15 July 2014

Resepi | Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...

Hidangan berbuka untuk kami sekeluarga semalam, adalah Nasi Ayam. Senang je, masak 1 lauk dah kenyang tergolek-golek dah. Lagi pun dalam rumah ini, bukannya ramai pun. Umi, kakak, saya dan dua orang adik. Jadi tak susah-susah nak masak lauk banyak-banyak. Tak habis pun. Alhamdulillah. Puas dapat makan nasi ayam yang dimasak sendiri, boleh berulang kali tambah nasi. Resepi ini dah banyak kali saya cuba buat, memang sedap hingga termimpi-mimpi.

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Untuk bahagian Ayam :

Di rebus
1 ekor ayam dipotong 5 bahagian atau ikut kesukaan.
1 sup bunjut/rempah sup
2 ulas bawang putih diketuk
2 cm halia yg diketuk

Di perap
1 sudu besar kicap pekat/cair
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Madu (OPTIONAL)
Minyak bijan (OPTIONAL)
  • Ayam direbus bersama 1 sup bunjut, bawang putih serta halia yang diketuk dan biarkan ayam di masak sehingga empuk.
  • Angkat ayam yang sudah di rebus itu tadi dan asingkan air rebusan tersebut. Jangan buang air rebusan ayam itu tadi, nanti nak di gunakan untuk dimasak nasi dan juga dijadikan sup nasi ayam. 
  • Kemudian, perap ayam yang direbus tadi bersama bahan-bahan perapan iaitu bersama 1 besar sudu kicap pekat/cair, 1 sudu besar sos tiram, halia dan juga bawang putih yang ditumbuk. 
  • Untuk madu dan juga minyak bijan itu hanya tambahan, kalau nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa. Kalau nak letak, lumurkan sahaja madu dan juga minyak bijan itu pada ayam tadi.
  • Perapkan ayam dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit. 
  • Goreng ayam dengan minyak panas dan pastikan digoreng seketika sahaja.

Untuk bahagian nasi :

3 cawan beras
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
2 sudu besar mentega
1 cm halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 batang serai -diketuk
2 helai daun pandan
Sedikit Kunyit/ Pewarna kuning
Air rebusan ayam / Air
Secubit garam

  • Beras dibasuh kemudian di tos dan ke tepikan.
  • Panaskan mentega kemudian tumis bersama halia, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, serai dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau,
  • Masukkan beras dan goreng seketika sehingga sedikit garing dan masukkan air rebusan ayam, kalau rasa tak cukup air rebusan ayam itu tadi, boleh tambah dengan air biasa. Kemudian masukkan secubit garam dan juga sedikit kunyit/pewarna kuning. Biarkan nasi sehingga masak.

Untuk bahagian sos:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil cuka
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Air rebusan ayam

  • Kisar ke semua bahan tersebut ke dalam mesin mengisar. Jika suka boleh juga dimasak sebentar. Siap!


Untuk bahagian sup (OPTIONAL - Saya ambil air rebusan ayam tadi je, sebab dah masukkan sup bunjut kan, cuma panaskan seketika tambah garam, penambah perisa dan juga daun sup. Selesai.) atau boleh juga guna cari ini:

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Sup bunjut/rempah sup
Garam
Penambah perisa
Daun sup yang dihiris.

  • Air rebusan ayam tersebut dididihkan di atas dapur bersama bawang besar, rempah sup, garam dan juga penambah perisa.
  • Selesai, masukkan daun sup yang siap dihiris.


Untuk bahagian kicap (OPTIONAL) :

Kicap manis - Cap Kipas Udang
Gula
3 biji cili api
Air rebusan ayam


Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Selesai, dah siap pun Nasi Ayam kita. Bolehlah dihidang untuk dimakan bersama. Selamat mencuba. ^___^



14 comments

July 17, 2014 at 12:15 AM

@Adam Faiz Cubalah buat..mudah je. ^__^

November 14, 2014 at 6:07 AM

waa. saya mmg peminat nasi ayam.
Bole try tengok resepi nasi ayam saya pulak
sharing is caring
http://www.chekuseeha.com/nasi-ayam-bonda.htm

March 8, 2015 at 2:08 PM

Sedapp!! Sy baru je try td.. Tq resepinya :)

May 2, 2015 at 11:34 AM

Tgh nak cuba ni..nanti saya updates

May 4, 2015 at 10:19 AM

Tengok bahan2nya pun saya tau memang sedap. Saya nak cuba. Tkasih sudi kongsi resipi.

May 4, 2015 at 10:52 AM

Tengok bahan2nya pun dah tau sedap. Tkasih ya kongsi resipi.

May 20, 2015 at 5:18 PM

Nk try la..

July 25, 2015 at 8:55 PM

Sedapnye. Meleleh air liur tgk.

August 2, 2015 at 2:12 PM

Arini sy Cuba resepi ni plak..setiap Kali nak masak mmg kena Google dulu...thank you atas perkongsian ilmu memasak ni...

August 2, 2015 at 2:12 PM

Arini sy Cuba resepi ni plak..setiap Kali nak masak mmg kena Google dulu...thank you atas perkongsian ilmu memasak ni...

March 1, 2016 at 2:14 PM

thanks resepi..buat ns ayam harini guna resepi ni :)

May 24, 2016 at 2:42 PM

Sedapnya resepi ni.. detail je, terima ksih. Nnti nk try bt.. huhu 😘

September 19, 2016 at 11:08 AM

Thanks...i dah cuba resepi ni mmg sedap..anak2 pun suka.

December 30, 2016 at 7:54 AM

NAk cuba. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome