29 December 2012

Diam...

Assalamualaikum..

Ini hanyalah luahan hati semata-mata. Kalau rasa meluat, dan tak tahan nak baca, baik jangan baca ye..hehe.

Cuma nak cakap, kadang-kadang kita diam ni pun susah juga kan..banyak cakap pun susah..Haii, susahnya nak cakap, susahnya nak diam. Saya bukan apa, saya nak cakap tapi saya nak diam, faham tak maksud saya, saya bercakap dalam hati je lah.

Misalnya, saya ada masalah, dan masalah saya, saya tak suka nak kongsi dengan orang, saya suka simpan sorang-sorang dan yang paling penting tempat mengadu saya adalah pada Allah. Tapi mungkin orang salah tafsir sikap atau perbuatan diam saya ni.

Saya tahu mungkin diam saya menyakitkan hati orang tapi apa yang nak buat, saya tak mampu nak cakap nak luahkan pada orang. Saya tak tahu cara nak luahkan pada orang. Salah saya mungkin. Saya diam bukanlah saya lupakan awak, nak buang awak atau sebagainya. Saya nak awak faham..Ya, saya tahu, mungkin bukan semua boleh faham apa yang kita rasa dan lalui. Tak apa, saya tak salahkan awak.

Saya cuma tak mampu nak luahkan. Saya sayangkan awak dunia akhirat, sekali kita bersama, sampai bila-bila ikatan kita tak kan putus kecuali mati yang memisahkan kita, tapi keputusan awak mengatakan bahawa saya anggap awak macam sampah membuatkan hati saya sangat terluka.


Ya, saya tahu awak mungkin terluka dengan sikap saya. Mungkin awak ingat saya marah dan terasa dengan awak. Tapi saya tak pernah anggap perbuatan, atau tindakan awak salah. Saya tak pernah marahkan awak, awak adalah insan yang teristimewa hadir dalam hidup saya. Seseorang yang boleh tegur saya, kongsi masalah dengan saya. Saya sayang awak dunia akhirat. Hanya Allah yang mengetahui betapa saya menyintai awak.

Saya minta maaf kalau buat awak terasa kerana diam saya. Saya minta maaf sahabat, saya cuma tak mampu nak luahkan pada awak. Biarpun langit itu tinggi, tinggi lagi kasih ku terhadapmu, sekali kita berkawan sampai bila-bila pun kita tetap kawan.


Saya tak boleh nak cakap pada awak sebab waktu tu saya saya tak mampu nak cakap. Meskipun awak tak tahu yang saya tak pernah lupakan awak, tak mengapa, sebab saya ada Allah, saya sentiasa berdoa padanya agar awak sentiasa gembira, di kurniakan kesihatan yang baik, akhlak yang baik, dan kehidupan yang baik di dunia akhirat. Saya doakan kejayaan awak, di permudahkan urusan di dunia mahupun di akhirat.

Saya sayang awak sahabat, saya sayang awak dunia akhirat...dan maafkan saya kerana buat awak terluka. Maafkan saya kerana saya tak mampu nak luahkan pada awak. Maafkan saya buat awak terasa, maafkan saya menyia-yia kan awak. Tapi dalam diam, saya nak cakap saya sayang awak sahabat, sayang di dunia sampai akhirat.


12 comments

Anonymous
December 29, 2012 at 11:14 PM

Itu la kan.Sy pun sllu alami bende nie..x pe Allah lebih thu mslh kite..kwn kite pun x phm..ssh nk ckp ngn dorng nie.Kkdng wt skit hati lg but syg..

December 29, 2012 at 11:19 PM

diharap sahabat aini tu baca la entri ni ye...

Anonymous
December 30, 2012 at 12:46 AM

kekadang kita perlu meluahkan. Pendam buat kita rasa lagi sakit dear.

December 30, 2012 at 1:02 AM

@Novelgurl
hehe..saya sayang sahabat saya kan..

@Hatimi Tahirruddin Dia tak kan baca kot, sebab dia tak tahu..hehe..

@Rara Nasiha Betul, tapi bukan semua benda kita boleh luahkan..saya ni pula bukan jenis suka cerita dekat semua orang..hehe..memang sakit, tapi nak buat macam mana ye, saya ni memang tak reti nak meluahkan rasa.heee.

December 30, 2012 at 1:04 AM

diam itu bermakna..
I think kita nie ada chemistry, bio, physics lah senior Aini..hehe..

btw, jom join segmen pertama junior Aini Segmen:Apa Kata Mereka??

December 30, 2012 at 1:19 AM

@aini shahroni hehe..kita kan kembar, of course ada..hehe..insyaAllah, nanti akak join ye. ^___^

December 30, 2012 at 7:42 AM

kawan punya pengaruh yang besar dalam diri kita,
pilih teman yang baik-baik :)

December 30, 2012 at 1:44 PM

sebenarnya berdiam tu lebih baik drpd bersuara yg tanpa kita sedari boleh melukakan hati dia kan .. ^^

December 30, 2012 at 7:44 PM

=( sedih baca. dah la tengah sedih. hehe~

sabarlah wahai hati (ainii)~

December 30, 2012 at 9:13 PM

akak suka berdiam diri...x mampu nk harapkan org memahami...

December 30, 2012 at 9:58 PM

sabar ye Aini, kesimpulannya baik diam je, kejap lagi aini ckp lain, org lain sampaikan lain, kte dah pernah rasa keadaan itu, jz rileks k?

December 31, 2012 at 2:36 PM

kadang2 ada perkara yang lebih baik kita pilih berdiam diri dari berkata2. lebih baik awak berdoa yang terbaik utk kawan awk tuh biarpun dia tak tahu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome