Assalamualaikum,
Semua manusia yang Allah ciptakan pasti menginginkan kecantikan atau suka pada benda yang cantik dan indah kan, kerana itulah fitrah semulajadi kita sebagai manusia.
Semua manusia yang Allah ciptakan pasti menginginkan kecantikan atau suka pada benda yang cantik dan indah kan, kerana itulah fitrah semulajadi kita sebagai manusia.
Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah S.A.W menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.
Siapa yang tak suka akan kecantikan kan..Saya pun suka. Semua yang cantik kita suka tapi kalau benda tu buruk kita nak buang ke?
Ohh..cantik itu kan subjektif atau abstrak. Jadi setiap orang ada definisinya yang tersendiri mengenai cantik. Kalau bagi awak benda tu cantik, bagi saya tak..awak janganlah marah saya sebab citarasa, penglihatan, perasaan dan segalanya tentang kita mungkin berbeza.
Tapi saya kurang setuju, bila kita manusia ni terlalu memilih atau fanatik terhadap kecantikan sehingga sanggup menghina yang lain yang kononnya tidak setaraf dengan kecantikan mereka.
Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Sekali pun awak cantik, janganlah sesekali menghina rupa paras atau fizikal orang lain. Ada yang sanggup melemparkan kata kesat pada yang "kurang cantik" ni.
"Awak itu tak cantik, hodoh, sedar sikit diri"
"Eh, buruknya muka dia"Sentap tak? kalau kita yang "tak perasan" atau "tak rasa", diri kita ni cantik, dengar ayat tu.
Dan kalau pun bagi awak dia tak cantik atau hensem. Dia juga ciptaan Allah. Kalau awak nak menghina dia, cuba awak fikir balik, awak cantik, siapa bagi? Dia, yang kononnya tak cantik bagi awak, Siapa cipta?
Ada yang lain ke mencipta?
Kalau awak menghina rupa, wajah atau fizikal dia, cuba awak fikir balik, awak hina siapa?
Dan bagi yang rasa dirinya tak cantik, tak menawan dan sebagainya, jangan sedih. Allah akan nampak awak cantik dengan menjadikan agama sebagai tunjang utama dalam hidup awak. Kita ada kelebihan masing-masing kan. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.
Cantik, Kacak, Hensem, Lawa itu ada untungnya tapi kalau kita banyak untung dekat dunia tapi akhirat kita rugi? Macam mana?
Carilah wajah hati dan rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik.
Burulah kecantikan yang sejati, kerana di situlah ketenangan dan kebahagiaan abadi!
p/s: Ramai orang kata orang cantik ni berakhlak buruk? dan yang hensem itu playboy? Sentap tak? hehe..
4 comments
yup betul tu manusia menilai kecantikan melebihi yg lain...tapi tu lebih kepada first impression...ibarat kalau kita pegi interview kerja pakai baju koyak atau tak bergosok....konfirm tak dapat kerja punya
tapi bila dah kenal seseorg tu lebih dekat baru kita dapat menilai kecantikan dia dari sudut yg lain...mcm kawan kita jugak lah... tak kira betapa buruk pon kelakuan dia kita takkan kisah pasal dia kawan kita....
haha, x sentap. sbb sy x cantik. tp kan. sy comel. x sama kan. ngee :DD
semua doodle comelcomel. sukaaaaaaaaaaaaa ^___________^
seriusly entry ni sgt mmbantu . zaman skrg mostly org judges brdasarkan prs rupa someone . Kdg2 rasa kesian pd mereka yg tlalu kejar kcntikan shingga abaikan printah yang Maha Esa :')
Assalamualaikum admin, aku nk share satu gambar yg ko gne tu kt insta bleh?