31 December 2012

Zikir Muzik Hati.

Assalamualaikum, 




Orang yang berzikir itu hidup dan tidak berzikir itu mati.
Orang yang sibuk berzikir akan dikerumuni oleh Malaikat, diliputi rahmat, diturunkan ketenangan atas mereka.

Menurut Hafiz Ibnu Qayim r.a terdapat lebih seratus kelebihan zikir antaranya :

  1. Zikir menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  2. Zikir menyebabkan keredaan Allah.
  3. Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan dlm hati.
  4. Zikir menguatkan hati dan badan.
  5. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
  6. Zikir menarik rezeki.
  7. Orang yang berzikir akan diberi kehebatan dan kemanisan (Orang yang memandang akan merasa kehebatan dan kemanisan).
  8. Zikir melahirkan cinta terhadapa Allah.
  9. Zikir membawa hakikat muraqabah (membawa seseorg kemartabat Ikhsan)
  10. Zikir membawa seseorang kembali kpd Allah dan akhirnya Allah menjadi pelindung dan pembantu dlm setiap keadaan.
  11. Zikir menghampirkan seseorang kepad Allah.
  12. Zikir membukakan pintu ‘makrifatuAllah’.
  13. Orang yang berzikir disebut Allah dlm majlisnya.
  14. Zikir menghidupkan hati.
  15. Zikir membersihkan karat.
  16. Zikir adalah makanan roh dan hati.
  17. Zikir menjauhkan dosa dan maksiat.
  18. Zikir menjauhkan sifat keraguan seseorg terhadap Allah.
  19. Sesiapa yg mengingati Allah dlm kesenangan dan Allah akan mengingatinya dlm kesusahan.
  20. Zikir menyelamatkan seseorg daripada azab Allah.
  21. Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah.
  22. Majlis zikir adalah majlis para Malaikat sebaliknya majlis lalai adalah majlis Syaitan.
  23. Seseorg yang berzikir secara Istiqamah akan terselamat dari melupakan diri sendiri.
  24. Zikir meningkatkan kerohanian seseorang.
  25. Nur Zikrullah akan bersama seseorg itu samaada di dlm kubur atau ketika meniti Titian Sirat.
  26. Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
  27. Zikir adalah punca persahabatan dgn Allah sebaliknya kelalaian adalah punca permusuhan.
  28. Allah menurunkan rahmatnya utk org-org berzikir dan para Malaikat berdoa untuk mereka.
  29. Sesiapa yg ingin berada di taman-taman Syurga ketika di dunia ini maka hendaklah berada di dlm majlis-majlis zikir.
  30. Majlis zikir ialah majlis para Malaikat.
  31. Allah berbangga terhadap org-orag yg berzikir dihadapan para Malaikat
  32. Sesiapa yg banyak berzikir dia akan masuk Syurga Allah sambil tersenyum-senyum. Dengan berzikir setiap yg susah akan menjadi senang. Bebanan berat menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.
  33. Segala ketakutan dan kebimbangan akan terlenyap melalui zikrullah.
  34. Wajah org yg berzikir akan berseri di dunia dan akan bercahaya di akhirat.

Jadi ayuh berzikir, memuji Allah S.W.T yang Indah.

10 comments

December 31, 2012 at 9:23 AM

Setuju.. Jom sama-sama beramal :)
New: Contest: Top Referer Get RM100 Topup!

December 31, 2012 at 11:39 AM

Alhamdulillah. Memang sgt tenang kalau berzikir, baca al Quran..

December 31, 2012 at 11:50 AM

Sekarang dh banyak zikir dlm btk lagu, tak susah utk amalkan. Terima kasih Aini atas perkongsian ini.

December 31, 2012 at 12:16 PM

perkongsian yang berguna..tq.

December 31, 2012 at 1:03 PM

byk kelebihan zikir..jom sama2 kita amalkan :)

December 31, 2012 at 2:31 PM

nice sharing .

ayuh berzikir . terima kasih ingat kan :)

December 31, 2012 at 2:39 PM

hebatnya berzikir kan ,senang je tu pun ramai yg xbuat ,ain pun kadng2 terleka adoyaiiii...

December 31, 2012 at 3:58 PM

subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illa lillah...


ya Allah, jauhkan saudara2 ku dari lembah maksiat malam ni (sambutan tahun baru) huhu

December 31, 2012 at 6:48 PM

Thanks for sharing . Dapat tambahkan ilmu pasal zikir :)

December 31, 2012 at 8:06 PM

nice entry..terima kasih kerana berkongsi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome