29 April 2010

Google are Most Popular Search Engine

Assalamualaikum,


Tahukah anda seramai 7091 jumlah pengunjung unik dan sebanyak 76.1 capaian (berdasarkan Jun 2009). Fakta nie saya dapat daripada majalah PC keluaran 10 April. Dan Google merupakan Laman Web Pemilikan Internet Paling Banyak Dikunjungi. Kat sini saya nak tunjuk kenapa Google menjadi pilihan kebanyakan pengguna internet.Sebab yang..

1.Kerana Google boleh cari Jam  untuk seluruh dunia
Contohnya nak cari pukul berapa England sekarang??Cuma taip je time england atau waktu england kat search tu..Bukan itu saja malah untuk mengetahui waktu kat negeri pun boleh..Kan senang..contohnya kat bawah nie:







 2.Kerana Google boleh dijadikan sebagai Kalkulator
-->
Cuba anda taip unsur-unsur math kat google, contohnya 20 * ((30+40)*2) apa yang keluar?Cubalah dulu.Cara ini sesuai bagi orang yang sentiasa sibuk 24 jam kat internet tak payah susah-susah nak pergi cari kalkulator.



3.Kerana Google boleh dijadikan Kamus
Mungkin sesetengah pengguna internet sudah pun mengetahui bahawa carian Google boleh dijadikan kamus.Misalnya nak tahu sama ada ejaan anda tu betul atau salah.Contohnya ejaan Kmbing (kesian budak tadika pun tahu eja...hehehe..just kidding)anda taip je kat search tu akan keluarlah ejaan yang betul..Iaitu Kambing..Hehehe..Senang je kan..Saja je nak kongsi pengetahuan kepada sesiapa yang belum tahu.




 4.Kerana Google boleh dijadikan carian untuk mencari "Site"
Nak cari blog kat dalam internet memang susahkan..Mana taknya punyalah banyak blog kat dunia nie.Jadi nak memudahkan pencarian blog yang anda ingin cari cuma taip site : flowerbucket92.blogspot.com



5.Kerana Google boleh jadi currency convertion
Bagi sesiapa yang tahu pasal pertukaran wang asing ynag terkini bolehlah cari kat google..Contohnya anda nak tahu pertukaran 100 ringgit malaysia kepada dollars..Cuma taip "100 ringgit to dollars " kat search pastu tekan enter..Senangkan..Cara nie sesuailah kepada pelajar-pelajar ekonomi sebab kadang-kadang cikgu mesti tanya pasal pertukaran wang asingkan..Jadi tak payah susah-susah lagi.Cari je kat google nie..Semua mata wang boleh tapi pastikan ejaan anda betul sebab kalau salah takkan keluar macam nie:





6.Kerana Google memudahkan pencarian: Penggunaan " " dalam search
-->
Kalau anda taip peperiksaan spm memang berterabur. Memang susah la nak search. Kalau anda letak "peperiksaan spm", jadi dia akan search peperiksaan spm  tu tanpa pecahkan peperiksaan dan spm. 


-->
Jadi dia memang akan search peperiksaan spm je. Cara ni memang sesuai la nak cari maklumat untuk kerja projek. Search pun tak akan ada berterabur.

Penggunaan tanda "-"
Penggunaan nie sebenarnya macam tak nak benda tu keluar. Contohnya kalau kita taip david beckham, mesti ada keluar victoria kan? Jadi, kalau taip macam ni "david beckham" - victoria, search anda tak kan langsung keluar pasal victoria.Senang tak tapi jangan lupa letak tanda sempang / "-" tau.

7.Kerana Google memudahkan   search fail dalam bentuk document.
-->
Dalam pencarian dokumen, anda kena taip atau selitkan perkataan nie filetype:TYPE FILE. contohnya, Geografi filetype:ppt...Selalunya orang akan cari ppt untuk powerpoint, doc untuk microsoft word dan pdf.


Ok..macam nie kan..Lepas tu anda bolehlah terus download file-file tersebut.Tapi kita janganlah salah gunakan kaedah nie.Misalnya nak cari maklumat untuk assignment atau projek..Download je and then edit sana sikit sini sikit atau copy and paste .Boleh tu boleh tapi janganlah selalu(Eh..jangan salah faham,bukan menggalakkan tau).

8.Kerana Google: Penggunaan "..." untuk sesuatu range nombor
-->
 Tips nie sesuai untuk sesiapa yang tak ingat sesuatu event. Jadi, anda letak 2000..2004, nanti akan keluar semua tarikh antara tu. Anda tak payah letak panjang-panjang macam ni 2000 2001 2002 2003 2004. Cuma letak 2000...2004 sahaja.Kan senang.

-Tamat-

1 comment

December 19, 2012 at 9:13 PM

Good knowledge,tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome