31 July 2014

CPUV - Xperia Z2 Launch

Assalamualaikum...

CPUV - Xperia Z2 Launch

CPUV kali ini mengenai smartphone iaitu  Xperia Z2 Launch. Musim raya ini, memang  blog agak sunyikan. Blog visitor pun merundum jatuh, UV jatuh amount CPUV pun jatuh..hehe. Tapi sekurang-kurangnya, ada juga rezeki dapat satu CPUV baru kan. Ramai rasanya dapat CPUV ini, cuba check akaun Nuffnang masing-masing. ^___^


Lihat juga :

Tutorial | Cara Mendaftar 8share
Tutorial | Cara Menggunakan 8share
Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

HSBC tutup akaun orang Islam yang menyokong Gaza

Assalamualaikum...

HSBC tutup akaun orang Islam yang menyokong Gaza

HSBC bank has written to Finsbury Park Mosque and other Muslim organisations in the UK to tell them that their accounts will be closed.
Berita lebih lanjut disini.

Walaupun perkara ini berlaku di UK. Tapi HSBC Malaysia tetap adik beradik dia kan. Ada "pertalian darah "juga kan. Nasib baik tak ada akaun HSBC, sebab bank ini memang tak best pun. Dekat tempat saya ini lah..yang tak bestnya. Bank HSBC dekat tempat saya ini pun antara bank yang agak sunyi dan sepi dari orang ramai kecuali musim dapat gaji, ramai lah kot. Kalau tidak memang tak ada orang, kosong je kecuali pak cik pegawai keselamatan dan juga pekerja-pekerja bank.

Tapi satu problem, bila guna Nuffnang, check menggunakan HSBC. Alahai..

Jadi pada seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya yang menyokong kemanusian, bolehlah atau digalakkan untuk menutup segala jenis akaun di HSBC. Kalau macam pelajar luar negara misalnya di Arab itu agak susah nak tutup akaun sebabnya HSBC saja yang ada dan boleh digunakan. Tak apalah, nak buat macam mana kan.

Tapi bagi kita yang tinggal di Malaysia, banyakkan pilihan bank tempatan dan bercorakkan Islamik. Bank Islam ke? Tabung Haji ke? Tabung Haji lagi best tau, kalau dapat dividen, fuhh..banyak. Adik saya pun dalam bank tabung haji cuma ada RM50 wakktu mula-mula buka akaun, lepas itu dia tak aktif dah. Dalam tahun ini juga rasanya, kononnya nak tutup akaun lah, dah tak nak guna. Tup-tup kemaskini baki, wang dalam akaun Tabung Haji ini, ada dalam RM70++. Terus tak jadi tutup. hehe. Banyakkan dividen dia. Untung kan.

Bukanlah satu paksaan untuk anda menutup akaun, tapi saya sendiri pun terasa dengan tindakan biadap HSBC UK ini. Ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa. Salah ke kalau kita mendokong kemanusiaan dan keamanan? Boikot bukan satu paksaan tapi pilihan. Itu hak anda, tiada siapa paksa. Jadi buatlah pilihan yang boleh membahagiakan kita dan saudara-saudara kita.


Dapat teka tak perkataan ini?

Assalamualaikum...

Dapat teka tak perkataan ini?

Apa yang anda nampak? 2 in 1 lagi tau. Tahu tak apa dia?
Tulis di ruangan komen ya. ^___^


30 July 2014

Power Plant Gaza dimusnahkan

Assalamualaikum...

Power Plant Gaza dimusnahkan

Bukan sahaja hidup menderita dan kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga dan saudara mara tersayang malah hidup mereka semakin sulit. Minggu lalu hilang sumber air, kini hilang sumber bekalan elektrik. Satu-satunya power plant yang membekalkan tenaga elektrik di Gaza, musnah diletupkan oleh si zionis Israel. Laknat Allah ke atas mereka, Laknatlah Zionis Israel. Allahuakbar. Berat sungguh ujian untuk saudara kita disana.

Kalau kita sendiri yang alami perkara ini. Allah, lemahnya semangat..derita saja yang dirasakan. Kalau saya putus harapan dah agaknya. Tapi mereka dalam derita tetap bersemangat untuk terus berjuang. Tidak pernah putus harapan, berjihad di jalan Allah mempertahankan tanah air milik mereka dari dirampas oleh pengganas dan penjajah Israel. Kuatkan semangat mereka. Moga semangat mereka jadi contoh buat kita terutama buat diri saya sendiri.


Power Plant Gaza dimusnahkan

Power Plant Gaza dimusnahkan

Kini mereka bergelap. Meskipun sebelum ini power plant tersebut hanya mampu bertahan selama 8 jam sehari tapi sekurang-kurangnya, dapat jugalah mereka merawat mangsa-mangsa kekejaman zioinis ini di hospital kan. Tapi sekarang. Allahuakbar..mereka bergelap. Macam mana nak rawat mangsa? Kesiannya mereka. Allah..Bayangkan kerosakan power plant ini tak dapat dibaiki dengan cepat dan sekurang-kurangnya mengambil masa 1 tahun untuk di baik pulih. Allahurobbi..kita hidup sekejap sahaja tanpa elektrik tanpa air, bagai cacing kepanasan kan. 

Macam manalah mereka. Deritanya, Ya Allah. Sesungguhnya Allah lah satu-satunya tempat untuk kita berlindung dan meminta pertolongan. Moga Allah memudahkan segala urusan mereka. Moga Allah memberikan kemenangan kepada Al-Qassam. Moga Allah menghancurkan tentera-tentera zionis Israel dengan bantuan dari tentera-tentera Allah. PASTI kemenangan milik kita.

Maafkan kami Palestin,
Sedang kalian berjuang di medan jihad,
Kami hanya pandai berjuang di medan cyber.

Maafkan kami Palestin,
Sedang kamu diganyang Israel,
Kami sedang bertekak sama ada hendak boikot atau tidak barang israel

Maafkan kami Palestin,
Sedang rakyatmu bermati-mati berjihad dan berjuang,
Ada ulama muda di tempat kami yang memperlekeh jihadmu.

Maafkan kami Palestin,
Sedang anak-anak kalian berhadapan bedil, peluru dan meriam,
Anak-anak kami pula sedang sibuk dan riang gembira memancarkan mercun dan bunga api ke udara.

Maafkan kami Palestin,
Sedang ibu-ibu kalian menangisi anak-anakmu yang syahid,
Ibu-ibu kami sedang meratap anak-anak yang putus jari putus tangan.

Maafkan kami Palestin,
Sedang anak remajamu dilatih menyertai Briged Al-Qasaam,
Anak-anak remaja kami berebut-rebut menyertai Akademi Fantasia.

Maafkan kami Palestin,
Hanya ini yang aku mampu,
Menulis merintih mengenang nasib diri sendiri.
Sungguh, maafkan aku Palestin. Maafkan aku. 

PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM DUNIA. DIMANAKAH ANDA? BUTAKAH MELIHAT KESENGSARAAN SAUDARA SEAKIDAHMU. Teringat hari itu tengok dekat tv, kata-kata seorang mak cik di Gaza yang menangis sambil berkata "Pemimpin-pemimpin Arab patut malu bila lihat keadaan Gaza sekarang. MALU!!" Tunggulah pembalasan Allah di akhirat kelak, kerana kebisuanmu itu telah mengakibatkan saudara seakidahmu menderita. Allah pasti membalasnya. 

#FreePalestine #PrayForGaza #GazaUnderAttack #BoycottIsrael

Wordless Wednesday #30 : Neraka dunia?

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #29 : Neraka dunia?

New photo from Gaza today looks like actual hell on earth. (Sumber)

Ya Allah, tergamam kan tengok gambar ini. Allahuakbar #PrayForGaza #FreePalestine 


28 July 2014

Solat sunat Aidilfitri di Gaza

Assalamualaikum...

Al-Qassam bersetuju untuk lakukan gencatan senjata sempena menghormati Aidilfitri. Syukur, Alhamdullilah. Gembira tengok gambar ini. Rasa beremang bulu roma, bila tengok umat Islam di sana tetap berdiri teguh, bersatu dalam apa jua keadaan. Sempat juga mereka menunaikan solat sunat Aidilfitri. Dalam gembira mereka terselit duka. Walaupun apa pun, Al-Qassam tetap berhati-hati dengan si zionis yang sememangnya kita ketahui tak boleh tepati janji.

Solat sunat Aidilfitri di Gaza

Gambar menunjukkan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Aqsa. (Kredit gambar - Aman Palestin)

Semoga Allah menangkan hambanya yang tidak berputus asa. InsyaAllah, PASTI dengan izinNya. Allahuakbar. Islam pasti menang. Selamat Hari Raya Gaza terutama buat saudara-saudara ku yang tercinta. Semoga kalian kekal tabah dan bersemangat menghadapi dugaan besar ini. Terima kasih atas pergorbanan mu mempertahankan tanah suci milik umat Islam ini. <3

#PrayForGaza #FreePalestine

27 July 2014

8 Sunnah Rasulullah Pada Hari Raya

Assalamualaikum...

Seronoknya, kita yang dipilih untuk menjadi umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W ini kan. Ya lah, tak putus-putus agama kita dan junjungan mulia nabi kita ini menyuruh kita membuat kebaikan untuk terus dapat pahala. Sudah bulan Ramadhan, kita ke bulan Syawal. Kita boleh juga dapat pahala dengan terus mengamalkan segala-segala sunah-sunah Rasulullah S.A.W ini.

Apa yang kita boleh lakukan pada hari raya esok? Jom kita lihat antara Sunnah Rasulullah yang boleh kita lakukan ketika Hari Raya.

8 Sunnah Rasulullah Pada Hari Raya



Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya (Aidilfitri). Maaf dihulur untuk semua pembaca mahupun rakan-rakan blog saya. Mohon maaf ya jika ada keterlanjuran kata dalam setiap penulisan saya. Pada rakan-rakan blog juga, mohon maaf kalau ada kesilapan tutur kata saya ketika saya komen mengomen di blog anda ya. Saya manusia biasa yang terlalu banyak kekhilafan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Salam Aidilfitri 2014


Terimalah pantun express dari saya ini, hehe :


Kuih bangkit atas almari,
Enak dimakan di pagi hari,
Inginku susun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. ^___^




26 July 2014

Gembira dan derita kita berbeza

Assalamualaikum...

Allahuakbar, sedihnya, hibanya rasa hati melihat bagaimana keadaan anak kecil ini kehilangan ibunya tercinta sebelum beliau sempat membuka mata melihat dunia.

Bayi Shaima lahir 10 minit selepas ibunya syahid

Bayi ini diberi nama Shaima sempena nama ibunya yang syahid selepas mengalami kecederaan parah akibat serangan udara pihak Zionis Israel, laknatullah. Doktor Gaza sempat menyelamatkan bayi ini. Bayi Shaima ini sempat dilahirkan, 10 minit selepas ibunya meninggal dunia. Allahuakbar..sedihnya. 

Kita tinggal esok saja nak berpuasa, lusanya dah raya. Tapi mereka, menderita. Allah..rasa down sangat. Tak ada mood nak raya bila memikirkan nasib saudara kita di sana. Kita gembira, mereka derita. Allah..banyak kali mengeluh. Tak baiknya kan. Tak apalah, kita sambut kemeriahan raya dalam kesederhanaan saja lah kan. 

Baby Shaima, your arrival was not beautiful but your survival will be <3

Bunyi mercun di Malaysia tanda "keseronokkan" bagi sesetengah orang, tapi bagi saya ianya satu kesengsaraan, pembaziran dan macam-macam lagi. Dentuman kuat dari mercun itu mampu menggegarkan rumah-rumah dikeliling. Agaknya mereka ini main mercun apa ya? Dahsyat betul. Tak tahu ataupun tak risau langsung dengan keselamatan sendiri apatah lagi orang lain. Selamba "badak" saja baling "bom" depan rumah orang.

Orang di Gaza, ketakutan dengan bunyi-bunyi dentuman kuat ini sebabnya mereka tahu mereka bakal kehilangan keluarga, hilang rumah, hilang air, hilang elektrik dan macam-macam lagi. Pelik! orang kita suka. Meraikan perayaan iaitu kemenangan orang Islam dengan cara membazir dan membahayakan nyawa. Maaflah siapa yang terasa. Tapi saya saat menulis entry ini, saya rasa sangat geram dan marah. Dari saat berbuka puasa sehinggalah ke pagi buta, di tempat saya ini tak habis-habis dengar bunyi mercun. Dari bulan puasa sampailah nak raya, jangan haraplah nak berhenti. GERAMNYA!!

Ramadhan usah pergi

Assalamualaikum...

Tak sangka kita dah hampir sampai ke penghujung bulan Ramadhan. Tinggal 1 hari saja lagi untuk kita menyambut ketibaan bulan syawal kan. Macam mana persediaan raya? Baju raya, kuih raya..hehe. Dengar macam excited saja.

Saya tak buat pun baju raya, pakai yang lama-lama saja, baju lama pun dah banyak yang tak terpakai. Jimat sikit bajet raya kan. Tapi dalam kemeriahan dan kegembiraan yang bakal kita sambung pada Syawal ini, terasa kehilangan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan yang bakal pergi. Ya lah, bulan penuh dengan keceriaan ibadah itu bakal meninggalkan kita. Mesti rindukan.

Selain daripada bulan untuk kita kejar pahala dengan beribadah. Banyak kenikmatan dan keseronokkan yang tersendiri pada bulan Ramadhan, hehe..bukan sebab ada bazaar Ramadhan ya. Emm, tak tahu sempat atau tidak untuk kita jumpa Ramadhan lagi kan.

Bak kata lagu Maher Zain, Ramadhan " Ku harap kau terus bersamaku selamanya, Ramadhan...ku mohon usah pergi". Bakal merindui bulan Ramadhan.

24 July 2014

Fesyen Raya 2014 - Tudung Flower Hon

Assalamualaikum...

Fesyen Raya 2014 - Tudung Flower Hon


Wah..tak sangka, dalam banyak-banyak binatang, Flower Hon juga dijadikan pilihan nama untuk fesyen tudung raya tahun ini ya. Nama dia pun dah cantik, Flower..tapi Hon itu kurang sikit. Jadi orang ramai bolehlah mencuba fesyen tudung Flower Hon ini sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Unik dan menarik! Yang paling penting, semestinya pilihan tudung raya Flower Hon ini bakal menarik perhatian orang ramai untuk melihat betapa uniknya fesyen raya anda. Bolehlah catwalk sekali.

Mesti anda tertanya-tanya, fesyen tudung apalah Flower Hon ini kan. Tadaaa..


Fesyen Raya 2014 - Tudung Flower Hon

Hehehehehehe, menarik kan. Jangan marah ya. Gurau-gurau sahaja.

Hahahaha..sakit perut rasanya, bila ramai rakan-rakan di Facebook berkongsi gambar "Pesen Raya 2014" ini. hehehe. Macam-macam dia orang ini kan. Ada saja fesyen baru yang dikeluarkan setiap tahun menjelang musim perayaan ini. Tapi kalau nak cuba, boleh saja. Ada kelainan sikit kan, lagi menarik. 0__0


Cadangan waktu perjalanan bagi Lebuh Raya Pantai Timur

Assalamualaikum...

Siapa nak balik, Pahang, Kelantan mahupun Terengganu bolehlah mengambil kira cadangan waktu perjalanan ini. Cadangan waktu perjalanan sempena perayaan Aidilfitri ini dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Pantai Timur untuk memudahkan anda merancang waktu perjalanan. Faham-faham sajalah, bila raya ini, zon yang paling sesak adalah zon jalan raya. hehehe.


Cadangan waktu perjalanan bagi Lebuh Raya Pantai Timur



Rumah saya duduk ditengah-tengah daerah Bentong dan Karak, memang agak "malang" sikit, sebab kalau nak membeli belah di saat-saat akhir ini sememangnya tidak digalakkan. Ya lah, orang sibuk nak balik raya, kita sibuk juga nak beli baju raya, sengaja mencari pasal. Bandar Bentong waktu-waktu raya memang mampat. Kami yang duduk dekat sekitar sini pun tak boleh keluar.

Majoritinya nak pulang beraya ke Kelantan. Terengganu lalu highway Karak, selamat sikit..kalau Kelantan, ikut Raub, Lipis..huh..memang sesak. Lagi-lagi esok, Jumaat kan. Apa-apa pun selamat merancang perjalanan raya anda. Hati-hati di jalan raya. Banyak berselawat dan bersabar ketika memandu. Biar lambat, asal selamat. Ikuti semua peraturan jalan raya ya. Selamat Hari Raya. ^___^

Pasang surut putus asa

Assalamualaikum...

Kenapa pasang surut putus asa?

Putus asa ini kadang-kadang ada pasang surutnya. Kadang bila putus asa, rasa down sangat, lepas itu semangat balik, kemudian putus asa balik kemudian semangat balik. Kiranya putus asa ini ada pasang surutnya juga lah kan. hehehehe.

Putus asa cari kerja..ehh..hehehe. Macam-macam kerja cuba buat, tak jadi..down, kemudian semangat balik..kemudian down balik.

Macam menulis blog ini juga, ada pasang surutnya. Kadang terlebih semangat, terlebih idea nak menulis, hampir 10 entry dalam satu hari, kadang terpaksa ditahan-tahan nak publish entry, sebab banyak sangat. Tapi bila datang putus asanya, nak tulis satu entry pun, tak ada idea.

Putus asa, boleh tapi jangan terus putus..ehh..ada juga orang menggalakkan orang lain untuk putus asa ya. hehehe. Kadang itu putus asa perlu, jangan asyik nak terhegeh-hegeh je kan. Putus asa banyak jenis. Sudah-sudah, better stop tulis entry ini jika tidak makin "tak betul" pula orang yang membacanya.

Kesimpulannya, anda semua jangan pernah putus asa, kalau jatuh bangunlah. Jangan pernah rasa lelah dan letih untuk bangun. Kalau jatuh 100 kali, bangunlah 1000 kali. Sebab itu saya pilih tagline blog ini "Jatuh itu memang sakit, namun bangun itu perlu". Saat saya rasa jatuh, down..tak boleh nak bangun, saya cuba cari semangat baru untuk bangun semula. Jangan cari tempat bergantung lain, selain daripada Allah. Carilah Allah. Utamakan Allah. Ucapkan Alhamdulillah ketika senang, dan innalillah ketika susah. Dua-dua keadaan kita kena ingat Allah.

Teruskan bangkit walaupun ada 1001 halangan.


23 July 2014

Wordless Wednesday #29 : First Lesson

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #29 : First Lesson

First lesson, how to open cabinet drawer. hehe.

Kad Raya dari Kak Mialiana

Assalamualaikum...

Waa..seronoknya dapat kad raya ini kan..hehe. Ya lah semakin dunia maju, semakin budaya menghantar kad ucapan hari raya ini dilupakan. Last saya hantar kad ucapan raya waktu saya tingkatan 5 dulu. Dengan rakan-rakan sekelas. Kiranya dah 5 tahun juga saya tak hantar kad raya. Rindunya zaman dulu-dulu itu.

Alhamdulillah, nampaknya blogger-blogger sentiasa dan masih menghidupkan budaya menghantar surat ini kan. Kad raya ini ada sentimentel value nya yang tersendiri. Unik dan romantik gitu. Boleh disimpan dan ditatap lama-lama. Kad raya yang kawan-kawan bagi 10 tahun dulu, pun tetap simpan. Sayang nak buang. Mereka begitu berharga.

Kalau dengan SMS, emel dan sebagainya, ianya sangat mudah hilang, memory full dan sebagainya kan, susah nak simpan lama-lama. Dengan teknologi, rasa raya itu tak meresap dalam jiwa. Okay je sebenarnya kalau nak hantar e-card, tapi kad raya ada kuasanya sendiri. Ewah, melampau pula dengar bunyi meresap dalam jiwa itu. hehe. Tapi itulah keunikan kad raya, dapat menambat hati kita apabila membacanya.

Kad Raya dari Kak Mialiana


Beberapa hari yang lalu, ada menang Segmen Kad Raya oleh Mialiana.com. Ada rezeki untuk menang, dapatlah kad raya istimewa dari Kak Mialiana. Baru sahaja sampai, tengahari tadi. Terima kasih untuk Kak Mia kerana sudi menghantar kad raya untuk tahun ini. Hehe..suka sangat-sangat. Selamat Hari Raya Kak Mia. Maaf Zahir dan Batin.

Tips Membersih Ketuhar

Assalamualaikum...

Tips Membersih Ketuhar

Biasalah bila tiba musim raya ini ramailah antara kita yang mula peduli dengan ketuhar kan. hehe. Maklumlah, sebelum ini memang tak peduli atau jarang nak peduli keadaan ketuhar. Sekarang baru sibuk nak bersihkan ketuhar dan sebagainya. Nak buat kuih raya katakan. 

Kononnya target semalam nak buat kuih raya, last-last angan-angan taih ayam saja lah. Penat sangat, jadi cancel je lah nak buat kuih. Jadi semalam cuma bersihkan ketuhar yang nak digunakan untuk membakar kuih, insyaAllah malam ini jadi kot, nak buat kuih raya. Biasanya bila ketuhar dah lama tinggal, baunya adakalanya kurang menyenangkan. Kadang-kadang tak perasaan pun ada sisa-sia makanan yang kita masak dulu, tertinggal dalam ketuhar itu.

Sewaktu kita membersihkan ketuhar yang telah digunakan kebiasaannya akan ada sisa agen pembersih tertinggal pada bahagian dalam ketuhar. Agen pembersih ini ada kalanya menimbulkan aroma atau bau yang kurang menyenangkan. Mungkin juga boleh menimbulkan asap semasa memanggang atau memasak. Untuk itu, kita boleh mengakalinya dengan cara membersihkan ketuhar menggunakan kain yang direndam dalam campuran cuka air dengan kandungan 50-50 sebaik sahaja ketuhar dibersihkan. Langkah ini boleh membersihkan seluruh sisa baki agen pembersih. Haa..jadi bolehlah bersedia membakar kuih raya kita. Selamat mencuba.

22 July 2014

Selesai buat kuih Popia Simpul Serunding Daging

Assalamualaikum...

Target tahun ini, nak buat kuih raya sendiri. Kalau tak buat banyak pun dalam 3-4 jenis kuih jadilah. Biasanya tahun-tahun yang lalu beli je. Last buat kuih raya 4 tahun lepas, itu pun arwah ayah masih ada.
Sebab dulu mudah sikit nak cari bahan buat kuih, sebab tinggal cakap je, lepas itu kita buat rondaan dengan ayah. Yang keluar duit pun arwah ayah. hehe. Itu yang best, arwah ayah pun sporting, saya nak buat, ayah on je. Oh..rindunya dekat arwah ayah.

Popia Simpul Serunding Daging

Kuih raya yang pertama sekali siap adalah Popia Simpul Serunding Daging. Senang je nak buat kuih ini, sebab kulitnya guna kulit popia yang kita boleh beli di kedai atau mana-mana pasaraya. Senang je nak cari. Mesti ada punya. Cuma tinggal serundingnya sahaja kita masak. Serundingnya buat malam tadi, pagi tadi kakak beli kulit popia, petangnya dah boleh buat. Tadaa..dah siap. Mudah kan.

Kalau tak pandai buat serunding sendiri, boleh je beli serunding yang sudah siap dimasak. Dekat pasaraya pun ada jual kan. Tinggal simpul dan goreng je lah. Lagi mudah. Next target, malam nanti nak buat Biskut Dahlia tau orang panggil Biskut Semperit. Kemudian, nak buat Almond London dan dalam pertimbangan nak buat Biskut Dam dan juga Kek Marble. Emm, nak buat biskut apa lagi ya. Nak cari resepi buat biskut yang senang nak buat tapi sedap. Ada cadangan tak?

Tips nyalan lilin tahan lebih lama

Assalamualaikum...

Tips nyalan lilin tahan lebih lama
Sekadar gambar hiasan.

Biasanya kita guna lilin ini bila tak ada elektrik saja kan, tak pun untuk halau lalat dan sebagainya. Kita beli standard lilin lah kan, yang warna putih itu. Yang dalam gambar itu, cantik sangat..hehehe. Tetapi kebiasaanya lilin tersebut akan cepat mencair kan. Mari-mari saya kongsikan satu tips untuk membuatkan nyalan lilin itu tahan lebih lama. Tips ini saya dapat dari laman web Impiana Karangkraf. Banyak petua-petua yang menarik dikongsikan disitu.

Jadi bagi memastikan nyalaan lilin bertahan lebih lama, cubalah simpan lilin tersebut di dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum digunakan. Kemudian, cubalah guna dan lihatlah perbezaannya. Selamat mencuba ya.

Pemandu lelaki cuai

Assalamualaikum...

Tersentap kan baca tajuknya. Sabar-sabar. Jangan sentap-sentap ya. Pagi semalam, saya tengok MHI, ada dinyatakan, kalau tak silap saya lah ya. Negara Malaysia menduduki tangga ke-17 yang paling banyak merekodkan kadar kemalangan jalanraya di dunia. Emm, tinggi itu kan. Statistik yang dikeluarkan menyatakan bahawa pemandu lelaki cuai yang sering menyebabkan kemalangan. Alahai, lagi sentap. Memang bukan semua, tapi boleh dikatakan kebanyakkan daripada mereka memang cuai. Eh..ini lagi menyentapkan. Rasa nak naik angin je kan.


Pemandu lelaki cuai


Tak, tak semua. Yang baca ini semuanya pemandu berhemah dan bertimbang rasa. Sangat-sangat mementingkan keselamatan diri sendiri, keluarga mahupun orang lain kan. Tapi kebanyakkannya daripadanya cuai. Bukan yang baca ini, yang lain-lain. Yang duduk tempat lain..hehehe. Sentap lagi? Lagi mudah, sebenarnya lelaki dan perempuan pun sama je. Ada juga pemandu wanita yang cuai kan. Tapi nak buat macam mana, statistik yang dikeluarakan oleh pihak PDRM menyatakan bahawa, pemandu lelaki lebih cuai berbanding pemandu wanita. Hisap rokok, halakan putung rokok ke luar tingkap. Kemudian baling putungnya keluar. Perbuatan bahaya itu kan. Bukan semua. Contoh je.

Keratan surat khabar Harian Metro ini, kalau tak silap saya bertarikh 20 Julai 2014. Bolehlah baca detail dekat situ, mengapa dikata pemandu lelaki ini cuai. Bukan semua cuai, arwah ayah saya lelaki juga. Alhamdulillah, selama arwah ayah memegang lesen dan menjadi seorang pemandu dah 18 tahun kot, sebelum arwah ayah meninggal lah kan, arwah ayah tak pernah sekali pun kena saman dan tak pernah sekali pun langgar orang. Kalau orang langgar kereta ayah itu adalah kan, biasalah kita hati-hati pun terkena juga. 

Jadi itu menunjukkan bukan semua lelaki cuai tapi ada sesetengahnya sahaja "tercuai" atau memang cuai. Lagi pun malang tak berbau. Hati-hatilah dijalan raya. Jadilah pemandu yang berhemah. Patuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan dan jangan lupa, baca doa naik kenderaan. Moga kita sentiasa dibawah perlindungan Allah S.W.T. InsyaAllah.


21 July 2014

Iklan Raya RTM 2014 - Ini Baru Raya!

Assalamualaikum...

Iklan Raya RTM 2014 - Ini Baru Raya! 

Tak tahu pun RTM pun ada keluarkan iklan rayanya sendiri. Tahun-tahun sebelumnya memang ada ya? Memang jarang nak buka tv1 lama-lama kecuali kalau ada cerita yang menarik untuk ditonton.


Iklan raya RTM yang bertajuk, Ini Baru Raya! menunjukkan cara kita menyambut hari raya, dulu lain, sekarang lain. Bila kita terlalu maju dengan teknologi, kita pun mudah lupa komunikasi "face to face" atau antara muka ke muka itu penting untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kita. Kita terlalu sibuk dengan gadget, bila balik kampung pun tak berenggang dengan gadget. Tak bestkan.

Kalau dulu-dulu waktu zaman kita kecil, kita berkerjasama, bergotong-royong untuk memasak, mengemas, mahupun dari segala segi untuk membuat persiapan hari raya. Itu baru raya kan. Jadi selamat menyelami, erti raya yang sebenarnya. Selamat Menonton!

20 July 2014

Kesilapan yang sering kita lakukan

Assalamualaikum...

Kesilapan yang sering kita lakukan


"Makcik" pakai baju tulisan ayat Al-Quran bukan Cina Malaysia

Assalamualaikum...

"Makcik" pakai baju tulisan ayat Al-Quran bukan Cina Malaysia

Kecoh pula dengan isu seorang aunty yang kononnya berbangsa cina tidak sensitif dengan memakai baju tulisan ayat Al-Quran ketika berjalan membeli belah disebuah pasar raya. Tetapi apabila diselidik oleh pihak berkuasa PDRM, auty ini bukanlah orang cina dan rakyat Malaysia. 

Beliau seorang rakyat Korea aka Korean yang baru sampai di Malaysia. Kiranya, pelancong asing lah. Tapi bila dimuat turun gambar aunty ini berpakaian sedemikian, terus melulu komen-komen mencarut, menghina, mencaci dan sebagainya. Langsung tak hormati bulan puasa yang mulia ini. Bertambah-tambah lagi, bila penuh dengan komen berunsurkan  racist.

"Makcik" pakai baju tulisan ayat Al-Quran bukan Cina Malaysia


Sememangnya sifat sabar itu seharusnya dipupuk dalam diri kita terlebih dahulu sebelum sifat marah. Kita perlu ada sifat sabar sebelum terus menghentam dan memaki hamun. Kalau ya pun salah, kita kenalah siasat dulu kan. Ini tidak terus serang, sehingga menimbul perbalahan antara kita lebih-lebih lagi ianya melibatkan soal agama dan bangsa Sangat sensitif. Sabar-sabar, dalam Islam sendiri pun suruh perbanyakkan sabar. Sabar itu separuh daripada iman kan. Kalau salah, kita perbetulkan dan bawa masalah ini untuk diselesaikan kepada pihak berkuasa. Disiasat dan barulah diambil tindakan. 

Kalau betul ianya salah, kita tegur dengan cara baik, ini sudah termalu sendiri, mengatakan aunty ini Cina Malaysia yang tak sensitif dengan agama Islam, last-last bukan Cina Malaysia pun. Malunya, bila baca komen-komen dari orang Melayu, Islam, tapi maki-maki hamun..mencarut.

Lagi pun aunty ini bukan Islam, mana mungkin dia tahu dan faham tulisan pada baju yang dia beli di India itu adalah ayat Al-Quran kan. Kalau rakyat Malaysia ini rasanya semua bangsa tahu dan sensitifkan bab ini..ada yang tak sensitif itu, dia memang mencari pasal lah kan. Sebab itu penting untuk kita beri penjelasan pada dia, dengan tenang, jangan marah-marah sebab marah itu bukannya menunjukkan akhlak mulia seorang Islam. Sekarang ini, pihak PDRM pun dah maklumkan kes ini akan disiasat lebih lanjut. Kita tunggu dan lihat dulu ya.

Aplikasi Buycott bantu kenali produk Israel

Assalamualaikum...

Aplikasi Buycott membantu kita untuk mengenali produk-produk keluaran Israel mahupun produk-produk Yahudi yang membantu menyumbangkan sebarang bentuk dana kepada Israel.


Aplikasi Buycott bantu kenali produk Israel


Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini ketika membeli belah untuk mengimbas kod produk (bar code). Kemudian ianya akan memberitahu kita dengan serta merta jika pengeluar produk tersebut mempunyai apa-apa hubungan, sokongan, pendermaan, atau menjalankan perniagaan dengan sesebuah negara atau organisasi. Siap boleh semak salah-silah keturunan produk-produk yang kita scan itu tau. Kiranya kita boleh tahu siapa adik beradik produk itu..hehe. Seronok kan.

Aplikasi Buycott bantu kenali produk Israel


Aplikasi Buycott ini juga boleh memberitahu pengguna jika sesuatu produk menepati kepercayaan politik dan sosial seseorang pengguna. Selain itu, kita juga boleh menyertai kempen yang sedia ada seperti #FreePalestine atau #Boycott Israel dan yang menarik sekali, kita pun dibenarkan untuk melancarkan kempen kita sendiri.

Bila kita guna aplikasi ini, bolehlah kita cuba mengelak daripada terbeli produk-produk keluaran Yahudi kan terutamanya yang jelas-jelas memberikan sokongan atau menyalurkan bantuan kepada zionis, Israel ini. Menarikkan aplikasi ini. 

Bar code produk Israel



Satu lagi, ini lah dia bar code produk keluaran Israel. Kalau nampak bar code produk yang bermula dari nombor 7290 itu jangan beli ya. Apa salahnya, sekali sekala kita cuba semak bar code produk yang kita nak beli itu kan. Kita hancur dan leburkan segala ekonomi si zionis ini. Hancurlah mereka (ISRAEL) seperti dedaun kering yang dimamah ulat.

Jadi, apa kata jika anda adalah seorang pengguna smartphone ataupun hp yang canggih-manggih ini bolehlah mencuba untuk memuat turun aplikasi Buycott. InsyaAllah, ada juga jihad kecil dan usaha kita untuk mengelakkan diri kita daripada terbeli lalu secara tak sengaja membantu ekonomi Israel ini kan. Kita cuba elakkan. Mencuba itu tak salah, daripada duduk diam dan tak berusaha untuk membantu lagilah rugikan. Yes..bebaskan diri anda, dari PRODUK ISRAEL.  ^______^ 

Klik sini untuk muat turun aplikasi Buycott dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi ini boleh pergi terus ke laman web rasmi Buycott.

19 July 2014

Lagu Bila Tiba oleh Ungu sangat menyentuh hati

Assalamualaikum...

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati



Pertama kali dengar lagu ini dalam drama apa ya, lupa pula, tapi bila insiden MH17 berlaku makin kerap TV3 putarkan lagu ini. Sememangnya terkena dengan situasi kita sekarang. Ajal kita bila-bila tiba kan. Terkesan di hati, bila tiba masa kita, adakah kita siap dengan bekalan untuk menemui dan menghadap Illahi. 

Lagi-lagi bila terbaca kisah Pramugara MAS yang sebelum ini dijadualkan untuk menaiki pesawat MH307 yang hilang Mac lalu tetapi tak jadi kan, tapi ajal itu Allah dah tetapkan, dia terkorban ketika menaiki pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Allahuakbar. Sedihnya. Ibarat lirik lagi ini "Mati tak bisa untuk kau hindari, Tak mungkin bisa engkau lari, Ajalmu pasti menghampiri"

#PrayForMH17 #PrayForMH370 #PrayForGaza #PrayForMalaysia #PrayForAll

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.


tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Anak Palestin Menunjukkan Solidariti terhadap Malaysia

Assalamualaikum...

Takala kita di Malaysia dikejutkan lagi dengan satu insiden kehilangan ratusan nyawa akibat perbuatan manusia yang tiada hati perut menembak jatuh pesawat MH17, rakyat di Gaza pula dengan senang lenangnya diratah dan dimamah oleh tentera zionis, Israel.

Ketika dunia sedang difokuskan ke arah MH17, zionis Israel mengambil kesempatan untuk menyerang bahagian darat di Semenanjung Gaza. Namun semangat pejuang-pejuang fissabillah itu tidak pernah luntur. Mereka menjadi semakin kuat dan semakin teguh mempertahankan tanah milik mereka yang kini tinggal hanyalah sekangkang kera akibat dijajah oleh zionis laknatullah.

Anak Palestin Menunjukkan Solidariti terhadap Malaysia


Walaupun rakyat Gaza hidup dalam kesedihan kehilangan tempat tinggal, keluarga dan sanak saudara yang syahid akibat dibom Israel, namun hati dan jiwa mereka tidak pernah lupakan kita, Malaysia. Mereka juga turut bersimpati dengan apa yang menimpa Malaysia baru-baru ini. MasyaAllah, hebatnya mereka..kentalnya jiwa mereka. Jika mereka yang hidup dalam kesusahan ini juga mengingati kita, apa salahnya jika kita turut mendoakan mereka.


Ayuh sama-sama kita doakan moga kemenangan memihak kepada rakyat Palestin. Islam pasti menang. Semoga cepat sembuh, adikku sayang. Semoga Allah juga sentiasa melindungimu. Kami sentiasa bersamamu dan mendoakkan kesejahteraanmu, wahai GAZA. InsyaAllah, Palestine tommorrow will be FREE.

#PrayforMalaysia #PrayForGaza #PrayForMH370 #PrayForMH17 #PrayForAll.

18 July 2014

Perbualan telefon tembak jatuh MH17

Assalamualaikum...

Rasa sedih dan tergamam bila baca artikel mengenai perbualan telefon tembak jatuh MH17 yang ditulis oleh Astro Awani.

Berikut perbualan telefon tersebut:
Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast). 
Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang? 
Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap. 
Vasili Geranin: Berapa minit lalu? 
Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu. 
Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.
Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino. 
Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial. 
Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).
Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai. 
Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini. 
Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine? 
Soalannya dibalas oleh seorang komander militan. 
“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung.
Berita penuh boleh dibaca disini.


Sengaja saya boldkan ayat "Ini bermakna..." itu. Tiba-tiba saja kan. Pesawat penumpang, dijadikan sasaran. Ya Allah..sedih tak terhingga. Macam-macam konspirasi yang berlegar-legar di ruang fikiran. Bukan nak buat speakulasi atau apa, cuma bila dah macam-macam jadi, macam-macam lah fikir. Dengan Israel pun tiba-tiba mengisytiharkan perang darat ke atas Gaza. 

Negara kita tiba-tiba dilanda ujian sedemikian. Sememangnya, kita kena terima inilah ujian dari Allah. Allah sayang kita. Allah nak uji kita, sebab Allah nak kita dekat denganNya. Agak-agaknya hasrat kerajaan kita nak hantar bantuan pada Gaza dalam dalam 2 minggu lagi masih diteruskan atau tidak ya? Sedih, kita doakan segalanya baik-baik sahaja. Doa untuk semua.

Gambar MH17 terhempas

Assalamualaikum...

UPDATE : Perbualan telefon tembak jatuh MH17

Terkejut, tersentak, rasa melayang-layang jiwa bila terbaca berita mengenai MH17 terhempas di Ukraine. Mengenai pesawat dikatakan ditembak, masih lagi belum dipastikan. Sidang media akan di adakan pada pukul 4.00 pagi ini di KLIA. Sama-samalah kita nantikan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada pesawat MH17.

Manakala menurut APF, mayat telah pun ditemui di sekitar lokasi pesawat tersebut terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer. Dikatakan juga ekor pesawat tersebut dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran.

Berita penuh di Astro Awani.


Gambar MH17 terhempas





Gambar MH17 terhempas

Gambar MH17 terhempas

Gambar MH17 terhempas

Sumber gambar dari Astro Awani dan BBC 


Ya Allah, ujian untuk kita rakyat Malaysia. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Serasa bertimpa-timpa ujianMu, Ya Allah. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan Illahi. Muhasabah diri, mungkin ada hikmah dan perkara yang Allah nak tunjuk untuk kita. Oh..Allah..ampunilah dosa-dosaku. Semestinya rakyat Malaysia turut merasakan kesedihan atas tragedi yang berlaku. Saya pun sedih dan tak boleh tidur. Banyak kali mengeluh..aishh..tak baik kan mengeluh. Doa untuk Malaysia. Doa untuk MH17. Doa untuk Gaza. Doa untuk semua.


Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine

Assalamualaikum...


Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine

SHAH ALAM - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan menerima laporan awal daripada pihak Ukraine sekitar jam 10.45 malam tadi.
Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.
"Buat masa ini, hanya itu yang dimaklumkan, punca sebenar masih belum diperolehi," kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian, sebentar tadi.
Pesawat MAS MH17 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini selepas berlepas dari Ukraine.
Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak. (Sumber Sinar Harian Online)

Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine


Bila baca berita di boston.com, dipercayai MH17 terhempas kerana ditembak oleh pejuang pro Russia. Ukraine dengan Russia kan sedang bergolak. Ya Allah..ujian untuk kita dan negara kita.

17 July 2014

Iklan raya PETRONAS 2014

Assalamualaikum...

Iklan raya PETRONAS 2014 - Dari kecil lagi kita memang dibesarkan dengan iklan-iklan raya PETRONAS ini kan. Tak kiralah Aidilfitri ke, Aidiladha ke, Tahun Baru Cina, Depavali, mahupun sebarang bentuk perayaan di Malaysia. Mesti rasa excited nak tengok. Semua best-best pula itu. Paling ingat iklan raya yang seorang ibu dan 7 orang anak, ibunya minta nak limpa lah, nak hati lembu lah. Hehe..kelakar, legend betul iklan itu.


Paling rindu bila teringat, zaman kanak-kanak dulu kumpul ramai-ramai dengan sepupu kita, tidur sama-sama atas lantai, beralaskan tikar berderet panjang. Tak peduli dah, sebab seronok main sama-sama. Buat kerja yang nenek suruh pun sama-sama. Macam-macam gelagat kan.

Iklan raya PETRONAS 2014

Filem web selama tiga minit ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ani yang tinggal di kampung, serta perjalanan keluarganya ketika persiapan dan sambutan Hari Raya.

Iklan raya PETRONAS 2014

Beratur depan bilik air sebab nak tunggu turn untuk mandi..hehe. Rindunya zaman ini kan.


Untuk menambahkan lagi perasaan riang dan gembira untuk pulang ke kampung halaman, mari sama-sama kita saksikan filem pendek yang bertajuk "Ke Pangkuan Bonda". Selamat menonton dan selamat mengimbau kenangan. ^____^




Hukum tabur bunga atas kubur, Harus - Ahmad Faisol Omar Mohon Maaf

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lalu kita ada terbaca tentang tabur bunga atas kubur ini adalah amalan Yahudi atau Kristian kan. Pendakwah, Syeikh Ahmad Faisol Omar memohon maaf atas kesilapan beliau. Yang beliau maksud kan bukan lah menabur bunga atas kubur tetapi membuat dan meletakkan kalungan bunga di atas keranda yang diusung untuk dibawa ke tanah perkuburan. Berikut merupakan artikel penuh kenyataan beliau.

Hukum tabur bunga atas kubur

ALOR SETAR - Menurut Islam, hukumnya harus untuk menabur bunga atas kubur sempena Aidilfitri.
Pendakwah, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa menabur bunga di tanah perkuburan adalah menyerupai amalan Nasrani dan Yahudi adalah satu kesilapan.
Beliau mengakui tersalah cakap mengenai hukum itu dalam satu ceramah di Perlis baru-baru ini.
“Saya tarik balik kenyataan itu kerana tersalah cakap. Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah membuat kalungan bunga dan diletakkan di keranda serta mengusungnya bersama mayat ke tanah perkuburan.
“Perkara itu adalah bidaah dan haram kerana menyerupai amalan orang kafir dan membazir. Perkara ini juga saya rujuk dalam kitab Al-Muktamad,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, kesilapan itu adalah amat dikesali dan berharap penceramah lain juga mengambil sikap memperbetulkan semula kenyataan jika tersalah cakap.
“Sepatutnya bunga itu dikaitkan dengan membuat kalungan dan dibawanya bersama keranda, bukannya menabur di tanah perkuburan.
“Saya mohon maaf atas kesilapan itu kerana saya pun manusia biasa yang tak sunyi daripada salah dan silap,” katanya.
Ahmad Faisol berkata, amalan menabur bunga atau meletak bunga di atas tanah perkuburan adalah diharuskan dan hendaklah berpaksikan kepada niat.
“Sekiranya bunga itu ditabur atas tanah perkuburan supaya bunga yang masih basah (hidup) itu bertasbih kerana ALLAH, maka ia adalah dibolehkan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan beberapa laman sosial dan blog yang mengatakannya sebagai wahabi.
“Berhentilah mengaitkan saya seperti itu kerana saya masih pengikut setia Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berpegang kepada Mazhab Syafie,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di tanah perkuburan kerana ia amalan Nasrani dan Yahudi.
Ahmad Faisol berkata, perbuatan itu adalah menyalahi ajaran Islam.

Sumber Sinar Harian Online.


Negara terkecil di dunia hanya sebesar sebuah rumah

Assalamualaikum...

Rupanya negara yang terkecil di dunia ini hanya sebesar sebuah rumah yang terletak di tengah laut. Kecil sangat itu kan.

Negara yang paling kecil di dunia ini diberi nama Sealand. Sealand merupakan sebuah negara mikro yang terletak di atas HM Fort Roughs (pernah dikenali sebagai Maunell Sea Fort), sebuah pangkalan tentera semasa Perang Dunia Kedua.


Terletak kira-kira 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk, Britain dan luasnya hanya empat kilometer persegi. Negara terkecil di dunia ini bukanlah sebuah pulau, tetapi ia merupakan sebuah struktur bangunan di tengah laut yang disokong oleh dua menara besar. Kalau dilihat dari jauh, ia tidak ubah seperti rig gerudi minyak.

Rakyatnya menghasilkan pendapatan melalui jualan cenderamata, gambar dan sebagainya melalui internet. Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang. Sumber terkini mengatakan kini hanya tinggal 4 orang sahaja.

Untuk lebih lanjut dan mengetahui Sejarah Negara Sealand boleh rujuk artikelnya disini ya.

Info Grafik - 10 Syarat Genjatan Senjata yang ditetapkan Hamas

Assalamualaikum...

10 Syarat Genjatan Senjata yang ditetapkan Hamas

10 Syarat Genjatan Senjata yang ditetapkan Hamas

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Kiki Nafi Buat Permohonan Maaf di Facebook

Assalamualaikum...

Berkata kepada Ther Star Online, Siti Fairrah Ashykin atau lebih dikenali sebagai Kiki menafikan bahawa beliau telah membuat permohonan maaf di Facebook Page beliau iaitu Kiki Kerja Kahwin. Permohonan maaf tersebut bukanlah dari beliau dan turut mengatakan bahawa Facebooknya digodam.

Kiki Nafi Buat Permohonan Maaf di Facebook


Kiki Nafi Buat Permohonan Maaf di Facebook


"Saya sudah pun menutup akaun Facebook saya kemalrin (Selasa) dan tidak menulis apa-apa lagi pada page syarikat saya sejak hari itu. Seseorang sudah mengodam masuk ke dalam akaun saya."
Membabitkan insiden terbabit, Kiki mengakui bahawa pada hari tersebut, beliau hilang pertimbangan diri dan tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian rupa.
"Saya tak boleh berfikir ketika itu. Ianya kesilapan besar bagi saya."
"Selepas kemalangan tersebut, kami pergi balai polis di Kuantan dan selesaikan perkara ini. Ketika itu saya dah mula tenang kemudian dengan segera memohon maaf kepada lelaki(uncle) tersebut."
"Saya turut menemui isterinya dan memeluknya. Uncle pun sudah menerima permohonan maaf saya dan menasihati saya agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian."
Berita lanjut boleh baca di The Star Online.

Memang apabila saya buka link Facebook Kiki Kerja Kahwin ini sudah pun diremove. Keluar not found. Beliau sudah pun memohon maaf kepada Uncle Sim. Sama-sama dah memohon maaf dan memaafkan. Baguslah kan.  Ya lah, kesilapan. Kesilapan semua orang buat. Siapa kita yang tak buat silap. Mungkin ada je yang berperangai sedemikian, tapi tak dirakam videonya ke kan. Jadi kita muhasabah diri.

Ketika marah, saya sendiri pun tak ingat dunia. Tapi bila kita fikir balik duduk dengan tenang, kita tahu kita juga silap. Sebab itu Rasulullah S.AW sendiri menekankan perkataan JANGAN MARAH JANGAN MARAH banyak kali..tahanlah diri daripada marah, sebab ketika marah kita memang "tak waras" seketika.

Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943)Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.

Jadi ianya satu iktibar buat diri kita, banyak kan dapat pengajaran daripada kisah viral ini. Pemaaf, hormat menghormati, bertolak ansur dan sebagainya perlu ada dalam diri kita. Tak perlu nak panjangkan kisah mereka. Ambil yang jernih, yang keruh semua itu kita campak je jauh-jauh. ^_______^


Kiki Nafi Buat Permohonan Maaf di Facebook

Ini status dari seorang rakan di Facebook, untuk perkongsian bersama. Kita insan lemah banyak kekurangan. Ingatan untuk diri saya juga ini. Selalu lupa.hmmm...

16 July 2014

Resepi | Nasi Goreng Kailan Ikan Masin + Acar Timun

Assalamualaikum...

Menu berbuka semalam 15/7/2014 ialah Nasi Goreng Kailan Ikan Masin bersama dengan Acar Timun. Senang je nak masak nasi goreng ini, main campak je..hohoho. Asyik mencampak je kan. Ini saya yang  nak makan, dah lama rasanya tak makan Nasi Goreng Kailan Ikan Masin ini. Biasanya kalau dekat Universiti makan dekat dewan makan je kan, tapi rasanya nak


Resepi Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
Kunun nak letak cili buat perhiasaan, last-last habis den kerjakan cili tu. hohoho.

Resepi Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Bahan-bahanya :

Nasi putih 
Sayur Kailan - di potong
Lobak Merah - di potong dadu
Bawang besar - di potong dadu
Bawang merah/kecil - ditumbuk/dikisar
Bawang putih - ditumbuk/dikisar
Cili padi - di hiris/ kalau nak pedas, boleh dikisar bersama bawang merah dan bawang putih itu tadi.
Ikan Masam Tenggiri - di potong dan di buang tulangnya
Telur - di goreng dan di potong kecil (OPTIONAL)
Daging Ayam - di goreng dan di potong dadu (OPTIONAL)
Minyak masak/Mentega
Garam
Penambah perisa

Cara-caranya:
  • Panaskan minyak/majerin kemudian tumis bawang merah + bawang putih + cili padi yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Kemudian masukkan ikan masam tenggiri..kita lenyek-lenyekkan ikan tenggiri itu tau. Goreng seketika, masukkan pula sayur kailan dan juga lobak. Kita goreng bagi sayur kailan dan lobak itu sehingga sedikit masak. Masukkan pula garam dan penambah perisa.
  • Lepas itu, masukkan nasi putih dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan telur atau daging ayam yang telah digoreng ke dalam nasi itu tadi. 
  • SIAP!
Senang kan..semua orang boleh buat. hehehe..Saya suka resepi yang senang-senang je.




Resepi Acar Timun


Resepi Acar Timun

Nama je acar timun, tapi macam-macam ado..hehe. Ini acar timun mentah.


Bahan-bahannya :

Timun
Nenas
Lobak Merah
Bawang besar
Cili merah/ Lada besar/ Cili padi
Cuka makan
Garam
Gula

Cara-caranya :
  • Timun, nenas, lobak merah, bawang besar dan cili merah di potong secara memanjang.
  • Sediakan satu bekas, masukkan cuka makan secukup rasa,ikut kuantiti berapa banyak bahan-bahan yang kita potong itu tadi kemudian masukkan pula garam dan gula juga secukup rasa.
  • Campurkan ke semua bahan itu tadi, dan gaul rata. Siap!

Mudah kan..Selamat mencuba.  ^___^

Amuk kereta - DIGI mahu bayar kos baik pulih #KES CDM25

Assalamualaikum...

Rasanya memang ramai dah tahu tentang video viral berkenan CDM25 ini kan. Saya tahu tapi tak ambil peduli, tapi disebabkan memang dah jadi viral sesangat..terambil lah peduli. Kini DIGI pun ambil peduli. DIGI mengeluarkan kenyataan di laman Facebooknya, mengatakan bahawa DIGI mahu membayar kos baik pulih kenderaan milik lelaki warga emas tersebut.


DIGI mahu bayar kos baik pulih #KES CDM25


Syarikat telekomunikasi ini juga menawarkan tawaran baik pulih kepada wanita pemilik kereta CDM25 jika beliau sudi memaafkan uncle tersebut. Wah pandai ya DIGI..ambil kesempatan. Ada yang menyambut baik bantuan DIGI ini, ada pula yang menyuruh DIGI menaiktaraf service mereka terlebih dahulu.

DIGI mahu bayar kos baik pulih #KES CDM25

Dan terasa geli hati pun ada apabila membaca komen-komen di laman sosial.  Ada yang siap buat analisis lagi. hehe..Aduhai. Ketawa saya membacanya.

Moral of story, kes ini bukanlah melibatkan bangsa atau agama. Ianya melibatkan attitude aka perangai  seseorang itu. Tak kiralah apa-apa pun bangsa atau agama dia, kalau dia ada sikap toleransi, hormat menghormati, penyabar dan pemaaf pasti perkara ini tak berlaku kan. Kalau ayah kita diperlakukan sedemikian, kita pun marah kan. Tak apalah, kita jadikan iktibar, yang baik kita contohi. Yang buruk, kita buang jauh-jauh.


Jus dari buah Malberi

Assalamualaikum...

Berbuka puasa dengan jus Malberi sangatlah menyegarkan. Rasanya ala-ala jus buah blueberry pun ada..ala perisa air Ribena itu. Sedap! Lagi-lagi buah Malberi yang merah dan hitam gelap aka masak ranum itu kita masak atas dapur, masukkan sedikit air dan letakkan sedikit gula. Rasanya lebih semulajadi dan fresh. Kalau kita mesin, jus itu akan rasa masam-masam sikit. Rasa asalnya, memang masam-masam manis pun.

Jus buah Malberi

Jus Malberi ini saya blend, rasa dia masam-masam. Kalau nak sedap, memang kena reneh atas dapur, ambil air dia. Memang sedap.

Manfaat pokok buah Malberi

Ini buah Malberi. Bagi sesiapa yang tak kenal lah kan. Gambar blur sikit sebab ambil dari kamera murah. hehe. Kamera hp, kakak den ini. Kalau dia dengor, mampus den dikerjakan.

Manfaat pokok buah Malberi

Nak lebih jelas, ini gambar pokok Malberi dan buahnya. Picture extract from google. Pokok Malberi ini memang sangat-sangat mudah nak ditanam dan memang suka berbuah..lebat lagi tu. Cuma perlu ambil dahan-dahan pokok yang dicantas, kemudian cucuk je dalam polybag atau pasu atau tanah sekali pun, dia rajin berbuah. Kalau kita selalu cantas dahan-dahan pokok ini, lagi dia lebat berbuah tau.

Running Man Episode 203

Kalau anda semua peminat Variety Show Running Man, dalam Episode 203, ada tunjuk pasal ulat sutera yang bertukar jadi warna purple bila makan daun itu kan. Daun yang ulat sutera itu makan adalah daun pokok Malberi ini lah. Unik kan.

Pokok Malberi ini bukan sahaja boleh dibuat jus, malah boleh dibuat jem, dadih, teh dan macam-macam lagi. Manfat pokok Malberi ini bukan sahaja pada buahnya tapi pada keseluruhan pokok. Boleh dibuat ubat kencing manis, darah tinggi, kurap, ramuan ubatan tradisional, merendahkan paras kolestrol dalam badan dan sebagainya. Dekat rumah saya ini ada dalam 5-6 pokok Malberi. Yang berbuah lebat 2 pokok ini..sebab ditanam lebih awal. Memang berbaloi tanam pokok ini. 

Anda pula, pernah tak makan buah Malberi ini?


Auto Publish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome