LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.
Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
- BERNAMA (sumber)
Update : 2 mangsa tembakan telah di sahkan identitinya. Takziah buat dua komando polis iaitu INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Takut rasanya. Bapa saudara saya bekerja disana. Tapi dia tak dapat bertugas kerana menjalani pembedahan. Kalau tidak, tak tahu lah. Dah lah menceroboh masuk ke negara kita, lepas itu sewenang-wenangnya membuat durjana membunuh rakyat negara kita. Harap perkara ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Sama-sama kita doakan agar mereka di sana selamat.
Update :
10 penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina. ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.
10 penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina. ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.
24 comments
semoga semuanya selamat.. aminn...
Oh patutlah hashtag #PrayForLahadDatu trending. Akhirnya terjawab jugak persoalan saya. Fuhhh~ tak guna mereka tu.
Ishh ntah ape ape je diorang tu...harap ayah saudara akak ok je kat sane...
takutnye la..harap semua selamat, pray for lahad datu :'(
innalillah
dan salam takziah
tgk berita tak sat
moga mereka yang berada disana selamat...
takutnye. hope semuanya selamat :/
al fatihah :( semoga tiada nyawa tekorban lgi
al fatihah kepada pejuang negara
hal ini akan menguji sejauh mana negara kita bersedia dari aspek pertahanan...apa2 pun takziah buat keluarga anggota polis yg terkorban...al fatihah
eeiii..geram nye. emo plak akak baca berita ni. huhuhu
p/s: ari isnin akak pos hadiah yer. Adik mmg ada kat umah ke?
semoga rakyat Malaysia selamat aminnnnn
tu lah aini.. sedih akak, risau pun ye... hmm rkyat sabah adalah sebahagian dr kt.. cepat2 la isu ni selesai, jgnla rakyat menjadi korban lagi :'(
dah tamat eh, syukur Alhamdulillah ianya tak berpanjangan..
dgr cite dorang tu keturunan diraja sulu dulu dan dri info org sulu sendiri, dorg tak sokong askar diraja sulu ni sebab dorang nak ngra merdeka bukan jajag lahad datu bawah filipino.. cuma.. hrp2 dorang tak ganggu kite lagi la..~
Innalillahiwa innailaihirojiun... Moga semuanya kembali ok... :(
Kalau boleh tidak mahu ada pertumpahan darah dan diselesaikan di meja rundingan.
al-fatihah....
kita kita terus terpelihara dan dilindungi. Aman damai itu yg kita mahukan.. kan? Moga syahid bg mereka pejuang negara
takziah T_T
Akak sedih sgt baca surat khabar tentang ni pagi tadi
http://cinta25hb.blogspot.com/2013/03/abah-dah-meninggal.html
@Mieza Jhaa K Betul kak..sedih sangat. Kesian isteri dan anak-anak kecilnya..Isteri mengandung 2 bulan kan.. :(
Kalau dah berakhir...alhamdulilah...
Semoga semuanya cepat berakhir.. rasa takut tengok..