11 January 2014

Resepi | Ayam Goreng mudah dan sedap

Assalamualaikum...

Malam-malam setiap sabtu dekat rumah saya ini ada Pasar Malam, jadi kalau pergi pasar malam ini mesti orang suka beli ayam goreng kan. Tapi kalau yang gemar makan ayam goreng ini, mesti tak puaskan makan 1 atau 2 ketul ayam goreng je.

Jadi meh sini, saya bagi resepi rahsia kepunyaan kakak saya, cara-cara nak buat ayam goreng yang mudah dan sedap. Jimat pun jimat, maklumlah barang naik sekarang ni, kita kena ambil alternatif untuk berjimat kan. hehehe. InsyaAllah, gerenti sedap punyalah. Ala-ala resepi ayam goreng pasar malam dan ayam kfc. T__T

Resipi Ayam Goreng mudah dan sedap

Bahan A :
  1. 1 ekor Ayam 
  2. 2 ½ sudu besar Cili kering atau serbuk cili (ikut citarasa, nak pedas letak banyak, kalau tak letak 1½ sudu pun dah okay, tapi saya suka pedas. ^___^)
  3. 1 sudu besar Kunyit (ini pun ikut kesukaan anda)
  4. 1 sudu kecil Garam
  5. Air atau 1 biji telur 

Bahan B :
  1. 2 cawan Tepung gandum
  2. 1 ½ cawan Tepung jagung
  3. ½ sudu besar Kunyit
  4. 1 sudu kecil Garam
  5. OPTIONAL - 1 sudu besar Serbuk lada sulah

Cara-caranya :


 Perapkan ayam dan bahan-bahan A beberapa minit. Kemudian letakkan sedikit air atau pecahkan 1 biji telur ke dalam ayam yang diperap tadi. 
Saya letak sedikit air sebab saya tak suka bau telur, sebab ianya sedikit hanyir. Terpulanglah pada citarasa masing-masing ye.

Kemudian, campurkan kesemua Bahan B ke dalam bekas, dan gaul rata. Serbuk lada sulah tu, nak letak pun boleh, tak nak letak pun tak apa. Siapa suka pedas, bolehlah letak. 

Dah siap kedua-dua bahan boleh terus goreng. Celup ayam (bahan A) yang diperap tadi ke dalam tepung (bahan B) apabila anda mahu mengoreng ayam tersebut ye.

Resepi Ayam Goreng mudah dan sedap
Malam ini, saya kenyang makan ayam goreng je. Yang gambar dekat atas ini, nak cepat makan punya pasal, ambil gambar pun tak cantik kan..hehe.

Done dah siap..senang kan. Boleh makan banyak-banyak, sedap pun sedap. Berbaloi-baloi.

Selamat mencuba ye.

p/s: saya kurang gemar makan ayam goreng, kalau dekat u saya, orang berebut-rebut nak tunggu ayam goreng, saya je yang pilih ikan. hehe. Opss..thanks to my sister, sebab bagi resipi ini. Seronok ada kakak, kita buli, dia masak. kihkih. Tak lah gurau je.


9 comments

January 11, 2014 at 8:52 PM

erm. menarik! hehehe. nak cubalah. tq sharing :)

January 11, 2014 at 9:11 PM

Wahh~ nampak sedap laaa ^^

January 11, 2014 at 11:22 PM

gambar x cantik.x pe. aslkn sedap.
tngk gmbr pun dh trliur dngn kerangupan ayam

January 12, 2014 at 10:02 AM

nampak sedap..mesti try resepi ni neh...

January 12, 2014 at 4:13 PM

Serious nmpk sedap! Mlm ni jugk kena try nihh.. Klau tak, takut kempunan ja nanti.. Huhu! Trima kasih sbb sudi share resepi ni.. :)

January 13, 2014 at 7:19 PM

look yummy!!!!!! :D
suka sgt tgk..mcm aym goreng KFC

January 14, 2014 at 12:36 AM

sedapnya ayam goreng ^_^ (bak kata upin ipin)

January 14, 2014 at 6:42 PM

macam ayam kepsi.. :)

February 17, 2016 at 7:20 PM

X blh...byr dlu...��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome