09 June 2012

Disable Right Click dan Open Source? Berbaloi ke?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.

Topik hari ini adalah Disable Right Click dan Open Source? Berbaloi ke? Mari kita bincang sama-sama ye.

Tahu kan apa itu disable right click, iaitu satu proses di mana menghalang seseorang atau sesebuah komputer itu daripada menggunakan right klik pada tetikus atau anda semua panggil mouse itu. Kebanyakan blog-blog masih menggunakan trick ini.  Sebabnya nak lindung blog mereka daripada di copy, tidak kiralah sama ada copy entry atau pun gambar.

Persoalannya?

Adakah berkesan?

Ya, tapi bukanlah 100 % kerana ada lagi cara untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk menyalin atau 'duplicate'  atau perkataan yang anda benci iaitu COPY (bukan kopi tau.. hehe) entry atau gambar di blog anda. Caranya? Oh, tak nak lah kongsi sebab nanti habis semua marah saya..hehe. Anda semua kan bijak pandai daripada saya. Mesti lagi tahu kan.

Lagi satu, disable right click is annoying. Maaf kepada sesiapa yang terasa sebab nak buka new tab pun susah. Memang lah boleh guna CTRL + T,tapi sakit tahu tak. (Opss..teremosi lebih pula) Lebih-lebih lagi blog yang ada tutorial. Orang nak copy tutorial tu menyakitkan tau. Bukan saya kata tapi orang lain kata. Termasuklah blogger yang famous dari Singapura, Kitty. Saya faham anda semua tak nak ada orang yang curi entry atau gambar anda tu kan kan.

Tapi anda semua nak tahu tak copycat kata apa(Saya baca dekat CBox) :

  • Kalau tak nak orang copy kenapa letak kat internet. 

Blogger balas apa?

  • Suka hati aku lah blog aku bukan blog kau.
Komen? No comment.

Penyelesaian?

- Kalau yang pasal entry tu saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kalau gambar yang anda nak post dekat blog, jalan penyelesaian, yang ada hanyalah dengan menempek watermark besor-besor supaya orang susah nak copy? Kalau freebies? Alamak? dah kata free and it's means percuma. Jadi? Fikirlah mana yang patut..haha..Teruk betullah Aini ini.


Lagi?

Daftarkan hasil kerja anda itu dibawah Hak Cipta. Tapi kenalah pastikan bahawa itu adalah hak anda dan hendaklah unik. Sebagai contoh, anda buat nasi lemak bersama telur gajah. Unik kan, tak ada orang buat lagi. Jadi bolehlah di daftarkan dibawah Hak Cipta yang dipelihara. Kalau tak unik? Sila mimpi. hehe.. By the way, gajah bertelur ke? T___T

Keterangan lanjut > http://www.myipo.gov.my/


Itu pendapat sayalah yang masih cetek ilmunya..huhuhu..

Pasal disable open source?

Tahukah anda semua bahawa disable right click ini menambahkan lagi perasaan ingin tahu seseorang atau copycat atau pig atau dog dan macam-macam lagi lah. Banyak sudah gelaran yang diberi.

Dan terbaca satu artikel dari laman mana saya tak ingat sebab dah lama. Tak ada bukti nak tunjuk. Tapi nak cakap juga,  kalau  dekat US sana siap ada akta untuk disable right click. Artikel tu lama dah. Betul kan jika saya salah. 

Quote ini dapat daripada sini.

You can't hide anything online!
However, you can make it harder to steal, but, this only work for newbie!
1) At www.swishzone.com you can build flash without knowing flash, very simple, and yes, you can even crack it!
2) Source codes are everywhere, you can hide it, but then there will always be another site out there. "if you are good at it, then why bother to hide!"
3) Even if you put it in css or jsp people can still download the whole thing and open it.
4) If i want to steal a picture, I can use the printscreen command on my keyboard!
So there is nothing to hide alright!

Cara lain untuk melindungi soding opss, code atau coding blog anda daripada di curi ialah dengan :


  • Encode coding anda itu sedikit sebanyak dapat memeningkan orang yang nak curi itu. Kalau pakar yang curi? Kata pakar takkan mencuri..huhh, tak payah jadi pakar lah kalau macam itu.
  •  Jangan ada pemisah atau space pada coding itu, jadikan di panjang berjela-jela. Susah kot kalau nak baca  coding yang berserabut dan tak teratur. Jadi anda buatlah coding anda tu berterabur..hahaha. Pasti copycat itu menyampah sebab pening. Dua kali dah pening. Dan akhirnya pergi meninggalkan blog anda begitu sahaja.
Itu hanyalah sekadar pendapat saya sahaja. Pada sesiapa yang ada pendapat yang berbeza silalah kongsi ye. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome