21 September 2012

Foto Journal #2 : Seindah sang suria.

Seindah hiasan duniawi adalah wanita yang solehah

Download this wallpaper


Kecantikan wanita itu bukanlah terletak pada ayu dan cantiknya wajah, bukan juga pada lemah lentuk gayanya, mahupun juga harta kekayaannya tetapi cantiknya wanita itu kerana tingginya nilai-nilai islam dalam diri, indah akhlaknya kerana islam, tinggi budi bahasanya juga kerana islamnya.

Duhai wanita, jangan jadi seperti sang bulan yang indahnya mudah terlihat oleh pandangan mata, tetapi jadilah seperti sang matahari yang silauannya menundukkan pandangan dunia. 

Duhai wanita, jadilah seperti samudera di lautan, berlayar mencari arah tujuan, biarpun lautan di landa gelora, meskipun pantai di lambung ombak, teguhkanlah samuderamu, jangan sampai ia tenggelam hanya kerana air, kuatkan dan kukuhkanlah layarmu bersama nakhodamu.

Duhai wanita, janganlah engkau lemah hanya kerana nama. Bangkitlah, kerana Allah telah meletakkan kita sebagai tujang utama bagi si adam. Jadilah seperti si mawar yang indah di pandang tapi sakit di pegang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome