Assalamualaikum...
Bersyukur pada Allah kerana kita yang Islam yang tinggal di Malaysia ini bebas untuk berpuasa. Hari ini pun dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Syukur..Alhamdulillah.
Tapi berlainan pula dengan masyarakat Islam yang hidup di negara China khususnya di wilayah Xinjiang. Mereka dilarang berpuasa. Sedihnya melihat mereka. Mereka tidak diberikan kebebasan untuk menunaikan tanggungjawab beragama.
BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.
Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.
Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.
"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.
"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.
Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur. (Sumber)
Moga kita gunakan kebaikan iaitu nikmat "kebebasan" yang sedia ada ini, untuk kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Puasa ini banyak nikmat..rezeki juga melimpah ruah. Nikmatilah ibadah puasa, selagi ianya "ada"
7 comments
kesiannyaa.. kita ni pun dah banyak nikmat Allah bagi.. hmm.. :(
Betul tu, bersama2 kita pelihara nikmat kemerdekaan dan kebebasan ini..
hurmm syukur kita di Malaysia
haihh,, respect la each other,, apa masalahnya orang tu nak puasa, tak mengganggu orang lain pun, aduhh semoga Allah permudahkan urusan mereka :)
Alangkah bersyukur hidup di Malaysia. Salam Ramadan kak Aini ;)
Ishh teruknya
Allahuakbar.... kesiannya... sedih... :(