23 January 2014

Suhu Terendah di Pantai Timur

Assalamualaikum...

Patutlah sejak dua menjak ini, cuaca mendung je. Sejuk sampai ke petang. Sekarang, waktu saya tulis entry ini pun suhu sejuk sangat macam waktu pagi lagi. Sedangkan dah pukul 5.30 petang. Terbaca berita harian online hari ini. Memang suhu terendah dekat Kelantan dan Terengganu. Patutlah, Pahang tempat saya ini pun terkena tempiasnya.

KUALA TERENGGANU: Suhu di sekitar Besut mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah celcius pagi semalam, sekali gus menjadi rekod suhu terendah pernah dicatatkan di daerah itu.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, berkata selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

"Penurunan suhu itu disifatkan satu rekod, berbanding suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah celcius di dua kawasan itu," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika monsun Timur Laut.
Namun, kedua-dua kawasan berkenaan mencatatkan bacaan 22 darjah celcius, hari ini.


Ada juga rakan-rakan dekat facebook, update status tempat mereka pun sejuk, petang-petang tak payah buka aircond atau kipas dah sebab dah memang sejuk. Sejuk betul ini sebab kaki saya rasa sejuk macam lepas berendam dengan air sejuk dah ni.

Ada yang kata, mana tahu, Malaysia pula dilanda salji. Maklumlah, beberapa hari ini heboh dengan berita Indonesia dituruni salji pada bulan Ogos yang lalu. Wallahualam..kun fayakun. Allah kata, jadi maka jadi lah kan. Tingkatkan amal dan teruskan kehidupan.

p/s : Tempat anda-anda semua? Sejuk juga kan. Memang rasa macam nak berselubung dalam selimut je ni..hehehe. T___T

4 comments

January 23, 2014 at 10:08 PM

di johor sini pun dah sejuk...

January 24, 2014 at 10:36 AM

ye ke sejuk Aini,... dekat kl rasa mcm tak ada beza kot :)

January 24, 2014 at 11:05 PM

sejuk... bangun pagi air macam ais... tidur guna selimut tebal...

January 26, 2014 at 2:50 PM

aah kat swak ni pun sejuk gak
suka dgn cuaca mcm ni..alhamdulillah
Jom baca: Kreatif! Cantik! Sempoi gitu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome