Rasa sedih dan tergamam bila baca artikel mengenai perbualan telefon tembak jatuh MH17 yang ditulis oleh Astro Awani.
Berikut perbualan telefon tersebut:
Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).
Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?
Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.
Vasili Geranin: Berapa minit lalu?
Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu.
Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.
Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.
Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.
Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).
Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.
Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.
Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?
Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.
“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung.Berita penuh boleh dibaca disini.
Negara kita tiba-tiba dilanda ujian sedemikian. Sememangnya, kita kena terima inilah ujian dari Allah. Allah sayang kita. Allah nak uji kita, sebab Allah nak kita dekat denganNya. Agak-agaknya hasrat kerajaan kita nak hantar bantuan pada Gaza dalam dalam 2 minggu lagi masih diteruskan atau tidak ya? Sedih, kita doakan segalanya baik-baik sahaja. Doa untuk semua.
3 comments
Memang sedih...salam takziah dan Al-Fatihah buat MH17
bila tengok gambar ahli keluarga mangsa yg menangis tu lagi sedih.. :'(
apa yang berlaku ada hikmahnya..Ini semua rahsia Allah.kita hanya mampu berdoa..