Assalamualaikum..
Detik demi detik..hari demi hari tanpa kita sedar, kita dah nak pun melangkah ke tahun baru. Macam-macam kita buat bila tahun baru nak menjelma ni, ada azam nak perbaiki diri, alhamdulillah..perkara baik sebenarnya tak payah tunggu tahun baru tak apa, saat ini, jam ini, hari ini, kita dah boleh perbaiki, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Ada juga azam, nak simpan duit banyak-banyak nak kahwin..haha..cakap pasal kahwin, ramai kawan-kawan sebaya saya dah pun selamat melangkah ke gerbang perkahwinan. Alhamdulillah juga, sebab kalau kita perempuan kita kahwin kita dah pun melengkap separuh daripada agama kita. Bebaskan diri daripada fitnah dan macam-macam lagi.
"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Kawan-kawan sekolah saya dulu yang dah kahwin, dah anak pun..Saya sebenarnya terkejut juga. Alamak, aku dah tua ke?hahaha. Terkejut juga bila dia kahwin. Tahu pun dari kawan lain bila terjumpa dalam bas.
Maklumlah bila dah meningkat dewasa, kita ada hala tuju masing-masing, ada yang bekerja, ada juga yang menyambung pelajaran, dan duduk jauh dari kampung halaman. Disebabkan busy study, saya pun tak ada cuti, tak dapatlah menghadiri majlis mereka. Hanya ucapan tahniah dan doa mengiringi mereka.
Saya tak sangka saya sebenarnya bukan budak sekolah lagi, budak belasan tahun, macam tak sangka dah masuk alam lain. Mana taknya, perangai macam budak-budak lagi. Tak sedar dah masuk puluh-puluh tahun. Saya selalu perasan saya muda..hoho.
Bila tengok kawan kahwin dan fikir pasal kahwin, macam-macam rasa ada..haha..ketawa pun ada, sedih pun ada..haha..gila ke apa Aini ni?
Ada kawan saya masih belajar tapi dah mendirikan rumah tangga. Alhamduillah. Ada juga blogger kita yang kahwin muda kan..Bila baca cerita mereka, SubhanaAllah, cinta itu indah adalah apabila bercinta selepas nikah.
Semua perkara ada pro dan cons juga kan..termasuklah perkahwinan di usia muda ni. Teringat pula tajuk ceramah dekat u saya, pasal kahwin muda bahagia atau derita?.
Dulu waktu muda-muda..(eleh macam kau dah tua sangat)saja-saja tanya, bergurau dengan arwah ayah..
"Ayah, nanti ayah carikan jodoh untuk sayalah..ye..hehe"Tapi ayah cakap apa?
"Carilah sendiri, kak midah(sepupu saya) pun cari sendiri."Sebab katanya, kalau ayah carikan kalau salah atau ada apa-apa di kemudian hari kan ayah susah..
hehe..ayah ni mesti terlalu banyak tengok drama atau filem orang melayu ni.
Motif tulis pasal ni sebab terkejut je, tak sangka umur ku dah tua..hehe..dan bila umur dan meningkat, terfikir, apalah amalan yang aku buat selama aku hidup ni, apalah kebaikan yang aku buat. Tengok balik masa lalu, rasa kerdilnya diri, rasa tak ada buat apa-apa pun semasa hidup.
Kahwin muda, apa pendapat anda?
p/s: Kalau dulu zaman-zaman sekolah..kawan-kawan sekelas kalau cikgu cakap pasal kahwin..amboi senyum lebar je. Gatal betui..hehe. Adik-adik yang masih belasan tahun dan masih bersekolah tu, fokuskan pada pelajaran dulu, buat masa sekarang sekolah/pelajaran itu penting untuk adik-adik. Jodoh Allah dah tetapkan, bila tiba masanya, ia akan datang juga.
20 comments
tak salah kawin muda, lagi sweet...
jadi young mummy
saya pon kawin muda..umur 22
jom kawin..[akat2 cari calon... rasa nak kawin lah..heheh :P
kahwin muda? mmg pilihan IQ tapi rezekinya tak ada lagi..=)
Jodoh tu rahsia Allah :)
Sekuat mane pun cinta, selama mane pun menanti, sebanyak mane pun bersabar.. tapi klu dh tertulis die bkn jodoh kite,ttp xkan jadi milik kite :(
Sedih pulak huhu..
4 orang rakan sekelas kahwin sebelunm habis tahun akhir,
walau apa-apa pun, utamakan kemampuan dan keperluan :)
hehe. kalau dah sampai jodoh tu, terima la kan.. tak baik tolak2... :P
salam ziarah...
klo jodoh dah sampai tu.. kawin jelah..huhuhu *ayat klise sangat*
bagi saya, as long as perkahwinan itu dapat memberi banyak kemmaslahatan dalam hidup.. lebih baik percepatkan.. klo tak tunggulah bila tiba masa yg sesuai..
kawin..sapa je taknak kaaannn..
kak Aini, nanti kalau dah terbau atau terasa nak buat nasi minyak jangn lupa ajak si Aini junior nie..hehehe...
from ::Arkitek Hati::
hihi. kahwin muda ni, bagi pasangan2 yang dah betul2 bersedia je.. takut kang dengan nafsu remaja, macam2 leh berlaku :)
Some sharing:
Ustaz sy pernah cakap,tak payah la kawin awal2.Blajar dulu.
Kawan sy ade cite yg kawan dye(batch '96) dah kawin.kawin dgn doktor pulak tu.sbb kawan dye tu lawa sgt2 ke camne taw.
//Bagi sy,kawin muda kena tgk keadaan kot (: Tapi takdir Allah sape yg taw kan
cik Que pun mcm tu jugak..bnyk dh kwn cik Que dh berkahwin..bila tengok diorg dh berkahwen, cik Que selalu terfikir..bila pulak turn cik Que nak kahwin..hihihi..=P
Jodoh sentiasa ada. Kan kak ? :D
bagi nabila,ok ja kawin muda. Kawan-kawan dengan nabila pun kadang-kadang terbabas ke tajuk perkahwinan kalau kumpul ramai-ramai. Haha.
terpulang pada jodoh dengan usia jodoh tersebut...
PS: aini tu baru 21 tahun...kira muda lagi nak merasakan diri tu tua...anggapkan ini sebagai permulaan dalam hidup...target kemuncak kehidupan pada umur dalam 30-an...dari sekarang kena rancang apa nak jadi nanti...dari aspek jodoh kita takleh buat apa2...DIA yg kontrol...jadi usaha, doa dan tawakal seperti biasa...huhu
umur bertambah lagi taun depan... ^_^
kawan-kawan kak ramai yang dah kawin... jodoh mereka sampai awal... jodoh dan maut itu di tangan Allah.. itu rahsia Allah...
@MAZLIZA ABD RAZAK wah ye ke kak..seronoknya..hehe.
@Nurul shuhaimi hehe..awak lah cari kan..haha.
@IQ = Iez QisinsyaAllah, mana tahu ada rezeki nanti. Saya doakan
@huny madu betul tu akak..ala kenapa sedih pulak kak?
@ahsfantasy24 betul, saya setuju..utamakan apa yang perlu dan susun ikut keutamaan dahulu. ^___^
@Iznie
hehe..betul lah..
@aini shahroni hehe..betul sangat dah tu..tapi akak rasa macam nak tunggu aini junior ni kahwin dulu kot..ehh..lambat lagi kan dik..fokuskan apa yang patut dulu kan..kalau ada, ada lah..hehe.
@Bintang Betul..jodoh itu akan tiba bila Allah dah tetapkan kan.
@atirah^^ Samalah, ustaz, mak, ayah atau orang2 tua selalu cakap macam tu..bukan apa sebab diorang nak tengok kita berjaya dulu. Islam syumul dan mudah..Tak jadi halangan kalau nak kahwin kalau takut tak dapat kawal nafsu kan.
@Cik Que hehe..insyaAllah, tarikhnya akan tiba...saya doakan cik que. hehe..
@Hana Nordin InsyaAllah dik, kalau tak ada jodoh di dunia, di akhirat nanti Allah berikan jodoh yang lebih baik..WaAllahhualam. ^__^
@nabila hehe..biasalah tu..dah besar kan..hehe..
@Hatimi Tahirruddin hehe..tapi rasa saya macam dah tua..hehe..sebab berangan nak jadi muda..betul usaha, doa dan tawakal.
@miz ruha hehe..akak bila lagi..betul tu..jodoh rahsia Allah..kalau dah sampai seru, nak buat macam mana kan..hehe.
aini kawen ajak akak tau! kompem kena ajak... hehehe. ehem. kawen akak pon kena dtg!! weee~~~
*pitam*
@Maria Menado~ hehe..tak tahu bila kak..hehe..confirm ajak..saya pakej khas untuk akak..hehe...hai, akak bunyi macam dah nak kahwin je kak..hehe.
semua ni bullshit! habis blaja , dapat gaji bagus, dpt senangkan mak bapak dulu, baru lah fikir pasal kahwin. blaja tak habis dook sibuk nk kahwin muda. ni smua bodoh!
ni smua bullshit! pegi habis blaja dulu! dapat kerja bagus, gaji banyak, dah senangkan mak bapak, dah langsaikan segala tanggungjwb diri, baru lah kahwin. ni dok sibuk nk kahwin awal. PIKIR NK SWEET je. BULLSHIT
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Satu artikel yang menarik mengenai Kahwin Muda. Jemput ke blog saya untuk baca mengenai Kenapa Lelaki Takut Kahwin Muda? Jalalboy