Biasalah bila tiba musim raya ini ramailah antara kita yang mula peduli dengan ketuhar kan. hehe. Maklumlah, sebelum ini memang tak peduli atau jarang nak peduli keadaan ketuhar. Sekarang baru sibuk nak bersihkan ketuhar dan sebagainya. Nak buat kuih raya katakan.
Sewaktu kita membersihkan ketuhar yang telah digunakan kebiasaannya akan ada sisa agen pembersih tertinggal pada bahagian dalam ketuhar. Agen pembersih ini ada kalanya menimbulkan aroma atau bau yang kurang menyenangkan. Mungkin juga boleh menimbulkan asap semasa memanggang atau memasak. Untuk itu, kita boleh mengakalinya dengan cara membersihkan ketuhar menggunakan kain yang direndam dalam campuran cuka air dengan kandungan 50-50 sebaik sahaja ketuhar dibersihkan. Langkah ini boleh membersihkan seluruh sisa baki agen pembersih. Haa..jadi bolehlah bersedia membakar kuih raya kita. Selamat mencuba.
2 comments
yaaay.. kadang2 beragam sekejap bila bersihkan ketuhar tuu. haha sekarang baruu tahuu.. terima kasih utk info nyaa kak.. ^^ selamat berpuasa.. hehe lama x singgah sini.. rinduuu
tips berguna ni. jangan tahu guna je, bersih tak tahu. hehe