13 September 2014

Blogger: Liebster Award

Assalamualaikum...

Blogger: Liebster Award

Syarat-syarat : 
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer 11 question asked
  • Nominate 11 other bloggers with a small following but with a lot of potential
  • Create 11 of your own question for them to answer
  • Notify your nominate
Sebelum ini dah ada rakan-rakan blogger yang sudah tag nama saya untuk menyertai segmen ini, namun kerana kekangan masa, saya tak dapatlah untuk menyertainya. Maaf ya, rakan-rakan blogger yang tag hari itu. 

Baru kali ini ada kesempatan untuk join sekaki. Jadi terima kasih kepada Blogger inlove-wanda atau lebih dikenali sebagai Cik Adda kerana sudi menjemput saya untuk menyertai segmen ini. p/s : Rasa macam tak boleh bla je ayat "sudi menjemput" itu. Macam dijemput untuk buat ucapan perasmian majlis je ayatnya. Formal terlebih..T__T 

Terimalah jawapan-jawapan ini dengan redha ya. Kalau ada yang rasa macam merapu dan mengarut itu, terima lah juga, walaupun tak dapat terima. hehehehe. Gurau-gurau je ya.


1. Orang pertama & terakhir yang ada dihati anda ?

- Of course, kekasih hati saya di dunia dan akhirat ini. Umi dan arwah ayah. Yang pertama dan terakhir. Tiada galang ganti dah kalau dah hilang kan. Jadi hargailah mereka selagi mereka masih ada disisi kita. Utamakan mereka dari yang lain bermaksud selepas Allah, Nabi..merekalah utama dalam hidup kita kan. Kalau dah kahwin, ada tanggungjawab lain pun tetap kita ingat mereka.

2. Motif utama korang jadi blogger ?

- Mula-mula blogging ini sekadar suka-suka. Ikut cikgu, sibuk cikgu Sivik saya cerita pasal blog, saya pun terfikirlah nak buat blog. Jadi motif utama dulu-dulu sebab suka-suka. Sekarang, motif dia dah terarah ke arah yang berbeza pula. hehehe. Jadikan blog ini sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan, walaupun tak banyak, alhamdulillah lah ada daripada tak ada langsung. kiranya sambil menyelam minum air lah. Tapi jangan sampai kembung dan buncit ya, tertelan air banyak sangat. Bahaya juga kan. hehe. Mengarut je si Aini ini kan. T___T

3. Bila kali pertama korang bercinta ?

- Bercinta dengan siapa ini? Lelaki ke perempuan? erk!!.Istilah cinta ini juga cukup meluas jadi kalau nak ikut pertama kali jatuh cinta dengan umi dan ayahlah. Dari situ kita kenal makna cinta, ibu dan bapa kita yang ajar kita erti cinta iaitu mengenal Allah terlebih dahulu. So, first love saya ibu bapa saya. Kalau "puppy love" ini banyak syok sendiri je. hehe. Suka suka gitu dan diam-diam je. Suka bukan cinta kan. Banyak tafsir makna cinta ini. Suka dan cinta berbeza kan?

4. Cita-cita kamu untuk menjadi seorang ?

- Cita-cita? Wah ini memang banyak. hehe. Sampai tak tertunai-tunai cita-citanya. Paling mudah, cita-cita saya moga saya mampu menjadi seorang yang berguna untuk dunia dan di akhirat. InsyaAllah..amin!

5.Kenapa korang letak domain korang macam tu ? 

- Sempena nama saya dan ayah. Nurul Aini binti Mohammad Zakaria jadi lah AiniZakaria.my. Senang nak ingatkan? Lagi pun nama sendiri, tak lah lupa. Maklumlah dah tua ini makin cepat lupa. T__T

6. Kepentingan agama, bagi korang ?

- Sangat-sangat penting. Agama tunjang kehidupan. Bila kita tak ada agama, kita tak ada panduan hidup. Tak ada panduan hidup, perjalanan hidup kita sia-sia. Rugi dan tiada makna. Macam lagu Najwa Latif. Hilang kemudian kosong tiada erti. Zero dan sifar. Agama pelengkap hidup.

7. Impian ?

- Ini lebih kurang macam cita-cita juga ini. Banyak sangat ini. hehe. Melampaukan si Aini ini. Buat masa sekarang impian saya, saya nak capaikan apa yang saya cita-citakan. Bantu umi, adik-adik. Moga Allah permudahkan segala urusan tersebut.

8. Pendapat korang tentang blog CIK ADDA ?

- Cantik dan kemas. Blog tersusun, font pada bahagian entry pun senang nak dibaca. Loading blog, pun okay. Blog Cik Adda ini ada lagu tapi sebab Cik Adda letak button itu di bahagian atas dan mudah di lihat jadi tak ada masalah lah, kalau orang tak suka nak dengar. Boleh stop je. Tapi saya suka lagu itu. hehe. Lagunya bertajuk First Love oleh Utada Hikaru. Penyanyi Jepun. Lagu ini mesti ramai yang tahu kan sebab selalu keluar dalam drama-drama. Instrumental dia pun selalu dengar dalam drama-drama Melayu kita. Jadi secara keseluruhan blog Cik Adda, tiada masalah. Terbaik! ^___^

9. Pandai memasak ?

- Nak kata pakar itu tidaklah, tapi boleh lah. Paling suka bab makan-makan ini. No 1. Paling suka masak Nasi Ayam, Laksa, Bihun Sup, Bakso, Kek Coklat Moist dll. Hehe..ini kalau senarai sampai ke sudah tak habis. Bila sebut pasal makanan tiba-tiba perut rasa lapar, siap buat lagu katak kembung katak kempis dah ini. Kejap lagi nak pergi makan lah. hehehe.

10. Bila nak mendirikan rumah tangga ke dah mendirikan rumah tangga bila ?

- Rumah tak ada, tangga apatah lagi. hehehe. Bila? Ermm..tidak dapat diketahui lagi.

11. Kalau ada anak, nama apa korang nak letak ?

- Nama yang bermakna dan senang nak di ingat, ditulis dan disebut berserta ringkas dan padat. Misalnya, Aisyah Humaira ke? Sedap di dengar kan.

Tamat sudah 11 soalan yang diajukan. Berpeluh-peluh ketiak, habis basah lenjun baju nak jawab soalan-soalan ini. Mencabar betul ini. Kalah UPSR bocor..hehe. Jangan marah ya Cik Adda ya, gurau-gurau je. Oleh itu, tibalah masanya untuk saya mencari dan mengagau-gagau mangsa baru untuk ditag. Calon-calonnya adalah :
  • http://supersagaaaa.blogspot.com/
  • http://timmbill91.blogspot.com/
  • http://happyirfa.blogspot.com/
  • http://mamamursyid.blogspot.com/
  • http://sweetsour93.blogspot.com/
  • http://www.cikcyda.com/
  • http://athirahdiyana87.blogspot.com/
  • http://sipolanmelihatawan.blogspot.com/
  • http://www.mizruha.com/
  • http://lissa-lissalalissa.blogspot.com/
  • http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/
Soalan-soalanya :

  1. Makanan kegemaran anda dan kenapa suka makan makanan itu? 
  2. Apa maksud cinta pertama bagi anda? T__T
  3. Kejadian yang anda rasa " AH....malunya!!!" sambil hentak-hentak kaki?
  4. Pencapaian yang anda rasa TERBAIK! yang pernah anda lalui dalam hidup anda?
  5. Kata-kata semangat untuk mereka yang sedang dilanda ujian hidup. Misalnya UPSR Bocor? - Contoh : Tabahlah adik-adik. Zaman akak dulu, selalu je dengar SPM bocor, PMR Bocor, UPSR Bocor..tapi kenapalah sekarang riuh dan heboh? Oh..internet dihujung jari kaki ya. (Apa punya jawapan ini? Abaikan! T__T) Usaha dan cuba buat yang terbaik lagi adik-adik. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
  6. Bila anda mula berblog dan kenapa?
  7. Blog !Aini Zakaria ini berat macam tong dram tak? 
  8. Suka baca blog yang macam mana? Resepi ke? Humor ke?
  9. Kerap ke update blog?
  10. Idola anda siapa dan kenapa pilih dia?
  11. Tak tahu dah nak bagi soalan apa ini. Ermm..rasa-rasa esok nak masak/makan apa? hehehe.
Tahniah dan mohon maaf sebab saya pilih kakak-kakak dan adik-adik semua ya. Kalau ada masa, jemputlah join ya. ^___^ Mohon maaf juga kalau soalannya agak merapu. Kalau rasa malas nak jawab panjang-panjang, pendek-pendek pun boleh je. hee..

Selamat menjawab.



5 comments

September 14, 2014 at 8:42 PM

aini...
rindunya kat aini...
rindu nak merepek kat blog...
dah lama kak ruha berhenti menulis ni...
huhu...

ni pun sempat singgah sebab nampak kat fb...
kalu x, xsempat pun nak singgah...
sorry aini... -_-"

*komen xde kaitan ngan entry aini... hahaha...
apa2 pun thanks tau sebab ingat kat kak ruha yang dah lupa diri ni...

September 14, 2014 at 11:16 PM

@miz ruha Kak ruha!!!!!!!!!!!! Rindu gila gila dekat akak. Kebetulan waktu buat entry ini memang teringat dekat Kak Ruha..dalam hati..alahai, rindunya dekat akak.

Dah lama tak berborak dengan akak dalam blog. Rindu. hehehe. Saya update blog, ikut mood kak. Tak ada mood berbulan-bulan saya tinggal. Akak jomlah kita aktif macam dulu lagi nak.

Rindulah. Dengan @Hatimi..lagi mendiamkan diri. Sunyi je. Sepi berblog sekarang kak. Tak semeriah dulu. Saya pun dah malas nak update blog dan blogwalking. Rasa nak berborak panjang ini.

September 15, 2014 at 9:18 AM

tq ye aini...well cam best je baca enrty arini....know more about u...hihi.

September 15, 2014 at 9:18 AM

tq ye aini...well cam best je baca enrty arini....know more about u...hihi.

September 16, 2014 at 2:27 PM

hai anda ditag :) http://sebabakusabrina.blogspot.com/2014/09/liebster-awards.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome