14 July 2014

Tabur bunga atas kubur amalan Yahudi dan Kristian

Assalamualaikum...

Tabur bunga atas kubur amalan Yahudi dan Kristian

Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.


Sebelum ini tak pernah pun pergi ziarah kubur tabur bunga, cuma jirus air je. Erm...kita tak tahu pun kan sebenarnya amalan ini menyalahi ajaran agama Islam. Tak apalah, kita dah tahu, kita tak payah buat. Kalau diikutkan, dulu ustaz saya sendiri pernah kata, bahawa Aidilfitri bukanlah masa yang sesuai untuk pergi ziarah kubur, sebab mestilah kita bersedih hati kan. 

Hari raya, hari kegembiraan untuk kita sambut kemenangan kita setelah 1 bulan berpuasa. Tak salah nak pergi, tapi tak digalakkan pergi hari raya pertama. Kalau nak pergi, pergi hari raya 3 atau ke atas. Ustaz saya kata, faham juga, bila kita ini duduk jauh, balik kampung mungkin setahun sekali, itu pun waktu raya, jadi waktu itulah kita nak ambil kesempatan nak ziarah kubur kan. Jadi tak salah pun.


1 comment

July 15, 2014 at 9:08 PM

Tak tahu jugak tabut bunga tu amalan kristian. setakat ni tak pernah buat lagi. biasa nampak dalam tv je orang buat macam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome