Blogger ini mesti laju kan kalau bab-bab menaip ini. Maklumlah menaip ini seolah-olah dah jadi satu pekerjaan pula buat blogger kan. Jadi apa kata kita uji kepantasan jari jemari kita untuk menaip satu-satu perkataan dalam masa 1 minit.
Macam mana nak uji kepantasan menaip kita?
Kalau kita nak kena buka Microsoft Word, kemudian set pula masa dekat jam agak menyusahkan diri je kan. Kot-kot "terlajak laris" pula jari kita ini menekan, dah terlebih masa. Dah itu...bila pula nak menaip, bila pula nak stop kan jam itu. Tak kanlah nak upah assistant untuk set masa pula kan. Susah-susah. Stress!!
Jangan stress-stress..Kita boleh ambil ujian kepantasan menaip di laman web 10fastfingers.com. Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang boleh kita pilih untuk kita uji tahap kepantasan menaip kita. Mudah je. Cubalah, lain-lain bahasa. Sebab lain bahasa, lain kepantasannya. Misalnya English and Malay. Bahasa mana lagi cepat kita taip.
Ini antara ujian kepantasan menaip dalam Bahasa Melayu. Kita taip, nanti dah cukup 1 minit, automatik dia stop..kemudian akan keluar keputusan kita.
Selesai menaip sehingga waktu yang ditetapkan maka akan keluarlah keputusan penuh untuk ujian menaip anda. Ini lah keputusan saya. Hehehe..Jangan ketawa..I tak hebat sangat boleh tulis 100 perkataan dalam 1 minit. Anda semua mesti hebat kan. Bolehlah cuba. Ada yang power boleh tulis beratus-ratus perkataan dalam masa 1 minit ini. Bravo...Tak apa, practice make prefect.
Ujian ini boleh diambil untuk kita tahu berapa kepantasan kita menaip dalam PSM (PERKATAAN SEMINIT), khasnya untuk mereka yang ingin mengisi jawatan kerani, setiausaha dan sebagainya dalam sektor kerajaan. Selalu kan ada kolum ini. Bila nak isi, blur je..mana nak tahu kan. Jadi bolehlah cuba cara ini.
Selamat mencuba!! Nanti result nya kongsilah dengan saya ya. ^___^
p/s: Saya siap buat competition dengan adik, siap taip lagi laju.