25 March 2014

MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi

Assalamualaikum...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Kepada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Allahuakbar, Dialah Maha Mengetahui melebihi pengetahuan kita.

Takziah buat ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370. Terkejut tak terkira rasanya, tv pula rosak tak dapat tengok berita terkini, nak tengok je kena live streaming. Buka Facebook  jam 2.30 pagi, ramai yang update pasal kehilangan ini sudah disahkan oleh PM kita. Terpinga-pinga rasanya dengan perkataan "berakhir"?  Ya Allah, walaupun tak ahli keluarga yang terlibat kita pun turut merasai kesedihan mereka. Apatah lagi keluarga mangsa nahas ini. Allah..lemah sungguh diri ini.

Malah dikhabarkan juga, seramai 529 saudara islam kita iaitu Ikhwanul Muslimin di Mesir pula dijatuhkan hukuman mati.  ZALIMNYA MEREKA!! Allah...Allah..Allah, Ya Allah. UjianMu Ya Allah. Lemah lutut tak mampu berdiri. Longlai tangan tak mampu menulis. Allahuakbar. 

p/s: Pendapat saya, selagi tak temui bangkai pesawat, selagi itu kita tak boleh putus harapan. Teruskan berdoa. "Berakhir"? hanya meneruskan tanda tanya.


1 comment

March 25, 2014 at 8:01 AM

betul tu...teruskan berdoa...yang penting mendoakan kesejahteraan dan kebaikan mereka...selebihnya, letakkan kembali kepada Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome