Waktu mula-mula tengok Neelofa pakai tudung litup waktu iklan produk tudung dekat TV3 sebelum bulan puasa hari itu. Tak ingat apa jenama tudung itu ya. Ingatkan memang dia betul-betul dah bertudung, rupanya belum lagi. Eh..eh..lepas itu tup-tup terlihat dekat news feed di Facebook, Beautiful Nara update yang Neelofa sudah pun berhijrah dan berhijab sepenuhnya.Syukur, Alhamdulillah.
Meskipun saya bukanlah peminat finatik Neelofa, tapi dalam hati tertanya-tanya juga mengapa "tiba-tiba" dia berhijab. (Hati saya ini jahat..huhu..) Sedangkan dalam hidup kita memang perlu ada perubahan "tiba-tiba" itu. Sebab mati pun "tiba-tiba" atau akan tiba bila-bila masa sahaja. Jadi kita kena selalu buat perubahan ke arah kebaikan, semestinya.
Bila dengar Kisah Mengapa Neelofa Berhijab ini, mengalir mata. Very inspiring. Sungguh hidayah itu milik Allah dan jika kita berkehendakkan hidayah, kita perlu cari bukan tunggu dia datang. Paling penting, jangan pernah buruk sangka dengan orang yang nak lakukan perubahan ke arah kebaikan. Semoga Neelofa terus istiqomah dalam melakukan perubahan dan tabah menghadapi dugaan hidup. InsyaAllah..sama-samalah kita doakan.
p/s: Umie Aida pun dah berhijab kan. Alhamdulillah.
Auto Publish