Menu berbuka semalam 15/7/2014 ialah Nasi Goreng Kailan Ikan Masin bersama dengan Acar Timun. Senang je nak masak nasi goreng ini, main campak je..hohoho. Asyik mencampak je kan. Ini saya yang nak makan, dah lama rasanya tak makan Nasi Goreng Kailan Ikan Masin ini. Biasanya kalau dekat Universiti makan dekat dewan makan je kan, tapi rasanya nak
Kunun nak letak cili buat perhiasaan, last-last habis den kerjakan cili tu. hohoho.
Resepi Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
Bahan-bahanya :
Nasi putih
Sayur Kailan - di potong
Lobak Merah - di potong dadu
Bawang besar - di potong dadu
Bawang merah/kecil - ditumbuk/dikisar
Bawang putih - ditumbuk/dikisar
Cili padi - di hiris/ kalau nak pedas, boleh dikisar bersama bawang merah dan bawang putih itu tadi.
Ikan Masam Tenggiri - di potong dan di buang tulangnya
Telur - di goreng dan di potong kecil (OPTIONAL)
Daging Ayam - di goreng dan di potong dadu (OPTIONAL)
Minyak masak/Mentega
Garam
Penambah perisa
Cara-caranya:
- Panaskan minyak/majerin kemudian tumis bawang merah + bawang putih + cili padi yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
- Kemudian masukkan ikan masam tenggiri..kita lenyek-lenyekkan ikan tenggiri itu tau. Goreng seketika, masukkan pula sayur kailan dan juga lobak. Kita goreng bagi sayur kailan dan lobak itu sehingga sedikit masak. Masukkan pula garam dan penambah perisa.
- Lepas itu, masukkan nasi putih dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan telur atau daging ayam yang telah digoreng ke dalam nasi itu tadi.
- SIAP!
Senang kan..semua orang boleh buat. hehehe..Saya suka resepi yang senang-senang je.
Resepi Acar Timun
Nama je acar timun, tapi macam-macam ado..hehe. Ini acar timun mentah.
Bahan-bahannya :
Timun
Nenas
Lobak Merah
Bawang besar
Cili merah/ Lada besar/ Cili padi
Cuka makan
Garam
Gula
Cara-caranya :
- Timun, nenas, lobak merah, bawang besar dan cili merah di potong secara memanjang.
- Sediakan satu bekas, masukkan cuka makan secukup rasa,ikut kuantiti berapa banyak bahan-bahan yang kita potong itu tadi kemudian masukkan pula garam dan gula juga secukup rasa.
- Campurkan ke semua bahan itu tadi, dan gaul rata. Siap!
Mudah kan..Selamat mencuba. ^___^
2 comments
simple mcm sedap je
Kalau takde cuka boleh ke?