21 February 2014

BR1M 3.0 sudah mula diterima semalam

Assalamualaikum...

Tadi buka-buka Sinar Harian Online terbaca berita bahawa ada sesetengah dari penerima BR1M 3.0 sudah pun menerima wang BR1M ke dalam akaun mereka. Wah-wah..seronoknya.

--------------------------------

SHAH ALAM - Walaupun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah diumumkan akan diterima mulai esok, namun rata-rata pemohon telah menerimanya sejak semalam lagi.

Kebanyakan pemohon dan yang telah menerima BR1M 3.0 turut berkongsi berita gembira itu di laman media sosial.

Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut.

"BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan.

"Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya.

"Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya.

Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam.

--------------------------------

Berita penuh boleh baca disini - Sinar Harian Online.

Kepada penerima BR1M boleh cuba-cuba semak account anda. Mana tahu anda pun terima BR1M awal sebelum 22hb ini kan. Alhamdulillah..rezeki dari Allah. ^___^


3 comments

February 21, 2014 at 2:53 PM

Salam Jumaat :)

February 21, 2014 at 7:13 PM

salam jumaat aini.. ^_^

March 1, 2014 at 8:36 AM

akk xdpt lagi..tunggu surat. sebab update haritu tak letak no akaun pun. lepas dorang war2 baru tahu.. hope ada rezeki tuk bby.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome