28 September 2014

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17

Assalamualaikum...

Di entri yang lepas, saya kongsikan pengalaman saya dalam menghadiri Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara Gred KX17 kan, jadi pada entri kali ini, saya nak kongsikan pula pengalaman saya dalam menghadiri temuduga untuk jawatan tersebut pada hari yang berikutnya. Dah nak dekat sebulan pergi baru nak post entry ini kan. hehe. Dah ada dalam draft cuma tak publish je. Sedikit busy dengan kerja sendiri. hehe. Kununlah kan.

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17

Disini saya sertakan sekali, sedikit tips untuk persediaan sebelum temuduga dan semasa temuduga.


Persediaan awal sebelum menghadiri Temuduga
  • Semak dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Dokumen yang asal dan yang perlu di fotostat perlu diteliti supaya waktu pemeriksaan dokumen tak adalah yang tertinggal mahupun terlupa di fotostat.  Rujuk surat panggilan apa yang perlu dibawa dan di fotostat. Dalam surat panggilan itu semua dah ada. Cuma perlu ikut urutannya sahaja. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran kalau boleh, fotostat lah lebih. Untuk langkah berjaga-jaga. Begitu juga dengan gambar pasport. Bawa gambar lebih dan pastikan gambar itu sama dengan gambar pada resume anda. 
  • Dokumen-dokumen yang sudah di fotostat susunlah ikut urutan seperti yang diminta pada surat panggilan tersebut. Kemudian, asingkan. Jangan campur dokumen@sijil asal dengan yang salinan. Sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang asal masuk dalam file clear folder. Manakala resume dan juga salinan pula, masukkan dalam satu sampul surat. Bila diminta, tak perlu susah-susah nak cari. Keluarkan terus. Mudah kerja kita, mudah juga kerja pegawai yang bertugas. (Cara susunan sijil atau dokumen berserta cara menulis resume akan saya kongsikan pada entri berikutnya)
  • Cara pemakaian bagi sesi temuduga mestilah berpakaian sopan dan formal. Bagi lelaki, pakailah baju kemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut atau tambahan pakai blazer. Manakala bagi wanita pula, berbaju kurung, bertudung bawal. Bukan selendang, shawl, mahupun tudung masuk terus itu tau, sebab selendang (shawl) dan lain-lain, bukan dalam kategori pakaian formal. Maklumat ini saya rujuk dalam satu blog, maaf saya tak ingat url dia. Dia cakap, dia kena tegur kerana pakai shawl dan markah dia di tolak atas sebab itu. Kasut yang dipakai pastikan kasut yang bertutup. Bagi wanita bukan Islam, bolehlah pakai baju kemeja berlengan panjang, berseluar slack dan rambut diikat kemas. 
  • Lagi bagus kalau anda, pakai tanda nama atau nametag. 
Semasa menghadiri Temuduga
  • Datang 15 minit awal sebelum masa temuduga diadakan.
  • Jangan buat bising atau bercakap semasa menunggu giliran anda, sebab ianya menganggu rakan-rakan yang lain. Penemu duga dalam bilik temuduga akan membunyikan loceng, menandakan giliran anda untuk masuk untuk ditemuduga. Kalau anda buat bising, nanti tak dengar pula bila loceng tersebut di bunyikan.
  • Sebelum masuk, ketuk pintu terlebih dahulu. Jangan main terjah je tau. Sebab disitu pun ada markah. Beri salam atau ucapkan selamat pagi/petang pada penemuduga.
  • Jangan terus duduk tapi minta kebenaran untuk duduk terlebih dahulu. Penemuduga akan minta anda beri fail dan resume anda sebelum di izin duduk.
  • Jika bawa beg jangan letak atas riba, letakkan ditepi/sisi kerusi. Kalau ada dua kerusi sekali pun, jangan letak beg atas kerusi tersebut, tapi di tepi/sisi kerusi tersebut. Penemuduga tersebut matanya sentiasa memerhatikan gerak geri anda. Seriously..dub dab dub dab je rasanya. Macam penjenayah bersiri pun ada. hahaha. 
  • Ketika duduk, duduk dengan sopan, jangan silang-silang kaki. Kalau tak, dengan anda-anda sekali disilangkan oleh penemuduga tersebut. Jangan bersandar pada kerusi, duduk tegak. Kaki pun kena jaga, jangan main hentak-hentak kaki ya..hehehe. Saya kadang tergabra lebih, kaki ini suka sangat bergerak-gerak. Nasib baik waktu temuduga hari itu, kaki ini boleh dididik agar tak terlalu aktif bergerak ke sana-sini. Tangan pun satu hal, jangan terlalu banyak buat pergerakan yang agresif. Sikit-sikit tak apa. Ini juga sebab terbiasa, bila bercakap selalu gerak-gerak tangan kan. Jadi macam Karam Singh Walia. Masuk pidato dan syarahan dulu kan, mesti ada gaya tangan. Itu yang terbiasa..susah nak ubah. Alahai..tangan oh tangan. Nasib baik kau baik hari itu.
  • Suara kena kuat dan jelas. Bukan menjerit, terpekik dan terlolong tau. Tapi biar berbutir sikit bicara atau perkataan yang kita cakap itu jelas dengar dan tidak membuatkan penemuduga bosan dan mengantuk. 

Tips dan Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17


Bermula kisah dalam bilik temuduga.

PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, perkenalkan diri awak.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Ada di antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara, atau orang yang awak kenal berkerja di Jabatan Penjara Malaysia?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Sebelum ini awak belajar atau berkerja di mana?
-----------------------------------------------------------------

Dekat sini, dia tanya lebih detail tentang kerja kita. Jika kita dah berkerja, dia akan tanya mengapa awak pilih kerja ini lagi sedangkan awak dah ada kerja yang lebih baik, awak ada Ijazah..sekian..sekian. Tapi kenapa awak masih nak memohon Jawatan gred 17 ini? Anda pandai-pandailah goreng, kelebihan berkerja di sektor awam ke, apa ke kan.

-----------------------------------------------------------------

PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Apa persediaan awak sebelum menghadiri temuduga ini?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, cerita kan apa tugas Pegawai Penjara Gred KX17 ini.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Awak ada sebut pasal Sistem Parol  kan tadi, jadi apa yang awak faham tentang Sistem Parol ini. Maksud sistem Parol?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Tangga gaji pegawai penjara bermula daripada berapa?

-----------------------------------------------------------------

Dipendekkan cerita, temuduga ini memang agak lama. Macam-macam soalan yang ditanya. Nak disenaraikan pertanyaan dan jawapan memang panjang berjela tak cukup 1 entri. Jadi saya pendekkan dengan soalan-soalan yang ditanya atau mungkin ditanya sahaja bersama jawapan ringkasnya sahaja. Oh, lain panel/penemuduga, lain soalannya. Ada yang sekejap je, ada yang lama bertapa dalam bilik itu. Ikut budi bicara panel tersebut.
  • Apa kelebihan awak? - Ini adalah sesi memuji diri sendiri. Pujilah diri anda, sehabis mungkin. Ini lah masa anda untuk puji diri sendiri. Masa lain, orang cakap bangga diri pula kan. Ceritakan sahaja kelebihan anda. Misalnya, anda seorang yang positif, positif macam mana? Terangkan lah. Kemudian, awak juga seorang yang berani..terangkanlah. Selain itu, anda seorang yang boleh berkerja tanpa pengawasan. Tak suka curi tulang. Sentiasa memberi kerjasama dengan rakan-rakan setugas dan lain-lain.
  • Pandai memasak? Menjahit dan sebagainya? Siap tanya masakan yang famous di Pahang, kemudian siap tanya resepi lagi. Yang ini memang rasa nak ketawa. Nasib baik tak terlepas cakap " Rasa macam dalam rancangan memasak pun ada" - Sebab ditanya soalan ini? Kata pegawai tersebut, nak jadi Pegawai Penjara bukan sahaja perlu menjaga tahanan ataupun berikan pemulihan tetapi kita mungkin jadi tenaga pengajar para banduan. Dalam Jabatan Penjara Malaysia, macam-macam bahagian ada. 
  • Harapan awak? - Harapan moga dapat kerja ini, dan saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik untuk....harapan ibu bapa, diri sendiri, agama bangsa dan negara. Sebut je semua itu. 
  • Soalan yang memang wajib dan sering ditanya adalah nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengarah Penjara (Bahagian Keselamatan dan Pengurusan), Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri berserta Timbalannya sebab Jabatan Penjara Malaysia adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. Soalan ini boleh dikatakan soalan wajib, tapi tak ditanya pula pada saya, tapi ditanya pada rakan-rakan yang lain. Memang hafal, beria je kan. Eh..bukan beria tapi sebagai langkah-langkah persediaan awal. Tak ditanya, tak apalah kan.
  • Kemudian, ditanya juga soalan-soalan isu semasa. Isu Gaza ke, Isu ISIS ke. Ditanya juga rukun negara. Panel saya ini, tanya rukun Islam, rukun negara, bacaan tahyat akhir, doa qunut. Haa..bersedia je lah ya. Soalan-soalan macam ini dia saja nak uji kita. Doa qunut dan bacaan tahyat akhir itu dia saja tanya sebab dia kata, kalau banduan tanya, awak mesti kena jawab, jadi awak kena tahu. Sebab itu juga, Jabatan Penjara Malaysia nak ambil orang yang lulus Pendidikan Islam, Moral dll. Ya lah, kita kan nak jaga individu yang pernah runtuh akhlaknya, jadi kita kenalah bimbing mereka kan. Lain panel, lain soalannya tau.
  • Lain-lain soalan yang mungkin ditanya, visi, misi, logo, tugas, tangga gaji, motto, maksud Penjara Sejahtera, Akta Penjara, kejayaan yang dicapai oleh Jabatan Penjara.

Lain panel lain soalan ini. Tapi ini lah antara soalan-soalan yang mungkin atau bakal ditanya oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara tersebut. Kebetulan waktu publish entry ini, keputusan untuk Temuduga Pegawai Penjara Gred KX17 ini akan keluar pada hari esok. Huhu..dup dap dia..time malam-malam baru tiba. Redha je lah kan, kalau ada rezeki, insyaAllah ada. Kalau tak, cuba yang lain pula. Sekurang-kurangnya bila kita pergi temuduga ini, kita dapat pengalaman yang berharga. Akhir kata, semoga berjaya semua. ^___^


58 comments

Anonymous
September 28, 2014 at 10:32 PM

salam.. hari tu dapat juga panggilan temuduga pegawai penjara tapi tak sempat pergi sbb busy dgn kuliah.. btw good luck...

September 30, 2014 at 12:52 AM

@Tasha Aqisha Wassalam, oh ya ke? Tak apalah kan, nanti ada rezeki lagi, boleh pergi kan. Terima kasih. ^____^

September 30, 2014 at 10:36 AM

Salam..adik saya lulus temuduga KX17 pada ogos 2014 dan ditawarkan kerja. tempat melaporkan diri di penjara kajang.

1st time dipanggil ujian fizikal dan interview, terus dapat. Alhamdulillah..

Saya selaku abang byk bantu dia, maklumla dia masih di sekolah, upper 6.

Banyak nak share sebenarnya..apepun good luck pada yang lain jg

September 30, 2014 at 1:57 PM

@kimonjawi Wassalam, tahniah untuk adik saudara. Nak share apa-apa sangatlah dialu-alukan. Tak ada masalah. Adik dah terima surat lapor diri ke? Rasanya belum lagi kan? Sebab Surat Tawaran dan surat arahan lapor diri akan dikeluarkan nanti oleh SPA dan JPM.

October 1, 2014 at 5:33 PM

Alhamdulillah..saya pun berjaya. Ada rezki kta jmpa ya aini dan adik kimonjawi. :)

October 15, 2014 at 11:52 AM

..eh ye la..saya silap,kah3. pihak penjara ibu pejabat dalam proses nak hantar surat, belum tahu tempat lapor diri lagi..

Btw..bagus jugak sekiranya saudari Aini, Azi, zieyla dan lain2 contact each other..
Mana tahu boleh bawa manfaat hari kemudian bila dah sama2 terjun ke arena ni..
boleh buat grup whatsapp ke kan..senang nak berbincang nanti..further study ke..ape2 ke..

October 27, 2014 at 10:55 PM

Salam, ada yang dari sini sudah dapat surat ? , ad no contact korang x?

October 27, 2014 at 11:35 PM

@mesintaip Wassalam, semua masih belum terima surat. Kami ada buat group whatsapp, kalau ada whatsapp, bolehlah join sekali. Nanti bagi no.tel, saya suruh admin add.

October 30, 2014 at 1:08 PM

sya pon dpt...tp tu laa tggu surat tk smpai2 knapa ehh???boleh tk bg bo korang yg dpat snang nk share apa2 info..

April 16, 2015 at 11:12 AM

0168580476 blh x msukkan sy dlm group whatsapp korg...

August 30, 2015 at 6:44 PM

huhuhu... terima kasih banyak banyak atas perkongsian pengalaman anda diatas... sy dipanggil temuduga KX17 pd 08sept 2015 ni di kajang...
gemuruh gak walau sekarang ni mmg sy penjawat awam di SuK Selangor..

apa apa pun... terima kasih lagi sekali atas info yg berguna

September 1, 2015 at 8:59 PM

Temuduga tu brape lama eyh, sya dh dpat interview kat penjara kajang jga 6/9/15 ni, skrg ni dh dup dap dup dap, apatah lgi time temuduga nnt. Haha.. dh lah belum prnh prgi temuduga ni ..

September 3, 2015 at 4:32 PM

0135502976 add sya juga

September 3, 2015 at 4:36 PM

0135502976 add sya juga

September 3, 2015 at 4:36 PM

0135502976 add sya juga

September 4, 2015 at 4:30 PM

salam.. sis.. sy nak tye pegawai penjara kerja mcm mane ye?? terima kasih atas info.. =)

September 4, 2015 at 7:54 PM

Assalamualaikum, sy baru dpt pggln untuk temu duga jawatan ni. Boleh tak tolong masukkan sy ke dlm group whatsapp pegawai penjara ni. Boleh sy dptkan tips2 yg berguna dari abg2 kakak2 yg dah berpengalaman :)

September 4, 2015 at 7:54 PM

Assalamualaikum, sy baru dpt pggln untuk temu duga jawatan ni. Boleh tak tolong masukkan sy ke dlm group whatsapp pegawai penjara ni. Boleh sy dptkan tips2 yg berguna dari abg2 kakak2 yg dah berpengalaman :)

September 4, 2015 at 7:56 PM

Assalamualaikum, sy baru dpt pggln untuk temu duga jawatan ni. Boleh tak tolong masukkan sy ke dlm group whatsapp pegawai penjara ni. Boleh sy dptkan tips2 yg berguna dari abg2 kakak2 yg dah berpengalaman :) . 0179671637

September 4, 2015 at 10:33 PM

Aslkm w.b.t...besok 05/09/2015 saya dipanggil untuk menjalani sesi penilaian iv pancaindera & fizikal. Semoga success dikecapi. Aamiin & dapat jawatan pegawai penjara kx17 tersebut. Aamiin.

September 7, 2015 at 2:05 AM

Sy pn dapat panggilan dye ne, harap2 lulus dalam temuduga pemeriksaan fizikal 09/09 ne..kalau ade yg dt tarikh yg same, ble la tegur2 nanti..good luck u all..

September 8, 2015 at 9:16 PM

@Nurul Ainiassalamualaikum, nk tnya sikit cam mna nk buat resume pegawai pemjara kx 17 ehh,,,

September 9, 2015 at 8:28 PM

Huhuhuhu... selesai sudah sessi temuduga kx17 pagi tadi di penjara kajang... rata rata yg dtg smua umur 30 kebawah...rasa mcm pakcik2 je bila sy sorang je umur 37thn... tp apa apa pun.. alhamdulillah masih cergas dan berstamina dlm ujian kecergasan... plg best.. kami tak lari 2.4km disebabkan hujan lebat... just lari 10round dlm dewan je ambil masa 2mnt lbh jee...hehehehe... kpd rakan2 seplatun seramai 13org temuduga pagi tadi...good luck & sukses...

October 14, 2015 at 7:44 PM

Alhamdulillah... keputusan temuduga kx17 telah pun keluar pd 12oktober... dan hasilnya sy lulus... hanya menanti surat rasmi dr spa ttg perlantikan shj... klau tak dpt surat maka pencen kat SUK Selangor aje le gamaknye... hehehehehe

October 15, 2015 at 11:00 AM

Join group watsap. Nak tnya banyak ni. Sy berjaya temuduga. 013-3767080

October 23, 2015 at 2:37 PM

Assalamualaikum akak2 dan abang2 .. sy dpt pgilan temuduga 9/9/15 dan lulus ujian fizikal dan pancaindera .. pastu keesokannya ujian lisan .. sbln kmudian dpt keputusan.. alhamdulillah sy berjaya.. biasanya lame jgk ke surat panggilan lapor diri ?kalau sudi add sy dlm group whtsap jgk ye, 0139093220 .. sharing is caring .. terima kasih

October 23, 2015 at 2:41 PM

Alhamdulillah .. sy dapat pgilan temuduga 9/9/15 .. sy lulus ujian fizikal dan pancaindera .. keesokannya ujian lisan .. dup dap dup semua ada.. sebulan kemudian sy terima keputusan,alhamdulillah berjaya .. sy nk tanye,biasenya srt pgilan lapor diri tu lame ke cpt ??sekadar bertanya .. kalau sudi add sy jgk dlm gtoup whtsap ye 0139093230 .. terima kasih

October 23, 2015 at 2:42 PM

Assalamualaikum akak2 dan abang2 .. sy dpt pgilan temuduga 9/9/15 dan lulus ujian fizikal dan pancaindera .. pastu keesokannya ujian lisan .. sbln kmudian dpt keputusan.. alhamdulillah sy berjaya.. biasanya lame jgk ke surat panggilan lapor diri ?kalau sudi add sy dlm group whtsap jgk ye, 0139093220 .. sharing is caring .. terima kasih

October 23, 2015 at 2:43 PM

Assalamualaikum akak2 dan abang2 .. sy dpt pgilan temuduga 9/9/15 dan lulus ujian fizikal dan pancaindera .. pastu keesokannya ujian lisan .. sbln kmudian dpt keputusan.. alhamdulillah sy berjaya.. biasanya lame jgk ke surat panggilan lapor diri ?kalau sudi add sy dlm group whtsap jgk ye, 0139093220 .. sharing is caring .. terima kasih

October 24, 2015 at 3:40 PM

Salam.. nk tanye berapa bulan kat pulapen erk?

November 21, 2015 at 5:37 AM

SEWAKTU DI PUSAT LATIHAN MACAM2 JENIS HERDIK CACI MAKI YANG BOLEH KITA DAPAT. TAPI BILA SUDAH TAMAT LATIHAN MASUK BERTUGAS & BERDEPAN DENGAN BANDUAN, JANGANKAN NAK TARIK TELINGA, MAKI BANDUAN PUN X BOLEH. DUNIAWI...

November 21, 2015 at 5:38 AM

SEWAKTU DI PUSAT LATIHAN MACAM2 JENIS HERDIK CACI MAKI YANG BOLEH KITA DAPAT. TAPI BILA SUDAH TAMAT LATIHAN MASUK BERTUGAS & BERDEPAN DENGAN BANDUAN, JANGANKAN NAK TARIK TELINGA, MAKI BANDUAN PUN X BOLEH. DUNIAWI...

November 21, 2015 at 6:52 AM

Wassalam... sy pun dah dpt keputusan temuduga... berjaya... tp rasanya surat dr SPA tu lambat skit kot... mgkin 3bulan lepas berjaya temuduga... ataupun yg mana tak dpt panggilan tu akan diserap ke senarai simpanan... insya allah.. doa banyak banyak nnt dpt la panggilan tu... wujud lagi ke group wassap tu... kasi add tgk : 0113273.4814

December 7, 2015 at 11:00 PM

Sape g lapor diri 14/12/2015.....xtaw nk g lapor diri x..

December 11, 2015 at 9:47 PM

Sy buat penangguhan hingga 21hb utk lapor diri... ade tugas yg blom selesai dgn ketua jabatan
sape lapor diri ke simpang renggam kita sama...
Hehehehehehe

June 29, 2016 at 10:45 AM

salam smua 😄 seronok pula tngk cerita kamu ne hihi . ermm sy nak tanya sikit . panggilan spa ini biasanya selepas atau sbelum tarikh lahir ?

July 17, 2016 at 9:45 AM

Panggilan tu melalui email ka?

July 17, 2016 at 9:50 AM

Panggilan tu melalui email ka?

August 20, 2016 at 1:33 AM

Assalamualaikum, sy baru dpt pggln untuk temu duga jawatan ni. Boleh tak tolong masukkan sy ke dlm group whatsapp pegawai penjara ni. Boleh sy dptkan tips2 yg berguna dari abg2 kakak2 yg dah berpengalaman.:)tq.
0177256450

August 20, 2016 at 1:36 AM

Assalamualaikum, sy baru dpt pggln untuk temu duga jawatan ni. Boleh tak tolong masukkan sy ke dlm group whatsapp pegawai penjara ni. Boleh sy dapatkan tips2 yg berguna dari abg2 kakak2 yg dah berpengalaman :)tq.
017-7256450

August 20, 2016 at 1:39 AM

Assalamualaikum, sy baru dpt pggln untuk temu duga jawatan ni. Boleh tak tolong masukkan sy ke dlm group whatsapp pegawai penjara ni. Boleh sy dptkan tips2 yg berguna dari abg2 kakak2 yg dah berpengalaman.:)tq.
0177256450

August 20, 2016 at 12:04 PM

Add sy skli..bnyak nak tnya niem..0139069775

August 20, 2016 at 12:05 PM

Sy da dpt..nk tnya bnyk ni..0139069775

August 20, 2016 at 12:08 PM

Add sy skli..bnyak nak tnya niem..0139069775

September 9, 2016 at 9:58 AM

Sya bru lepas temuduga 6/9/16...brapa hri nk tggu result keluar

October 14, 2016 at 5:46 PM

Cam ne result..berjaya ke?

October 14, 2016 at 5:46 PM

Cam ne result..berjaya ke?

October 19, 2016 at 3:38 PM

add sy sama, moga dapat mbantu..0179747895

November 10, 2016 at 10:51 PM

Sy dah dpt lantikan tetap..sapa2 yg berjaya nk msk group ws bleh la..

November 10, 2016 at 10:51 PM

Sy dah dpt lantikan ttp..sape2 yg dah kt sini dah dpt lantikan tetap.

November 11, 2016 at 3:11 AM

6hb september sy hadir tmuduga pgwai pnjara ka19 and pada 10/10/16 result keluar tapi tak mengecewakan sbb dpt jgk calon simpanan walaupun xdpt lantikan tetap..sy sntiasa update dgn spa utk tgok status alhamdulillah sbulan lepastu status sy tukar ke lantikan tetap..skrg mgkin kena tnggu surat panggilan dr spa

November 11, 2016 at 3:11 AM

6hb september sy hadir tmuduga pgwai pnjara ka19 and pada 10/10/16 result keluar tapi tak mengecewakan sbb dpt jgk calon simpanan walaupun xdpt lantikan tetap..sy sntiasa update dgn spa utk tgok status alhamdulillah sbulan lepastu status sy tukar ke lantikan tetap..skrg mgkin kena tnggu surat panggilan dr spa

November 12, 2016 at 12:59 AM

Add saya jgk boleh ?? 0194192924

November 12, 2016 at 1:00 AM

Add saya jgk boleh ?? 0194192924

November 12, 2016 at 1:01 AM

Add saya jgk boleh ?? 0194192924

December 10, 2016 at 9:06 PM

Add sy jgak.0134203527

December 10, 2016 at 9:06 PM

Add sy jgak.0134203527

February 1, 2017 at 10:28 PM

Add saya juga 01120842584

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome