20 June 2014

Perkongsian di hari Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat.

Sekadar perkongsian buat renungan bersama..

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Oleh kerana itu, setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.


Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tetapi waktu lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Ketika kita tua, kita baru tahu masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, ketika di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai.

Besi itu kuat, tetapi api mampu meleburkannya.
Api itu kuat, tetapi air mampu memadamkannya.
Air itu kuat, tetapi awan mampu menyerapnya.
Awan itu kuat, tetapi angin mampu menolaknya.
Angin itu kuat, tetapi bukit mampu menghalanginya.
Bukit itu kuat, tetapi manusia mampu menghancurkannya.
Manusia itu kuat, tetapi nafsu mampu menundukkannya.
Nafsu itu kuat, tetapi iman mampu mengalahkannya.
Apabila iman kuat, tiada apa yang mampu mengalahkannya.

Tetapi yang mengalahkan iman pula adalah UJUB.
Ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat.
Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dengan jawatannya.
Orang yang petah berbicara, kagum dengan kepetahannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah SWT dan diberikan kepada manusia. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya.

Wallahualam.


2 comments

June 20, 2014 at 11:47 AM

perkongsian yg sgt bermakna...terima kasih :)

June 20, 2014 at 1:45 PM

sunnah tullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome