24 May 2014

DNA Babi dalam Coklat Cadburry Kacang Hazelnut dan Kacang Badam

Assalamualaikum...

Tiga minggu lepas baru saja makan Coklat Cadburry. Bila baca berita ini, terkejut yang amatlah. Nasib baik makan coklat susu dairy milk bukan hazel mahupun yang badam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry Dairy Milk.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadburry Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.

"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadburry Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya," jelasnya.
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan.

Sumber : Sinar Harian


DNA Babi dalam Coklat Cadburry Kacang Hazelnut dan Kacang Badam


DNA babi ini dikesan dalam dua jenis susu coklat sahaja. Iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry Dairy Milk. Manakala Coklat Susu Cadburry Dairy Milk Chocolate selamat untuk dimakan. Meskipun begitu, keraguan tetap ada. Ya lah satu company kan, kemungkinan besar coklat-coklat yang dihasilkan menggunakan mesin yang sama dengan coklat yang mempunyai DNA babi itu kan.

JAKIM pun buat mesyuarat tergempar dalam membincang isu ini. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa keputusan daripada pihak JAKIM. Paling risau bila melibatkan isu halal dan haram sesuatu makanan ini. Ya lah, makanan masuk dalam perut kita ini jadi darah daging kita. Lagi-lagi makan benda-benda yang confirm haram tak boleh makan kan. Kita tunggu dan lihat siasatan lanjut oleh JAKIM.

Kalau dah terbeli ke apa baca nombor kelompok (batch no.) dia terlebih dahulu

  1. Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014
  2. Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.


11 comments

May 24, 2014 at 3:52 PM

EEE...ya Allah selama ni makan coklat2 cadbury rupanya terkadung porcine rupanya.. ishh..kena lebih berhati2 ni!

May 24, 2014 at 4:03 PM

Terima kasih utk perkongsian ..ye skrg kita mmg perlu berhati2 dlm produk mknn yg diambil ..

May 25, 2014 at 4:09 PM

fuhh coklat feveret i huhu

May 25, 2014 at 11:08 PM

dari semalam nak baca post ni tapi asyik tangguh XD
lepas dgar berita kat tb smalam nak terkejut pun tak sbb dah tau pasal brita ni dkat sini XDD

dah le suka cadbury.. sume jenis lak tu TT^TT

May 26, 2014 at 11:38 AM

huhu, Aini! T_T, dua2 g d sahkan xhalal tu my fav.taw. mmbesar dgn cadbur at d end xhalal. Nauzubillah, kne bnyak solat taubat ni. bnyk dlm badan. sebbaik la sel drh mrh mati 140hari je..tu pon tempoh g lme, tp xpe kte xtahu. Skng dh tahu kne elak! Comel page br die!

May 26, 2014 at 8:45 PM

haih. sekarang dah kena hati-hati nak makan apa2.

May 26, 2014 at 9:05 PM

semoga lepas ni semua pihak berwajib akan lebih tegas dlm membanteras penyelewengan pembekalan bahan mentah yg haram

May 26, 2014 at 10:21 PM

thank you for sharing (:

May 27, 2014 at 10:22 AM

as salam. rasanya ada byk lg bahan makanan yg x halal di pasaran tp gagal dikesan.

BTW, abe kie dtg jd follower ke 2043. TQ

May 30, 2014 at 9:08 AM

risaukan sekarang ni. Dalam fb tu ada mcm - mcm pulak org claim ada DNA babi, dah naik seriau dah. Nasiblaa kte ni bukan penggemar coklat.

Lama tak singgah jenguk Aini :)

May 30, 2014 at 7:54 PM

takyah makan semua coklat la. boleh tak mcm tu? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome