13 July 2014

Memboikot bukanlah usaha yang sia-sia

Assalamualaikum...

Sebenarnya masih ramai orang yang suka memprovok individu lain apabila mereka menyatakan hasrat hati mereka untuk memboikot produk-produk keluaran Israel. Banyak yang tak faham, banyak juga yang salah faham.

"Memboikot sia-sia je lah bukan dapat tolong pun"
"Memboikot orang Malaysia ini bermusim, hangat-hangat tahi ayam saja"
"Eleh, kau boikot produk MCD, Nestle, dan sekian-sekian produk tapi kau guna Facebook, bukan ke orang yahudi juga yang buat Facebok tu?"

Dan macam-macam lagi lah provokasi yang mereka lontarkan kepada kita yang ada "jihad kecil" untuk membantu saudara kita di sana. Siapa kata, dengan cara memboikot, kita tak dapat bantu saudara kita di sana? Siapa kata? Siapa kata macam itu, sebenarnya dia dah silap besar.

Israel Takut Kena Boikot.

Perdana Mesteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu sendiri mengatakan bahawa jika dunia benar-benar memboikot produk-produk mereka, maka ekonomi mereka berada dalam keadaan yang bahaya. Bila ekonomi mereka pun merundum, duit pun tak ada, macam mana mereka nak "menghidupkan dan mengerakkan" ketenteraan mereka dan macam-macam kesan lagi, yang tak dapat saya terjemahkan dengan panjang lebar dalam entri ini.

Memboikot bukanlah usaha yang sia-sia

Berita penuh boleh dibaca di Sinar Harian Online,

Perbezaan Yahudi, Zionis dan juga Israel.

Kemudian kita fahami pula apa perbezaan Yahudi, Zionis dan juga Israel.




Kalau sudah faham apa perbezaan antara Yahudi, Zionis dan Israel ini, pastinya kita akan dapat berfikir dengan bijak, apa yang perlu kita boikot ialah PRODUK ISRAEL bukan YAHUDI. Baca selanjutnya di disini - Sinar Harian Online.

Penentangan terhadap Israel adalah ekoran segala kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka ke atas rakyat GAZA.

Memetik kata-kata Dr.MAZA : 
“Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya.

Memboikot bukanlah usaha yang sia-sia

GET EDUCATED! Kita akan berhenti memboikot produk sekian-sekian jika mereka juga STOP atau BERHENTI daripada menyalurkan sebarang bentuk bantuan atau sumbangan terhadap ISRAEL.

Facebook kenapa tak boikot?

Ya, pemiliknya Yahudi. Tapi kalau kita lihat berapa banyak manfaat Facebook yang boleh kita dapat? Untuk sebarkan maklumat semasa, cepat dan pantas. Lihatlah Isu Gaza. Kita dapat tahu keadaan semasa saudara kita disana. Maklumat berkaitan sumbangan atau derma juga dapat diperluaskan dengan begitu cepat. Kita juga boleh gunakan Facebook buatan orang Yahudi ini untuk mempergiatkan lagi dalam menyebarkan dakwah-dakwah Islam, tentang kemulian dan keistimewaan Islam misalnya. Banyakkan manfaatnya. Sambil itu kita berhati-hatilah, kemungkinan mereka ada agenda yang tersembunyi. Tapi sekarang, kita manfaatkan dia dengan semaksima mungkin. Macam blog juga kan.

Janganlah kita memperkecilkan usaha orang lain untuk memboikot produk Israel ini kerana meskipun usaha ini nampak kecil tapi tidak mustahil, secara tidak langsung ianya bakal memberi kesan pada ekonomi mereka. "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit." Kalau semua orang bersatu padu memboikot, insyaAllah tak mustahil ekonomi Israel akan rebah.

Isu di Palestin ini bukanlah hanya melibatkan isu keagaman sahaja malah ianya berkaitan dengan ISU KEMANUSIAAN. Banyak nyawa insan yang tidak berdosa terkorban. Khususnya kanak-kanak dan juga wanita. Ayuh kita bangkit! Semarakkan rasa kemanusiaan dalam diri.

Baca juga :

2 comments

July 14, 2014 at 10:46 AM

mana yg boleh boikot, kite boikot! kan? :)

July 14, 2014 at 6:43 PM

Yeayh!! jom sama2 kita boikott..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome