya, kita nak jadi seorang guru. Apa yang kita buat, kita berangan dulu kan, kita set kan otak kita, nak jadi cikgu, kena belajar rajin-rajin, dapat result yang gempak-gempak. Jadi kita atur strategi kita untuk merealisasikan angan-angan kita tu.

Berangan nak rumah besar, kereta mewah, semua itu boleh jadi kenyataan jika kita ada usaha. Angan-angan itu akan jadi taik ayam malah jadi lebih busuk daripada taik ayam kerana kita tak pernah berusaha.

Saya suka juga berangan ni, kalau berangan semua benda yang best-best dan yang indah-indah je kan. Ada ke kita berangan benda yang tak elok? Ehh..jangan.


Berangan tak ada had, tapi jangan gunakan ke arah yang negatif, terlebih berangan nanti bimbang pula menjadi tekanan jiwa dan perasaan. Ye lah, gara-gara terlampau berangan, dan angan-angan yang di impikan tak menjadi kenyataan, maka terdoronglah diri melakukan perkara yang melangkaui batas-batas norma seorang manusia yang beragama Islam.

Justeru itu, teruskan berangan kerana ianya percuma, indah dan insyaAllah pasti akan jadi kenyataan. Tapi ingat usaha, doa dan tawakal itu perlu.


p/s: Panjangnya tulis..memang kuat berangan betul. Tahniah, kepada sesiapa yang baca sampai habis. Anda memang hebat. T____T


Art Trade with Nisha

Assalamualaikum...

Maaf Nisha, lambat balas art trade Nisha. Busy sikit sekarang ni.


Ini dia untuk Nisha. Maaf ye, kalau ada cacat cela.
Terima kasih sebab sudi ber"art trade".




Ini pula dari Nisha, comel lah dear, okay sangat dah. Pandai Nisha buat guna photoscape. Pratice make prefect. Tengok doodle Nisha, teringat zaman sekolah dulu-dulu pakai baju pengawas..hehe..comel. Bukan i yang comel, doodle ni yang comel.




p/s: Lapar tak? hehe..24 jam asyik lapar je. Maka naiklah berat badan.


16 January 2013

Penjara Kertas

Assalamualaikum...


Taraa...lagi satu kreativiti yang boleh anda lihat. Bukan penjara dekat Pudu yang dah jadi sejarah, bukan juga Penjara Wanita Kajang, bukan juga penjara yang ada dekat kawasan rumah saya ni. atau penjara kehidupan?..hehe. Dah cukup, stop merapu.



Kreatif kan. ^___^


p/s: Selain membaca, nak jadi kreatif ini sekurang-kurangnya kena juga, ada daya imaginasi yang tinggi. Kalau saya ni? alahai, nak develop idea untuk design pun dah rasa nak pengsan. T____T Kering otak... kering. Bukan idea tapi otak..hehe.




"Budaya" Listen!! Listen!! Listen!!

Assalamualaikum...

Okay, right now, listen, listen, listen..Let's me speak.
Rasa ramai yang tahu pasal isu Listen!!! Listen!!! Listen!!  ini kan? Saya pun mula-mula pelik, sebab kenapalah ramai dekat facebook dok sibuk update status listen listen listen ni. Ingatkan, perkataan baru dalam filem Kak Limah Balik Rumah 2 ke..hehe.

Ke tak tahu? Tak tahu jemputlah Google Pak cik Guugle. Malas nak cerita sebab panjang ceritanya. Nak pendek kan? Tetap panjang. Rasanya perkataan listen ini dah jadi semakin popular hari ke hari sampai YES 4G pun buat poster iklan. Fenomena Listen dah menular.


See..merebak kan. Kalau saya jadi dia, saya "claim royalty"..hehe. Perkataan saya tu..tettttttttt...T___T



Mat Luthfi pun siap buat video lagi.

So..you guys, Listen!!! Listen!!! Listen!!! 


p/s: Saya rasa sedih......dunia ohh dunia. 

Wordless Wednesday #7 : Kreatif ke Fanatic?

Assalamualaikum...


Cuba tengok, kreatif kan. Tapi dalam satu masa fanatic pun ada.


15 January 2013

Menu Makan Malam


Assalamualaikum...

Ini bukan saya punya pinggan dah, saya snap pinggan adik bongsu saya.

Rutin hari ni semua pasal masak. Kali ini masak mee kari pula. Tapi kali ini bukan saya yang masak tapi kakak saya. Di sebabkan kakak saya ini peminat mee kari, jadi dia lah yang rajin buat. Saya tak minat, jadi saya tak buat. hehe. Kalau laksa, saya nombor satu.

Oleh kerana mee kari ini di masak oleh kakak saya, saya telan je lah. Namun, disebabkan sedap(bodek ni kak) saya bercadang nak makan satu pinggan tambah 2 kali. Tak makan lagi, kejap lagi baru nak makan. Tadi testing sikit je.

Selamat Malam(nak hampir dah ni) dan selamat menjamu selera semua. 


p/s: Biasanya anda makan malam pukul berapa? Kalau saya, ikut suka hati, perut dan limpa je..hehe. ^___^

Resepi | Cocktail Mudah dan Lazat

Assalamualaikum...

Petang-petang ni mesti sedapkan minum, minuman yang sejuk. Hehe..disebabkan terajin, hari ni saya buat jus cocktail. Rasanya cocktail ni memang satu-satunya minuman buah-buahan yang paling mudah dan ringkas.



Amboi siap dua..hehe..macam biasa, motifnya? Saja..

Kalau ada yang nak cuba cocktail ni, boleh lah cuba resipi saya ni. Memang sangat senang. 


Bahan-bahannya : 
  • Susu cair
  • Cocktail Buah-buahan
  • Jelly/ Sumi
  • Nata De'Coco
  • Laici (Tambahan)
  • Air gula (Gunakan air panas untuk mempercepatkan proses gula itu cair)
  • Ais/ Air Batu/ Ais Ketul/ Ice Cube (hehe, semua jenis ais)
  • Soda(Kalau tak nak pun boleh)
  • Air masak (kalau terlebih manis)
Cara membuat:

Masukkan air gula, susu cair dan soda di dalam satu jag. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan cocktail buah-buahan, Nata De' Coco dan juga Jelly. Kacau lagi hingga sebati bersama. 

Dan masukkan ais..dah siap. Jadilah Cocktail yang mudah dan lazat..Lazat ke? err..sedap.

Hehe..mudah kan.  Dengan kata lain, campak je mana yang patut. T___T

Selamat mencuba dan jemput minum semua.


Pemberian Domain .my secara Percuma

Assalamualaikum...

Kalau anda teringin nak pakai domain sendiri, sekaranglah masa yang tepat untuk anda. Berikut adalah email yang saya terima daripada Asiahost :

Perhatian kepada pelanggan Asiahost,

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"

Anda boleh menggunakan fasiliti kod untuk carian domain ini pada blog atau halaman web anda :


Domain:  

Untuk tutorial lengkap penukaran domain di sini:
  1. Keistimewaan Dot My
  2. Soalan Hantu & Cara Dapatkan Hadiah Hebat Berjumlah RM 300 000 Dari Blog Coklateyes
  3. Perhatian #1 Untuk Penerima Domain Percuma
  4. Perhatian #2 Untuk penerima Domain Percuma
  5. Perhatian #3 Quick Update
  6. Perhatian #4 Kelewatan yang dikesali
  7. Perhatian #5 Berita Gembira! Tutorial Tukar Domain
  8. Perhatian #6 Tukar URL Blog di Nuffnang
  9. Perhatian #7 Tutorial Lengkap Tukar Domain Lengkap Dot My
Cepat selagi stok masih ada, dan jangan lupa mengantikan  promotion code yang baru iaitu "belia".



14 January 2013

Cash Out Nuffnang

Assalamualaikum...



Punya lama saya berblog..ehh..lama ke?  Tak pun.  Baru sekarang saya ingin meng " cash out" kan earning nuffnang saya. Lama juga menunggu, akhirnya. 

Walaupun tak lah banyak mana, tapi tetap bersyukur. Lepaslah kalau nak peli Iphone 5 sebiji..hehe..Nampak tak menipunya. Tak lah, sekadar nak beli gula-gula hack seposen 2 tu boleh lah. Nak lekat celah gigi..errr..boleh kot.

Disebabkan baru je request semalam, jadi saya menunggu encik nuffnang ini membuat pengesahan pembayaran terlebih dahulu, dan akhir bulan nantilah baru dapat(sebulan juga lah). Nak cakap lebih pun tak pandai, maklumlah first time keluar.


Ini lah dia hasilnya. Lama juga kumpul dari bulan May tahun 2011. Sebab start letak nuffnang ni bulan 10 tahun 2010. Maklumlah UV tak tinggi, sekadar cukup-cukup makan je. Amount di situ, di rahsiakan atas sebab-sebab peribadi..hehe.

Terima kasih tak terhingga pada anda yang selalu lawat blog saya yang usang ni. Terima kasih kepada Tukang Komen yang setia, Pembaca yang setia, silent readers pun. Terima kasih juga. Janganlah malu-malu nak tegur saya. Saya tak makan orang, saya makan laksa je. 

Kalau tak ada, anda, tak adalah saya berdiri di sini.  Terima kasih banyak-banyak. Nanti datang lagi ye. 

Untuk itu, saya menyeru rakan-rakan blogger saya agar mencuba sekaki dan dua kaki dalam Nuffnang ini. Tak rugi, tapi banyak untung(kalau unique visitor anda tinggi). Dapatlah sikit, walaupun kita berblog sekadar suka-suka.

Kalau berminat, daftarkan diri anda di Nuffnang ye.


13 January 2013

Doodle untuk Fiqah

Assalamualaikum...

Doodle ini special untuk adik fiqah. Terima kasih sebab sudi bagi hadiah doodle yang comel ni untuk akak. Jadi seperti yang dijanjikan, akak nak bagi surprise kan..hehe. Tak ada apa pun, cuma akak lukiskan doodle sebagai balasan untuk adik.

Ini doodle yang comel dari fiqah..Comel kan. Akak suka tang baju tu, ada love love gitu. Terima kasih. ^___^


Tadaaaa..ini pula dari akak untuk adik..hehe. Sorry dear kalau buruk, akak lukis pun tak ada idea nak buat warna apa. Jadi akak pun taramlah.


Peace sweet sister. Berusaha sehingga berjaya. Genggam bara api sampai jadi arang tau. InsyaAllah, pasti akan ada ganjarannya.


Adik fiqah ni baik dan peramah tau, jadi jemputlah ke blog dia. Boleh tambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim.  http://nurull-syafiyqa.blogspot.com. Jemput ye. 


p/s : Jom makan ABC nak? hehe. ^___^

Bila lapor..kita makan

Assalamualaikum...

Nasi Ayam Paling Pemalas. Ayam itu sebagai perhiasan sahaja ye. Tak adalah nak makan banyak tu. hehe.

Kalau petang-petang sedapkan minum ni. Tapi dekat Pahang ni hujan lebat, jadi cancel lah nak makan. Sejuk kot.

ABC Special



Air Batu Campur (ABC)

Motif letak gambar ABC sampai dua? Saja.. lapar tak?


12 January 2013

Sikap biadap warga asing.

Assalamualaikum...

Geram rasanya bila memandang wajah warga asing yang bersikap biadap ini. Lebih-lebih lagi PATI. Bukan pati. buat air itu ye. Jauh sekali Kuib Pati Ayam Maggi mahupun Knorr. Tapi merujuk kepada Pendatang Asing Tanpa Izin aka (PATI).

Sakit sungguh tengok gelagat mereka, yang seolah-oleh menjadikan negara kita ini sebagai "negara" mereka. Sakitnya mata, sakitnya jiwa dan raga, sakitnya hati.

Kalau naik LRT penuh orang Bangladesh lah, Indonesia, Nigeria, Vietnam .Ramai sangatlah kalau nak di senaraikan dekat sini. Lepas tu, tengok orang macam nak makan. Ehh..aku buka taekwondo baru tahu.


Kalau naik bas, berebut macam budak-budak dah itu tak sedar diri, siap marah orang Malaysia lagi..eh eh eh..tak sedar diri betul. Dia buat macam negara kita ni macam tempat dialah. Ohh..sakitnya jiwa. Kesian mak cik, pak cik yang tua-tua tu. Kalau kita, kita kena utamakan mak cik dan pak cik kan. Dengan diorang, tua tak tua, janji aku dapat naik. Biadap sangat.

Siapa buat muka lagi, bila tengok saya halang dia masuk, sebab nak bagi mak cik-mak cik tu naik. Eleh, tak payah nak tunjuk hebat sangatlah kan.

Semalam, waktu Farah (adik saya) balik dari sekolah. Dia kata, adalah beberapa warga indonesia ni, naik bas, rakam gambar budak-budak perempuan dalam bas. Tapi nasib baik bukan dia sebab dia duduk, dekat depan, jadi tak adalah nak kacau. Rakam gambar untuk apa tak tahu. Apa lagi, kawan adik saya pun menjeritlah, pak cik yang bawa bas itu memang dah kenal, sebab dah biasa naik, berhentikan bas, tutup pintu, pergi tengok. Pak cik itu rampaslah handphone tu, kata nak bawa pergi balai. Takut...Sah-sah PATI lah tu.

Haii...macam-macam. Malas nak panjangkan cerita, sebab sakit hati.

Kalau nak cakap pasal warga asing ni, banyak sangat biadapnya. Rasanya memang bawa banyak masalah daripada faedah. Masalahnya berpunca? Tak tahu nak cakaplah. Kalau duduk dekat Malaysia ni rasa dah tak selamat dah, pergi mana-mana ada je makhluk tu. Rasa macam duduk dekat Bangladesh tak pun dekat Nepal.


Apa pendapat anda tentang warga asing ni? 


p/s: mention di sini bukan benci warga asing atau pelancong asing ye tapi PATI. Pendatang Asing Tanpa Izin.


11 January 2013

Wajah ayah dan ibu

Assalamualaikum...

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah,
And Rasulullah,

Kalau wajah anda lebih memberat kepada siapa? Ayah atau ibu?

Kalau saya, saya lebih mirip arwah ayah. Perangai saya pun lebih ikut arwah ayah. Saya banyak cakap, kalau orang tak suka dengan orang banyak cakap, memang tension dengan saya agaknya. Suka sangat bercakap..sebab itu saya pernah bercita-cita nak jadi pembaca berita.

Suka bercakap dan mempunyai hadnya. Tapi ada je yang cakap saya pendiam..hoho..orang yang cakap macam itu, mesti tak kenal saya sebab saya memang banyak cakap tapi, tetap ada satu je mulut. hehe. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal? Errr..sengsara tak?

"Whatever you want your children to be tomorrow, be that person today." - (Shaykh Abdul Nasir Jangda)


Bak kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Bagi saya, dua-dua kasih tidak kira daripada ibu mahupun bapa memberi kita makna bahagia dan insyaAllah pasti akan ke syurga. Tiada siapa boleh ganti kasih mereka terhadap kita selama kita hidup di dunia ni kan. Hilang mereka tiada galang gantinya.


p/s:  Pernah dengar lagu My Mother oleh Yusof Islam tak? Lagu itu sangat comel. Saya sayang umi, saya sayang ayah. ^___^


10 January 2013

Segmen : Selamat Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum...


Hari Malaysia

Yuhoooo..hehe.. Mai cepat join segmen yang gempak dan terbaik ni. Syaratnya mudah je, kalau nak tahu lebih lanjut tekan banner dekat atas ye.

Kena nyatakan nama penuh ye kak. Rasanya akak dah tahu kot..hehehe..sila beri penampor. 

Nama Penuh :  Nurul Aini binti Mohammad Zakaria. 

Tarikh Lahir : 16 September 1992.

Tarikh Tutup : 31 Januari 2013



p/s : akak lahir bila? dan siapa lahir 16 september..angkat kaki? ^__^

Ding Dang, Tora dan Jojo.

Assalamualaikum...

Zaman apa yang paling kita rindu? hehe..mesti zaman kecil-kecil dulu kan.  Tiba-tiba rindu bila tengok kartun dekat tv.


makanan budak-budak

Haaa..ingat tak benda apa ni? Pernah makan tak?

Antara tiga yang dekat atas ni, mana yang anda selalu makan?

Kalau dulu-dulu saya selalu makan yang Ding Dang tu sebabnya antara tiga-tiga tu, Ding Dong tu je lah yang paling murah. Arwah ayah beli satu sorang sebab kalau beli untuk saya sorang mesti berebut kan.  hehe..jadi ayah beli 5. Jojo tu mahal sikit, sampai dua ringgit setengah kan. Kalau beli 5, lingkup.

Walaupun saya bukan anak bongsu, tapi saya selalu dapat lebih. Setiap kali ayah pergi kedai, mesti saya nak ikut. Tak dapat je, meraung. Ish ish ish..teruk betul. Kesian ayah. 

Sememangnya benda ni famous kan dulu-dulu..ingat lagi, kalau ada je kartun pukul 6 dekat tv2 mesti ada iklan. Lagi-lagi, iklan time cerita Power Ranges. 

Tora datang lagi..

Ding Dang dengan permainan ajaib..

Siap ada pistol air lah, kereta ajaib lah. Teruja betul. Kalau beli pun, bukan nak makan sangat, tapi nak mainan..hehe. Agak-agaknya kan kanak-kanak di era globalisasi ini, kenal tak benda ni? Atau mungkin mereka, hanya makan Ferrero Rocher dan Toblerone (terpeleot lidah nak menyebutnya). Rugi kan diorang.

Tapi sekarang, dah tak nampak kan benda ni. Ada sesiapa jumpa tak? Nak beli lah..hehe..nak mengimbau zaman kanak-kanak. 



p/s: ada lagi satu..nini coklat celup.. celup, celup, celup. T___T


09 January 2013

Giveaway Mialiana.com

Assalamualaikum...



Rasanya ramai yang kenal Kak Mialiana ni kan. Rugi kalau tak kenal. Kalau masuk je blog Kak Mia, ada satu feel, feel apa? Macam-macam feel. Kalau nak tahu feel apa, kenalah pergi sendiri ke blog Kak Mia ni. 

Apa yang boleh saya katakan blog Kak Mia ini bukan sekadar blog peribadi, tapi juga blog pendidikan. Kita boleh belajar macam-macam dari Kak Mia, dari tutorial untuk naikkan rank Alexa, seo pun ada, study matters..haa ini yang paling saya suka, sebabnya saya pun masih belajar, jadi kalau ada yang beri tips macam mana nak dapat keputusan yang baik aka CEMERLANG, laju je pergi baca. Entry paling saya suka, Kak Mia beri tips bahagikan masa belajar dan buat assigment

Kalau rasa, dah lemah semangat nak belajar, pergi belek entry kak Mia memang boleh beri semangat. Kak Mia merupakan Penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA). Bangga kan, boleh jadikan inspirasi untuk kita berjaya. 

"Tiada Rahsia Dalam Kejayaan. Ia Adalah Hasil Daripada Persediaan, Kerja Keras dan Belajar Daripada Kegagalan" - Colin Powell"

Kalau nak join Giveaway Mialiana.com ni, boleh lah klik bawah ni :

terbaik


Tagline blog Kak Mia, Smile...smile...smile.

Segmen Smile, Smile, Smile
Sebab Kak Mia suka senyum. 
Maka selalulah tersenyum kalau masuk blog Kak Mia. ^___^


Tag: 

TARIKH TUTUP : 10 JANUARI 2013


p/s: pening tak? tengok semua gerak-gerak..hehe. Pengsan. T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome