04 April 2013

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi

Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang tahu, mungkin juga yang belum tahu, atau mungkin juga kita selalu lupa. Jadi untuk ingatkan diri saya sendiri, saya nak share tentang hukum wanita/gadis/perempuan/muslimah memakai minyak wangi ini.

Kebetulan tadi keluar membeli barang, sambil-sambil tunggu bas tu, saya membaca lah dulu. Leka membaca..terhidu bau wangi yang amat wangi. Berpaling saya ke tepi, rupanya cik adik manis, lalu dan duduk di sebelah saya. Bau wanginya memang wangi, dan menusuk lubang hidungku ini..hehe.. Peace, gurau ye.
Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi
Sekadar Gambar Hiasan
Nak berwangi-wangian ini tak salah, malah dalam islam sendiri pun menuntut supaya berwangi-wangi dan membersihkan diri. Selalu mandi kan. Kalau tak, busuk..susah juga. Karang orang tak suka nak dekat. Kita pun rasa rendah diri. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Tapi kalau kita wangi-wangi sangat sampai menarik perhatian orang lain terutama kaum adam, maka berdosalah kita kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) mereka. Disini saya serta hadis-hadis yang menyatakan ianya menjadi haram.
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur
"Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Kita bersederhana sahaja, pakai sikit-sikit. Janganlah sampai kita dah pecut 120km sejam pun, bau minyak wangi kita masih tersisa di jalanan. Atau pun pakai je Downy atau Comfort Ultra. Wangi dia kan melekat dekat baju. Tak perlu pakai minyak wangi lagi. hehe..Iklan pula. Jadi, jom sama-sama kita buat perubahan. ^_____^


24 comments

April 4, 2013 at 10:15 PM

kalau pakai mnyak wangi tu cukup lah sekadar bau untuk diri sendiri kan :D

April 4, 2013 at 10:21 PM

Assalamualaikum :)

Senang ja bila dah follow kak Aini dekat twitter. Ada update ja, terus terjah blog ni ^^

Comelnya baby pakai tudung tu ^^

Apa pun, bersederhanalah :)

Cerita akak macam jiran sebelah rumah saya. Dia keluar rumah nak pergi tunggu bas kilang uiiii semerbak bau sampai dalam rumah kami. Semoga tak jatuh fitnah atas diri dia.

Ayah saya dia tak suka pelembut fabrik macam downy ka softlan la dekat baju kerja dia. Sebab dia kata kalau berpeluh, bau lain macam.

Tapi saya suka sebab wangi ^^

April 4, 2013 at 10:34 PM

ermmm, untung akak bkn peminat myk wangi.

April 4, 2013 at 10:37 PM

yg pakai wangi2 ni mesti nak pg dating atau kalau yg masih single tu mmg tujuannya nak menarik kaum adam....hihihi

April 4, 2013 at 10:47 PM

gud sharing aini ... peringatan untuk kita bersama ... :)

April 4, 2013 at 10:48 PM

@D i n Betul..untuk diri sendiri dan kalau dah kahwin, untung suami, dan untuk majlis2 wanita sahaja.. ^__^

April 4, 2013 at 10:50 PM

@Alia Laila Waah..terharu akak..hehe..Terima kasih Alia. Sayang Alia. hehe..harum sungguh kan. Akak sama macam ayah alia..tak suka letak downy atau pun comfort ultra, softlan dll..sebab tak suka bau dia..hihi.

April 4, 2013 at 10:51 PM

@huny madu Hehehe..nak pakai boleh je kak. Tapi pakai sikit2 je. ^______^

April 4, 2013 at 10:52 PM

@Hatimi Tahirruddin Dating tambah pakai minyak wangi banyak2..Wah..makin bahaya ni. hihi.

April 4, 2013 at 11:01 PM

pakai tu berpada2 lah ..jangan sampai mampu menarik perhatian kaum adam niel.... pakai yang bau bersesuaian :)

April 4, 2013 at 11:05 PM

Bagus bngt neh postingnya , bikin dekat ma allah .
thanks kk .
SUKSES SELALU

April 4, 2013 at 11:10 PM

pakai gak pfume tapi tak lah wangi semerbak..hehe

April 4, 2013 at 11:54 PM

betul tu dik, setuju sangat3 dengan entry dik neh...akak jenis tak pakai perfume hari2, n kalau xde pong xpe, sebab pakai downy, dh mmg wangi dh..hehe :D

April 5, 2013 at 12:16 AM

bagus ni.. pesanan dn peringatan buat yg suke sembur xhengat... hehe mase sembur tu die pk xbau gamaknye, tu yg sembur satu badan, bgus berendam lam minyak wangi hihi.. tp tu lah nk slamat calit sikit je senanye, lg2 perfume yg bau die kuat.. terima kasih aini :)

April 5, 2013 at 7:29 AM

Pesanan utk diri saya jugak :)

April 5, 2013 at 8:01 AM

betul tue...tak perlu wangi sangat2....boleh menaikkan nafsu..kalau lelaki tercium hihihi

April 5, 2013 at 9:16 AM

nice entry!

April 5, 2013 at 9:31 AM

sebaiknya tak yah pakai... kalau nk bg wangi, boleh pakai deodorant, sabun mandi yg wangi atau pelembut pakaian yg wangi...sudah memadai... berwangi2 utk wanita hnya bg isteri kepda isteri...

April 5, 2013 at 10:44 AM

didiey pakai perfume. bila keluar pown pakai. tp pernah si GulaHati tanya, xpernah pakai ke perfume yg dia bg. padahal didiey selalu pakai. cuma dia yg xbau.. kalau mcm tu boleh kan?

April 5, 2013 at 2:31 PM

Tak minat sangat dengan minyak wangi ;)

April 5, 2013 at 3:54 PM

yer.. akak dah berapa hari tak pakai perfume dah :D

tapi kalau bau tengikk pun tak boleh jugak kan hehe.

April 5, 2013 at 5:37 PM

Good sharing.. Peringatan untuk diri sendiri jugak nie.. Akk mmg penggemar perfume tp xdelah smpai pakai mcm nak mandi perfume tu..hihihi

April 5, 2013 at 7:46 PM

betul tu akak! sokong =D

April 5, 2013 at 9:20 PM

suka pakai minyak wangi masa tido je..
pergi keja pakai bedak pyreen bby, boleh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome