10 July 2014

Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin

Assalamualaikum...

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

Atas niat membantu saudara kita di Gaza, ianya juga adalah saham untuk kita di akhirat sana. InsyaAllah. RM1 pun, insyaAllah dapat bantu saudara kita. Jumlah bukanlah penting, janji kita ikhlas. Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam yang sedang berjalan di atas batu yang hitam, pada waktu malam yang sangat kelam.

Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin

Sumbangan anda boleh disalurankan ke mana-mana akaun bank atas nama :


Aman Palestin Berhad
  • Bank Islam - 12029010047880
  • Maybank - 562263010787
  • CIMB - 8600460353
  • Bank Muamalat - 12070005133717
  • RHB Bank - 21245760004907
  • Bank Rakyat - 220806195922

Untuk sumbangan melalui SMS pun boleh :




Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :
"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi dan tangan yang di bawah adalah penerima." (Riwayat muslim)

Teruskan berdoa untuk saudara kita sana. Moga Allah melindungi mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome