21 February 2014

Penyelidik Stem cell Dedah Penipuan Produk Double Stemcell

Assalamualaikum...

Artikel ini untuk perkongsian semua sebab sebelum ini saya ada kongsi artikel  mengenai Produk Double Stemcell ini tidak mendapat sijil pengesahan halal kan. Jadi En. Ibrahim Abd Aziz selaku seorang penyelidik human stem cells memberikan pendapat beliau tentang produk ini.

-------------------------------------------------------

Assalam,

Saya sebagai seorang penyelidik human stem cells, ingin bertanya kepada upline & downline double stemcells (DCS) ni.

1. Apakah definisi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape? Sebagai contoh, saya determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sebagai sel yang mmpunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah.

Ataupun contoh lain, sel yang mmpunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sebagai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia.

Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ.

Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut kalau selepas ini ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) tuh pun ada stem cell.

Kalau tiada definisi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup & aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?

2. Stem cell manusia pun, bila nak guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) kat penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yang dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction.

Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kepada manusia. So, apatah lagi plant stem cell. Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan seperti apple & grape hanya berkesan untuk regenerate tissue kat pokok apple & grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke & diabetes ke???


Pusat Kajian En. Ibrahim Abd Aziz di Jepun

3. Kesan "epigenetic"?? Pulak dah. "plant stem cell mempunyai epigenetic yang menyerupai adult human stemcell"?

Boleh bagitau tak research article lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli tuh explain pasal kesan"epigenetic" stem cell apple & grape nih?

Mengikut bacaan saya di dalam research article pd journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) takde pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape.

Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explaination pada statement #1 di atas, memang tak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.

4. Kalau betul plant stem cell daripada apple & grape nih boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli tuh boleh dapat Nobel Prize laa nanti.

"Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck"

Saya tiada ada apa-apa kepentingan di sini, sekadar ingin berkongsi ilmu yang dipinjamkanNya. Akhir sekali, tepuk dahi tanya kepala masing-masing.

Wassalam.

Oleh: Ibrahim Abd Aziz
(Pengkaji Stem Cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun.)

Mengeluarkan pendapat seperti ini bukan berniat untuk menutup sumber pendapatan MLM semua. Cuma, sedarlah jangan menipu atau tertipu disebabkan "taksub" tanpa usul periksa. - Ibrahim Abd Aziz

-------------------------------------------------------
p/s: Pernah tengok dekat tv3 dulu-dulu mengenai stem cell ini. Tapi stem cell dari darah tali pusat. Betulkan kalau saya salah ya. Ada "tabung khas" untuk simpan darah tali pusat sebagai penawar penyakit untuk pemilik bayi tali pusat itu atau adik beradiknya. Bayaran untuk menyimpan darah tali pusat ini pun mencecah puluhan ribu ringgit rasanya. Haaa..Ini baru stem cell betul ini. Simpan duit you all banyak-banyak nanti bila ada anak baru lahir, guna pakai stem cell ini untul merawat penyakit. Semua penyakit ada penawarnya kecuali mati.


7 comments

February 21, 2014 at 12:41 PM

dari dulu lagi dah rasa pelik bila
dengar nama produk ni....stemcell..kan kan

February 21, 2014 at 1:43 PM

Salam Jumaat :)

February 21, 2014 at 3:04 PM

akak panh tgk rancangan tu
yg stemcell dr tali pusat
sbb tu bila org jual stemcell, akak cam trbyg 'tali pusat'hihi

February 21, 2014 at 3:55 PM

@Tihara Nama produk ini Phytoscience Double Stem Cell. ^__^

February 21, 2014 at 3:56 PM

@Linda Salam Jumaat Kak. ^___^

February 21, 2014 at 4:01 PM

@Irfa Kan kak..ada dulu keluar tv pasal proses stemcel dari tali pusat. Kalau kaya bolehlah buat. Hehe..terbayang, tak kan minum air tali pusat kot kan kak..hehe.

April 20, 2015 at 1:13 AM

assalam mualaikum..
Untuk informasi, kos penyimpanan dstem sel darah tali pusat di bank swasta tidak lah mencecah puluhan ribu ringgit. Boleh cuba rujuk StemLife Berhad untuk mendapat maklumat terperinci tentang kos and khidmat nasihat. Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome