27 September 2013

Tutorial | Cara Letak Button Like Facebook Di Setiap Entry

Assalamualaikum...

Dah lama tak aktif berblog ni kan. Hehe.. macam akak Nelopah kata macam chipsmore, sekejap tenggelam sekejap timbul. Ehem-ehem..kenapa? Lain entry saya cerita ye.

Tutorial Cara Letak Button Like Facebook Di Setiap Entry ini adalah atas permintaan akak +salamah ismail. Maaf atas kelewatan. Harap masih boleh membantu.

Baiklah, ini tutorialnya :
(Sebelum itu, jangan lupa backup template terlebih dahulu untuk langkah berjaga-jaga.)
  1. Dashboard  > Template > Edit HTML
  2. Tekan CTR + F  atau F3 untuk memudahkan pencarian kod. (Tutorial | Cara Nak Guna CTRL+ F Untuk Template Baru)
  3. Kemudian, cari kod ini :  <data:post.body/>
  4. Kalau dah jumpa,  copy pula kod ini :
<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>
     5.  Dan pastekan kod tersebut dibawah atau selepas kod yang anda cari tadi.
     6.  Kod <data:post.body/> anda akan jumpa 2 kali kan, maksudnya di line yang
          berbeza? Jadi pastikan anda paste kod diatas, dibawah kedua-dua line tersebut.
     7.  Contohnya begini :

Cara Letak Button Like Facebook Di Setiap Entry, Facebook Button
Klik untuk paparan lebih jelas

     8.  Kemudian, klik Preview Template, kalau menjadi boleh Save Template.


Apa-apa masalah, tak menjadi dan sebagainya, bolehlah beritahu saya semula ye. Selamat mencuba dan semoga berjaya. ^___^

Tak dapat cari code?
Untuk cari code (CTRL + F ) cara lama dah tak jadi, jadi kena guna cara baru, boleh rujuk tutorialnya disini ya. ^__^



19 comments

December 6, 2013 at 3:30 PM

Alhamdullillah...menjadi terima kasih banyak2 aini...;) jasamu sangat dikenang....

February 10, 2014 at 11:49 AM

Dari blog husna..loncat sini pulak :)
salam perkenalan dari akak Aini..:)
singgah n follow here..keep in touch dear :)

ohyee..akak test tuto..letak button like facebook kat n3, then berhasil ..thanks dear..:)

February 24, 2014 at 1:14 PM

slm..sy tgh cari topik pasal ni,jumpe blog ni..thnx ya..

February 26, 2014 at 5:18 PM

Apa maksud diatas, dibawah?

Maksudnya tiap2 , masukkan kod tu atas & bawahnya?

Please help.. T_T

Anonymous
April 20, 2014 at 2:43 PM

Lahaii, kak Aini. Tak menjadi la. Dh puas dh saya buat. Tak boleh cari pun kod tu. Mcm mane ni? Tlg3! T_T

Anonymous
April 26, 2014 at 12:43 AM

sama lah...blog saya pun tak boleh nak letakbutton share..

April 26, 2014 at 1:03 AM

@Kopiku Kawkaw PM akak dekat fb ya. :)

May 2, 2014 at 3:30 PM

saya tak jumpa la code tu..dh control+find pun xjumpa kod. mmg xde...help me pls...

May 2, 2014 at 3:31 PM

Saya tak jumpa la code tu. Dh control+find pun tak jumpa juga. Pls help....

May 4, 2014 at 7:42 PM

@Masitah Samsudin Untuk cari code CTRL+F guna tutorial ini ya http://www.ainizakaria.my/2013/04/tutorial-cara-nak-guna-ctrl-f-untuk.html

May 6, 2014 at 1:44 AM

Terima kasih :)

May 8, 2014 at 12:28 PM

dah jumpa tapi tak menjadi tak keluar apa-apa

May 8, 2014 at 12:42 PM

ok done terima kasih. tutorial yang berguna
http://arzmoha.blogspot.com
kawan-kawan boleh la datang tengok

October 18, 2014 at 10:39 AM

ALHAMDULLILAH!

jadi lah first try saya. TQ sis!

November 9, 2014 at 7:34 PM

dapat ! yeay!

salam kenal dari saya...
http://kylifa.blogspot.com

December 10, 2014 at 2:46 PM

saya jumpa kod, ada 3 lagi. dah cuba paste kod yang diberi tu..tapi tak jadiiiii...*nangessss*

December 10, 2014 at 3:08 PM

setelah mencuba berkali-kali, akhirnya saya berjaya. tqvm aini zakaria!

salam kenal :)

http://warkahdarimama.blogspot.com

June 30, 2015 at 9:44 PM

salam, akhirnya berjaya jugak setelah byk blog sy terjah :) tq

May 6, 2016 at 6:04 PM

x boleh pon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome