Jom blogger semua, sebagai tanda kita peka terhadap isu saudara-saudara seislam kita di Syria, marilah kita sama-sama mengemaskini status Facebook dan Twitter kita dengan dengan menaip #SaveYarmoukCamp atau #saveyarmoukcamp. Kempen ini dijalankan bagi memberi sedikit sebanyak kesedaran dan makluman terkini kepada rakan-rakan kita tentang apa yang berlaku pada saudara kita di sana.
Makluman lanjut di page Aqsa Syarif
Jika kita berpuasa sunat Isnin Khamis yang cuma belasan jam di Malaysia ini pun sudah ber'keroncong', apakah perasaannya jika lebih dari itu? Hasbunallah wani'mal wakil.
Rakan-rakan blogger, jom sama-sama kita sokong kempen ini. Disamping itu, marilah kita sama-sama mendoakan saudara kita di sana. Jika ada yang berkemampuan bolehlah menghulurkan bantuan. Jika tidak, cukuplah dengan doa. Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.
Juga digalakkan rakan-rakan blogger untuk berkongsi maklumat mengenai Kempen virtual "SaveYarmoukCamp" ini untuk perkongsian semua.
Bahagiamu deritaku?? BAHAGIA KITA DERITA MEREKA
1 comment
INSYA ALLAH akan diusahakan