02 November 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur pada Allah. Terima kasih Allah. First time, tengok bola sampai menangis-menangis. Allah..hehe..Seronok. Hampir-hampir putus harapan, tapi rezeki dari Allah untuk Pahang, kami MENANG!. Yeahhhhhh, seronoknya. Emotional sikit time acara gaduh-gaduh itu. Alahai.

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


Berdebar je setiap masa waktu tengok perlawanan, rasa macam nak je turun padang itu..konon macam pandai sangat je kan main bola kan. Tak tergambar dengan kata-kata seronok betul malam ini..hehehe. Dekat rumah ini pun kedengaran bunyi bunga api bertebaran di langit sebagai tanda meraikan kemenangan Pahang.

Pahang meraih kemenangan menerusi sepakan penaliti dengan jaringan 5-3 selepas seri 2-2 menentang JDT. Tahniah Pahang ku sayang. #HogohPahangHogoh kerana permainan yang hebat dan mantap meskipun disaat-saat akhir. ^___^

Harap kita penyokong Pahang, jadi seperti peribahasa "Ibarat resmi padi, semakin tinggi semakin tunduk." Menang tak bermegah, kalah takkan rebah. Tahniah sekali lagi buat Pahang dan juga JDT kerana berjaya mara ke peringkat akhir.

#HogohPahangHogoh #PahangJuaraPialaMalaysia2014


2 comments

November 2, 2014 at 1:48 AM

Tahniah pahang. Juara kali kedua Piala Malaysia. :D

November 2, 2014 at 9:58 PM

alee... alee... tok gajahku....

aini!!! missed me??? i miss u okeh.

LTNS (LONG TIME NO SPEAK)

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome