31 December 2012

Tahun 2012, tahun mencabar.


Assalamualaikum,

Sekejap je masa berlalu, lagi beberapa jam kita nak melangkah ke tahun baru. Tahun 2013..Waa..selamat datang tahun baru, dan selamat tinggal tahun 2012. Ermm, rasa sedih pun ada. sobs sobs..

Tahun 2012 adalah tahun mencabar bagi saya lebih mencabar daripada tahun ambil UPSR, PMR mahupun SPM..hehehe..dan tahun sejarah juga. Tahun paling banyak perkara dan peristiwa sedih berlaku dalam hidup saya..Kalau pusing-pusing balik dalam kotak ingatan saya ni, tahun ini tahun kurang gembira..boleh pula macam tu kan..hohoho..tak nak sedih sebenarnya. Tapi....tersedih juga.


Ayah meninggal bulan dua..2/02/2012. Belajar pun jadi down, rasa kosong. Mungkin sebab diri sendiri yang sememangnya pemalas, hehe..result pun turunnnnn. Rasa kehilangan yang amat besar, nak mengubat hati pun lama. Tapi saya ni selalu je lupa, Allah hanya pinjam kan sekejap je. Dunia pun, tak kekal. Itu semua ujian daripada Allah. Ya Allah, engkau letakkanlah dunia ini di tanganku dan bukannya di hatiku. Banyak sangat sedihnya.


Selamat Tinggal 2012.

Apa pun  kita kena teruskan hidup kan, kita buka buku baru, lembaran baru, kita tulis benda baru, cipta benda baru, buat perubahan baru..hehe...haaa..banyak sungguh barunya...dan tak lupa juga azam baru.hehe..Ada je azam tapi janganlah simpan, dan perap sampai jadi asam dan masam ye. Beberapa jam sahaja lagi, 2012 hampir  melabuhkan tirainya.

Dikesempatan ini juga, saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Kita sambut tahun baru kita dengan ucapan syukur, berdoa semoga di murahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Jangan melepak, berpeleseran di tengah-tengah  malam yang buta ye. Mohon maaf juga jika ada tersalah tutur kata. Tapi dalam waktu sedih ada juga gembiranya bila jumpa kawan-kawan alam maya, walaupun tak pernah bersua muka, tapi kita rapatkan..hehe..Seronok dapat bersahabat dengan awak-awak semua.

dan dan dan..cepat-cepat post entry banyak-banyak sebelum masuk tahun baru..hahaha.. T___T..Mental that one.



p/s: Ingat nak post entry ni tepat jam 11:59 PM..haha..penyakit Aini ni.

8 comments

December 31, 2012 at 11:48 PM

selamat tahun baru ye aini....semoga pengalaman tahun 2012 ni telah mematangkan kita dan boleh kita gunakan utk menempuh 2013 yg sudah pastinya lebih mencabar....

PS: hehe...betul lah...2012 ni tahun perkenalan kita kan...? :P

January 1, 2013 at 12:40 AM

happy new year :)

January 1, 2013 at 12:57 AM

doakan arwah ayah aini di sana.. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin

psst~tahun 2012 tahun perkenalan kita,moga ukhuwah sentiasa kekal :)

January 1, 2013 at 11:19 AM

selamat tahun baru Aini, semoga perjalanan tahun ni lebih baik dari 2012, belajar elok-elok dan still strong ye :D

January 1, 2013 at 11:49 AM

selamat tahun baru :)

January 1, 2013 at 9:56 PM

semoga 2013 bawa sinar bahagia :)

January 2, 2013 at 3:07 PM

betul tuh! hidup kena teruskan semoga cik aini tabah menghadapi hidup. saya pun tak tahu macam mana kalau saya kehilangan orang yang saya sayang!:(

January 3, 2013 at 10:09 AM

selamat tahun baru dik.. :)
tabahlah untuk menempuh tahun baru ni ye.. akk pun tahun 2012 banyak juga sedihnya..tapi Allah beri juga sedikit kegembiran..alhamdullilah.. ke-2nya saling bergantung kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome