05 December 2013

Review online shop: By Puji

Assalamualaikum...

Review online shop: By Puji
Nak join, klik banner ye.

By Puji merupakan sebuah online shop atau kedai atas talian yang menjual pelbagai jenis rekabentuk shawl mahupun tudung yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi ianya merupakan berita baik buat mereka yang berhijab mahupun buat mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk bertudung.  Dan sangat sesuai untuk mereka yang kaki shopping online, macam saya ni. hehehe.

Terdapat banyak pilihan mahupun warna shawl yang anda boleh pilih, sampai rambang mata dibuatnya. Antara jenis shawl yang dijual di by Puji online shop ini adalah jenis Chiffon dan Cotton. Mari sini, saya tunjuk contoh-contoh shawl yang by Puji online shop ini jual ye :

Review online shop: By PujiReview online shop: By Puji

Review online shop: By PujiReview online shop: By Puji
Review online shop: By Puji
Selain daripada shawl by puji ada juga menjual tudung bawal, tudung syria, tudung awning dan sebagainya. Banyak sangat kalau nak senarai satu persatu ni. (Saya yang copy paste gambar-gambar ni jadi mereng sekejap sebab tak tahan tengok shawl yang cantik-cantik ni). 

Apa yang menarik lagi, minat saya tentang by Puji online shop ini adalah kerana by Puji juga menjual custom made Shawl. Menarik kan? Boleh pilih nak panjang aka labuh mana, itu yang unik. Paling penting murah dan jahitannya yang kemas dan sangat berkualiti. Banyak yang puji by Puji online shop ni. Memang selalu kena puji.

Yang teramatlah penting, by Puji online shop menjual shawl-shawl yang menepati kehendak syariat. Bagi saya, susah nak cari shawl, yang labuh-labuh dan tutup sampai bahagian bawah dada(ada tapi tak banyak), tapi bila tengok by Puji online shop ada jual shawl-shawl yang bersaiz lebar, rasa teruja nak membeli. Siap ada custom made, itu lagi buat saya gila.

Teruja kan. Kalau nak tahu lebih-lebih lanjut tentang by Puji online shop ni bolehlah jenguk mereka di Facebook by Puji atau nak tengok lebih banyak jenis-jenis shawl yang menarik boleh lawati by Puji di Instragram. Kalau rambang mata, jiwa dan raga jangan salahkan saya ye. hehe.

Selamat mencuci mata. ^_____^




1 comment

December 7, 2013 at 6:05 PM

Salam :)
Terima kasih sudi join Segmen Review By Puji.
Semoga berjaya! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome