07 June 2012

Follower yang Ke-100

Assalamualaikum dan selamat malam dunia.

Malam ini nak buat review ringkas pasal follower saya yang ke-100 iaitu si manis yang diberi nama Anamizu atau Cik Ana.  Tahniah Cik Ana jadi follower yang ke-100. Saya buat review ini kerana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Ana kerana sudi menjadi berlian aka follower blog saya. Sekian lama saya tutup blog saya, kemudian buka semula dan bertambah follower kepada 100 orang. Terima kasih semua. Juga kepada follower saya yang lain juga.  

Baiklah ini lah review mengenai Cik Ana. Pemilik blog Diari Kecilku dengan tagline bukan sekadar catatan. Waaa, nama blog pun dah comel. Ini screenshot nya.(Cik Ana, saya copy ye.)



Blognya yang simple, kemas dan sangat-sangat lah comel dan sweet macam tuanya. Blog Cik Ana ini menyajikan anda dengan pelbagai cerita menarik.


Sedang menyelongkar blog Cik Ana ini terjumpa satu biodata ringkas tentang beliau. Cik Ana jangan marah ye, saya selongkar blog Cik Ana. Orangnya suka makan. Hehehe..Sama macam sayalah. Kuat online, pun macam saya dan sukakan photography. Haa, ini pun sama.Saya suka ambil gambar orang..kihkihkih...Haish, ini review Cik Ana ke review saya ini. Merepek sudah. 

Baiklah, saya nak kata saya suka blog Cik Ana atau Anamizu ni. Header comel, blog ringan, mata pun tak sakit bila tengok. Huh bukan macam blog saya, serabut. Blognya cantik dan kemas, ala sebenarnya nak cakap geramlah tengok blog Cik Ana ni. Haa..puas hati. Apa-apa pun cepat-cepatlah terjah blog Cik Ana ini. Memang cute.  Jadi serbu blog Cik Ana sekarang. Okay, itu saja, bye-bye. Wassalam.


p/s : Cik Ana, kalau boleh nak tanya kenapa panggil Anamizu ye. >_<

3 comments

June 7, 2012 at 8:08 AM

hai aini ! wahhhhh eksaited cik ana bile aini ckp ade buat review psl blog cik ana..hehe.. blog aini lg comel tau..sweet je soft pink nye..suke3!! Trime kaseh aini sbb review blog cik ana ^__^







luv,
cik ana

June 7, 2012 at 8:10 AM

"Cik Ana, kalau boleh nak tanya kenapa panggil Anamizu ye" <-- nama ni ekceli nama kat fb cik ana.. ANAMIZU KAITO = wanita berjiwa kental in japanese.. kata sorang kwn cik ana la..so tu yg cik ana decide gune nama ANAMIZU KAITO =)

June 7, 2012 at 10:15 AM

Hi..hehe..terima kasih juga sebab sudi datang jenguk blog usang nie. Sedap nama anamizu tu..suka :).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome