Asslamualaikum dan selamat pagi semua...
Tajuk hari ini adalah cover malu
Anda semua mesti pernah mengalami, satu keadaan yang amat
memalu kan kan kan..tipulah kalau tak ada. Saya pun adalah...ingat lagi tak tahu
kenapa hari itu jadi macam tak betul sikit. Macam mamai pun ada. Macam orang
tak betul pun....ada. Banyak no tak betulnya.
Al Kisahnya begini...
Kisah ini terjadi bila aku dari rumah nak balik ke kampus.
Tak tahu kenapa rasa penat plus mengantuk gila. Badan rasa lesu je, mungkin tak
sampai hati nak balik kot..hehehe..kemudian lepas beli tiket LRT, aku jalan lah
melepasi lorong-lorong kecil dengan meletakkan token di tempat sepatutnya.
Lepas tu, aku berjalan macam patung tak bernyawa..patung memang tak bernyawa
pun kan? Ok, whatever..
Aku jalan menuju ke tangga bergerak-gerak atau escalator..lalu
terus menjejakkan kaki ku ke atas tangga tersebut..dan membiarkan ianya
berjalan membawa aku ke tingkat atas..........tapi yang peliknya kenapa tangga
ini tak naik-naik..aku pelik, aku hairan....
Aku rasa macam jantung aku nak aku
meletup. Sakit dada aku, rasa macam nak menangis, kenapa tangga ini tak nak
naik.....naiklah..ehhh, kenapa tangga ini macam pelik..kenapa dengan tangga
ini??Kenapa? Kenapa??Kenapa?
Sedih gila kot..serius nak mengalir air mata darah aku bila tengok tangga ini
menurun..hahaha..bayangkan, kalau anda naik escalator yang tangganya
menurun?? Macam juga kalau kita mendayung perahu berlawan arus..Tak ke seksa...
Sengsara aku, nak lepaskan diri daripada tangga itu.. Aku rasa macam duduk atas
alat senaman Kawasaki je..Alah, alat senaman yang lari-lari anak tu..
Ohh.....TIDAK............ malunyaaaaaaaaaaaaa aku, rasa
panas gila muka, dah terbakar dah rasanya.
Aku pandangan kiri kanan, aku tengok tak ada orang.Huh...lega
nasib baik hari ini tak ramai orang....Ku pandang belakang pula,
Cakkk......
Ada seorang lelaki dan seorang perempuan, couple..turun dari
escalator belakang..
Wahh..bravo broooo...Terbaiklah.....Aku nak menyorok tapi
tak boleh, lalu aku buatlah muka selamba buat-buat cari arah kononnya..Nak
cover malu.
Ahhh, tipu..itu semua tipu belaka..aku buat muka
sememeh..muka merah padam, dahi berkerut..uhh..serius rasa nak sumbat kepala
aku dalam beg. Ya Allah, malunya.
Aku nampak lelaki itu tutup-tutup mulut..eleh tahan ketawa lah tu..huwaaaa..malunya..yang
perempuan tu buat dono je..aku tak tahulah sebelum aku berpaling ke arah diorang,diorang
berdua telah ketawa berdekah-dekah.
Aku tak tahan..Malu..malu...malu....malu....malu..
Macam mana perkara ini boleh berlaku, sedangkan setiap hari
aku naik LRT dekat situ. Aku pelik?? Sejak bila escalator tu berubah arah..aku
jadi blank..Jadi Mong.. Ke aku yang tak betul.
Ah, dalam otak aku, sepanjang
perjalanan duduk dalam bas, aku dok fikir benda ini je.
Malu....malu...malu..sambil hentak-hentak kaki. Rasa macam nak tendang dinding,
hantuk kepada dekat dinding sebab malu yang teramat sangat.
Nak jerit AKU
MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU..
Dan disebabkan perkara itu kalau aku naik LRT mesti aku takut-takut..takut
salah naik lagi..jadi sebelum naik, aku akan pastikan escalator tu bergerak ke arah mana..ke
atas ke bawah..Turun ke naik..hahaha..tak mahu dah perkara itu berulang
kembali. Rasa itu lah perkara yang paling malu pernah jadi dekat aku.
Nampak macam orang bodoh je, time tu.
Apa-apa pun pengajaran, jangan nak lemah longlai sangatlah ye ketika berjalan..lagi-lagi bila kau sorang-sorang..
Jom kongsi cara macam mana nak cover malu.
p/s : Kalau kamu jadi saya, kamu malu tak? T___T. Nak buat apa ye bila malu??
9 comments
silap nek ekelator (betui ka aku eja ni) aku lagi teruk masa nak ambik moto kat tempat parking boleh pulak aku silap nek moto haha
@D i n
hahaha...ye ke? awak naik je kan tapi tak bawa lagi..
alamak, ciannnyer.. mmg sgt malu.. heehehe
okeh le tu..kihkihkih...:P
huhu...serius malu~~
nak buat camne kalau ttbe ada satu hari tu kita jadi ngeng sebentar...huhu
@Nur Atiqah Mohd Zaki
hehehe..malu kan..sabar je lah.
@shieyda shahida idris
kihkih..
@IQ = Iez Qis
tu lah..ngeng pula time tu..nasib baik 2 orang je nmpk..
hikhik!!! len kali jgn jadi patung xbernyawa ye..hehe