11 June 2014

Resepi | Laksa Penang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...

Boleh dikatakan saya ini jenis yang "hantu laksa". Kalau dapat makan laksa ini, memang tak ingat dunia. Tak sentuh dah nasi. Pandang sebelah mata pun tak nak. Rasanya memang ramai yang gemarkan laksa ini kan. Salah satu sebab mengapa laksa ini menjadi kegemaran saya sebab nak buat pun mudah. "Campak-campak" pun, insyaAllah jadi. (Asyik nak campak je kerja dia..hehe.)

Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Bajet buat laksa ini pun tak mencecah RM20. Tambah-tambah semua bahan-bahan, baru RM12-18. Kena pandai bajet dan cari bahanlah, beli dekat pasar-pasar malam, ikan-kan segar, satu pinggan ikan baru berharga RM5, murahkan. Terutama nak buat masakan bajet. Lagi pun bila dah buat sendiri baru puas hati kan. Boleh makan banyak mana yang kita nak. Maklumlah kalau digelar "hantu laksa" ini semangkuk pun tak puas. Makan berulang-ulang kali. Tak ingat dunia. hehehe.

Baru sahaja mengenyangkan perut saya dengan laksa ini. Yummy..terasa nak makan lagi ini. Jom pengemar-gemar laksa, kita buat Laksa Penang yang mudah dan insyaAllah sedap.


laksa sedap

Angaran makan untuk 5-7 orang. Tapi kalau "hantu laksa" 4 orang je kot. Saya ler tu. T__T


Bahan-bahan
  • 1 Bungkus Laksa
  • 1 kg/ 6-7 ekor Ikan kembung/Ikan Sardin @ Ikan Selayang (Saya prefer Ikan Sardin @ Ikan Selayang sebab isinya banyak dan juga rasanya lebih manis. Kalau yang segar tu, tak payah tambah gula mahupun penambah perisa yang lain dah.)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ibu jari belacan
  • 1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)
  • 2-3 keping asam keping (Ikut berapa banyak kuah yang kita nak buat itu, takut nanti terlebih masam)
  • 2 bunga kantan - dibelah 4
  • 1 ikat daun Kesum
  • Air Rebusan Ikan / Air
  • Garam
  • Penambah Perisa


Bahan hiasan (OPTIONAL)
*Nak letak boleh, tak letak pun tak apa.
  • Telur - dibelah dua.
  • Timun - dihiris
  • Salad/ Kobis - dihiris
  • Bawang besar - dihiris
  • Limau kasturi - dibelah dua.
  • Daun pudina  - dihiris
  • Cili padi - dihiris
  • Nenas - dipotong dadu. (Bila makan dengan laksa, rasa dia masam-masam, manis, pedas. Sedap. ^___^)
*Ada yang suka letak Petis atau otak udang kan. Jadi boleh lah letak. Tapi saya tak pernah cuba.

Cara-cara 

- Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam/biasa. Kemudian, baru ikut rebuskan laksa ke atas dapur ya.
-  Ikan pula, kita rebus dan ambil isinya. Sebaiknya air rebusan ikan itu kita tak payah buang. Kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. Jadi kita asingkan terlebih dahulu. 
- Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan dan kita blend pula tulang ikan dan tapis airnya. 
- Kisar bawang besar, belacan dan cili kering/cili kisar bersama air rebusan ikan tadi.
- Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.
- Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih buat seketika. Kita masak kuah laksa dengan api yang perlahan ini supaya, kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. Tak cepat basi. 
- Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.
- Sudah siap. Bolehlah anda, menjamu selera. Mudah kan. ^___^

Selamat Mencuba.


p/s: Baru-baru ini dekat Langkawi ada Festival Laksa kan. Best itu. Kalau dekat dah lama dah serbu.

16 comments

June 11, 2014 at 5:55 PM

Wuuhuuu kita geng hantu.... Hantu laksa... Ngehehe

June 12, 2014 at 9:48 AM

waaa.kite sama..hantu laksa..kalau masak laksa sehari xmakan nasi pon xpe dah..dok ulang makan laksa dari pagi smpai malam..kadang buat seperiuk tu untuk sorang makan je..haha..

June 12, 2014 at 1:55 PM

@MaMa MuRsYiD Waa..sama-sama hantulah kita ini kan kak..hehehe.

June 12, 2014 at 1:56 PM

@ecah khalili Waa..kita geng lah. hehehe. Best ada geng hantu laksa ni.

August 12, 2014 at 11:40 PM

Peh.....sedanyeeeeeeeee.....

October 3, 2014 at 11:15 AM

Nak mintak resepi ni

October 12, 2014 at 8:58 AM

Hantu laksa jugak!!!
Geram je dengan orang yang tak paham dengan fevre tkita ni. Haha

October 12, 2014 at 3:32 PM

@sharamli hehe..itu lah kan. Siapa yang hantu laksa je faham macam mana perasaan bila makan laksa. Tak boleh berhenti. hehe.

November 4, 2014 at 12:28 PM

Hari ni jugak saya masak laksa

November 23, 2014 at 12:55 PM

nak nak nak.... huhu

November 30, 2014 at 5:08 PM

sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
nk kene try ni..

jemput ke blog saye..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

Moga bermanfaat :)

December 14, 2014 at 8:32 AM

Nak try hr ni ler....

February 22, 2015 at 4:49 PM

Tq kongsi resepi yg mudah & sedap..Mohon share yer..
Check it out!!! Klik sini!!!
http://vitaminsihat2u.blogspot.com/2015/02/atasi-sakit-sembelit-dalam-pantang.html

April 21, 2015 at 1:48 AM

Wah sangat bermanfaat sekali buat saya pribadi, saya yakin artikel ini juga bermanfaat banyak terhadap pembaca lainnya seperti yang saya alami.
Terimakasih bos atas infonya, sukses selalu ..!

July 24, 2015 at 11:09 PM

Assalamualaikum sis. Saya ambil resepi sis ya. Biar pun kita bukan geng hantu laksa tapi saya teringin sangat nak buat laksa ni. Terima kasih bagi resepi yang mudah dan mudah-mudahan menjadilah percubaan pertama saya..hehe. Terima kasih sekali lagi :D

October 10, 2015 at 11:14 AM

Sy pon nak try resepi ni la..tq sis atas resepinya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome